Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

INSTITUT PERTANIAN TITI GANTONG

SEMESTER IV
SESI 2022 / 2024

TANAMAN BERPOTENSI TINGGI (AGR 421)

LAPORAN PENGURUSAN TANAMAN PADI


Pensyarah Teori :
Puan Suhaida Binti Che Embi
Pensyarah Amali:
Puan Norshatul Najwa Binti Baharom
Muhamad Zulaikhan Bin Mohamad Yani
NAMA NO I/C NO MATRIK
Muhammad Afiq Irfan
Bin Razali
040118-11-0333 113076
Muhammad Akmal
Ezzat Bin Mohd 040728-10-1661 113078
Jamaluddin
Siti Fatimah Binti Mat
Nanyan
030324-01-0756 113161
Norien Aisyah Binti
Sahronizam
040708-14-0102 113112
Norasyikin Binti
Mohamad Shahrol
040808-10-0378 113110
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT


1 Pengenalan 3
2 Objektif 4
3 1.0 Penyediaan kawasan 5-7
4 2.0 Kaedah penanaman 8-9
5 3.0 Pengurusan air 10-11

6 4.0 Pengurusan pembajaan


12
7 5.0 Pengurusan rumpai 13
8 6.0 Jenis perosak dan kaedah kawalan

14-17
9 7.0 Jenis penyakit dan kaedah kawalan
18-21
10 8.0 Penuaian hasil
22-24
11 Kesimpulan 25

Page | 2
PENGENALAN
Padi atau nama botaninya, Oryza sativa merupakan sejenis tanaman bijirin yang dituai biji-
biji benihnya untuk mendapatkan beras yang boleh ditanak menjadi nasi. Pokok padi
tergolong di dalam keluarga Gramineae. Terdapat 19 spesies padi, cuma dua spesies sahaja
iaitu Oryza glaberima stend dan Oryza sativa L. yang ditanam dengan meluas.

Tanaman padi adalah tanaman penting bagi negara ini memandangkan beras atau nasi
merupakan makanan utama bagi penduduk Malaysia. Dengan kemajuan teknologi
penyelidikan, hasil padi telah dipertingkatkan di mana hasil di beberapa kawasan mencapai
5.6 hingga 7 tan/ha.

Industri pengeluran padi negara telah melalui perubahan daripada sistem penanaman secara
subsistem kepada pengeluran secara komersial. Bagi memesatkan perubahan ke arah
komersialisasi, pendekatan yang lebih tersusun dan berkesan perlu diwujudkan dan
diamalkan.

Page | 3
OBJEKTIF TUGASAN
1. Dapat mengetahui ilmu cara untuk mengurusan tanaman padi secara
berkumpulan
2. Untuk mengenali cara proses penanaman padi pada peringkat tertentu
3. Dapat mengetahui cara membunuh serangga perosak di sawah padi
4. Mengetahui cara penuai hasil padi

Page | 4
1.0 PENYEDIAAN KAWASAN

Kerja-kerja penyediaan kawasan adalah melibatkan kerja pengurusan Jerami,


perataan tanah, pengapuran dan penyelengaraan infrastruktur sawah bergantung
kepada situasi semasa keadaan tanah. Pada 28/02/2024, aktiviti perataan tanah dan
pengapuran dijalankan.

pH tanah diambil bagi setiap sisi petak sawah supaya dapat mengenalpasti jumlah
kapur yang ingin digunakan bagi mengurangkan keasidan tanah. Proses perataan
dilakukan terlebih dahulu menggunakan jentera 2 roda bagi membalik-balikkan
tanah supaya kapur yang diletakkan mudah menyerap kedalam tanah.

Aras imbangan permukaan -+ 5cm bagi memastikan air yang masuk kedalam petak
sawah lebih cekap dan seragam. Perataan yang dilakukan menggunakan 2 jenis
kaedah iaitu perataan major dan perataan minor. Perataan major dilakukan 2-3
tahun sekali dan hanya dilakukan semasa musim kering sahaja. Seterusnya,
perataan minor dimana perataan ini dilakkan sewaktu keadaan sawah basah dan
setiap musim penanaman.

