Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

5/7/24, 2:54 PM Azah Aziz - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Azah Aziz
Sharifah Azah Mohammad Alsagoff @
Norazah Abdul Aziz atau Azah Aziz, tetapi lebih Azah Aziz
dikenali sebagai Mak Ungku (21 Ogos 1928 - 9
Julai 2012) ialah seorang tokoh budayawan Melayu
di Malaysia. Beliau merupakan isteri kepada
Profesor Diraja Ungku Aziz dan ibu kepada bekas
Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti
Akhtar Aziz.

Biografi
Beliau berdarah campuran Melayu, Turki dan Arab.
Beliau bersekolah di Sekolah Convent di Johor
Bharu dan mengikuti pendidikan Jepun semasa
Perang Dunia II.Ketika berumur 18 tahun, beliau
berkahwin dengan Ungku Abdul Aziz bin Ungku
Abdul Hamid dan mereka mendapat seorang anak,
YM Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar Aziz,
pernah dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Butiran peribadi
Malaysia. Beliau meninggal dunia pada 9 Julai 2012. Lahir Sharifah Azah binti Syed
Mohammad Alsagoff
Kerjaya 21 Ogos 1928
Negeri-negeri Selat (kini
1949-1951 bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat Singapura)
Johor Bharu.Kemudian sebagai setiausaha di
Meninggal dunia 9 Julai 2012 (umur 83)
jabatan sosial, Universiti Malaya, Singapura.
Kuala Lumpur, Malaysia
Seterusnya setiausaha kepada Pendeta Za'ba di
Jabatan Pengajian Melayu di UM. Tempat Tanah Perkuburan Islam
persemadian Bukit Kiara

Wartawan dan Penulis Pasangan Ungku Abdul Aziz bin


Ungku Abdul Hamid
Azah Aziz adalah pengasas dan Presiden Persatuan Anak-anak Zeti Akhtar Aziz
Wartawan Wanita Malaysia (Pertama) (1971-1978)
Pekerjaan Penulis, kolumnis, tokoh
dan University Women's Asociation.Beliau pernah
budayawan
menjadi penasihat Pertama. Azah Aziz merupakan
insiprasi kepada wartawan muda wanita.[1]

Beliau merupakan wanita terawal memperjuangkan nasib dan hak wanita terutama isu persamaan
gaji lelaki dan wanita, , cukai berasingan bagi isteri yang bekerja. Beliau juga memperjuangkan
Pindaan Undang-Undang Perkahwinan orang bukan Islam dan keluarga Islam.

Dari 1957-1973 , selama selama 16 tahun menjadi penulis akhbar Berita Harian - terutama ruangan
Wanita. 1973-1978, editor Utusan Malaysia / Utusan Melayu dan konsultan majalah Wanita.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Azah_Aziz 1/3
5/7/24, 2:54 PM Azah Aziz - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Sebagai penulis, beliau turut mempunyai minat mengumpul songket lama serta meminati budaya
seni warisan dan seni sastera tanah air. Beliau turut memberi nama 'Pancaindera' iaitu akhbar
sisipan Mingguan Malaysia ketika Tan Sri Zainuddin Maidin bertugas sebagai Pengarang di
Utusan Melayu. Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Chamil Wariya
menyifatkan Azah Aziz sebagai seorang guru dalam bidang penulisan rencana kerana banyak
mengajar serta membimbing wartawan kadet dalam menghasilkan penulisan rencana. Azah Aziz
amat komited serta berfikiran terbuka semasa menjadi penyunting di meja Rencana semasa
berkhidmat di Utusan Melayu sekitar tahun 1973. Beliau banyak memberi peluang kepada
wartawan untuk menghasilkan penulisan rencana yang melampaui berita (dengan membuat
analisis sesuatu berita) supaya dapat menghasilkan rencana yang berkualiti serta memberi impak
kepada pembaca.

Beliau juga orang pertama memperkenalkan Haiku iaitu puisi pendek berbahasa Jepun kepada
masyarakat Malaysia.

Beliau antara wanita pertama di Malaysia yang menerbitkan buku pantun dan lagu kanak-kanak
melalui syarikatnya sendiri, 'Akaz'.

Azah Aziz menghadiri Persidangan Penulis Wanita Asia-Pasifik di East West Centre, Honolulu,
Hawaii(1972), Simposium Wanita Afro-Asia di Iskandariah,Mesir, sempena Tahun Wanita
Antarabangsa (1975) dan aktiviti berkaitan kewartawanan, kraftangan, tekstil dan kesusasteraan
kanak-kanak.

