Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Ibubapa / Penjaga

- Rujuk Lampiran -

Tuan / Puan

KEJOHANAN CATUR MSSD KUANTAN TAHUN 2024


Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak/jagaan tuan/puan telah terpilih untuk mewakili
sekolah dalam kejohanan catur MSSD Kuantan. Berikut adalah butir-butir lanjut berkaitan
kejohanan tersebut.
Tarikh : 26 dan 27 Jun 2024 ( Rabu dan khamis )
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : SMK Paya Besar
3. Bersama-sama ini disertakan surat kebenaran mengikuti kejohanan tersebut,
Ibubapa/penjaga dikehendaki melengkapkan surat kebenaran tersebut dan mengembalikannya
kepada pihak sekolah sebelum/pada 24 Jun 2024.
4. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului
dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

“ MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

MOHD ZAMRI BIN ABDUL HADI


GURU BESAR
( Nama ibu/bapa/penjaga dan alamat) Tarikh:
____________________________________________________________________________
Guru Besar,
SK Panching,
26090 Kuantan.

Tuan,
KEBENARAN IBUBAPA / PENJAGA
Saya
…………………………………………………………………………………………………………
Ibubapa / penjaga kepada ………………………………………………………………………………..
Kelas ……………. *MEMBENARKAN / TIDAK MEMBENARKAN* anak/jagaan saya
menyertai KEJOHANAN CATUR MSSD KUANTAN pada 26 DAN 27 Jun 2024.

2. Saya faham bahawa pihak sekolah telah memberikan segala penerangan dan akan
mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan sepanjang kejohanan tersebut
diadakan.

3. Saya bersetuju untuk memaklumkan pihak sekolah sekiranya terdapat apa-apa


perubahan kepada kesihatan dan keadaan fizikal anak/jagaan saya sebelum tarikh kejohanan
berkenaan. Saya juga telah memastikan bahawa anak/jagaan saya faham setiap peraturan dan
arahan yang diberikan oleh pihak sekolah dan guru pengiring hendaklah dipatuhi bagi
memastikan keselamatannya.

4. Saya memberi kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya memberi apa-apa
pertolongan cemas ke atas anak/jagaan saya jika di dapati perlu.
Sekian, terima kasih.

…………………………….
Nama:
No KP:
No Telefon:
*Potong yang tidak berkenaan*

You might also like