Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

CADANGAN JAWAPAN [Bahagian A]

Soalan 1
Huraikan faktor persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan yang berikut:
a. Persekitaran teknologi [2]
b. Persekitaran antarabangsa [2]
c. Persekitaran sosiobudaya [2]

Persekitaran umum.
(a)Persekitaran teknologi
H1- Merupakan kaedah atau peralatan yang digunakan untuk melaksanakan aktiviti
perniagaan. (1m)
H2- Kaedah atau peralatan ini membolehkan organisasi melakukan sesuatu yang baharu atau
lebih baik. (1m)
H3- Penemuan dan penciptaan kaedah baharu membantu organisasi meningkatkan
produktiviti. (1m)
H3- Perkembangan teknologi juga menyebabkan masa pembuatan atau pengeluaran sesuatu
produk dapat dipercepatkan. (1m)
H4- Prosedur kerja juga dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan berkesan di samping
menjimatkan kos penggunaan buruh. (1m)
H5- Penggunaan teknologi dapat memudahkan dan mempercepatkan penyebaran maklumat.
(1m)

(b)Persekitaran antarabangsa
H1- Merupakan faktor-faktor yang wujud dalam perniagaan yang melibatkan dua buah negara
atau lebih negara yang melepasi sempadan negara. (1m)
H2- Melibatkan aktiviti eksport dan import barangan atau perkhidmatan. (1m)
H3- Perbezaan sosiobudaya antara negara juga memerlukan perniagaan melakukan
penyesuaian kepada produk atau perkhidmatannya sebelum dipasarkan kepada pengguna di
negara pengimport. (1m)

(c)Persekitaran sosiobudaya
H1- Interaksi antara ahli-ahli dan kumpulan dalam masyarakat yang berkongsi nilai budaya
atau amalan bersama. (1m)
H2- Kepercayaan atau pegangan agama,adat resam atau nilai masyarakat mempengaruhi
keputusan syarikat dalam menawarkan produk atau perkhidmatan. (1m)
H3- Perubahan gaya hidup boleh menggalakkan penawaran produk baharu. (1m)
H4- Perubahan cita rasa pengguna menggalakkan syarikat untuk sentiasa menghasilkan produk
yang menepati keinginan pengguna semasa. (1m)

(2H = 2M) x 3 = 6M
Soalan 2
Huraikan perbezaan syarikat sendirian berhad dan syarikat awam berhad dari aspek milikan
dan modal. [4]

Perbezaan Syarikat sendirian berhad dengan Syarikat awam berhad.


Aspek Syarikat Sendirian Berhad Syarikat Awam Berhad
Milikan 2 hingga 50 orang pemegang Minimum 2 orang pemegang saham dan
saham (1m) tiada had maksimum (1m)
Modal Jualan saham kepada orang Jualan saham kepada orang awam (1m)
perseorangan (1m)
(2H = 2M) x 2 = 4M
*Mesti ada aspek.Tiada aspek 0M
Soalan 3
Huraikan dua pendekatan kawalan kualiti. [4]
Dua pendekatan kawalan kualiti
F1- Kawalan input (1m)
H1- Merupakan kawalan ke atas input seperti bahan mentah, tenaga kerja, mesin dan kaedah
yang dilakukan sebelum aktiviti pengeluaran bermula. (1m)
H2- Kawalan ini melibatkan proses mendapatkan input atau kualiti input dikehendaki. (1m)

F2- Kawalan proses (1m)


H1- Kawalan ini dilakukan pada peringkat input ditransformasikan kepada output. (1m)
H2- Melibatkan tindakan pemulihan, pembetulan dan pengubahsuaian selepas kerosakan atau
penyimpangan berlaku. (1m)

F3- Kawalan output (1m)


