Kajian Kes Sejarah F3

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

KAJIAN KES SEJARAH

BAB 3: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI


MELAYU BERSEKUTU

NAMA : NUR SYIFAA BINTI RAHIM


KELAS : 3 AMETHYST
NAMA GURU : PUAN MAHANI BINTI MAT ISA
PERSOALAN KAJIAN
1. Jelaskan kekayaan hasil bumi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
2. Klasifikasikan peluasan kuasa British di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
3. Huraikan pembetukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
4. Bahaskan pentadbirsn Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
OBJEKTIF KAJIAN
• Dengan kajian ini saya dapat:

1. Menjelaskan kekayaan hasil bumi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
2. Mengklasifikasikan peluasan kuasa British di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
3. Menghuraikan pembetuksn Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
4. Membahaskan pentadbirsn Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
PERNYATAAN MASALAH
• Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang kaya dengan hasil bumi terutamanya biji
timah. Kekayaan hasil bumi mendorong British menggunakan pelbagai strategi untuk meluaskan
kuasa ke atas negeri-negeri ini. British seterusnya mengukuhkan kuasa dengan membentuk Negeri-
negeri Melayu Bersekutu yang meletakkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang di
bawah satu unit pentadbiran bercorak persekutuan. Bincangkan.
KAEDAH KAJIAN
• Sebelum memulakan kajian, saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk
memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu saya telah
menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kerja khusus ini:

1. Melayari Internet
• Saya telah menggunakan kaedah melayari Internet di laman sesawang untuk mendapatkan maklumat
yang saya perlukan. Antara laman web yang saya layari ialah T3-BAB-3-3.3-3.4.pdf
(stmichaelipoh.edu.my)

• 2. Audio Visual
• Selain itu, saya menggunakan kaedah audio visual untuk mendapatkan penerangan dan pemahaman
yang jelas. Saya menonton saluran @insyirahbalqis6680 di Youtube untuk mendapatlan imaginasi yang jelas.

• 3. Kajian Perpustakaan
• Akhir Sekali, saya menggunakan kaedah kajian perpustakaan bagi mendapatkan maklumat tambahan.
Saya telah membuat kajian terhadap buku teks sejarah tingkatan 3, bab 3.
LAPORAN KAJIAN
1. Kekayaan hasil bumi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang

Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang kaya dengan hasil bumi seperti bijih timah dan emas.
Kekayaan hasil bumi ini ditadbir urus dengan baik sehingga menjadikan negeri tersebut makmur.
Perkara ini menyebabkan kuasa Acheh, Belanda dan British berminat untuk menguasai negeri
tersebut. Bijih timah merupakan barang dagangan yang penting di negeri-negeri Melayu sejak Zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Oleh itu, para pedagang dari seluruh Alam Melayu datang ke pelabuhan
Melaka untuk mendapatkan bijih timah.
Pada abad ke-15,yang merupakan peringkat awal kegiatan melombong bijih timah, perlombongan
diusahakan oleh orang Melayu di lembah-lembah sungai sungai bagi kegunaaan tempatan dan
perdaganagan. Perdagangan bijih timah dijalankan di bawah pengawasan pembesar Melayu yang
merupakan pemilik lombong yang akan membekalkan semua keperluan perbelanjaan. Pembesar
Melayu memperoleh kawasan pegangan melalui surat tauliah daripada sultan. Punca pendapatan
utama mereka ialah perdagagan bijih timah. Sultan akan menerima bahagiannya daripada hasil
perdagangan bijih timah tersebut.
Perak terkenal dengan hasil perlombonhan bijih timah sejak zaman Kesultanan Perak. Pada abad ke-16
hingga abad ke-17 perlombongan tertumpu di sepanjang Sungai Perak dan anak sungai di daerah sekitar
Kuala Kangsar dan Kelian Intan. Pada tahun 1616, bijih timah mula dilombong di Manjung dan Beruas.
Perak merupakan pelabuhan utama yang menghasilkan bijih timah dan sering dikunjungi pedagang,
terutamanya Portugis. Kekayaan dan kemakmuran Perak meyebabkan Acheh meletakkan Perak sebagai
negeri naungannya pada abad ke-16 hingga abad ke-17. Perak menggunakan bijih timah utuk mendapatkan
perlindumgan Portugis di Melaka bagi membebaskan Perak daripada naungan Acheh.
Pada pertengahan abad ke-18 , bijih timah dikeluarkan oleh pelombong- pelombong
kecil Melayu di kawasan Larut seperti Kerian, Kurau, Larut, Terong dan Beruas. Sultan Perak iaitu
Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah memeterai perjanjian menjual bijih timah dengan Belanda di Melaka.
Menjelang akhir abad ke-18, pengeluaran bijih timah merosot, akibat aktiviti penyeludupan bijih timah
kepada pedagang British di Pulau Pinang melalui Sungai Kurau. Dalam pada masa yang sama, kekayaan
bijih timah di Selangor menarik ramai pedagang luar ke Kuala Selangor. Pada tahun 1790, Sultan Ibrahim
dan Belanda menandatangani perjanjian p[enjualan hasil timah antara Selangir dan Belanda. Kekayaan
negeri-negeri Melayu abad ke-18 diakui oleh pedagang persendirian. Surat Francis Light kepada Gabenor
Jeneral British di India pada 7 Januari 1789 memerihalkan bahawa Perak menghasilkan 5000 pikul bijih
timah setiap tahun dan mempunyai kontrak perdagangan dengan Belanda di Melaka.
Kekayaan bijih timah mencapai tahap penting pada abad ke-19 sehingga menjadikan Perak,
Sealngor dan Negeri Sembilan sebagai pengeluar bijih timah utama dunia. Perlombongan bijih timah
mencapai tahap penting di Perak pada tahun 1840-an dengan hasil penemuan biji timah di Larut.
Pembesar Melayu Long Jaafar telah memajukan perlombongan bijih timah di Klian Pauh dan Klian
Baru dengan membawa masuk pelombong Cina. Ngah Ibrahim pula menjadikan Kuala Sepetang
sebagai pelabuhan untuk mengangkut bijih timah dari Perak ke Pualau Pinang. Pada akhir abad ke-
19, Lembah Kinta muncul sebagai pengeluar utama bijih timah dunia. Perkembangan kegiatan
melombong bijih timah menyebabkan kemunculan bandar Gopeng, Ipoh, Batu Gajah dan Kampar.
Pada tahun 1870-an, Sultan Ismail mengusaha dan memajukan kawasan perlombongan baharu di
Lembah Kinta yang menyebabkan kemunculan bandar Papan dan Pengkalan Peguh.
Sultan Abdul Samad (1857-1898) menjadikan Jugra di daerah Langat sebagai pusat pentadbiran
Kesultanan Selangor. Jugra memainkan peranan penting sebelum pusat pentadbiran kerajaan
berpindah ke Klang. Jugra juga menjadi pusat pengutipan cukai bijih timah yang dibawa keluar
melalui Sungai Langat untuk dibawa ke pelabuhan Melaka.
Menjelang tahun 1860, Kuala Lumpur telah menjadi pusat pengeluaran bijih timah yang penting
di Selangor. Bijih timah berjaya dilombong di Ampang. Kuala sungai yang menjadi penemuan di
antara Sungai Klang dan Sungai Lumpur dijadikan pangkalan untuk mengangkut bijih timah.
Kejayaaan tersebut mendorong ramai orang Melayu dan Cina mendirikan petempatan di situ yang
membentuk bandar Kuala Lumpur.
Perlombongsn bijih timah di Lukut mula diusahakan oleh Raja Busu dengan membawa masuk
pelombong Cina. Lukut berjaya dijadikan sebagai pusat perdagangan bijih timah yang trkenal oleh
raja Jumaat. Pada tahun1880, Lukut diserahkan kepada daerah Sungai Ujong melalui rundingan.
Perlombongan emas di negeri-negeri Melayu tertumpu di kawasan jalur emas yang sebahagian
besarnya terdiri daripada negeri Pahang. Emas digunakan sebagai hadiah kepada negeri-negeri lain
dan dieksportkan ke luar negeri. Perlombongan emas telah dilakukan di Hulu Pahang, iaitu di sekitar
Sungai Tembeling, Sungai Jelai, dan Sungai Semantan. Kawasan-Kawasan penting perlombongan
emas ialah Raub, Tui, Tersang, selinsing, Penjom, Kechau dan Hulu Dong.
Kegiatan perlombongan emas di Pahang pada abad ke-16 dan ke-17 dijalankan oleh orang Melayu,
orang asli dan orang Minagkabau. Mereka menggunakan kaedah mendulsng dsn melampan.
Kekayaaan emas pada abad ke-18 telah menarik kedatangan orang Cina dari Kleantan, perak dan
Negeri Sembilan. Mereka menggunakan kaedah melampan. Pada abad ke-19, Sultan Ahmad
memberikan konsesi kepada orang Eropah untuk memajukan kegiatan perlombongan di Pahang.
Pelombong Eropah menggunakan kaedah lombong dedah dan lombong bawah tanah.
2. Peluasan Kuasa British di Perak, Pahang, Negeri Sembilan
dan Selangor

