Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

MINGGU

PANDUAN PENULISAN JURNAL REFLEKTIF 3


TAJUK/FOKUS/ISU : KANAK-KANAK TIDAK SUKA BERKONGSI BAHAN SEMASA
AKTIVITI KUMPULAN

BIL PERKARA CATATAN


1. Isu/peristiwa/masalah yang difokuskan √
2. Perkembangan/isu/peristiwa/masalah yang difokuskan relevan/sesuai. √
Isu/masalah/peristiwa yang difokuskan dianalisis secara terperinci.
I. Mengenal pasti punca/sebab isu/masalah/peristiwa yang difokuskan.
II. Mengenal pasti kemungkinan penyebab kepada isu/masalah.
3. √
III. Mengenal pasti kelemahan/isu/masalah/peristiwa yang difokuskan.
IV. Mengenal pasti kekuatan/isu/masalah/peristiwa yang difokuskan.
V. Meramal kesan dan akibat isu/masalah/peristiwa yang difokuskan.
4. Kajian lampau yang berkaitan isu/masalah (literature review) √
Cadangan dan idea diberikan untuk menyelesaikan setiap
punca/kelemahan
5. √
I. Sesuai dan relevan
II. Kritis/kreatif
Tempoh masa ditetapkan untuk menyelesaikan isu/masalah yang
6. √
dikenal pasti.
Tindakan susulan dirancang untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan
isu/masalah yang dikenal pasti.
7. √
I. Pelan Tindakan/Jadual Kerja/Senarai Semak disediakan.
II. Rujukan
Pelaksanaan terhadap langkah-langkah penambahbaikan dijalankan.
8. I. Tempoh masa yang ditetapkan sesuai. √
II. Keberkesanan langkah yang dicadangkan
Kesimpulan/Refleksi
9. I. Menilai semula kesan dari tindakan/langkah yang telah dijalankan. √
II. Halangan-halangan yang timbul (jika ada)
JURNAL PRAKTIKUM
Nama pelajar : Noor Zuraida Binti Said
No. Kad Pengenalan : ........................

Program : Diploma
Pengkhususan/Opsyen : Pendidikan Awal Kanak-Kanak/PDPM PAKK KDC
Sekolah : Taska Genius Perpaduan Kamunting
Minggu Praktikum 3
Tarikh : 9 November - 13 November 2020
Tajuk : Kanak-Kanak Tidak Suka Berkongsi Bahan Semasa
Aktiviti Kumpulan
Kategori : Pengajaran Dan Pembelajaran
Pensyarah Pembimbing : Cik Chew Ping Ping
Guru Pembimbing : Puan Noraslina Binti Mohamed Iqbal

1. Isu Yang Difokuskan:


Dalam minggu ini, saya mula menjalankan aktiviti yang membolehkan kanak-kanak
berkongsi alatan dan bergilir-gilir untuk menggunakan bahan atau melekatkan sesuatu
secara berkumpulan. Namun begitu, saya telah mendapati ada kanak-kanak yang tidak
suka berkongsi bahan dan suka berebut semasa menjalankan aktiviti kumpulan. Mereka
hanya inginkan diri sendiri sahaja yang menghabiskan tugasan tersebut. Selain itu, mereka
juga kurang ingin menerima pandangan atau pendapat dari rakan sekumpulan mereka.
Contohnya, apabila terdapat kanak-kanak yang membuat padanan yang salah dalam
kumpulannya, rakan sekumpulan yang lebih pandai akan memberitahu rakannya bahawa
dia telah membuat salah, tetapi kanak-kanak yang membuat salah tersebut tidak ingin
mendengar kritikan daripada rakan sekumpulannya sehingga pendidik memberitahu,
barulah dia menerima bahawa dia telah salah.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca Dan Kesan Isu):


Hal ini berlaku kerana mungkin kanak-kanak belum tahu apa makna kongsi yang sebenar.
Kanak-kanak hanya ingin untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pendidik dengan
segera tanpa pedulikan dan membahagikan bahan untuk berkongsi bersama rakan
sekumpulan mereka. Kanak-kanak yang pandai biasanya suka membuat kerja dengan
cepat dan suka buat tugasan secara diri sendiri walaupun dalam aktiviti kumpulan. Ini akan
menyebabkan mereka tidak suka berkongsi dengan rakan mereka.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman Atau Kajian Lepas):
Menurut Marjorie Kostelnik, Alice Whiren, Anne Soderman, Michelle Rupiper dan Kara
Gregor (2014), children may need guided experiences with sharing before they will
readily share objects and territory. Kanak-kanak memerlukan pengalaman mengenai
perkongsian sebelum mereka mula bersedia untuk berkongsi bahan dengan rakannya.
Pengalaman yang sebenar dapat membolehkan mereka merasa apa makna berkongsi.
4. Cadangan Dan Idea Penyelesaian Masalah:
Daripada pemerhatian yang dibuat, saya telah menyenaraikan beberapa dapatan iaitu:
a. Demontrasikan apa itu berkongsi kepada kanak-kanak.
b. Menegaskan contoh berkongsi apabila kanak-kanak menunjukan kelakuan tersebut.
c. membantu kanak-kanak berunding urutan untuk menggunakan bahan atau menunggu
giliran.
d. Meminta pandangan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing.

5. Tempoh Masa Penyelesaian:


9 November 2020 hingga 11 November 2020

6. Tindakan Susulan:
Saya akan cuba menyelesaikan permasalahan ini dalam tempoh 3 hari. Saya akan
mencuba untuk mengatasi masalah dalam tempoh seminggu. Saya akan cuba membantu
kanak-kanak faham apa makna berkongsi dan menegaskan penekanan dalam berkongsi
setiap kali menjalankan aktiviti kumpulan. Kanak-kanak memerlukan contoh dan
pengalaman yang sebenar dalam merasakan perkongsian dengan rakan- rakan. Oleh itu,
saya akan membuat demontrasi kepada kanak-kanak supaya mereka dapat memahami
makna berkongsi.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:


12 November 2020

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan:


Selepas diberikan penekanan terhadap pengurusan sikap kanak-kanak, pdp pendidik
menjadi semakin teratur dan kanak-kanak semakin gembira serta saling bertolak ansur
dalam menjalankan aktiviti bersama.

9. Kesimpulan/Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) Dan Halangan) Jika Ada):


Kesimpulannya, setiap permasalahan yang timbul perlu diperhalusi dari akar umbi agar
ianya tidak membebankan di masa akan datang. Pendidik perlu memainkan peranan
penting di dalam memacu pdp di dalam kelas agar ianya mampu membawa kanak-kanak
ke tahap terbaik.

10. Rujukan:
(2017). Sharing and learning to share [online] Raising Children. Diakses pada 13
November 2020, dari: https://raisingchildren.net.au/toddlers/behaviour/friends-
siblings/sharing#:~:text=Sharing%20teaches%20children%20about%20compromi
se,are%20all%20important%20life%20skills.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(Noor Zuraida Binti Said) (Cik Chew Ping Ping)

You might also like