Esei KK Sej Baru

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

1.

0 PENGENALAN

Menjelang awal 1950-an, sukan luncur boleh dikesan sebagai sumber lahirnya

sukan papan selaju. Beberapa peluncur mempunyai idea untuk memindahkan

perasaan menunggang ombak ke jalanan untuk menentang masa hari dengan ombak

yang lembut. Bukan tanpa sebarang sebab mereka ini digelar “peluncur asfalt”. Di

dua tempat di dunia sejenis papan selaju dibangunkan pada kali pertama pada awal

1950-an: California dan Hawaii. Mereka menggunakan papan luncur yang lebih

pendek dan roda yang diperbuat daripada logam tanpa beberapa galas. Pada akhir

1950-an, papan selaju mempunyai kemuncak pertama. Semasa tempoh selepas

perang, ekonomi A.S. berkembang pesat dan ini turut menjejaskan industri mainan.

Pada tahun 1959, Roller Derby mengeluarkan papan selaju rasmi pertama dengan

beberapa perkembangan teknikal baharu. Oleh itu, ciri pengendalian telah

dipertingkatkan. Atas sebab ini, pemain papan selaju dapat membangunkan helah dan

gerakan baharu.1 Di Malaysia, ‘skateboarding’ telah mula bertapak semenjak

penghujung tahun 1970an. Pada 6hb Jun 1977, dalam satu lukisan kartunnya bertajuk

“Lat in Arizona”, Datuk Mohammad Nor Khalid (Lat) melukis watak kanak-kanak

yang bermain ‘skateboard’. Selain sudah dijual di gedung permainan kanak-kanak

“Toys ‘R’ Us”, iklan “Milo” yang ditayangkan pada tahun 1987 turut memuatkan

papan selaju dalam jalan ceritanya. Selain itu, watak kartun “Fido Dido” dalam iklan

“7 Up” dan “Teenage Mutant Ninja Turtle” yang menggunakan papan selaju, turut

memberi pendedahan dan menyuburkan minat masyarakat Malaysia terhadap sukan

tersebut. Pada awal 90an, video “Celebraty Tropikal Ikan” disalin dan diedarkan

secara percuma. Ia dikatakan sebagai antara video terawal berkenaan papan selaju di
negara kita. Pada September 1990, satu pertandingan ‘skateboarding’ secara besar-

besaran telah dianjurkan oleh “Coca Cola” di Bangsar Shopping Centre (BSC), Kuala

Lumpur. Kejohanan “Go Skateboarding Lot 10” pula di Kuala Lumpur telah

dianjurkan buat kali pertama pada 1991. Pada 1991 juga, demonstrasi papan selaju

telah diadakan sempena “Minggu Jelajah Perak” di Ipoh, Perak . Di Malaysia, pada

tahun 1993, satu pertandingan skateboarding peringkat kebangsaan telah diadakan

iaitu “Isetan Skateboarding Championsip” di Kuala Lumpur. Sambutan yang diterima

amatlah memberangsangkan, di mana peminat sukan ini dari seluruh pelusuk negara,

telah datang untuk bertanding. Pertandingan ini telah melahirkan bintang yang

semakin dikenali ramai iaitu Pa’din Musa (Ahmad Fadzli Musa). 2

2.0 LATARBELAKANG PA’DIN MUSA

Ahmad Fadzil Musa atau lebih dikenali sebagai Pa’din Musa. Beliau merupakan

seorang pemain papan selaju professional Malaysia.Beliau pernah mengharumkan

nama negara dengan menjuarai Asian X Games sebanyak 2 kali pada tahun 2000 di

Phuket dan tahun 2004 di Kuala Lumpur.