H1- Kawalan yang dibuat selepas proses pengeluaran tamat. (1m)
H2- Aktiviti yang melibatkan perbandingan dengan standard output yang ditetapkan (1m)
H3- Membuat penambaikan terhadap proses dan membolehkan tindakan pembetulan diambil.
(1m)
Dua pertama (1F + 1H = 2M) x 2 = 4M
Soalan 4
Huraikan tiga jenis inventori. [6]
Tiga jenis inventori.
F1- Bahan mentah (1m)
H1- Terdiri daripada sumber alam atau bahan semula jadi atau bahan langsung atau bahan tidak
langsung yang dimiliki atau disimpan oleh firma untuk kegunaan proses pengeluaran. (1m)

F2- Kerja dalam proses (1m)


H1- Terdiri daripada produk separa siap atau separuh siap yang disimpan untuk proses
seterusnya dalam pengeluaran. (1m)

F3- Produk siap (1m)


H1- Output atau hasil yang telah sempurna sepenuhnya dikeluarkan melalui proses pengeluaran
dan sedia untuk dijual serta boleh diguna terus oleh pengguna akhir. (1m)
(1F + 1H = 2M) X 3 = 6M
Soalan 5
Nyatakan empat kepentingan pemasaran. [4]

Empat kepentingan pemasaran.


H1- Membantu perniagaan meningkatkan jualan produk dan seterusnya memperoleh untung
yang lumayan. (1m)
H2- Dapat mewujudkan permintaan bagi sesuatu produk. (1m)
H3- Mewujudkan nilai bagi sesuatu produk yang dihasilkan. (1m)
H4- Membantu perniagaan memperluas syer pasaran produk dan mencapai kepimpinan
pasaran terhadap produk yang ditawarkan. (1m)
H5- Melakukan penjenamaan semula terhadap produk supaya dapat memberikan satu imej
baharu kepada pengguna di pasaran. (1m)
Empat pertama (1H = 1M ) x 4 = 4M
Soalan 6
Jelaskan dua jenis promosi pengguna. [6]

Dua promosi pengguna.


F1- Kupon (1m)
H1- Digunakan untuk menjimatkan sebahagian perbelanjaan pengguna melalui kupon harga
istimewa bagi barangan terpilih. (1m)
Contoh yang sesuai (1m)

F2- Sampel (1m)


H1- Bersaiz kecil dan ringan dan merupakan bungkusan percubaan sebagai pengenalan produk
yang diedarkan kepada pengguna semasa penjualan pengenalan bagi mensrik pengguna untuk
membeli selepas mencuba. (1m)
Contoh yang sesuai (1m)

F3- Premium (1m)


H1- Ditawarkan secara percuma atau pada harga yang rendah kepada pengguna sebagai intensif
untuk membeli. (1m)
Contoh yang sesuai (1m)

F4- Potongan harga/diskaun (1m)


H1- Merupakan kaedah promosi jualan yang paling popular bagi tujuan meningkatkan volum
jualan secara mendadak sambil mengharapkan pengguna akan terdorong membelanjakan wang
penjimatannya untuk membeli barangan lain yang tiada diskaun atau penjimatannya
mempunyai kadar diskaun rendah sahaja. (1m)
Contoh yang sesuai (1m)

F5- Tawaran istimewa (1m)


H1- Merupakan pemberian produk percuma bagi menggalakkan pembelian produk berharga
mahal atau meningkatkan volum pembelian produk berharga murah. (1m)
Contoh yang sesuai (1m)

F6- Rebat / pemulangan wang tunai (1m)


H1- Merupakan kupon dalam bentuk pengurangan harga jualan yang diberikan kepada pembeli
yang menunjukkan bukti pembelian sesuatu produk supaya pengguna membeli dalam jumlah
yang lebih besar untuk mendapatkan lebih banyak rebat wang. (1m)
Contoh yang sesuai (1m)

F7- Peraduan (1m)


