Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 37

AKTA DAN

PERUNDANGAN
PENDIDIKAN KHAS
DALAM NEGARA
1. Akta Pendidikan Khas 1996 (Peraturan Pendidikan,
Pendidikan Khas 2013)
• Rujuk Akta Pendidikan Khas 1996 (Peraturan Pendidikan, Pendidikan Khas 2013)
Murid Berkeperluan Pendidikan khas
Murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi,
mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai
murid yang mempunyai:
• ketidakupayaan penglihatan;
• ketidakupayaan pendengaran;
• ketidakupayaan pertuturan;
• ketidakupayaan fizikal;
• masalah pembelajaran; atau
• mana-mana kombinasi ketidakupayaan, atau ketidakupayaan dan masalah, yang disebut dalam
perenggan (a) hingga (e);
2. AKTA PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 2001
• Merupakan penggabungan tiga akta, iaitu Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (AKK
2001), Akta Mahkamah Juvana 1947 dan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973.
• Akta Kanak-Kanak 2001 dikuatkuasakan pelaksanaannya pada 1 Ogos 2002.
• Penggubalan akta baru ini bertujuan untuk menyelaraskan sebarang pertindihan antara
ketiga-tiga akta tersebut.
…sambungan
• Aspek-aspek yang diberikan penekanan dalam AKK 2001 ialah: kehidupan,
perlindungan, pembangunan, peranan dan tanggungjawab keluarga serta penyertaan
masyarakat dalam pembangunan kanak-kanak.
• Akta ini juga prihatin dan peka kepada perspektif kanak-kanak bertujuan membentuk
sahsiah kanak-kanak pada masa hadapan.
• Merupakan satu usaha kerajaan untuk mengadakan peruntukan undang-undang yang
lebih baik dan rapi bagi memelihara, melindung dan memulihkan kanak-kanak demi
kesejahteraan mereka.
…sambungan
• Di bawah AKK 2001, “Kanak-Kanak” ertinya seseorang yang berumur di bawah 18
tahun
• Walau bagaimanapun umur tanggungjawab jenayah dikekalkan pada umur 10 tahun.
• Akta ini mengiktiraf bahawa seseorang kanak-kanak bukan sahaja merupakan bahagian
penting dalam masyarakat tetapi juga merupakan kunci kehidupan, pembangunan dan
kemakmuran masyarakat.
• Mengiktiraf bahawa tiap-tiap kanak-kanak berhak mendapatkan perlindungan dan
bantuan dalam segala hal tanpa mengira perbezaan ras, warna kulit, jantina, bahasa,
agama dan sebagainya.
3. AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008
• Rujuk Akta 685 - Orang Kurang Upaya 2008
4. PPPM
• Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus seperti kumpulan peribumi
dan kumpulan minoriti lain, pintar cerdas, dan berkeperluan khas.
• Menambah bilangan model Sekolah Amanah kepada 500 menjelang 2025 dengan
melibatkan kumpulan alumni dan NGO yang berpotensi sebagai penaja.
• Entiti sektor swasta dan sosial yang lebih pelbagai berpeluang untuk terlibat dalam
proses penambahbaikan sekolah.
…sambungan
• Hal ini dapat dilakukan melalui peluasan program Sekolah Amanah yang membolehkan
penaja swasta bekerjasama dengan kepimpinan sekolah untuk mengurus sesebuah
sekolah.
• Dapatan awal daripada projek rintis pada 2010 amat memberangsangkan.
• Dalam hal ini, Kementerian bukan sahaja bercadang untuk menambah bilangan sekolah,
tetapi juga jenis sekolah yang terlibat.
• Kementerian melihat masa depan yang cerah jika program ini dikembangkan dengan
melibatkan sekolah yang mempunyai komuniti berkeperluan khusus, seperti kumpulan
peribumi dan minoriti, murid berkeperluan khas, dan sekolah luar bandar.
5. PELAN TINDAKAN NASIONAL OKU 2007

• Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat.


• Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan
seperti anggota masyarakat yang lain.
• Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan
bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU.
Definisi
• OKU adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi
fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai
halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam
masyarakat.
Penyataan Dasar
• Dasar OKU menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan
penuh dalam masyarakat.
• Dasar ini turut mengutamakan nilai hak kemanusian seperti kemuliaan, kehormatan dan
kebebasan bagi membolehkan mereka hidup berdikari.
Objektif Dasar
• Dasar OKU menetapkan empat objektif berikut:
• Memberi pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa OKU mempunyai hak dan peluang
yang sama bagi penyertaan penuh dalam masyarakat;
• Memastikan OKU menikmati hak, peluang dan akses secara saksama di bawah
undang-undang negara;
• Menghapuskan diskriminasi terhadap seseorang atas sebab ketidakupayaannya; dan
• Mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak OKU.
LUAR NEGARA
1. Public Law 94 - 142
• Mandat-mandat Public Law
• Pendidikan untuk semua
• Persekitaran yang paling tidak mengehadkan
• Pentaksiran yang tidak mendiskriminasikan
• Penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan
• Hak ibu bapa yang membantah
• Pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu
2. DEKLARASI JOMTIEN
• Kemuncak daripada konferen ini lahirnya deklarasi tentang Pendidikan
untuk Semua (Education For All).
• Konferensi ini menyimpulkan antara lain:
• Kesempatan untuk memperoleh pendidikan masih terbatas atau masih
ramai orang yang belum mendapat akses pendidikan.
• Kelompok tertentu yang terpinggir seperti orang cacat (disabled), etnik
minoriti, suku terasing dan sebagainya masih terdiskriminasi dari
pendidikan bersama.
3. RANGKA TINDAKAN BIWAKO
❑ Pengenalan
❑ Diadakan pada 20 Mei 2002
❑ Untuk mempromosikan hak-hak pendidikan menyeluruh bagi golongan orang
kurang upaya di kawasan Asia dan Pasifik pada dekad ke-21.
❑ Deklarasi ini berkaitan dengan rangka kerja wilayah yang disyorkan oleh kerajaan
dalam kawasan yang berkaitan dengan pemegang saham bagi mencapai pendidikan
inklusif dan hak-hak pendidikan menyeluruh bagi golongan kurang upaya untuk
dekat yang baru, iaitu 2003-2012
❑ Agenda yang dibincangkan dalam Biwako Declaration Framework 2012
menunjukkan golongan kurang upaya diberi hak yang sama dari segi pendidikan,
social, ekonomi atau kemudahan-kemudahan yang lain.
• Latar Belakang
❑ Biwako diambil sempena nama tasik Biwa yang terletak di
kawasan Shiga, Jepun.
❑ Membincangkan tentang tindakan untuk mempromosikan
pendidikan inklusif, hak-hak kebebasan dan keperluan
sosial untuk orang kurang upaya.
❑ Keperluan sosial ialah hak-hak asasi manusia termasuklah
pembangunan diri dan warga kurang upaya diberi
keutamaan.
• Matlamat
i. Memperkenalkan program inklusif dan bebas daripada halangan masyarakat bagi
orang kurang upaya di Asia dan Pasifik
(Program ini melakukan pendekatan di mana murid pendidikan khas dan biasa belajar
dalam satu sekolah yang sama dan diajar oleh guru biasa.)

ii. Menyatakan kebebasan daripada halangan masyarakat bagi orang kurang upaya.
(Halangan-halangan ini termasuklah dari segi sikap komuniti, tahap pendapatan, peluang
mendapat pendidikan dan pekerjaan serta akses pada perkhidmatan yang disediakan.