Kehidupan awal beliau bermula di Bagan Belat, Butterworth,Pulau Pinang.Ayah

beliau merupakan seorang tukang kayu dan juga seorang membaiki mesin jahit

manakala ibunya pula bekerja sendiri.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah

Kebangsaan Telok Ayer Tawar di Kepala Batas sebeleum meneruskan pendidikan

beliau di Sekolah Vokasional Butterworth dan seterusnya ke Politeknik Port Dickson

dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Pada asalnya, dalam keluarga

beliau,abang beliau terlebih dahulu melibatkan diri dalam bidang skateboard.Kali


pertama Pa’din ternampak skateboard adalah ketika seorang pemilik gerai di tapak

Pesta Pulau Pinang bermain dengan skateboard selepas menutup kedainya. Pada

ketika itu, Pa’din bekerja sambilan di Tapak Pesta Pulau Pinang ketika umur Pa’din

12 tahun. Skateboard atau papan selaju yang pertama dibeli oleh Pa’din adalah ketika

beliau berumur 14 tahun dengan harga rm 59.90 sahaja.3

Kata Pa’din ketika beliau masih lagi menyambung pelajaran di Politeknik Port

Dickson, beliau membeli sebuah Honda EX-5 dan pada masa yang sama beliau

mencari kerja demi membayar duit ansuran bulanan untuk moto Honda EX-5

tersebut. “ Beberapa kali juga kedai motor menarik balik motosikal saya kerana saya

tidak mampu membuat pembayaran. Tapi akhirnya,saya kumpul duit dan bayar

balik,saya langsaikan hutang saya”. “ Sampai sekarang, motor Honda EX-5 tersebut

ada saya simpan di rumah,” ujar Pa’din. Pa’din juga berkata ketika zaman beliau

masih menyambungkan pelajaran, dia tidak pernah sekali pun mengharapkan duit

daripada ibu bapanya. “ Saya cari duit saya sendiri untuk pelajaran,dan saya bernasib

baik disebabkan ibu bapa rakan karib saya membantu saya bayarkan yuran

pendidikan setiap tahun.”4

Berkaitan perniagaan Abah & Sons milik beliau pula, Pa’din membuka bengkel di

Taman Seri Serdang di Kepala Batas,Pulau Pinang. Pa’din sememangnya seorang

penggemar dan peminat jentera custom atau jentera rekaan khas. Pa’din tidak

meminati Harley Davidson yang baharu tetapi beliau lebih minat untuk

memodifikasikan jentera-jentera motosikal antik. Motosikal custom pertama beliau


ialah sebuah Harley-Davidson Softail yang dibeli oleh beliau pada tahun 2008, dan

kemudiannya diubah suai oleh beliau menjadi sebuah “rigid”. Nama bengkel beliau

iaitu Abah & Sons adalah untuk menghargai arwah ayahnya. Abah beliau merupak

mekanik dan tukang membaiki mesin jahit. Pa’din bercerita bahawa abah beliau

pernah menghantar mesin jahit pelanggan dari Butterworth ke Alor Setar, perjalanan

yang diambil oleh Abah kepada Pa’din adalah selama 2 hari. Pa’din tidak pernah

malu untuk berkongsi latarbelakang keluarga beliau. Kedai Abah & Sons ini tidak

melakukan kerja pembaikan motosikal. Sebenarnya kedai beliau hanya fokus kepada

kerja-kerja modifikasi ekstrem jentera Harley Davidson dan dalam masa setahun,

beliau hanya mampu melakukan 3 projek modifikasi ekstrem sahaja.56

Modifikasi motosikal bukanlah kerja utama Pa’din pada masa sekarang

tetapi,kerjaya utama beliau merupak pereka bentuk taman skateboard, beliau telah

menjalankan banyak projek besar berkaitan dengan taman skateboard. Beliau telah

membina skatepark di beberapa buah negeri di Malaysia seperti di Kuala Lumpur dan