Pembajakan adalah aktiviti memecah dan mengembur tanah kepada ketulan yang
lebih kecil ia bertujuan menyediakan persekitaran tanah yang baik untuk penapakan,
pertumbuhan dan pembesaran pokok padi.

Page | 5
GAMBAR PENYEDIAAN KAWASAN

Page | 6
JADUAL PENGAPURAN

pH Keperluan GML(Tan/ha)

>5.5 -

5.0 – 5.49 1.5

4.5 – 4.99 3.0

<4.49 5.0

2.0
KAEDAH PENANAMAN

I) Kaedah tabur terus


Page | 7
Terdapat 2 kaedah penanaman yang boleh dilakukan iaitu sistem tabur terus dan
menggunakan jentera penanaman. Kadar benih 120-150 kg/ha

Benih direndam terlebih dahulu di dalam air yang bersih selama 24 jam

Kemudian toskan di tempat yang redup sehingga pecah mata.

Kebiasaannya proses ini mengambil masa selama 12 – 24 jam. Keadaan sawah


perlu tepu atau paras air ‘cap=cap’ sebelum biji benih ditabur.

Kaedah ini menggunakan alat penyembur kabus bermotor (mist blower).


penggunaan alat penyembur ini adalah bagi memastikan benih ditabur secara rata
dan sekata. Kaedah ini juga boleh diamalkan didalam air yan bertakung yang
dikenali sebagai serak dalam air.

Page | 8
II) Kaedah menggunakan jentera menanam

Kaedah ini memerlukan 60-70 kg/ha benih padi.Benih direndam terlebih dahulu di
dalam air yang bersih selama 24 jam. Kemudian toskan di tempat yang redup
sehingga pecah mata. Kebiasaannya proses ini mengambil masa selama 12 – 24
jam. Benih yang bercambah kemudiannya disemai didalam dulang menggunakan
media arang sekam dan proses ini dijalankan dengan menggunakan mesin semai.

Bagi 1 hektar sawah memerlukan sebanyak 220-250 dulang semaian yang


diperlukan bergantung kepada jarak tanaman dan bilangan anak per/titik. Anak
semaian sesuai ditanam apabila berumur diantara 15-18 hari. Anak semaian
ditanam disawah dengan menggunakan jentera menanam pada jarak 16-22 cm
dalam barisan dan 30cm antara jalur.

Page | 9
3.0 PENGURUSAN AIR

Air perlu dibekalkan sepanjang hidup pokok padi kecuali pada peringkat masak.
Paras air hendaklah sentiasa dipantau dan dikawal dalam lingkungan 5-10 cm
mengikut tumbesaran pokok bagi mengelakkan daripada pokok tenggelam air.
Tahap keperluan dan paras air diperlukan yang berbeza mengikut fasa tumbesaran
pokok padi seperti peringkat awal, beranak aktif, pembentukan bulir, bunting dan
terbit.

Air didalam petak sawah hendaklah dikeluarkan dalam tempoh 14-20 hari sebelum
menuai bagi mengelakkan daripada berlakunya kerosakan pada batang padi.

Page | 10
KADAR KEPERLUAN AIR MENGIKUT KAEDAH TABUR TERUS

Hari selepas Peringkat Tahap keperluan Kawasan paras


tanam tumbesaran padi air air (cm)
5-7 Selepas tabur Amat mustahak 5
15-40 beranak Amat mustahak 5
40-50 Pembentukan bulir mustahak 10
70 Bunting Amat mustahak 10
80-90 Terbit dan bersusu mustahak 10
Membeku dan
90-100 Tidak mustahak 0
matang
110-120 Tuai Tidak mustahak 0