Perkembangan industri di Eropah menyebabkan Brtish memerlukan bahan mentah. Disebabkan


kemakmuran negeri-negeri Melayu yang kaya dengan bijih timah menyebabkan British menggunakan
pelbagai strategi seperti manipulasi, desakan ugutan serta mengadakan perjanjian untuk menguasai negeri-
negeri Melayu tersebut.
Melalui strategi manipulasi, British berjaya menguasai negeri Perak apabila berlakunya Perang Larut
pada tahun 1861-1874 disebabkan pergaduhan yang terjadi antara pelombong Cina berkumpulan Ghee Hin
dan Hai San. Pergaduhan tersebut berlaku kerana mereka ingin mempertahankan kepentingan hak masing-
masing. Pergaduhan ini menjejaskan perdagangan bijih timah di Negeri-negeri Selat. Oleh itu, pelabur
Eropah dan pedagang Negeri-negeri selat meminta British campur tangan untuk melindungi peaburan
mereka.
Selain itu, berlaku perebutan takhta kesultanan Perak pada abad ke-19. Selepas kemangkatan Sultan Ali,
Raja Ismail yang merupakan Raja Bendahara dilantik sebagai Sultan kerana Raja Abdullah yang
merupakan Raja Bendahara tidak hadir ke upacara pemakaman Sultan Ali. Pertabalan Sultan Ismail
mendapat sokongan pembesar Hulu Perak termasuk Ngah Ibrahim iaitu Menteri Larut. Namun, Raja Yusuf
iaitu Raja Di Hilir membantah menuntut haknya sebagai sultan setelah lama diketepikan. Di samping itu,
Raja Abdullah juga menuntut kembali haknya sebagai sultan akibat masalah kewangan dan desakan
golongan pelabur Eropah dan Cina. Baginda mendapat sokongan pembesar di Hilir Perak seperti Dato'
Mahraja Lela. Kekacauan yang berlaku ini membuka ruang untuk British melakukan manipulasi politik.
Andrew Clarke mengambil peluang daripada kedua-dua peristiwa tersebut unuk campur tangan dan
menamatkan kekacauan di Perak.
Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Samad (1857-1898), tercetus pertelingkahan dalam kerabat diraja
Selangor yang meyebabkan berlakunya Perang Klang ( 1866-1874). Peristiwa ini terjadi disebabkan, Raja
Abdullah bin Raja Jaafar memperoleh hak mentadbir daerah Klang daripada Sultan Abdul Samad. Beliau
berjaya memajukan daerah Klang sebagai pusat pegeluaran bijih timah dengan pembukaan lombong di
sekitar Ampang dan Kuala Lumpur dan turut mendapat sokongan kumpulan Hai San. Namun, disebabkan
kemajuan perlombongan bijih timah di daerah Klang Mendorong Raja Mahadi bin Raja Sulaiman menuntut
hak ke atas daerah tersebut yang pernah dieltakkan di bawah kekuasaan ayahandanya. Beliau turut mendapat
sokongan kumpulan Ghee Hin. Kekacauan di selangor memberikan peluang kepada British melaksanakan
manipulasi politik. Oleh sebab itu, British memberikan bantuan ketenteraan kepada Tunku Kudin untuk
menamatkan Perang Klang. Melalui bantuan tersebut, British berharap Sultan Selangor sedia menerima
perlindungan British bagi mewujudkan kestabilan di Selangor.
British berpeluang melakukan manipulasi politik di Negeri Sembilan apabila berlaku persaingan
pembesar antara Dato' Kelana, Dato' Syahbandar dan Dato' Muda Linggi untuk mendapatkan hak memungut
cukai di Sungai Linggi. Sungai Linggi penting kerana merupakan laluan penting yang menghubungkan
daerah Sungai Ujong dengan kawasan sekitarnya. Perbalahan dan persaingan pembesar di daerah ini
menjejaskan kegiatan perdagangan di Negeri-negeri Selat. Oleh itu, British memanipulasi dengan
memberikan bantuan ketenteraan kepada Dato' Kelana untuk mengalahkan Dato' Syahbandar. Dengan ini,
British berjaya meletakkan daerah Sungai Ujong kaya dengan bijih timah di bawah kekuasan British.
