Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LANGKAWI, PULAU TUBA

07000 KUAH, LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN

KERTAS KERJA

KEMAHIRAN PSIKOMOTOR:
TERAPI BERKUDA
MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS

TEMPAT:
ISLAND HORSES
LANGKAWI

TARIKH:
04 OKTOBER 2022

ANJURAN:
KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN (KPKP)
SMK LANGKAWI PULAU TUBA

DISEDIAKAN OLEH:
EN. MOHAMAD SYARIFUDIN BIN YUSOF
Sejak tahun 1875, menunggang kuda telah dijadikan sebagai latihan terapi di Paris. Ia
telah diasaskan oleh seorang lelaki bernama Chassigne. Di seluruh dunia, ahli terapi fizikal
telah menggunakan Hippotherapy selama lebih daripda 30 tahun dahulu. Sejak 1970, di
Amerika Syarikat ahli terapi fizikal, terapi pekerjaan dan pakar patologi pertuturan
bahasa telah menggunakan pergerakan kuda dalam terapi mereka. Pada tahun 1992,
Amerika Hippotherapy Association (AHA) telah dibentuk bagi menyediakan satu forum
pendidikan, komunikasi dan penyelidikan antara profesional kesihatan menggunakan
pergerakan kuda dalam rawatan.

Terapi berkuda merupakan salah satu bentuk terapi yang melibatkan penggunaan
kuda dalam rawatan pemulihan dan ianya dilaksanakan oleh petugas yang terlatih dari
segi pengurusan dan latihan berkuda. Terapi berkuda membantu meningkatkan
keyakinan diri, meningkatkan keseimbangan badan, mengurangkan kekejangnan otot,
meningkatkan tumpuan, dan lain-lain, ianya sesuai untuk klien seperti Stroke, Cerebral
Palsy, Down syndrome, ADHD, learning disability, dan sebagainya.

Aktiviti ini dilihat mampu memberi kesedaran kepada murid-murid berkeperluan


khas bahawa mereka juga sebenarnya berpotensi untuk menjadi individu atau
masyarakat yang cemerlang dalam kehidupan pada masa hadapan. Justeru itu, Kelas
Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) berhasrat ingin menganjurkan program terapi
berkuda sebagai aktiviti yang menfokuskan pada perkembangan psikomotor murid iaitu
kemahiran motor kasar.

Program ini dilaksanakan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada murid-


murid tentang aktiviti luar dan mempelajari teknik dan kaedah menunggang kuda dengan
cara yang betul selain mengetahui cara sebenar mengimbangi badan. Selain itu, ia juga
merupakan sebahagian daripada komponen Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
sebagaimana yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran.

KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN (KPKP), SMK LANGKAWI PULAU TUBA


2
3.1 Memberi terapi untuk membantu, membetul dan menguatkan postur serta
koordinasi badan murid-murid berkeperluan Pendidikan Khas.
3.2 Meningkatkan keyakinan diri setiap murid supaya mereka tidak berasa
rendah diri ketika menunggang kuda dan berinteraksi dengan kakitangan
Island Horses.
3.3 Merangsang motivasi kendiri murid ke arah kecemerlangan kurikulum dan
kokurikulum.
3.4 Meningkatkan kemahiran sosialisasi melalui penglibatan luar selain
hubungan antara rakan-rakan, guru-guru dan masyarakat.

Sasaran program ini terdiri daripada semua murid, guru dan Pembantu
Pengurusan Murid Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran, SMK Langkawi Pulau
Tuba.

5.1 Anjuran : Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran,


SMK Langkawi Pulau Tuba.
5.2 Tarikh : 04 Oktober 2022
5.3 Hari : Selasa
5.4 Tempat : Island Horses, Langkawi
5.5 Penglibatan :

Murid - 9 Orang
Guru Pengiring - 3 Orang
P. Pengurusan Murid - 1 Orang
Jumlah - 13 Orang

KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN (KPKP), SMK LANGKAWI PULAU TUBA


3
Pengerusi : En. Ahmad Zamri bin Saadin

Naib Pengerusi 1 : En. Rusdi bin Hamzah

Naib Pengerusi 2 : Pn. Azita binti Mohd Razali

Naib Pengerusi 3 : En. Zulkarnain bin Harun

Penyelaras Program : En. Ibrahim bin Mohamed Nayan

Bendahari : Cik Noor Syazana binti Mohamad

AJK Aktiviti & Lawatan : En. Mohamad Syarifudin bin Yusof

AJK Pengangkutan : Cik Noor Syazana binti Mohamad

AJK Makanan dan Kebajikan : Pn. Nor Lela binti Mansor

AJK Disiplin : En. Ibrahim bin Mohamed Nayan

AJK Dokumentasi : En. Mohamad Syarifudin bin Yusof

Masa Aktiviti

06.40 pagi Berkumpul di Jeti Lubuk Cempedak

07.00 pagi Bertolak ke Jeti Pekan Rabu

08.00 pagi Sarapan pagi

08.30 pagi Bertolak ke Island Horses

09.00 pagi Program Terapi Berkuda

12.00 tengah hari Makan tengah hari

01.00 petang Bertolak pulang

KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN (KPKP), SMK LANGKAWI PULAU TUBA


4
Bil Perkara Butiran Harga (RM)

1. Pengangkutan bot RM 5.00 x 13 (2 hala) 130.00

2. Makan dan Minum RM 10.00 x 13 130.00

3. Yuran RM 20.00 x 13 260.00

Jumlah 520.00

* Pendapatan perbelanjaan daripada kutipan guru dan murid (RM 40.00 x 13 orang = RM 520.00)

Pihak kami amat berharap semoga perancangan yang telah diatur akan dapat
dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Harapan dari program ini sedikit sebanyak memberi
implikasi positif iaitu perubahan baik dalam diri murid dari segi fizikal, jasmani, emosi,
intelek, sosial dan rohani. Sehubungan itu, kerjasama dan komitmen yang padu oleh
semua pihak amatlah diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………………………………. ………………………………………..
(MOHAMAD SYARIFUDIN BIN YUSOF) (AHMAD ZAMRI BIN SAADIN)

Guru Pendidikan Khas Pengetua


Terapi Berkuda KPKP SMK Langkawi Pulau Tuba

KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN (KPKP), SMK LANGKAWI PULAU TUBA


5

You might also like