KEPERLUAN AIR MENGIKUT TEKNIK MENGGUNAKAN JENTERA

Hari selepas Peringkat Tahap keperluan Kawasan paras


tanam tumbesaran padi air air (cm)
1-5 Selepas tabur Amat mustahak 5
15-40 beranak Amat mustahak 5
40-50 Pembentukan bulir mustahak 10
70 Bunting Amat mustahak 10
80-90 Terbit dan bersusu mustahak 10
Membeku dan
90-100 Tidak mustahak 0
matang
110-120 Tuai Tidak mustahak 0

Page | 11
4.0 PENGURUSAN PEMBAJAAN
Pengapuran
Tentukan pH tanah selepas menuai. Dapatkan pH antara 5.5 cose.5. Tentukan kadar
pengapuran bagi pH < 5.5 berdasarkan jadual di bawah :-
Kadar kapur GML
Nilai pH Tahap
(tan/ha)
5.0-5.49 Sedikit masam 1.5
4.5-4.99 Masam 3.0
< 4.49 Sangat masam 5.0

Kadar Nutrien
Anggaran nutrien yang telah diambil dari tanah setiap musim
Kandungan Keseluruhan Dalam Pokok Kandungan Dalam Padi Sahaja
Nutrien (kg/ha) (kg/ha)
N 347 287
P 64 56
K 393 117
Ca 24 2.5
Mg 25 13
S 22 11

Hari lepas Hari lepas


Peringkat Kadar baja
tabur (musim tabur (musim Jenis baja
tanaman (kg/ha)
kering) basah)
Sebelum Ikut jadual
-(20-30) -(20-30) GML
menabur kadar
25 (17:5 :
Campuran +
15-20 15-20 3 helai daun 15.5 : 10)+
Urea
(46% N)
100 (60% K20)
(tambahan) +
35-40 35-40 Beranak aktif 250kg (12 :
MOP
12 : 17 : 2
Sebatian
13 : 13 : 21) +
Pembentukan (tambahan) +
50-55 55-60 35 13 : 13 : 21)
tangkai urea
+ 35
(tambahan)
(46%N)
Sebatian 150(12:12:17:2
65-70 70-75 terbit
(tambahan) atau 13 : 13 :
21)

Page | 12
5.0 PENGURUSAN RUMPAI
Pengurusan rumpai dalam tanaman padi adalah penting untuk memastikan hasil
yang optimum dan mengurangkan persaingan antara rumpai dan tanaman padi.
Antara rumpai yang menjadi pesaing di petak padi kami seperti rumput sambau,
rusiga, Leptochloa sp. dan Paspalum sp. Berikut adalah beberapa kaedah
pengurusan rumpai padi yang kami terapkan dalam amali pengurusan tanaman padi
di petak padi kami :

Amalan kultura/manual :

Kaedah ini melibatkan tindakan manual seperti mencabut dan memotong bagi
mengawal pertumbuhan rumpai secara langsung. Kami membersihkan rumpai di
dalam plot padi bagi mengelakkan persiangan nutrient antara pokok padi dengan
rumpai. Kami juga membersihkan kawasan sekitar plot tanaman bagi mengelakkan
menjadi perumah kepada perosak. Hal ini perlu dilakukan bagi mengelakkan hasil
padi terjejas dan mengurangkan kualiti hasil padi.

Amalan kimia:

Amalan kimia dalam pengurusan rumpai padi melibatkan penggunaan racun rumpai
untuk mengawal pertumbuhan rumpai yang boleh mengganggu pertumbuhan
tanaman padi. Berikut adalah beberapa langkah dan amalan kimia yang kami
gunakan dalam pengurusan rumpai padi. Kami mennggunakan racun pracambah
bagi menghalang anak benih rumpai tumbuh sebelum penanaman dibuat di plot
tanaman. Kami juga mengunakan racun rumpai (BASTA) bagi membunuh rumpai-
rumpai yang tumbuh di plot tanaman.

Page | 13
6.0 JENIS PEROSAK DAN KAEDAH KAWALAN
a. Kutu Beruang

NAMA SAINTIFIK:

Scotinophara coarctata Thunberd

TANDA SERANGAN:

 Serangga menghisap cecair pokok padi, menyebabkan pokok menjadi kering


(bugburn) sama seperti “hopperburn” bena perang.
 Serangga berkumpul di pangkal pokok pada waktu siang dan naik ke atas pada
waktu malam untuk menghisap sap pokok.
KAWALAN:

 Petak padi perlu dikeringkan sepenuhnya ketika tiada padi.