Pulau Pinang. Antara taman skateboard yang terbaru dibina oleh beliau oleh rakan-

rakannya adalah terletak di kawasan Pokok Sena ,Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau

berpendapat bahawa taman skateboard yang dibina oleh ahli skateboard profesional

itu sendiri memang berlainan berbanding dengan taman skateboard yang lain. Hal ini

kerana ahli skateboard profesional seperti Pa’din Musa lebih arif tentang keselamatan

dan keselesaan kepada skateborder-skateboarder yang lain. Tambahan pula, hal ini

dapat menarik minat golongan muda untuk berkecimpung dalam bidang skateboard

ini. Antara kawasan lain taman skateboard di Pulau Pinang yang dibina oleh Pa’din
Musa dan rakan-rakannya adalah terletak di Lebuh Gurney. Kata beliau pada zaman

dahulu tiada taman skateboard yang berkualiti jadi antara tempat pilihan Pa’din untuk

menjalankan aktiviti papan selaju bertempat di KOMTAR, Pulau Pinang. Pada ketika

itu lah Pa’din mula mengenali ahli papan selaju yang lain.7

3.0 PENCAPAIAN PA’DIN MUSA DALAM BIDANG SKATEBOARDING

Pa’din adalah orang pertama di Asia Tenggara yang terpilih untuk bekerjasama

dengan syarikat kasut Vans bagi menghasilkan kasut signature.Edisi khas VansXPadin

ni dah habis dijual hanya dalam masa dua jam lepas pelancarannya dari Pulau Pinang

hingga Singapura. Lagenda papan selaju Malaysia,Ahmad Fadzil Musa atau lebih

dikenali sebagai Pa’din Musa dalam kalangan penggemar papan selaju di Malaysia.

Pencapaian terbaik beliau adalah memperolehi pingat emas pada Asia X Games pada

tahun 2000 dan tahun 2004 bagi kategori street skateboarding dengan menewaskan 12

lagi negara termasuk Australia dan Jepun.Pada tahun 2004 juga Pa’din menduduki

tempat ke-10 bagi kejuaraan profesional di Los Angeles yang menghimpunkan nama

besar seperti Eric Koston dari AS.Beliau yang merupakan anak kelahiran dari Pulau

Pinang ini adalah atlet papan emas kejohanan sukan lasak Asian X Games pada 2000

di Phuket dan 2004 di Kuala Lumpur.Sehingga kini tiada seorangpun atlet atau

pemain papan selaju negara memenangi emas dalam kejohanan itu.Ia turut

menyaksikan Pa’din menjadi satu-satunya peserta negara yang bersaing di Summer X

Games di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 2004.Mengimbau kejayaannya, dari

tahun 1994. sehingga 2004, Pa’din berjaya mendominasi kejohanan sukan lasak

tempatan sehingga beliau menjadi penganjur sirkit sukan ekstrem kebangsaan anjuran
Kementerian Belia dan Sukan.Beliau turut menjadi penasihat dan membina beberapa

gelanggang sukan ekstrem termasuk di Taman Cabaran Putrajaya dan juga terbaharu,

gelanggang sukan ekstrem di Pasir Gudang.8

Selain itu, Pa’din Musa juga merupakan satu-satunya skateboarder atau ahli papan

selaju yang pertama membuat kolaborasi dengan syarikat kasut yang terkemuka iaitu

Vans dan mempunyai kasut signature colorway profesional yang sendiri. Pada

mulanya, Pa’din seakan-akan tidak percaya bahawa syarikat gergasi dari Amerika

Syarikat itu ingin membuat kolaborasi bersamanya. Kata beliau dalam artikel Metro

yang dikeluarkan pada 4 Disember 2017 itu, proses bagi menentukan warna kasut

mengambil masa yang lama tetapi pada satu hari, Pa’din menunggang motosikal

bersama rakannya, beliau tertarik dengan warna jaket yang unik itu. Warna tersebut

adalah watna sitrus, hitam dan kelabu.Pemegang Diploma Kejuruteraan Mekanikal

dari Politeknik Port Dickson,Negeri Sembilan ini berkata bahawa rekaan dan desain

kasut ini terinspirasi daripada minatnya dalam bidang permotoran. Beliau juga

mempunyai bengkel motosikal yang khas untuk motosikal yang berkuasa tinggi

sahaja. Bengkel tersebut terletak di Taman Seri Serdang,Kepala Batas, Pulau Pinang.