H1- Peraduan boleh mendorong pengguna sengaja membuat pembelian minimum semata-mata
bagi melayakkan diri untuk memasuki peraduan yang menawarkan hadiah lumayan. (1m)
Contoh yang sesuai (1m)
Dua pertama (1F + 1H + 1C = 3M) x 2 = 6M
Soalan 7
Berikan takrif insurans dan nyatakan tiga prinsip insurans. [4]

Maksud insurans
- Kontrak atau perjanjian ganti rugi antara penginsurans (syarikat yang memberikan
perlindungan insurans) dan si diinsurans (individu atau kumpulan yang mendapat
perlindungan insurans) untuk mendapatkan perlindungan datipada risiko kerugian yang
dihadapi. (1m) ATAU
- Pengemblengan kerugian yang tidak disengajakan dan beban untuk menanggung
kerugian tersebut dipindahkan kepada syarikat insurans. (1m)
Tiga prinsip insurans
F1- Prinsip ganti rugi (1m)
F2- Prinsip doktrin punca terdekat (1m)
F3- Prinsip kepentingan boleh diinsuranskan (1m)
F4- Prinsip penuh percaya mutlak (1m)
Maksud = 1M
Tiga pertama (F1 = 1M) x3 = 3M
Soalan 8
Huraikan tiga jenis sumber dana mengikut jangka masa pendek. [6]

Tiga jenis sumber dana mengikut jangka masa pendek.


F1- Overdraf (1m)
H1- Kemudahan kredit yang disediakan oleh bank kepada pemegang akaun semasa yang
membenarkannya mengeluarkan wang yang melebihi baki yang terdapat dalam akaun semasa
tersebut setakat had yang ditetapkan. (1m)

F2- Pemfaktoran (1m)


H1- Aktiviti pemfaktoran melibatkan pengambilalihan dan pentadbiran akaun penghutang
perniagaan (akaun belum terima) dan aktiviti pengutipan hutang. (1m)

F3- Penerimaan jurubank (1m)


H1- Merupakan bil pertukaran yang dikeluarkan oleh pengimport atau pengeksport dan
diterima serta disahkan oleh bank. Dengan penerimaan dokumen tersebut, bank mempunyai
komitmen untuk membayar sejumlah wang yang dinyatakan pada satu Tarikh masa tertentu
atau masa depan. (1m)

F4- Resit Amanah (1m)


H1- Merupakan jaminan pembayaran oleh pihak bank kepada pengeksport daripada dalam dan
luar negara. (1m)

F5- Pinjaman berjangka (1m)


H1- Kemudahan pinjaman khusus jangka pendek yang disediakan oleh pihak bank untuk
memenuhi keperluan sumber dana yang mendesak kepada pelanggan perniagaan. (1m)
Tiga pertama (1F + 1H = 2M) x 3 = 6M
Soalan 9
Jelaskan jenis latihan dalam sesebuah organisasi yang berikut:
a) Latihan di luar tempat kerja [2]
b) Latihan simulasi [2]
c) Latihan sambil kerja [2]

(a)Latihan di luar tempat kerja


H1- Latihan yang dijalankan oleh organisasi sendiri atau organisasi luar dan dijalankan di luar
waktu bekerja atau di luar tempat kerja. (1m)
Contoh yang sesuai. (1m)

(b)Latihan sambil bekerja


H1- Latihan yang dijalankan di premis atau organisasi semasa bekerja. (1m)
H2- Latihan ini membekalkan pengalaman kerja sebenar kepada pelatih. (1m)
H3- Memberi peluang kepada pelatih untuk mempelajari selo-belok di tempat kerja melalui
usaha sendiri. (1m)
Contoh yang sesuai. (1m)

(c)Simulasi
H1- Pelatih akan mempelajari teknik atau cara bekerja yang sebenar dengan menggunakan
model yang serupa dengan peralatan sebenar. (1m)
H2- Biasanya digunakan sebagai latihan bagi tugas yang berisiko tinggi atau kos yang sangat
mahal. (1m)
Contoh yang sesuai. (1m)
(1H + 1C = 2M) x 3 = 6M
Soalan 10
Nyatakan empat kaedah penilaian prestasi. [4]

