Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BAHAGIAN B : PEMAHAMAN [ 35 markah ]

SOALAN 6 : PETIKAN UMUM

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Petani dan pesawah digalakkan untuk menceburkan diri dalam bidang akuakultur bagi
meningkatkan ekonomi mereka. Bekalan ikan akan berkurangan dan harganya pula melambung
tinggi pada musim nelayan tidak turun ke laut, iaitu pada bulan November dan Disember. Oleh hal
yang demikian, sekiranya petani dan pesawah menceburkan diri dalam bidang sektor akuakultur,
bekalan ikan akan mencukupi dan pembeli tidak akan terbeban dengan kenaikan harga. Pada
ketika ini, kerajaan sedang mempelbagaikan sektor yang menyumbang kepada pendapatan
negara dan akuakultur merupakan satu daripada 17 projek permulaan yang
dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan oleh kerajaan.
Menerusi projek ini, kerajaan dapat membuka peluang pekerjaan sekali gus meningkatkan taraf
sosioekonomi mereka untuk terus bersaing

Dipetik dan diubah suai daripada


Sektor Akuakultur Tingkat Penyertaan Nelayan,
oleh Azrul Shah Dewan Ekonomi , Bil 9/2017

Boleh dikatakan jarang-jarang ada orang yang berjaya mengeksploitasi seluruh bahagian yang ada
pada lembu untuk tujuan komersial. Masyarakat dahulu menternak lembu sebagai sumber
pendapatan sampingan atau persediaan apabila mahu mengadakan kenduri. Kini, pemikiran
masyarakat kian berubah dan dengan adanya teknologi, penternak lembu mampu menjanakan
pendapatan tetap dengan memperoleh hasil yang lumayan. Berdasarkan hasil penyelidikan oleh
pelbagai agensi, bidang penternakan lembu dianggap berpotensi besar untuk dibangunkan. Oleh
hal yang demikian, menerusi dasar ekonomi negara yang dibentuk kerajaan menyasarkan
Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar daging untuk pasaran antarabangsa. Tambahan pula,
Malaysia kini menjadi hab halal dunia. Untuk itu, rakyat diseru agar mengusahakan ternakan
lembu untuk menampung keperluan pasaran tempatan sekali gus mampu mewujudkan banyak
peluang pekerjaan

Dipetik dan diubahsuai daripada


‘Buat Duit daripada Ternakan Lembu’
oleh Mohd Asri Yusof, Dewan Ekonomi,
Bil 9/2017 MODUL OASIS BAHASA MELAYU SPM | KERTAS 2 117

Bahan 2
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud sumber pendapatan. [2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan antara kepentingan
bidang akuakultur dengan bidang penternakan lembu. [3 markah]

(iii) Kekurangan golongan muda menceburi bidang pertanian merugikan negara. Pada
pendapat anda, apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan muda hingga
menghalang mereka untuk menceburi bidang pertanian? [3 markah]

(iv) Encik Raul telah lama menceburi bidang penternakan. Lembu yang diternaknya untuk
tujuan lembu daging, tenusu dan baka. Sungguhpun begitu, pasarannya hanya untuk
dalam negara.

Anda selaku anak saudaranya mahu memperluas pasaran produk ternakan beliau.
Cadangkan langkah-langkah yang anda sarankan kepada Encik Rauf untuk memperluas
produk ternakannya ke peringkat antarabangsa. ` [4 markah]

You might also like