 Musnahkan tunggul jerami.
 Menggunakan perangkap lampu.
 Sembur etofenprox, fenobucarb, fenthion.

Page | 14
b. Belalang

NAMA SAINTIFIK:

i. Oxya chinensis Thunberg


ii. Conocephalus longipennis de Haan
TANDA SERANGAN:

 Tidak mendatangkan kerosakan yang teruk kepada tanaman padi.


 Memakan daun padi bermula dari tepi bilah daun.
 Pada peringkat keluar tangkai, belalang merosakkan biji padi dan juga boleh
mematahkan tangkai padi.
KAWALAN:

 Katak, burung dan labah-labah merupakan pemangsa kepada belalang.


 Tidak efektif jika menggunakan racun serangga jenis butiran.

Page | 15
c. Kesing @ Cenangau

NAMA SAINTIFIK:

i. Leptocorisa oratorius Fabricius


ii. Leptocorisa acuta Thunberg
iii. Leptocorisa chinensis Dallas
TANDA SERANGAN:

 Memusnahkan padi dengan menghisap cecair (susu) buah padi yang sedang
membentuk menyebabkan padi sama ada tidak berisi atau separuh berisi.
KAWALAN:

 Kawalan rumpai yang menjadi perumah seperti rumput sambau dan padi angin.
 Parasit telur Gryon nixoni dan pemangsa seperti labah-labah adalah musuh
semula jadi kesing.
 Sembur racun serangga fenthion (seburan dilakukan dari peringkat berbunga
dan susu)

Page | 16
d. Ulat Pengorek Batang

NAMA SAINTIFIK:

i. Scirpophaga incertulas Walker (Ulat Batang Kuning)


ii. Chilo polychrysus Meyrick (Ulat Batang Kepala Hitam)
iii. Chilo suppressalis Walker (Ulat Batang Berjalur)
iv. Sesamia inferens Walker (Ulat Batang Merah Jambu)
TANDA SERANGAN:

 Larva pada mulanya memakan di dalam kelopak daun sebelum memasuki


batang padi. Setelah berada di dalam, ia akan memakan tisu-tisu batang
tersebut.
 Jika serangan berlaku pada peringkat awal tumbesaran padi, simptom luaran
dinamakan ‘mati anak’. Jika serangan berlaku semasa pokok sedang
mengeluarkan tangkai, simptom luaran dinamakan ‘bulu ayam’.
 Anak padi yang mati senang dicabut dari teras pokok.
KAWALAN:

 Musnahkan tunggul jerami dan padi batat.


 Membajak dan membanjir petak sawah boleh membunuh larva dan pupa.
 Naikkan paras air jika boleh untuk membunuh telur yang berada di pangkal
pokok.
Page | 17
 Sembur carbofuran, fipronil atau chlorantraniliprole.
7.0 JENIS PENYAKIT DAN KAEDAH KAWALAN

Penyakit karah ( Pyricularia oryzae)

Tanda penyakit
 Bintik berbentuk lonjong dan runcing di hujung pada daun, tangkai
dan buah padi
 Tepi bintik berwarna perang kemerahan dan di tengah-tengahnya
berwarna kelabu atau keputihan.
 Pada buku batang dan buku tangkai: lesi bewarna gelap kelabu
kehitaman meliputi sebahagian atau sepenuhnya mengelilingi buku
batang atau buku tangkai, menyebabkannya mereput dan patah.

Kaedah kawalan

 Bagi kawalan karah daun, penyemburan racun kimia disyorkan


apabila wujud simptom penyakit. Penyemburan ulangan perlu
dilakukan sekiranya jangkitan penyakit semakin serius.
 Bagi kawalan karah tangkai, penyemburan yang disyorkan adalah
pada peringkat 5-25% terbit tangkai. Penyemburan ulangan perlu
dilakukan sekiranya jangkitan penyakit semakin serius.
 Guna varieti rintang
 Pengurusan air yang cekap dengan memastikan air sawah
mencukupi (tidak kering).

