Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH SAINS LABUAN

SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)


PETI SURAT 82206
Tel: 087-461525 Faks: 087-462835
87032 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN Email:smsl@smslabuan.edu.my

MALAYSIA
Laman Web: http://www.smslabuan.edu.my
Kod Sekolah: WEA1001
Sosial Media: @smslabuan

Rujukan : SMSL.100-9/6/1(32)
Tarikh : 10 November 2023

Kepada Sesiapa Yang berkenaan

Tuan/Puan,

PERMOHONAN SUMBANGAN PERBELANJAAN UNTUK PROGRAM WEEKEND GLOW


2023

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Sains Labuan


akan mengadakan Program Weekend GLOW 2023 pada ketetapan berikut:

Tarikh: 2 Disember 2023 (Sabtu)


Masa: 7.00 malam - 10.30 malam
Tempat: Dataran Sekolah, Sekolah Menengah Sains Labuan

3. Untuk makluman tuan/puan, seramai 90 orang pelajar dan 27 orang guru yang akan
mengikuti program ini. Program ini merupakan salah satu program sekolah yang dilaksanakan
oleh setiap tingkatan SMSL. Program ini amatlah bermakna bagi semua pelajar tingkatan 4
SMSL kerana dapat melahirkan insan yang berkepimpinan dan mampu melaksanakan program
dengan terancang dan baik. Selain itu, majlis ini juga mampu mengeratkan lagi hubungan
silaturahim sesama pelajar dan guru.

4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon sumbangan daripada pihak tuan/puan
untuk menambah dana bagi menjayakan program ini. Sumbangan yang diberikan boleh
dimasukkan ke dalam akaun PIBG SM Sains Labuan, W.P. Labuan (Nama Akaun: Tetuan
PIBG Sek Men Sains WP Labuan, no akauan 15011010005932 dengan rujukan
“Sumbangan Tingkatan 4”). Sebarang pertanyaan pihak tuan/puan boleh menghubungi Puan
Jaliha bin Mohd Noor, Penyelaras Tingkatan 4 ditalian 016-8202213.

5. Kerjasama dan jasa baik daripada pihak tuan/puan kami dahulukan dengan ucapan
jutaan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(A ZAILANI A MUMIN)
Pengetua
Sekolah Menengah Sains Labuan

You might also like