• Prinsip
i. Menggubal atau menguatkuasakan undang-undang dan dasar yang berkaitan bagi
menyamakan peluang dan layanan terhadap orang kurang upaya.
ii. Mengukuhkan atau menguatkuasakan jawatankuasa pertubuhan kebangsaan
berkaitan orang kurang upaya.
iii. Memastikan orang kurang upaya menjadi sebahagian daripada usaha bagi
mencapai pembangunan milenium.
iv. Menguatkuasakan kapasiti negara dalam pengumpulan data dan analisis
v. Menguatkan pendekatan dasar komuniti dalam pencegahan berlakunya kecatatan,
hilang upaya, pemulihan serta penyamaan peluang bagi orang kurang upaya.
vi. Menggunakan konsep universal termasuklah merancang untuk semua orang
kurang upaya.
•Sasaran Biwako
✔ Organisasi pertolongan diri bagi OKU serta Persatuan yang
berkaitan dengan keluarga dan ibu bapa
✔ Wanita kurang upaya
✔ Latihan pekerjaan termasuk yang berkerja sendiri
✔ Capaian kepada maklumat dan telekomunikasi
✔ Pengurusan kemiskinan melalui pembinaan bangunan,
keselamatan sosial dan program untuk meningkatkan taraf
hidup
•Strategi dan Pelan Tindakan
Membabitkan tindakan negara dalam masa 5 tahun
Memperkasakan pendidikan berteraskan pencegahan
kecacatan masyarakat dan memberi pemulihan kepada
orang ketidakupayaan
Meningkatkan pertubuhan organisasi OKU dalam
sektor kerajaan
• Implikasi Biwako
❖ Pembukaan Bengkel Audit Akses untuk orang kurang upaya
❖ Memenuhi matlamat untuk menjadikan orang kurang upaya lebih
berdikari, berdaya saing dan mendapatkan hak-hak sewajarnya dalam
kehidupan mereka.
❖ OKU dapat mengasah bakat yang ada pada diri mereka untuk hidup yang
lebih maju dan mendapat peluang pekerjaan dalam bidang kemahiran
seperti seni lukisan dan sebagainya.
❖ Begitu juga dalam hal sosial, ekonomi, politik dan budaya. Hal ini
berkait rapat dengan mempertingkatkan kemudahan untuk OKU. Contoh:
Kemudahan awam seperti tandas, telefon, pengangkutan dan sebagainya.
4. RANGKA TINDAKAN DAN PENYATAAN
SALAMANCA
• Antara deklarasi yang menjadi dasar kepada pendidikan khas di Malaysia adalah The
Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca Statement) 1994
• Rangka Tindakan Salamanca diperkenalkan pada tahun 1994 memberi tumpuan kepada dasar,
polisi dan amalan pendidikan untuk kanak-kanak dan orang berkeperluan khas
❖ Rangka Tindakan ini memperakukan tentang hak dan peluang kanak-kanak berkeperluan khas
mendapatkan pendidikan serta mempunyai peluang mencapai dan mengekalkan tahap
pembelajaran yang diterima
❖ Oleh sebab kanak-kanak berkeperluan khas juga mempunyai kebolehan, minat, kemampuan dan
keperluan pembelajaran, satu sistem pengajaran dan pembelajaran perlu direka bagi memenuhi
keperluan individu kanak-kanak tersebut dengan melaksanakan aktiviti pendidikan yang
bersesuaian dengan perbezaan minat individu
…sambungan
❖ Program pendidikan untuk murid berkeperluan khas perlu diimplementasi
supaya sesuai dengan sistem pendidikan negara. Rangka Tindakan
Salamanca juga memperakukan bahawa kanak-kanak khas mempunyai
hak untuk memasuki sekolah biasa melalui amalan inklusif.
❖ Negara-negara yang bersidang di Salamanca disarankan supaya memberi
keutamaan terhadap polisi dan peruntukan kewangan agar sistem
pendidikan dapat diperbaiki bagi membolehkan kanak-kanak berkeperluan
khas diserapkan dalam sistem pendidikan tanpa mengira perbezaan
individu dan masalah ketidakupayaan mereka
…sambungan
• Kerajaan setiap negara juga digesa supaya mewujudkan dan
mengukuhkan mekanisme merancang, memantau dan menilai pendidikan
yang disediakan untuk kanak-kanak khas. Ekoran daripada persidangan
ini, kementerian Pendidikan Malaysia telah mengabil inisiatif
memperkenalkan pendidikan inklusif di Malaysia pada tahun 1995
walaupun amalan inklusif telah lama dilaksanakan di Malaysia melalui
rancangan pendidikan integrasi atau percantuman.