Kata beliau, beliau tidak membuat pengambilan projek custom moto yang kecil-

kecilan. Hal ini kerana bengkel tersebut dibuka hanya untuk dirinya dan kenalan

rapatnya. Membina motosikal custom juga merupakan salah satu hobi beliau selain

bermain skateboard. Pa’din mempunyai beberapa biji motosikal yang telah dibina

sendiri olehnya. Pa’din juga merupakan fanatik terhadap barangan klasik seperti

kereta lama. Di rumah beliau, terdapat sebiji kereta klasik yang disimpannya 9
Seterusnya, rekaan dan desain baharu yang diberi nama Tikar Mengkuang. Hal ini

kerana rekaannya yang mengambil ciri-ciri budaya di Malaysia. Mengkuang adalah

sejenis tumbuhan yang hidup subur di kawasan Mauritius iaitu di Lautan

India,Siam,Tanah Melayu dan hingga ke kepulauan Pasifik. Tikar mengkuang telah

menjadi budaya rakyat Malaysia jadi hal ini memberikan Pa’din inspirasi untuk

desain kasut ini. Hal ini kerana Pa’din mahu mengingatkan betapa pentingnya dan

uniknya hasil kraftangan masyarakat Melayu terdahulu. Kasut ini dilelong pada acara

Vans Checkerboard Day yang diadakan pada 21 November 2019. Pernah juga viral

dimana pembeli kasut tersebut menjual semula kasut itu dengan harga 1175.00 US

Dolar yang bersamaan dengan RM 4902.00. Hal ini menunjukkan betapa berharganya

hasil karya Pa’din Musa. Beliau bukan sahaja ahli papan selaju malah beliau juga

seorang pengkarya. Senang kata Pa’din Musa adalah seseorang yang “multi

talented”.10

Tambahan pula, pencapaian lain beliau dalam sukan skateboarding adalah membina

skatepark yang bermutu sekitar Malaysia. Ilmu yang dipelajari beliau ketika

menyambung pelajaran di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan tidak disia-

siakan. Hal ini dikatakan demikian kerana beliau telah berjaya membina beberapa

skatepark atau lebih dikenali sebagai taman skate. Antara skatepark yang telah dibina

oleh beliau adalah pada tahun 2019 yang bertapak di Taman Tuna, Seberang Jaya ,

Pulau Pinang. Pembinaan taman skatepark ini berjaya kerana mendapat sokongan
daripada pihak kerajaan Pulau Pinang. Hal ini dapat menarik minat anak muda untuk

menyertai aktiviti sukan lasak terutamanya di kawasan Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Skatepark Taman Tuna ini telah bertapak lama sejak Pa’din baru berkecimpung dalam

bidang skateboarding, tetapi dengan hasil kerja beliau, Pa’din dapat menaik taraf

skatepark tersebut. Hasilnya ia dapat dijadikan skatepark yang berkualiti. Kata

Pa’din, kebanyakan skatepark di Malaysia tidak dibina oleh seseorang yang arif

tentang sukan lasak, hal ini boleh menyebabkan seseorang atlet itu mudah tercedera

kerana rekaannya yang tidak mesra pengguna. Oleh itu, Pa’din sebagai salah seorang

skateboarder tersohor di Malaysia mengambil inisiatif untuk meningkatkan lagi

kualiti skatepark di Malaysia. Bukan sahaja di Pulau Pinang malahan terdapat

skatepark lain yang dibina oleh Pa’din di negeri Johor dan Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur. Skatepark yang dibina oleh beliau di Johor terletak di Paradigm Mall,

Johor Bahru. Skatepark ini mempunyai keluasan sekitar 334 meter persegi di dalam

bangunan. Manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula, skatepark yang

dibina oleh beliau terletak betul-betul di tengah kota raya Kuala Lumpur. Secara

spesifiknya,lokasi skatepark ini terletak berhadapan dengan Menara Kembar KLCC.

Skatepark ini dibina oleh Pa’din bersama-sama berkolaborasi dengan syarikat Vans

dan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) . Dengan adanya skatepark

ini ia bukan sahaja dapat mengurangkan aktiviti vandalisme malahan dapat

meningkatkan prestasi pemain skateboard di sekitar Malaysia hasil galakan dari

orang-orang lama seperti Pa’din Musa.11


Akhir sekali, sehingga hari ini tiada siapa pun anak tempatan yang berjaya

memintas beliau dalam carta anak tempatan yang paling berjaya dalam bidang

skateboarding.

