Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUM-BUM

W.D.T NO 72,
91309 SEMPORNA SABAH
MALAYSIA
TEL: 089-786710
FAKS: 089-786711
EMEL: smkbum2@gmail.com

Rujukan : SMKBBS-JP(SB)/500/40474
Tarikh : 27 Oktober 2023

Kepada,
Unit Pengambilan,
Cawangan Perjawatan,
Polis Diraja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

SURAT SOKONGAN DAN PENGESAHAN KAKITANGAN


NAMA : MOHAMMAD SHAIMIE BIN RASHID
NO. KAD PENGENALAN : 970513-12-5923

Dengan penuh hormat dan takzimnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa nama tersebut di atas merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG 41
di SMK Bum Bum, Semporna. Beliau mula berkhidmat di sekolah ini sejak 1 Mac 2022 sehingga kini.

3. Beliau merupakan seorang Pegawai yang rajin, bertanggungjawab, bersungguh – sungguh, berdisiplin,
ramah mesra dan merendah diri. Beliau sentiasa berusaha dengan giat untuk menunjukkan tanggungjawabnya dan
bersedia untuk menerima teguran, kritikan ataupun pendapat daripada orang lain. Selain itu, beliau sangat berminat
memohon latihan pengambilan Inspektor Polis untuk mengejar cita – cita yang diimpikan. Seterusnya dapat
mempertingkatkan mutu kerja, menambah ilmu pengetahuan mengenai bidang keselamatan dan pertahanan.

4. Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau adalah merupakan seorang pegawai yang berdedikasi dan komited
terhadap kerja yang diberikan. Bersedia untuk menerima tanggungjawab yang lebih dari sepatutnya dan boleh
menyesuaikan diri dalam semua jenis persekitaran kerja. Tugas – tugas khas yang diberikan kepada beliau seperti
guru disiplin, warden asrama (Aspura), Guru kelas 3 Anugerah dan sebagai jurulatih bola sepak sehingga pelajar
SMK Bum Bum layak ke peringkat negeri. Saya yakin dengan prestasi kerja, pengalaman yang dimiliki dan minat
ditunjukkan beliau boleh terus maju dan berpotensi untuk berjaya dalam kerjaya sekiranya diberi peluang. Dengan
ini, saya menyokong penuh permohonan beliau.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………..
(ARIFIN BIN MUSIDI)
PENGETUA
SMK BUM-BUM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUM-BUM
W.D.T NO 72,
91309 SEMPORNA SABAH
MALAYSIA
TEL: 089-786710
FAKS: 089-786711
EMEL: smkbum2@gmail.com

Rujukan : SMKBBS-JP(SB)/500/40474
Tarikh : 25 Oktober 2023

Kepada,
Unit Pengambilan,
Cawangan Perjawatan,
Polis Diraja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur.

Melalui,
Pengetua
SMK Bum Bum W.d.t No 72
91308 Semporna, Sabah.

Tuan/Puan,

PENGAKUAN SOKONGAN KEPADA MOHAMMAD SHAIMIE BIN RASHID

Adalah dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas serta SURAT PANGGILAN MENGHADIRI
PEMERIKSAAN FIZIKAL, UJIAN KECERGASAN DAN LARIAN 2.4 KM BAGI PENGAMBILAN JAWATAN
INSPEKTOR POLIS GRED YA13 (LELAKI) BAGI TAHUN 2022 yang bertarikh 31/10/2023 bertempat di
BATALION 17 PGA LAHAD DATU.

Dengan sukacitanya saya mengesahkan bahawa :

Nama : MOHAMMAD SHAIMIE BIN RASHID


No. Kad Pengenalan : 970513-12-5923
Tarikh Mula Berkhidmat :
Jawatan Sekarang :
Jabatan :

adalah seorangan kakitangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bum-Bum Semporna.

Demi merealisasikan impian beliau untuk meningkatkan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi, pihak kami dengan
rasa berbesar hati menyokong tawaran diterima oleh beliau untuk mengikuti panggilan menghadiri pemeriksaan
fizikal yang ditawarkan oleh pihak tuan/puan.

Kerjasama serta perhatian daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan didahulukan dengan setinggi-tinggi ucapan
terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUM-BUM
W.D.T NO 72,
91309 SEMPORNA SABAH
MALAYSIA
TEL: 089-786710
FAKS: 089-786711
EMEL: smkbum2@gmail.com

………………………..
(ARIFIN BIN MUSIDI)
Pengetua

S.k. Fail.

You might also like