Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BELADAU KOLAM

21200 KUALA TERENGGANU

PEMBELAJARAN BERASASKAN
PROJEK(KMR-PBL)
EkoPot

TARIKH : 28 April 2024 – 23 Mei 2024


MASA : WAKTU PDP
TEMPAT: KELAS

PEMBELAJARAN BILIK DARJAH (PBD) - EkoPot


1. PENGENALAN
Pembelajaran berasaskan projek (PBL) adalah satu kaedah pembelajaran
yang membolehkan murid mengkaji sesuatu topik yang diberi untuk
menghasilkan produk pada akhir pembelajaran menururut definisi
pembelajaran abad ke 21. Projek dihasilkan secara kolaboratif dengan
bimbingan guru serta berorientasikan murid dimana idea dan penyelesaian
adalah daripada murid. Pembelajaran berasaskan projek yang telah dipilih
oleh SK Beladau Kolam ialah “EkoPot” yang menggabungkan matapelajaran
Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.
Berdasarkan tajuk tersebut membawa maksud penggunaan pasu kitar semula
adalah suatu tindakan yang mencerminkan kesedaran mengenai hubungan
alam semula jadi dan manusia dalam aspek yang positif.

Pembelajaran Bilik Darjah (PBD) – EkoPot ini mempunyai


kesinambungan dengan kaedah belajar sambil bermain. Kesinambungan
yang diterapkan adalah melalui kaedah belajar secara digital melalui
penggunaan projek laman web interaktif “ArcillaNet” yang memfokuskan
kepada pendedahan awal berkaitan seni kraf tradisional iaitu tembikar.
“ArcillaNet” turut memperkenalkan kaedah pembelajaran Blended Learning
(BL) yang menggabungkan mod pengajaran secara tradisional dengan mod
teknologi digital. Di akhir sesi pembelajaran turut disertakan bersama kuiz
interaktif bagi menguji tahap penguasaan dan kefahaman murid berdasarkan
aktiviti yang dijalankan.

Selain itu, projek ini juga turut memperkenalkan inovasi Pembelajaran


Digital: Monobikar yang berfungsi sebagai pembelajaran melalui kaedah
gamifikasi untuk menarik minat murid dalam aktiviti tembikar yang dijalankan.
Inovasi Monobikar ini memfokuskan kaedah bermain sambil belajar dengan
konsep seperti permainan monopoly. Isi kandungan di dalam inovasi ini
mengandungi maklumat-maklumat tentang tembikar seperti jenis-jenis
tembikar, alat dan bahan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, inovasi ini juga
menerapkan unsur jual beli sepertimana konsep asal permainan monopoly.

2. OBJEKTIF

2.1 Memupuk kemahiran aras tinggi dan berdaya saing.

2.2 Mengalami pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan pembelajaran


berasaskan projek.

2.3 Meningkatkan pemahaman dan minat murid terhadap matapelajaran


terlibat.

2.4 Menjana minda kreatif, kritis dan inovatif serta menilai aspek komunikasi
murid.
3. PELAKSANAAN PROGRAM
3.1 Tarikh : 28.4.2024-23.5.2024

3.2 Tempat : Bilik Seni

4. KUMPULAN SASARAN
Murid tahun 5 Saidina Abu Bakar, 5 Saidina Umar

5. JAWATANKUASA
Penasihat : Cg.Mohammad Zainuddin bin Mat Zaid
Pengerusi : Cg.Mohd Nazri bin Husain (PKP)
Naib Pengerusi : Ustazah Anita binti Sujak (PK HEM)
Naib Pengerusi 1 : Cg.Mohd Raffi bin Ismail (PK KO)
Penyelaras TS25 : Muallimah Norhazlida binti Mohd Razali
Penyelaras KMR :Cg. Mohd Jedi bin Yusof
Setiausaha :Cg.Wan Rosliza binti W. A. Rahman
AJK :Ustazah Mazita binti Setapai
Cg. Munira binti Mohd
Cg. Aina Athirah Binti Mohd Amin
Cg. Alia Umairah Binti Ibrahim
Cg. Nurul Jannah binti Khomsa
Cg. Kamarufarahiah binti Kamarudin
Ustaz Kamarudin bin Kadir
Ustazah Tuan Khairil Hana binti Abu Bakar
Dokumentasi :Cg. Muhammad Adam Firdaus Bin Nor Amali

6. ANGGARAN PERBELANJAAN
HARGA SEUNIT JUMLAH
BIL PERKARA KUANTITI
(RM) (RM)
1 Spray cat (warna merah) 2 8 16
2 Spray cat (warna biru) 2 8 16
3 Spray cat (warna kuning) 2 8 16
4 Spray cat (warna hijau) 2 8 16
5 Spray cat (warna oren) 2 8 16
6 Spray cat (warna pink) 2 8 16
7 Tanah 12 4 48
8 Cutter 10 2 20
9 Plasticine 20 3 60
JUMLAH 224

7. SUMBER KEWANGAN

Peruntukan Panitia PSV = RM 224.00

8. PENUTUP
Diharapkan aktiviti ini dapat membantu meningkatkan kualiti pembelajaran
murid SK Beladau Kolam ke pembelajaran abad ke 21, pembelajaran secara
kreatif dan kritis melalui inkuiri dan mengaplikasikan kefahaman melalui
rekabentuk dan seterusnya memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah
dan komuniti setempat. Melalui aktiviti yang disertai juga diharap dapat
membentuk individu yang berketrampilan dan menjadi pemimpin yang
berkualiti pada masa hadapan.

Disediakan oleh: Disemak Oleh:

...................................... ..............................................
(MAZITA BINTI SETAPAI) (MOHD NAZRI BIN HUSAIN)
KETUA PANITIA PEN. KANAN PENTADBIRAN
PEND. SENI VISUAL SK BELADAU KOLAM
SK BELADAU KOLAM
KERTAS CADANGAN PROJECT BASED LEARNING (PBL)- EkoPot

KEPUTUSAN PENGURUSAN SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Project Based Learning (PBL)- EkoPot

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Project Based Learning (PBL)- EkoPot

Ulasan :

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………..
(MOHAMMAD ZAINUDDIN BIN MAT ZAID)
GURU BESAR
SK BELADAU KOLAM

You might also like