4.0 CABARAN DAN MASALAH YANG DIHADAPI PA’DI12N MUSA DALAM


BIDANG SKATEBOARDING.

Antara cabaran yang dihadapi oleh Pa’din Musa dalam bidang skateboarding adalah

cabaran dari segi sokongan keluarga dan pihak sekolah. Kata beliau sokongan

daripada ibu bapa beliau agak kurang kerana kekurangan kepercayaan daripada

mereka. Sehinggalah pada suatu hari bapa beliau melihat beliau bermain skateboard

di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Pulau Pinang telah mengubah

tanggapannya. Hal ini disebabkan perbualan bapa beliau dengan rakannya di mana

rakannya mengatakan Pa’din mempunyai bakat dalam bidang skateboarding ini. Hal

ini telah membuka mata bapa beliau dan memberi sokongan kepadanya. Sebagai

contoh, bapa beliau memberi sokongan dari segi tambang bas untuk Pa’din bermain

skateboard. Hal ini sedikit sebanyak dapat menjadi penghidup semangat dalam diri

Pa’din bagi meneruskan hobi beliau dalam sukan skateboarding. Selain itu, tiada

sokongan dari pihak sekolah juga merupakan salah satu cabaran yang dihadapi oleh

Pa’din dalam meneruskan diri dalam bidang skateboarding. Hal ini kerana kata

Pa’din, dia pernah membuat surat permohonan ke Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

di sekolah beliau untuk membenarkan Pa’din bermain skateboard di kawasan sekolah.

Untuk Pa’din pada ketika itu bersekolah berasrama penuh dan hanya boleh pulang

sekali seminggu sahaja. Apabila dia pulang dia terasa tercabar dengan abangnya

kerana sudah lebih mahir bermain skateboard berbanding dengan dia pada ketika itu.
Hal ini menyebabkan beliau mencari alasan untuk menukar sekolah kerana tidak

dapat bermain skateboard. Bagi beliau skateboard adalah segala-galanya. Alasan

beliau untuk menukar sekolah adalah kerana beliau tidak dapat fokus belajar jika

tidak dibenarkan bermain skateboard. Oleh itu, hal ini menunjukkan semangat

kesukanan Pa’din musa terhadap sukan skateboarding sangat tinggi.13

Tambahan pula, cabaran lain yang dihadapi oleh Pa’din Musa dalam bidang

skateboarding adalah kekurangan infrastruktur seperti taman skate untuk dia

melepaskan gian bermain skateboard. Kata beliau, sangat susah untuk mencari taman

skate yang berkualiti jika ada terdapat halangan lain yang perlu ditempuhi seperti

masalah sekuriti dan orang awam. Masalah sekuriti adalah sangat normal kata beliau,

beliau pernah bermain skateboard di Istana Budaya dan hampir terjadi perbalahan

antara beliau dan rakan-rakan dengan sekuriti di Istana Budaya tersebut. Kata beliau,

dia hanya melakukan skateboarding disebabkan semangat beliau dengan sukan ini.

Beliau juga berkata sukan ini menberi kebahagiaan kepada beliau.14

Seterusnya, kecederaan juga merupakan salah satu cabaran yang dihadapi oleh

Pa’din Musa dalam bidang skateboarding ini. Antara kecederaan yang paling teruk

adalah kaki beliau patah ketika melakukan trick skateboarding. Kata beliau selalunya

kecederaan yang teruk disebabkan melakukan trick skateboard yang agak susah.