Empat kaedah penilaian prestasi


F1- Skala perkadaran sifat / gelagat (1m)
F2- Esei (1m)
F3- Sistem penilaian 360° (1m)
F4- Senarai semak (1m)
F5- Perbandingan pekerja (1m)
Empat pertama (1F = 1M) x 4 = 4M
CADANGAN JAWAPAN [Bahagian B]

11. a) Jelaskan campuran promosi yang digunakan oleh Cagamas.dan [20]

Fakta Huraian Kaitan kes


Publisiti - Maklumat yang - Cagamas mendapat perhatian media apabila
[1m] disampaikan melalui akhbar Utusan Malaysia mengeluarkan
sebaran media artikel berkenaan produk yang di tawarkan
komunikasi tentang [1m]
produk dan - memperkenalkan Skim Saraan Bercagar
perkhidmatan tanpa Islamik [SSB-i] iaitu pembiayaan gadai janji
memerlukan berbalik Islamik yang pertama di dunia
bayaran oleh sebuah khusus untuk pemilik rumah warga emas
perniagaan[1m] [1m]
- yang bertujuan untuk membantu mereka
membiayai persaraan mereka dengan
mematuhi prinsip syariah.[1m]
- Memetik sumber dari Berita Harian
bertarikh 30 September 2022 bertajuk
“Cagamas muktamad terbitan bon, sukuk
RM1.63 bilion” [1m]
- Dalam kenyataan ini, Presiden dan Ketua
Pegawai Eksekutif Cagamas, Datuk
Chung Chee Leong, berkata dalam senario
tindakan bank-bank pusat utama
memperketat dasar monetari serta Rizab
Persekutuan (Fed) [1m]
- Beritakini.biz pernah mengeluarkan satu
artikel berkenaan skim gadai janji Cagamas
semakin menarik.[1m]
- Asro awani bertarikh 15 Januari 2022
juga mengeluarkan artikel yang sama di
mana skim ini membantu pemilik rumah
dalam golongan warga emas membiayai
persaraan mereka.[1m]

Perhubungan - Aktiviti mewujudkan - Cagamas juga menyediakan video-video


awam [1m] hubungan yang baik produk-produk syarikat seperti skim
antara perniagaan cagaran bercagar, [1m]
dengan - Melalui risalah dan brosur yang dikeluarkan
masyarakat.[1m] oleh Cagamas berkaitan produk Skim Saraan
bercagar Gadaian Berbalik orang ramai boleh
mendapatkan maklumat berkaitan apakah
skim saraan bercagar [SSB] [1m]
- dimana terdapat penerangan tentang
tempoh pembiayaan, [1m] syarat-syarat
kelayakan peminjam, [1m] syarat
kelayakan hartanah, [1m] langkah-langkah
cara memohon [1m] dan soalan-soalan
lazim bagi mendapatkan maklumat. [1m]
- Untuk mendapatkan maklumat lanjut
Cagamas juga menyediakan laman web
www.ssb.cagamas.com.my [1m]
- atau boleh menghubungi di talian +603-
22621800.[1m]
- Cagamas juga sangat prihatin kepada
situasi semasa dimana trend pelanggan
menggunakan media sosial [1m] sebagai
satu kemudahan mendapatkan maklumat
menarik Cagamas untuk menghasilkan video
tentang produk yang ditawarkan.[1m]
- Video yang boleh di layari oleh pengguna
berkaitan Skim Saraan bercagar “Application
Terms Why you Should consider the
skim,”[1m] “Montage calculator”[1m],”
Loan Applicaton terms “[1m]dan”
Benefits”[1m].