Page | 18
Reput perang seludang (Pseudomonas fuscovaginae)

Tanda penyakit
 Simptom luaran tidak seragam berwarna perang keunguan pada
bahagian batang dan seludang.
 Serangan serius menyebabkan biji padi bertukar warna ungu
kehitaman dan menjadi hampa.

Kaedah kawalan

 Guna biji benih bebas penyakit atau varieti yang rintang


 Musnahkan residu tanaman selepas penuaian
 Rawat benih dengan air panas pada 65⁰c

Page | 19
Penyakit bintik perang (Helminthosporium oryzae)

Tanda penyakit
 Bintik berwarna kelabu dan keputihan , berbentuk seperti biji bijian
pada daun
 Terdapat bintik berwarna perang gelap kehitaman pada glum.

Kaedah kawalan

 Musnahkan sumber penyakit dengan membakar tunggul dan sisa


tanaman.
 Rawat biji benih dengan racun kulat yang disyorkan.
 Gunakan baja berunsur silika untuk meningkatkan ketahanan pokok
terhadap jangkitan.
 Pantau status nutrient di dalam tanah.
 Guna varieti rintang.

Page | 20
Jalur daun bakteria (Xanthomonas campestris pv oryzicola)

Tanda penyakit
 Jalur lut cahaya berwarna hijau sebam pada permukaan daun
memanjang di antara urat-urat daun.
 Pada kelembapan tinggi, percikan manik-manik bakteria akan
kelihatan pada permukaan daun.

Kaedah kawalan

 Rawat benih dengan air panas pada 65⁰C.


 Elak guna baja bernitrogen berlebihan.
 Musnahkan residu tanaman selepas penuaian.
 Guna varieti rintang.
 Sembur racun berasaskan kuprum.

Page | 21
8.0 PENUAIAN HASIL
Penuaian padi merupakan salah satu tahap paling penting dalam kitaran
penanaman padi. Ia bukan sahaja menentukan kuantiti hasil yang akan diperoleh
tetapi juga mempengaruhi kualiti beras yang akan dihasilkan. Proses penuaian
yang dilakukan dengan teliti dan tepat dapat menjamin hasil yang maksimum dan
mengurangkan kerugian. Terdapat beberapa kaedah penuaian yang digunakan
oleh para petani bergantung kepada skala pertanian dan teknologi yang tersedia.

 Kaedah Penuaian Manual

Penuaian manual adalah kaedah tradisional yang masih digunakan oleh petani
kecil atau di kawasan yang sukar diakses oleh jentera. Dalam kaedah ini, petani
menggunakan alat-alat tradisional seperti sabit atau pisau untuk memotong
tangkai padi. Proses ini dimulakan dengan memotong tangkai padi dekat dengan
tanah. Tangkai yang dipotong kemudian diikat dalam kumpulan kecil untuk
memudahkan pengendalian. Selepas itu, proses mengirik dilakukan dengan
memukul tangkai padi bagi memisahkan biji padi dari tangkainya.

 Kaedah Penuaian Separuh Mekanikal

Kaedah ini merupakan gabungan antara penuaian manual dan penggunaan


mesin kecil. Ia sesuai untuk kawasan yang lebih luas tetapi tidak sepenuhnya
moden. Proses penuaian dimulakan dengan memotong tangkai padi secara
manual seperti dalam kaedah tradisional. Namun, bagi proses mengirik, mesin
pengirik kecil digunakan untuk meningkatkan kecekapan berkerja berbanding
cara tradisional. Penggunaan mesin ini membantu mempercepatkan proses
penuaian dan mengurangkan tenaga kerja yang diperlukan.