Penyataan Salamanca
• Dalam menegaskan kembali hak pendidikan individu,
sebagaimana diabadikan di dalam Deklarasi Universal 1948
tentang hak Asasi Manusia, dan dengan memperbaharui ikrar
yang diucapkan oleh masyarakat dunia dalam konferen Dunia
1990 tentang Pendidikan bagi Semua memastikan hak semua
orang tanpa memandang perbezaan-perbezaan individu yang
ada terjamin.
• Mengimbas pelbagai deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa yang berpunca
pada Peraturan Standard Perserikatan Bangsa-bangsa 1993,
Persamaan Kesempatan bagi golongan kurang upaya, yang mendesak
negara-negara menjamin pendidikan bagi golongan ini merupakan
sebahagian integrasi dalam sistem pendidikan umum.
• Peningkatan penglibatan pemerintah-pemerintah, kumpulan-kumpulan
advokasi, kelompok masyarakat dan orang tua, dan terutama organisasi
kurang upaya, dalam berupaya meningkatkan akses terhadap pendidikan
yang masih belum tercapai
• 1) Para delegasi Persidangan Dunia mengenai Pendidikan Keperluan Khas
yang mewakili sembilan puluh dua kerajaan dan dua puluh lima organisasi
Antarabangsa, yang berkumpul di sini di Salamanca, Sepanyol, dari tarikh
7-10 Jun 1994, dengan ini menegaskan kembali komitmen kami terhadap
Pendidikan, mendesak diberikan pendidikan bagi anak, remaja dan orang
dewasa kurang keperluan pendidikan khas di dalam sistem pendidikan
regular, dan selanjutnya bersetuju Rangka Tindakan mengenai Pendidikan
Keperluan Khas, yang seperti ketetapan serta cadangan-cadangannya
diharapkan akan dijadikan pedoman oleh kerajaan-kerajaan seta
organisasi-organisasi.
2) Kami meyakini dan menyatakan bahawa:
❑ Setiap anak mempunyai hak untuk memperoleh pendidikan, dan harus diberi
kesempatan mencapai serta mempertahankan tahap pengetahuan yang
wajar, setiap anak mempunyai sifat, minat, kemampuan dan keperluan belajar
yang berbeza-beza, mereka yang memerlukan pendidikan khusus harus
memperoleh akses ke sekolah-sekolah biasa dengan orientasi inklusif
merupakan alat yang paling efektif untuk memerangi sikap diskriminasi,
menjadikan masyarakat yang ramah, melahirkan masyarakat yang inklusif
dan mencapai Pendidikan bagi Semua; sekolah seperti ini akan
memberikan pendidikan yang efektif kepada anak-anak dan meningkatkan
keberkesanannya dan pada akhirnya akan mengurangkan perbelanjaan bagi
seluruh sistem pendidikan.
• 3) Kami meminta perhatian semua kerajaan dan menggesa mereka memberi keutamaan
tertinggi dalam pengambilan keputusan dan dalam menetapkan anggaran untuk
meningkatkan sistem pendidikannya agar dapat menginklusifkan semua pelajar tanpa
memandang perbezaan-perbezaan ataupun kesulitan-kesulitan individual mereka,
memantau dan menilai keadaan pendidikan bagi anak serta orang dewasa kurang keperluan
pendidikan khas, menggalakkan dan memudahkan penyertaan orang tua, masyarakat dan
organisasi golongan kurang upaya dalam perancangan dan proses membuat keputusan yang
menyangkut masalah pendidikan keperluan khas, melakukan usaha yang lebih besar dalam
merumuskan dan melaksanakan strategi pengenalan dan penangguhan dana, mahupun
dalam aspek-aspek vokasional dalam pendidikan inklusif, demi kelangsungan perubahan
sistematik, memastikan agar program pendidikan guru, baik pendidikan sekolah mahupun
dalam peringkat kolej, membincangkan masalah pendidikan keperluan khas di sekolah
inklusif.