[ 2 Fakta + 2 Huraian + 16 Kaitan Kes = 20m]


11 b) hitung nisbah kewangan berikut untuk membantu pihak pengurusan Cagamas
menilai prestasi perniagaan :
i. Pusing ganti jumlah asset
ii. Margin untung bersih
iii. Pulangan atas asset [15]
Fakta [formula] Huraian Kaitan kes [pengiraan]
Pusing ganti jumlah aset Nisbah menilai 2018
kecekapan perniagaan = 537,327,000
= Jualan mengendalikan semua
aset bagi meningkatkan 50,701,476.000 [1m]
Jumlah aset [1m] jualan [1m]
= 0.010 kali [1m]
2017
= 548,176,000

46,812,170,000 [1m]

= 0.011 kali [1m]


Margin untung bersih Peratus untung bersih 2018
= Untung bersih yang diperoleh melalui = 416,466,000
X 100[1m] jualan. [1m] X 100 [1m]
Jualan bersih 537,327,000

= 77.50% [1m]
2017
= 414,296,000
X 100 [1m]
548,176,000

= 75.57% [1m]
Pulangan atas aset Mengukur untung bersih 2018
= Untung bersih yang dapat dihasilkan = 416,466,000
X 100 [1m] bagi setiap ringgit yang X 100 [1m]
Jumlah aset telah dilaburkan ke atas 50,701,476.000
asset perniagaan. [1m]
= 0.82% [1m]
2017
= 414,296,000
X 100 [1m]
46,812,170,000

= 0.88% [1m]
[ 3 Formula[3m] + 3 Huraian [3m] + Pengiraan/kaitan kes [12m] = 18m ]
[ Maksimum markah 15m]
12. Terangkan lima faktor yang mempengaruhi penetapan harga sesuatu produk
perniagaan. [ 15 ]

Lima faktor yang boleh mempengaruhi penetapan harga sesuatu produk perniagaan ialah :
1. Objektif pemasaran adalah penakatan [1]
- Objektif yang dicapai oleh peniagaan dalam penetapan harga berdasarkan sama ada
penakatan, /memaksimumkan keuntungan, /memimpin pasaran /atau kualiti
produk.[1m]
- Objektif penakatan adalah tindakan untuk memastikan perniagaan terus beroperasi
dengan memasarkan produk pada paras harga yang rendah bagi mewujudkan
permintaan ke atas produk.[1]
- Harga yang rendah mestilah dapat menampung kos tetap dan kos berubah keseluruhan
organisasi untuk memastikan perniagaan terus hidup. [1]
- Contoh : Bengkel L.I Spray menetapkan harga yang sesuai dengan kualiti perkhidmatan
membaikpulih kenderaan bagi memastikan perniagaan diminati oleh pelanggan dan
boleh bertahan lama.[1]dan lain2 contoh yang sesuai.

2. Strategi pemasaran[1]
- Harga produk yang ditetapkan haruslah mengambil kira reka bentuk produk[1],/ jenis
produk dan kualiti produk[1], /bentuk pengedaran[1] serta /jenis promosi yang
dijalankan.[1]
- Produk yang berkualiti dan berjenama ditetapkan harga tinggi [1]
- manakala produk yang diedarkan tanpa kedai dan tidak melalui banyak saluran
pengedaran diletakkan harga yang rendah.[1]
- Contoh :Perkhidmatan mengecat kenderaan dikenakan harga berdasarkan kualiti cat
yang digunakan. Sekiranya cat yang digunakan berkualiti tinggi, maka harga
perkhidmatan adalah mahal dan sebaliknya.[1] (dan mana2 contoh yang sesuai)