Di samping itu, British turut mendesak pemerintah tempatan untuk menerima perlindungan mereka.
Perkara ini kerana British tidak berjaya memujuk Sultan Abdul Samad untuk menerima perlindungan
mereka walaupun telah diberi bantuan ketenteraan untuk menamatkan kekacauan di Selangor. British
berjaya mendapat alasan untuk mendesak sultan Selangor menerima perlindungan mereka dengan alasan
Sultan gagal mengawal dan mewujudkan keselamatan perairan Selangor untuk kegiatan perdagangan
apabila berlaku rompakan kapal dagang British dalam pelayaran dari Pulau Pinang ke Melaka yang
berdekatan perairan Kuala Selangor. Selain itu, pada tahun 1874, berlaku serangan rumah api di Tanjung
Rachado.
British tidak mempunyai ruang untuk memanipulasi dan memaksa Sultan Pahang menerima
perlindungan British kerana tidak berlaku kekacauan dan Sultan Ahmad amat berhati-hati dwlam
rundingan dengan pihak British. British juga cuba mendapatkan bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor
untuk memujuk Sultan Pahang menerima seorang wakil british di Pahang. Namun demikian, pada tahun
1888, British memperoleh peluang untuk mendesak dan memaksa Sultan Pahang menerima perlindungan
merekan apabila berlaku kematian seorang lelaki berbangsa Cina bernama Goh Hui di perkarangan istana.
British mendakwa Goh Hui adalah rakyat British dan sultan diminta bertanggungjawab atas kematian
rakyat tersebut. Sultan Pahang dipaksa menerima perlindungan British dengan alasan Sultan tidak mampu
mewujudkan keadilan dan ketenteraman awam.
Bagi mengukuhkan kuasa, British mengadakan perjanjian dengan pemerintah tempatan untuk
mengikat persetiaan menerima pengaruh British dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Antaranya,
British mengikat perjanjian Pangkor 1874 bagi mengukuhkan kuasa di Perak. Andrew Clarke
memanggil ketua kumpulan kumpulan Ghee Hin dan Hai San untuk menamatkan perselisihan faham
antara mereka. Pembesar Melayu yang bertelagah juga dipanggil untuk berunding di Pulau Pangkor
bagi menamatkan perselisihan faham di Perak. Antara pembesar Melayu yang hadir termasuklah Raja
Abdullah, Ngah Ibrahim dan Dato' Sagor. Sultan Ismail dan Raya Yusuf tidak menyertai rundingsn
tersebut.
Antara syarat perjanjian Pangkor ialah Raja abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak. Raja Ismail
pula dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda da diberikan sebuah jajahan kecil untuk ditadbir.
Sultan akan menerima seorang Residen British dan perlu meminta dan menerima nasihat Residen
dalam semua urusan pentadbiran kecuali berkaitan agama Islam dan adat Melayu. Selain itu, Ngah
Ibrahim diakui sebagai Orang Kaya Menteri Larut dan menerima seorang Penolong Residen. Akhir
sekali, British akan menguasai pungutan cukai di Perak.
Terdapat juga Perjanjian British-Sungai Ujong 1874 yang bersyarat Dato' Kelana diiktiraf
sebagai pemerimtah Sungai Ujong dan British berkuasa penuh memungut cukai di Sungai Linggi.
Seterusnya, Perjanjian British-Selangor 1875 yang bersyarat British akan membantu Sultan
memerintah Negeri dan British menghantar J.G. Davidson menetap di Klang manakala
Frank Swettenham menetap di Langat untuk membantu pentadbiran Selangor.
Di samping itu, diadakan Perjanjian British-Pahang 1887. Antara syarat perjanjian ialah British
menempatkan seorang wakil yang mempunyai kuasa seperti pegawai konsul di Pahang dan British