Tetapi kecederaan beliau yang paling teruk disebabkan trick skateboard yang paling

senang dilakukan iaitu ia dipanggil “hippie jump”.15


Akhir sekali cabaran yang dihadapi beliau adalah ketika beliau bertanding di Asia X

Games di Phuket, Thailand pada tahun 2000. Cabaran beliau pada ketika itu adalah

dari segi modal wang ringgit. Beliau menggunakan wang beliau sendiri untuk

bertanding di pertandingan tersebut. Asia X Games merupakan pertandingan sukan

lasak yang termasuk di benua Asia. Beliau mengatakan bahawa beliau tidak mendapat

lansung sokongan wang dari pihak kerajaan. Apabila beliau bertanding di sana ketika

peringkat akhir. Nama beliau terpampang di skrin besar yang menunjukkan beliau

mewakili Malaysia. Hal ini menyebabkan timbulnya sifat gementar dalam diri beliau

kerana beliau memikul tanggungjawab untuk mewakili negara dalam sukan

Skateboarding.161718

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Ahmad Fadzil Musa atau lebih dikenali sebagai Pa’din Musa

merupakan salah satu ikon skateboarding yang tersohor di Malaysia yang telah

membawa nama negara di persada antarabangsa dan mencurah masa dan tenaga bagi

memastikan anak muda negara kita lebih ramai berkecimpung dengan aktiviti sukan

lasak seperti skatebording. Kejayaan beliau dalam sukan skateboarding telah

mengubah 100% budaya skateboarding di negara kita dan merupakan salah satu

perintis sukan skateboarding yang tersohor di Asia. Dengan adanya beliau, peluang

lebih banyak terbuka untuk anak muda mencuba sukan lasak seperti skateboarding

ini. Namun begitu, disebalik pencapaian dan kejayaan beliau terdapat luka dan duka
yang perlu beliau tempuhi. Semangat disiplin dan dedikasi beliau terhadap sukan

skateboarding amatlah besar. Generasi yang akan datang sewajarnya menjadikan

Pa’din Musa sebagai contoh dalam mengekspresikan semangat kesukanan. Walaupun

beliau telah berusia 50-an semangat kesukanan beliau dalam sukan skateboarding

amatlah besar. Setiap awal pagi beliau dimulakan dengan skateboarding. Pa’din Musa

juga mengajar kita erti disiplin dan dedikasi. Tanpa beliau sukan skateboarding di

Malaysia akan punah


1
“History Of Skateboarding”. Skate Deluxe, diakses pada 5 Mei 2024
https://www.skatedeluxe.com/blog/en/wiki/skateboarding/history-of-skateboarding/

2
“skateboarding di Malaysia : Dari Sukan Jalanan ke Kasut ‘signature’ Vans diakses pada 5 Mei 2024
https://chedinsphere.blogspot.com/2017/12/skateboarding-evolusi-sebuah-sukan.html?m=1

Mazizul Dani “Respek Pa’din”.(4 Disember 2017), Harian Metro. Diakses pada 5 Mei 2024
3

https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2017/12/290481/respek-padin-metrotv

4
ibid
5
ibid
6
Hezeri Samsur “PA’DIN MUSA VANS- ABAH KAYUH BASIKAL 2 HARI UNTUK HANTAR
MERSIN JAHIT”( 13 Disember 2017) ,Careta MY. Diakses pada 6 Mei 2024
https://careta.my/article/padin-musa-vans-abah-kayuh-basikal-2-hari-untuk-hantar-mesin-jahit
7
ibid
8
ibid
9
Abang Nara “Lagenda skateboarding Malayasia ini cipta sejarah, kolaborasi Pa,din Musa Bersama
Vans” Beautiful Nara Tahun 2018 . Diakses pada 6 Mei 2024
https://beautifulnara.com/lagenda-skateboarding-malaysia-ini-cipta-sejarah-kolaborasi-padin-musa-
bersama-vans/
10
Aiman “Pa’din Musa Pilih Tikar Mengkuang Untuk Koleksi Edisi Khas Sempena ‘Vans Checekerd
Day’ (13 November 2019) Vocket. Diakses pada 6 Mei 2024
https://thevocket.com/padin-musa-pilih-tikar-menkuang-untuk-koleksi-edisi-khas-sempena-vans-
checkered-day/

