Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

STAB3222 KELAKUAN HAIWAN

SEMESTER 2 SESI 2023/2024


Pensyarah: Dr. Norlinda Mohd. Daut

KELAKUAN LOTONG KELABU


(Trachypithecus cristatus) DI
LAPANGAN
Matlamat utama

 Amali ini adalah untuk mempelajari kaedah cerapan haiwan iaitu lotong kelabu
(Trachypithecus cristatus) yang terhabituasi di lapangan.

 Pelajar mampu menyenaraikan dan menghuraikan kelakuan-kelakuan haiwan yang


dicerap.

 Pelajar juga diberi kefahaman dalam menjalankan pensampelan lakuan.

BAHAGIAN A:

Kaedah:
1. Pelajar dikehendaki memilih mana-mana kumpulan lotong.

2. Perhatikan dan catatkan kelakuan lotong yang menjadi pilihan mengikut peringkat
umur (dewasa, subdewasa, juvena tidak termasuk bayi).

3. Jalankan pencerapan selama sejam mengikut sela masa tertentu (kaedah imbasan).

4. Jalankan cerapan dalam tempoh satu jam untuk setiap kategori struktur sosial
(kaedah fokus).

5. Rekodkan semua hasil cerapan dan bandingkan hasil berdasarkan struktur sosial.

6. Sediakan satu laporan saintifik amali berdasarkan format dan penilaian komponen
yang diberikan serta jawab semua soalan pada bahagian B.

1
BAHAGIAN B

Soalan

1. Lukiskan graf yang sesuai bagi menunjukkan kelakuan lotong dengan masa. (dari
pensampelan imbasan atau fokal). (5 markah)

2. a. Apakah kelakuan tertinggi dan terendah yang dicapai oleh T. cristatus dengan
masa? (2 markah)

b. Kelakuan apakah yang menyumbang kepada penggunaan masa T. cristatus


yang paling lama? Mengapa? (3 markah)

3. Bincangkan mengapa anda memilih pensampelan (imbasan atau fokal) untuk kajian ini.
(5 markah)

4. Apakah permasalahan yang timbul dan langkah berhati-hati yang perlu diambil
sepanjang eksperimen dijalankan?. (5 markah)

2
ARAHAN KERJA:

1) Tugasan secara berkumpulan ini adalah berjumlah 50 markah. Sila rujukan

format dan rubrik penilaian sebelum MEMULAKAN kerja amali ini.

2) Sediakan satu laporan saintifik berdasarkan Bahagian A dan B secara berkumpulan.


3) Anda dinasihatkan supaya TIDAK MEMPLAGIAT hasil kerja kumpulan lain

untuk mengelakkan tugasan kumpulan anda diberikan markah KOSONG.

4) Penghantaran laporan amali bertulis kumpulan dibuat melalui UKMFOLIO

menerusi akaun ketua kumpulan.

Tarikh akhir penghantaran: 16 Jun 2024.

3
MUKA DEPAN LAPORAN AMALI

STAB3222 Kelakuan Haiwan Semester

X Sesi XXXX/XXXX

LAPORAN AMALI

Kelakuan Lotong kelabu (Trachypithecus cristatus) di lapangan.

Pensyarah: Dr. Norlinda Mohd. Daut

Senarai Nama semua pelajar dalam kumpulan serta No Matrik Pelajar

1. XXXXX (AXXXX) (Ketua Kumpulan)


2. XXXXX (AXXXX)
3. XXXXX (AXXXX)
4. XXXXX (AXXXX)
5. XXXXX (AXXXX)

You might also like