akan bertanggungjawab menjaga keamanan Pahang. Manakala Pahang tadak dibenarkan membuat
perjanjian dengan kerajaan asing tanpa kebenaran British. Melalui perjanjian ini, British berjaya
mengikat persetiaan pemerintah tempatan untuk menerima nasihat British dalam hal ehwal
pentadbiran dan ekonomi di negeri Melayu.
Melalui pelbagai strategi peluasan kuasa, British dapat melaksanakan sistem Residen di Perak,
Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. British menempatkan Residen melalui perjanjian yang dibuat
dengan pemerintahan tempatan dan Raja-raja Melayu. Residen British berperanan untuk menasihati
Raja-raja Melayu dalam semua hal ehwal pentadbiran kecuali berkaitan agama Islam dan adat
Melayu. Semua nasihat Residen hendaklah diikuti dan dipatuhi. Residen British pertama yang
ditempatkan di Perak pada tahun 1874-1875 sewaktu pemerintahan Sultan Abdullah ialah J.W.W.
Birch. Residen pertama di Selangor pada tahun 1874-1875 sewaktu pemerintahan Sultan Abdul
Samad ialah J.G. Davidson. Sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad di Pahang Residen British yang
ditempatkan ialah J.P. Rodger daripada tahun 1888-1896. Martin Lister pula merupakan Residen
pertama di Negeri Sembilan pada tahun 1895-1897 sewaktu pemerintahan Tuanku Muhammad
Yamtuan Besar.
Antara ciri pelaksanaan sistem Residen British ialah kedudukan sultan dan pembesar dikekalkan
tetapi mereka akan kehilangan kuasa dalam pentadbiran dan pungutan cukai. Sultan tidak lagi boleh
membuat undamg-undang seperti sebelumnya dan perlu menerima nasihat British. Pentadbiran pada
peringkat pembesar dan negeri akan diambil alih oleh Residen serta peranan pembesar ini digantikan
oleh pegawai-pegawai British. Akhir sekali, Jabatan-jabatan dan sistem bercorak Barat digunakan
bagi menggantikan sistem pentadbiran tradisional. Antara jabatan yang ditubuhkan ialah Jabatan
Polis, Jabatan Kehakiman, Jabatan Cukai dan Jabatan Tanah dan Ukur.
3. Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Selepas pelaksanaan sistem Residen British mengukuhkan kuasa di Perak , Selangor, Negeri Sembilan
dan Pahang dengan membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) melalui Perjanjian
Persekutuan 1895. Antara ciri-ciri Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah dikenali sebagai Persekutuan
1896 dan merupakan gabungan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Kuala Lumpur dijadikan
pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Residen Jeneral merupakan ketua pentadbiran
kerajaan persekutuan. Akhir sekali, raja-raja Melayu akan menerima nasihat Residen Jeneral dalam
semua perkara kecuali yang berkaitan agama Islam dan adat Melayu.
Antara faktor pembetukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah untuk mengatasi kelemahan sistem
Residen kerana Residen tidak diberikan garis panduan yang jelas untuk melaksanakan tugas. Oleh itu,
Residen menjadi semakin berkuasa dalam Majlis Mesyuarat Negeri yang menyebabkan ketidakpuasan
Raja dan pembesar Melayu kerana mereka kehilangan kuasa dalam pentadbiran dan pungutan cukai.
Selain itu, NNMB dibentuk untuk menyeragamkan pentadbiran kerana pentadbiran di Perak, Selangor,
Negeri Sembilan dan Pahang adalah tidak seragam disebabkan undang-undang tersendiri. Perkara ini
menyebabkan kemajuan ekonomi antara negeri tidak seimbang. Oleh itu, Britih memerluka pentadbiran
yang cekap dan seragam untuk memudahkan eksploitasi ekonomi. Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga
dibentuk untuk mrnjamin keselamatan negeri kerana penggabungan membolehkan NNMB mempunyai
pasukan keselamatan sendiri untuk menjaga keamanan tanpa mengharapkan pasukan luar. Akhir sekali,
NNMB dibentuk untuk menangani masalah kewangan Pahang dengan pembentukan gabungan negeri-
negeri Melayu yang kaya seperti Perak, Selangor dan Negeri Sembilan bagi mengurangkan beban
kewangan negeri Pahang.
4. Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Negeri-negeri Melayu Bersekutu diketuai oleh Residen Jeneral yang bertanggungjawab kepada
Majlis Mesyuarat Negeri dan Gabenor Negeri-negeri Selat. Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan
selepas British berjaya campur tangan dalam pentabiran negeri-negeri Melayu. Majlis ini
dipengerusikan oleh Raja Melayu dan berperanan untuk menggubal undang-undang serta membantu
pentadbiran negeri. Majlis Mesyuarat Negeri tidak lagi berkuasa selepas pembentukan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu ditubuhkan kerana pentadbiran diambil alih oleh Residen Jeneral. Perkara ini
menyebabkan kuasa Raja-raja melayu terhakis. Struktur pentadbiran Negeri-negeri Melayu
Bersekutu diketuai oelh Pesuruhjaya Tinggi British diikuti Residen Jeneral yang berpusat di Kuala
Lumpur. Seterusnya, diikuti degan majlis mesyuarat negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang.
Pada tahun 1909, British menandatangani perjanjian dengan Raja-raja Melayu bagi menubuhkan
majlis Mesyuarat Persekutuan. Majlis ini berkuasa meluluskan undang-undang di NNMB.
Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan memberikan ruang kepada Brtish utnuk mengawal
undang-undang dan kewangan negeri serta memberikan kuasa pentadbiran kepada Pesuruhjaya
Tinggi British. Hal ini menjejaskan kewibawaan Raja-raja Melayu sebagi ahli biasa dalam majlis
tersebut. Keahlian dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909 dipengerusikan oleh
Pesuruhjaya Tinggi British dan diikuti dengan Residen Jeneral. Seterusnya diikuti dengan empat
orang Raja Melayu, empat orang Residen dan empat ahli tidak rasmi iaitu tiga daripada Eropah dan
seorang Cina.
British juga membentuk Durbar untuk mendapatkan sokongan Raja-raja Melayu terhadap Negeri-
negeri Melayu Bersekutu. Ahli Durbar terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi British, Raja-raja Melayu,
Residen Jeneral dan Residen British. Pada asasnya, Durbar memperlihatkan tanggungjawab bersama-
sama oleh Raja-raja Melayu sebagai pelindung orang Melayu.

Rumusan

Peluasan kuasa British di Negeri-negeri Melayu membawa pembaharuan terhadap sistem


pemerintahan negeri Melayu. Dalam usaha menguasai pentadbiran Perak, Selangor, Negeri Sembilan
dan Pahang, British memperkenalkan Sistem Residen. Seterusnya, British meletakkan negeri Melayu
tersebut di bawah naungan British melalui pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Kedaulatan negeri masih dipegang oleh Raja-raja Melayu namun raja terikat degan menerima nasihat
British yang menghakis kewibawaan mereka. Namun begitu, kewibawaan Raja-raja Melayu terus
dipertahankan melalui penubuhan Majlis Raja-Raja yang ada hingga hari ini.
Rujukan

1. Buku Ilmiah
Dr. Azharuddin bin Mohammed Dali, Ridzuan bin Hasan, Muslimin bin
Fadzil, 2018, Sejarah Tingkatan 3, Kuala Lumpur, DBP, mukasurat 56-77

2. Internet
T3-BAB-3-3.3-3.4.pdf (stmichaelipoh.edu.my)

3. Audio Visual
https://youtu.be/JXOnl-VTXAM?feature=shared
• Lampiran

You might also like