11
“SKATE PLAZA TAMAN TUNA PENUHI KEPERLUAN BELIA MINATI SUKAN LASAK”
Buletin Mutiara (6 Mei 2019) . Diakses pada 7 Mei 2024
https://www.buletinmutiara.com/skate-plaza-taman-tuna-penuhi-keperluan-belia-minati-sukan-lasak/

“Wajarkah ada skatepark di tengah bandar” (7 Ogos 2018) , diakses pada 7 Mei 2024 di
12

https://hokalohnew5.wordpress.com/tag/mrt-pasar-seni/
13
“Demi : Pa,din Musa Documentary” ( 28 November 2017) YouTube. Diakses pada 7 Mei 2024 di
https://www.youtube.com/watch?v=vUYkXX3EG1M
14
ibid
15
ibid
16
ibid
17
“Bro Talk with Pa’din Musa” ( 5 Ogos 2017). Diakses pada 7 Mei 2024
https://www.youtube.com/watch?v=JVcNTVHa62o
18
“Pa’din Selamanya Skateboarding Full” ( 23 Februari 2024) Diakses pada 8 Mei 2024 di
https://www.youtube.com/watch?v=bJObXi-HLSk

BIBLIOGRAFI

Sumber Primer

“Bro Talk with Pa’din Musa” ( 5 Ogos 2017). Diakses pada 7 Mei 2024

https://www.youtube.com/watch?v=JVcNTVHa62o

“Demi : Pa,din Musa Documentary” ( 28 November 2017) YouTube. Diakses pada 7 Mei 2024 di

https://www.youtube.com/watch?v=vUYkXX3EG1M

“Pa’din Selamanya Skateboarding Full” ( 23 Februari 2024) Diakses pada 8 Mei 2024 di

https://www.youtube.com/watch?v=bJObXi-HLSk

Sumber Sekunder

Abang Nara “Lagenda skateboarding Malayasia ini cipta sejarah, kolaborasi Pa,din Musa Bersama
Vans” Beautiful Nara Tahun 2018 . Diakses pada 6 Mei 2024

https://beautifulnara.com/lagenda-skateboarding-malaysia-ini-cipta-sejarah-kolaborasi-padin-musa-
bersama-vans/

Aiman “Pa’din Musa Pilih Tikar Mengkuang Untuk Koleksi Edisi Khas Sempena ‘Vans Checekerd
Day’ (13 November 2019) Vocket. Diakses pada 6 Mei 2024

https://thevocket.com/padin-musa-pilih-tikar-menkuang-untuk-koleksi-edisi-khas-sempena-vans-
checkered-day/

“History Of Skateboarding”. Skate Deluxe, diakses pada 5 Mei 2024

https://www.skatedeluxe.com/blog/en/wiki/skateboarding/history-of-skateboarding/

Hezeri Samsur “PA’DIN MUSA VANS- ABAH KAYUH BASIKAL 2 HARI UNTUK HANTAR
MERSIN JAHIT”( 13 Disember 2017) ,Careta MY. Diakses pada 6 Mei 2024

https://careta.my/article/padin-musa-vans-abah-kayuh-basikal-2-hari-untuk-hantar-mesin-jahit

Mazizul Dani “Respek Pa’din”.(4 Disember 2017), Harian Metro. Diakses pada 5 Mei 2024

https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2017/12/290481/respek-padin-metrotv

“skateboarding di Malaysia : Dari Sukan Jalanan ke Kasut ‘signature’ Vans diakses pada 5 Mei 2024

https://chedinsphere.blogspot.com/2017/12/skateboarding-evolusi-sebuah-sukan.html?m=1
“SKATE PLAZA TAMAN TUNA PENUHI KEPERLUAN BELIA MINATI SUKAN LASAK”
Buletin Mutiara (6 Mei 2019) . Diakses pada 7 Mei 2024

https://www.buletinmutiara.com/skate-plaza-taman-tuna-penuhi-keperluan-belia-minati-sukan-lasak/

“Wajarkah ada skatepark di tengah bandar” (7 Ogos 2018) , diakses pada 7 Mei 2024 di

https://hokalohnew5.wordpress.com/tag/mrt-pasar-seni/

You might also like