Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Rujukan kami : PIBG/SKS 17/100-13/1/4

Tarikh : 1 Jun 2022

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF


UM SPECIALIST CENTRE SDN BHD
UMSC BUILDING,LOT 28,LORONG UNIVERSITI,
LEMBAH PANTAI, 50603 KUALA LUMPUR,
MALAYSIA.
( UP : NORZAITON SENUSI )

Tuan/Puan
PERMOHONAN UNTUK PETI PERTOLONGAN CEMAS DAN PENGUSUNG
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak PIBG SK Seksyen 17 ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan
untuk memberi sumbangan peti pertolongan cemas berserta ubat-ubatan dan pengusung bagi kegunaan murid-
murid Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan bekalan ubatan yang sedia ada sekarang tidak mencukupi dan tidak
boleh digunakan kerana melepasi tarikh luput penggunaan. Pihak sekolah amat memerlukan peti pertolongan
cemas dan pengusung sekiranya berlakunya kecederaan ringan di kalangan murid-murid seperti luka-luka kecil
dan kes kecemasan.Pihak sekolah dapat memberi rawatan kecemasan awal kepada murid.

4. Sehubungan dengan itu,pihak kami berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan yang
sewajarnya oleh pihak tuan/puan. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Safie
Basha bin Ali Basha (YDP PIBG) di talian 013-4038776 atau Muhammad Hisyam bin Taib (Biro Ekonomi
Dan Pembangunan) di talian 012-9109241.Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan didahului dengan ucapan
penghargaan terima kasih.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

____________________________
(SAFIE BASHA BIN ALI BASHA)
Yang DiPertua PIBG 2022/2023
Sekolah Kebangsaan Seksyen 17,
Shah Alam, Selangor.

Sk : Fail PIBG

You might also like