3. Kos[1]
- Harga yang diletakkan oleh pemasar atau perniagaan mestilah dapat meliputi semua
kos yang terlibat dan berupaya memperoleh keuntungan.[1]
- Pemasar perniagaan atau pengeluar harus menghitung semua kos pengeluaran yang
terlibat iaitu kos tetap dan kos berubah. [1]
- Harga mestilah menampung semua kos yang terlibat seperti pengeluaran,[1m]/
pengagihan[1m] dan promosi produk[1m] agar dapat memperoleh keuntungan.
- Contoh : Harga perkhidmatan baikpulih kenderaan meningkat selepas pandemik akibat
dari peningkatan harga keseluruhan kos.[1m]

4. Pertimbangan organisasi[1]
- Dalam organisasi besar, harga ditentukan oleh pengurusan sesebuah organisasi.[1]
- Dalam organisasi kecil, harga ditentukan oleh pemilik perniagaan.[1]
- Jabatan penetapan harga jualan mungkin diwujudkan jika sesuatu produk sentiasa
mendapat persaingan harga yang hebat di pasaran.
- Contoh : Harga produk ditentukan oleh pengurus organisasi seperti pengurus jualan
atau pemilik perniagaan.[1]dan mana2 contoh yang sesuai.
5. Keadaan pasaran dan permintaan[1]
- Keadaan ekonomi yang baik dan permintaan yang tinggi membenarkan pemasar
meletakkan harga yang bersesuaian dengan kuasa beli pengguna.[1]
- Manakala dalam keadaan ekonomi yang meleset akan memberi kesan kepada kos
pengeluaran dan persepsi pengguna terhadap nilai dan harga.[1]
- Penetapan harga juga bergantung kepada jenis pasaran produk tersebut dipasarkan
seperti persaingan sempurna, persaingan monopolistik, oligopoli dan monopoli.[1]
- Contoh :-Penetapan harga yang rendah akan menyebabkan pesaing-pesaing perniagaan
membaikpulih kenderaan turut berbuat demikian kerana berada dalam pasaran
oligopoli.[1] dan mana2 contoh yang sesuai.

6. Persaingan[1]
- Persaingan yang wujud perlu diambil kira oleh pemasar sebelum menetapkan harga
produk.[1]
- Harga produk yang dikenakan oleh pesaing akan mempengaruhi penetapan harga
yang akan dibuat oleh pemasar. [1]
- Hal ini demikian kerana pemasar perlu membandingkan harga dengan kualiti
produk pesaing sebelum menetapkan harga bagi mengelakkan kelembapan
jualan.[1]
- Jika kualiti produk pesaing adalah lebih tinggi maka harga yang ditetapkan harus
lebih mudah daripada harga pesaing.[1]
- Jika kualiti pesaing lebih rendah, maka harga yang ditetapkan harus lebih tinggi
setanding dengan kualiti produk[1].
- Contoh : Produk Dynamo diletakkan harga yang tinggi berbanding sabun pencuci yang
lain kerana kualitinya yang tinggi dalam membersihkan kotoran dan berbau
harum.[1](dan mana2 contoh yang sesuai).

7. Faktor persekitaran[1]

- Persekitaran sosiobudaya dan perundangan menentukan tingkat harga


yang boleh ditetapkan oleh pemasar.[1]
- Kawalan kerajaan terhadap harga produk kawalan juga mempengaruhi
harga yang ditetapkan oleh pemasar.[1]
- Perlu mempertimbangkan faktor sosial iaitu pemasar tidak boleh mengenakan harga
yang terlalu tinggi dan membebankan pengguna semata-mata kerana ingin
mendapatkan keuntungan yang lebih.[1]
- Contoh : Harga barang kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung gandum
ditetapkan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.[1]

[5F + 5H + 5C = 15m]
13 Jelaskan lima proses disiplin yang boleh dikenakan terhadap pekerja di sesebuah
organisasi. [ 15 ]
Lima proses disiplin yang boleh dikenakan terhadap pekerja ialah :
1. Amaran lisan[1]
- Merupakan teguran secara lisan terhadap pekerja yang melakukan kesalahan kali
pertama atau kesalahan kecil dan tidak serius[1]
- seperti datang lambat, ponteng kerja dan merosakkan harta benda syarikat.[1]
- Amaran secara tertutup ini boleh diberikan oleh penyelia ke atas kesilapan atau kesalahan
kecil yang tidak menjejaskan imej atau prestasi syarikat.[1]
- Contoh : Encik Aman ditegur oleh majikannya kerana lewat datang kerja.[1] (atau mana2
contoh yang sesuai)

