Surat Baik Pulih Bilik Guru

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Rujukan kami : PIBG/SKS 17/100-13/1/4

Tarikh : 22 Ogos 2023

Kepada :
YB AZLI BIN YUSOF
Pusat Khidmat Rakyat(P108)
No 1B Tingkat 2 Blok 1
Pusat Perniagaan Worldwide
Jln Tinju 13/5 Seksyen 13
40000, Shah Alam
( Cc :En Samsudin Derani)

Melalui,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seksyen 17,
Shah Alam, Selangor

Yang Berhormat,

PERMOHONAN SUMBANGAN BAIKPULIH BILIK GURU SK SEKSYEN 17

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SK Seksyen 17 telah
merancang kerja membaik pulih bilik guru Sk Seksyen 17, Shah Alam. Sekolah ini merupakan
sekolah dua sesi iaitu pagi dan petang dan mempunyai kapasiti murid seramai 1400 orang.Terdapat
satu sahaja bilik guru di sekolah ini dan digunakan seramai 83 orang guru sebagai tempat berehat,
sementara menunggu untuk masuk ke kelas mengikut jadual. Bilik guru ini juga digunakan oleh
guru-guru untuk melaksanakan kerja-kerja hakiki yang lain selain mengajar yang diarahkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
3. Difahamkan, kondisi bilik guru di sekolah ini sangat tidak kondusif dan selesa kerana
ruangan yang sempit tidak mampu menampung jumlah guru yang ramai. Guru-guru terpaksa
berkongsi meja kerana kuantiti meja tidak mencukupi dan ada dikalangan guru ketiadaan tempat
duduk dan berada di bilik-bilik khas serta surau untuk melakukan kerja-kerja lain selain mengajar.
Sistem pendawaian juga agak usang dan kurang selamat untuk digunakan dan terpaksa ditutup jika
terlalu banyak penggunaan barang-barang elektik untuk mengelakkan sebarang kemalangan akibat
bebanan had penggunaan terutamanya bahagian soket.
4. Pihak kami berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya oleh
pihak Yang Berhormat.Besar harapan kami ingin membantu sekolah terutamanya aspek keselesaan
dan keselamatan guru-guru supaya dapat mendidik anak-anak kami dengan lebih bersemangat.
Kerjasama dan perhatian pihak Yang Berhormat didahului dengan ucapan penghargaan terima
kasih.

Sekian,

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“MALAYSIA MADANI”

Saya yang menjalankan amanah,

______________________
( SAFIE BASHA BIN ALI BASHA)
Yang DiPertua PIBG 2023/2024
Sekolah Kebangsaan Seksyen 17,
Shah Alam, Selangor.

You might also like