Page | 22
 Kaedah Penuaian Mekanikal Sepenuhnya

Di ladang-ladang besar dan komersial, kaedah penuaian mekanikal sepenuhnya


digunakan. Kaedah ini melibatkan penggunaan mesin penuai moden yang
dikenali sebagai combine harvester. Mesin ini mampu melakukan tiga tugas
utama secara serentak iaitu memotong tangkai padi, mengirik biji padi, dan
membersihkan biji padi. Penggunaan mesin ini bukan sahaja menjimatkan masa
tetapi juga meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kerosakan pada biji
padi. Biji padi yang sudah bersih akan dikumpulkan dalam tangki penyimpanan
atau beg untuk proses seterusnya.

 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Kaedah Penuaian

Pemilihan kaedah penuaian bergantung kepada beberapa faktor utama.


Pertama, keluasan tanah memainkan peranan penting. Ladang yang lebih luas
biasanya memerlukan kaedah mekanikal untuk memastikan semua padi dapat
dituai dalam masa yang optimum. Kedua, keadaan geografi seperti kawasan
berbukit atau bergunung mungkin tidak sesuai untuk penggunaan jentera besar,
maka kaedah manual atau separuh mekanikal lebih praktikal. Ketiga,
kemampuan kewangan juga mempengaruhi pilihan kaedah penuaian kerana kos
mesin penuai yang tinggi mungkin tidak mampu ditanggung oleh semua petani.
Akhirnya, ketersediaan tenaga kerja juga memainkan peranan penting.
Kekurangan tenaga kerja boleh memaksa penggunaan mesin penuai walaupun
di kawasan yang tidak begitu luas.

 Penjagaan Selepas Penuaian

Selepas penuaian, penjagaan biji padi adalah langkah penting yang tidak boleh
diabaikan. Biji padi perlu dikeringkan untuk mengelakkan kerosakan dan
memastikan kualiti beras yang tinggi. Proses pengeringan ini boleh dilakukan
secara tradisional dengan menjemur biji padi di bawah sinar matahari atau
menggunakan mesin pengering moden. Selepas itu, padi yang telah dikeringkan
perlu disimpan di tempat yang kering dan bersih untuk mengelakkan serangan
serangga dan tikus. Akhir sekali, proses pemprosesan dijalankan untuk
memisahkan sekam dari biji padi sebelum ia boleh digunakan sebagai beras.

Page | 23
Dengan menggunakan kaedah penuaian yang sesuai dan penjagaan selepas
penuaian yang teliti, hasil padi dapat dikumpulkan dengan lebih efisien dan
berkualiti tinggi. Ini bukan sahaja membantu meningkatkan pendapatan petani
tetapi juga menyumbang kepada keselamatan makanan dan kesejahteraan
masyarakat secara keseluruhannya. Penuaian yang baik adalah asas kepada
pertanian yang berjaya dan mampan.

Page | 24
KESIMPULAN
Melalui tugasan ini, kesimpulan yang dapat disimpulkan ialah dapat mengetahui ilmu
cara untuk menguruskan tanaman padi secara berkumpulan. Hal ini dikatakan
demikian kerana semua pelajar dikehendaki melakukan amali tanaman padi secara
berkumpulan seramai 5 orang setiap kumpulan.

Selain itu, dapat mengenali peringkat tumbesaran tanaman padi. Hal ini disebabkan
kami dapat melihat peringkat tumbesaran padi dari peringkat awal iaitu semaian biji
benih yang dilakukan dengan dua kaedah iaitu kaedah menanam (transplanting) dan
kaedah tabur terus (direct seeding) menggunakan mist blower kemudian peringkat
tumbesaran.

Akhir sekali, kami juga dapat mengetahui cara membunuh serangga perosak di
sawah padi. Hal ini demikian kerana pada peringkat tumbesaran tanaman padi
menunjukkan simptom diserang oleh serangga. Sebagai contoh, terdapat padi
kosong kerana cecair susu padi telah dihisap oleh serangga seperti kesing. Oleh itu,
kami melakukan semburan racun serangga pada petak padi untuk mengawal
populasi serangga tersebut.

Page | 25

You might also like