2. Amaran bertulis[1]

- Diberikan kepada pekerja yang masih mengulangi kesilapan yang sama walaupun amaran
lisan telah diberi.[1]
- Surat amaran yang dikeluarkan oleh pengurus jabatan kepada pekerja akan direkodkan
dalam fail peribadi pekerja.[1]
- Tindakan ini akan meyukarkan pekerja mendapat kenaikan pangkat.[1]
- Contoh : Sekiranya Encik Aman masih mengulangi kesalahannya, beliau akan
diberikan amaran bertulis oleh majikannya dan salinannya akan disimpan di dalam
fail peribadinya.[1]

3. Surat tunjuk sebab[1]


- Diperlukan sebagai tindakan drastik kepada pekerja yang mengulangi kesalahan yang
sama walaupun telah pun mendapat amaran lisan dan bertulis.[1]
- Meminta pekerja menyatakan keadaan sebenar dan menjelaskan sebab tindakan tatatertib
tidak boleh dikenakan kepada mereka dalam surat tersebut[1].
- Pekerja diberikan tempoh untuk menjawab surat tunjuk sebab itu dengan memberikan
sebab dan alasan atas perlakuan mereka bagi kesalahan yang dilakukan.[1]
- Contoh :Surat tunjuk sebab akan diberikan kepada Encik Aman dan perlu menjawabnya
dalam masa yang ditetapkan sekiranya masih lagi mengulangi kesalahan yang sama.

4. Inkuiri[1]
- Satu tindakan jawatankuasa disiplin yang akan menjalannkan penyiasatan ke atas pekerja
seteah menerima surat tunjuk sebab daripada pekerja tersebut.[1]
- Jawatankuasa disiplin akan memutuskan secara muktamad samada pekerja tersebut telah
melanggar disiplin atau tidak.[1]
- Inkuiri dijalankan apabila majikan tidak berpuas hati dengan penjelasan pekerja dalam
surat tunjuk sebab.[1].
- Bertujuan untuk mencari kebenaran dan mengesahkan kebenaran.[1]
- Kedua-dua pihak majikan dan pekerja akan mengemukakan bukti di mana pekerja
diberi peluang untuk membela diri.[1]
- Sesi inkuiri dilakukan di hadapan panel yang dilantik.[1].
- Panel tersebut akan membuat keputusan samada pekerja yang terbabit bersalah atau tidak
untuk dikenakan tindakan atau sebaliknya.[1]
- Contoh :Satu jawatankuasa disiplin akan ditubuhkan bagi menjalankan siasatan ke atas
Encik Aman sebaik sahaja menerima surat tunjuk sebab pekerja tersebut.

5. Hukuman[1].

- Boleh dikenakan ke atas salah laku pekerja selepas siasatan yang teliti dilakukan. [1]
- Tindakan disiplin akan dikenakan terhadap pekerja berkenaan bersesuaian dengan jenis
kesalahan yang dilakukan.[1]
- Pihak pengurusan perlu mengemukakan butiran lengkap mengenai kesalahan yang
telah dilakukan oleh pekerja seperti jenis, tempat dan masa kesalahan tersebut
dilakukan.[1]
- Contoh : Encik Aman telah dpecat dari jawatannya setelah hasil siasatan mendapati
beliau bersalah kerana dengan sengaja tidak hadir bertugas kerana melakukan tugas
sampingan dengan majikan lain.[1] (dan mana2 contoh yang sesuai)

[5F+5H+5C=15m]

You might also like