Kini beliau ialah ahli lembaga penasihat perpustakaan negara dan ahli lembaga penasihat The
Encyclopedia of Malaysia. [2]

Budayawan
Beliau digelar Tokoh Budayawan Melayu kerana hobi dan minat beliau mengumpulkan tekstil
traditional, perhiasan, pakaian traditional dan kraf tangan tradisional Melayu. Sejak 1950-an,
beliau menulis dan berceramah tentang kebudayaan dan kesenian melayu.Beliau memperkenalkan
pakaian drama tari dalam Festival Kesenian Universiti-universiti ASEAN.

Beliau pandai berpantun dan pantun yang dihasilkan sukar ditandingi oleh orang lain, sebagai
contoh pantun hasil nukilannya telah menjadi hiasan kulit majalah Mastika sejak sekian lama.

Sumbangan
Beliau menjadi ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Tun Abdul Razak (1977-), Ahli lembaga
FINAS (1981-1984), ahli majlis penasihat kebudayaan kebangsaan (telah dibubarkan) (1978-1983)
(1987-1990), ahli lembaga penasihat KARYANEKA (1987-hingga dibubarkan). Ahli lembaga
pembangunan Kraftangan Malaysia dan ahli Tribunal Hak Cipta (1987-1989).

Beliau juga antara pengasas Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) yang aktif membela
nasib wanita dan kanak-kanak di Malaysia.

Meninggal dunia
Pada 9 Julai 2012, Azah Aziz meninggal dunia pada usia 83 tahun kerana sakit tua. Beliau diserang
angin ahmar dan sering berulang-alik ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan.
Solat jenazah diadakan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar. Sementara majlis
https://ms.wikipedia.org/wiki/Azah_Aziz 2/3
5/7/24, 2:54 PM Azah Aziz - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Turut ziarah ialah Tun Dr. Mahathir
Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali serta anggota keluarga dan kenalan rapat.[3]

Hasil karya
Antara karya tulisannya ialah :

1. Adik sayang - antologi pantun kanak2 (1971),


2. Puisi Kanak-Kanak - antologi sajak moden untuk kanak-kanak (1967)
3. Pantun Kanak-Kanak - antologi enam jilid pantun melayu traditional untuk kanak-kanak
4. Dendang dan Dondang kanak-kanak - lagu-lagu tradisional untuk kanak-kanak yang ditulis
bersama Dr. Ariff Ahmad (1990).
5. Taman Seni - buku mengenai kraftangan Melayu sebagai pengenalan kepada kanak-kanak
(1987)
6. Marilah Bermain - mengenai pemainan traditional (1993)
7. Selayang Kenangan - himpunan esei dan penulisan lain tentang hal wanita, pakaian traditional
dan kraftangan (1990).

Rujukan
1. Sumbangan Azah Aziz, Tokoh Budaya Melayu Akan Sentiasa Dikenang - Tan Sri Muhyiddin (htt
p://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/7/9/mstar_berita/20120709194711&sec=mstar_b
erita)
2. "Biografi Tokoh Wanita Malaysia" (https://web.archive.org/web/20110824033341/http://jiwang.or
g/sejarah-mitologi/33034-biografi-tokoh-tokoh-wanita-malaysia.html). Diarkibkan daripada yang
asal (http://jiwang.org/sejarah-mitologi/33034-biografi-tokoh-tokoh-wanita-malaysia.html) pada
2011-08-24. Dicapai pada 2011-10-15.
3. Budayawan Azah Aziz meninggal (https://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=071
0&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm)
1. Biografi Tokoh Wanita Malaysia. PERTIWI. Kuala Lumpur: Pelanduk Publications.

Kawalan kewibawaan [Tutup]


ISNI (1 (https://isni.org/isni/0000000109289945)) · VIAF
Umum (1 (https://viaf.org/viaf/100592505)) · WorldCat Identities
(1 (https://www.worldcat.org/identities/lccn-n91114897/))
Jerman (https://d-nb.info/gnd/13931024X) ·
Perpustakaan negara Amerika Syarikat (https://id.loc.gov/authorities/names/n91114897) ·
Belanda (http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p067462308)
Aplikasi Berfaset Terminologi Subjek (http://id.worldcat.org/fast/294865/) ·
Lain-lain
SUDOC (Perancis) (1 (https://www.idref.fr/14452208X))

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Azah_Aziz&oldid=6179231"

https://ms.wikipedia.org/wiki/Azah_Aziz 3/3

You might also like