4) Kami juga meminta perhatian masyarakat internasional, pemerintah-pemerintah yang
mempunyai program kerjasama internasionaldan lembaga-lembaga pendanaan
internasional, terutama para sponsor Konferensi Dunia tentang Pendidikan bagi Semua
Organisasi Pendidikan, Ilmu Pengetahuan dan Kebudayaan Perserikatan
Bangsa-bangsa (UNESCO), Dana Anak-anak Perserikatan Bangsa-bangsa
(UNICEF), Program Pembangunan Perserikatan Bangsa-bangsa (UNDP) dan
Bank Dunia:
agar mendukung pendekatan pendidikan inklusif serta mendukung pengembangan
pendidikan kebutuhan khusus
Perserikatan Bangsa-bangsa beserta lembaga-lembaga spesialisasinya, terutama
Organisasi Buruh Internasional (ILO), Organisasi Kesehatan Dunia (WHO),
UNESCO dan UNICEF
agar memperkuat masukan-masukannya bagi terjalinnya kerjasama
teknis, serta memperkuat kerjasama dan jaringan kerjanya agar tercipta dukungan
yang lebih efisien terhadap penyelenggaraan pendidikan
Organisasi-organisasi non-pemerintah yang terlibat dalam perencanaan nasional dan
penyaluran pelayanan:
✔ memperkuat kerjasamanya dengan badan-badan nasional pemerintah dan mengintensifkan
keterlibatannya dalam perencanaan, pelaksanaan dan evaluasi terhadap
penyelenggaraan pendidikan kebutuhan khusus secara inklusif

UNESCO, sebagai lembaga Perserikatan Bangsa-bangsa yang menangani pendidikan:


✔ menjamin bahawa pendidikan kebutuhan khusus selalu merupakan bahagian dari setiap
disklusi mengenai Pendidikan bagi Semua dalam berbagai forum
✔ memobilisasi dukungan dari organisasi-organisasi profesion
keguruan dalam hal-hal yang berkaitan dengan peningkatan pendidikan guru mengenai
penyelenggaraan pendidikan kebutuhan khusus
✔ menstimulasi masyarakat akademik untuk meningkatkan kegiatan penelitian dan
jaringan kerja serta membentuk pusat-pusat informasi
dan kokumntasi regional
✔ berfungsi sebagai pusat penerangan bagi kegiatan-kegiatan tersebut dan agar
menyebarluaskan hasil serta kemajuan yang dicapai pada tingkat Negara dalam upaya
mengimplementasikan deklarasi ini
✔ memobilisasi dana melalui perluasan program penyelenggaraan
sekolah-sekolah inklusif dan program dukungan masyarakat dalam
Rancangan Jjangka Menengah (1996-2002), memungkinkan
diluncurkannya projek perintis guna mempertunjukkan pendekatan-pendekatan baru
dalam upaya penyebarluasan informasi, serta mengembangkan indikator-indikator
mengenai perlunya pendidikan kebutuhan khusus dan penyelenggaraannya.
5) Akhirnya kami menyampaikan penghargaan yang
setinggi-tingginya kepada pemerintah Spanyol dan kepada
UNESCO atas terselenggaranya Konferen ini, dan kami mendesak
mereka untuk melakukan segala upaya agar Deklarasi ini beserta
Kerangka Aksinya memperoleh perhatian masyarakat
dunia, terutama dalam forum-forum penting seperti KTT Dunia
tentang Pembangunan Sosial (Copenhagen, 1995) dan Konferen
Dunia tentang Wanita (Beijing, 1995). Ditetapkan secara aklamasi,
di konta Salamanca, Spanyol pada tanggal 10 Jun 1994.
SEKIAN, TERIMA
KASIH

You might also like