Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 41

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/317714484

PELAN TINDAKAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA


ILMU DI UNIVERSITI AWAM 2016-2020

Book · January 2016

CITATIONS READS

0 1,190

7 authors, including:

Nor Hashimah Jalaluddin Noor Rohana Mansor


Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Malaysia Terengganu
136 PUBLICATIONS 381 CITATIONS 68 PUBLICATIONS 114 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

Ungku Maimunah binti Mohd Tahir Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah
Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Putra Malaysia
10 PUBLICATIONS 20 CITATIONS 49 PUBLICATIONS 127 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Salinah Jaafar on 22 August 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PELAN TINDAKAN
Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai
Bahasa Ilmu di Universiti Awam
2016 - 2020
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran
atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik,
gambar atau rakaman tanpa kebenaran bertulis daripada Kementerian Pendidikan Tinggi terlebih dahulu.

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by


Eworks Creative Enterprise
No. 4A, Kedai PLB Teras Jernang
Jalan P1A, Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
http://www.eworks.com.my

Perpustakaan Negara Malaysia

Cetakan Pertama Januari 2016

22
KANDUNGAN
1. Sekapur Sirih Menteri Pendidikan Tinggi 04
2. Seulas Pinang Ketua Setiausaha 05
3. Pendahuluan 06
4. Dasar Bahasa Kebangsaan 07
4.1 Dasar-Dasar Sedia Ada Berkaitan Bahasa Melayu

5. Laporan Audit Bahasa Melayu di IPTA 2014 13


5.1 Laporan Audit Bahasa Melayu
5.2 Rumusan

6. Penjenamaan Semula Pelan Tindakan Memartabatkan


Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam (UA) 20
6.1 Objektif Penjenamaan Semula Pelan Tindakan
6.2 Sasaran Inisiatif Strategi Pelaksanaan Pelan Tindakan

7. Penutup 31
8. Jawatankuasa Penjenamaan Semula Pelan Tindakan
Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu
di Universiti Awam (UA) 34

3
SEKAPUR SIREH
MENTERI PENDIDIKAN
TINGGI

Salam Sejahtera,

K ementerian Pendidikan Tinggi sentiasa


berusaha untuk memartabatkan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu di Universiti Awam (UA). Pada
20 April 2011 sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan
bagi merangka pelan perancangan bahasa di IPT.
Jawatankuasa ini telah menghasilkan Pelan Tindakan hingga 2 Oktober 2014. Dapatan audit ini menjadi input
Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu kepada sekumpulan penyelidik yang terdiri daripada
di IPT (2011-2015) yang dilancarkan pada 6 Jun 2011. pakar bahasa UA dan IPTS untuk menjenamakan
Dalam usaha tersebut, Kementerian terus komited semula pelan sedia ada agar lebih realistik. Pelan ini
dalam melaksanakan usaha bagi menggalakkan ahli juga menyediakan langkah-langkah konkrit dalam
akademik, mahasiswa dan warga universiti untuk usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
memperkaya dan memperluaskan penggunaan bahasa ilmu di UA.
Melayu dalam pelbagai disiplin ilmu. Namun begitu, Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah
Kementerian memahami bahawa penguasaan bahasa kepada kumpulan penyelidik atas iltizam dan usaha
Inggeris juga penting khususnya kepada mahasiswa gigih menzahirkan penjenamaan semula Pelan
untuk bersaing dalam dunia pasaran kerja yang Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai
bersifat global. Justeru, Kementerian beriltizam untuk Bahasa Ilmu di Universiti Awam, 2016-2020.
memartabatkan bahasa Melayu dengan penegasan
kedudukannya dalam sistem pendidikan tinggi negara.
Manakala, penguasaan bahasa Inggeris dalam
kalangan mahasiswa akan terus diperkukuh tanpa
meminggirkan martabat bahasa Melayu.
Bagi memastikan pelan tindakan yang lebih
komprehensif dapat dilaksanakan sesuai dengan
cabaran semasa, maka Kementerian telah menjalankan
Audit Bahasa Melayu di IPTA pada 17 September 2014 DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH
Menteri Pendidikan Tinggi

44
SEULAS PINANG
KETUA SETIAUSAHA

P enggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa


pengantar di peringkat pendidikan tinggi
sudah pun dilaksanakan sejak awal tahun 1970-
dalam bahasa Melayu, merealisasikan bahasa
Melayu sebagai wadah pembangunan negara, dan
mengantarabangsakan Malaysia sebagai pusat
an. Audit Bahasa Melayu di enam (6) buah Institut rujukan ilmu Alam Melayu.
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada tahun 2014 telah Saya percaya penjenamaan semula pelan ini
memberikan gambaran kedudukan semasa bahasa lebih mampan dalam usaha memartabatkan bahasa
Melayu di UA, khususnya dalam hal pengajaran, Melayu seiring dengan cabaran semasa. Syabas dan
pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan. tahniah kepada kumpulan penyelidik atas kegigihan
Kementerian telah mendapat banyak input menterjemah dan merealisasikan hasil dapatan Audit
daripada sesi pengauditan dan sesi bersama Bahasa Melayu kepada penjenamaan semula Pelan
pihak yang berkepentingan dalam usaha Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai
menghasilkan penjenamaan semula Pelan Tindakan Bahasa Ilmu di Universiti Awam, 2016-2020.
Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Ilmu di Universiti Awam bagi tempoh 2016-2020.
Pelan ini telah menggariskan empat objektif utama,
iaitu memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu, menghasilkan graduan yang berketerampilan

DATO’ SERI IR. DR. ZAINI UJANG


Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Tinggi

5
Dokumen ini adalah tindakan susulan bagi tempoh lima
tahun (2016-2020) Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa
Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi
(2011-2015) berdasarkan hasil audit yang dijalankan.
PENDAHULUAN
Untuk tujuan itu, dokumen ini dibahagikan kepada tiga
bahagian, iaitu:

i. Dasar Bahasa Kebangsaan


ii. Laporan Audit Bahasa Melayu di IPTA 2014
iii. Penjenamaan semula Pelan Tindakan
Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa
Ilmu di UA, 2016-2020

66
DASAR BAHASA
KEBANGSAAN
Susur Galur Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

Kedudukan Bahasa Melayu Usaha memartabatkan bahasa


termaktub dalam Perkara 152, Melayu sebelum merdeka
Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan melalui Laporan
Tanah Melayu 1957 dan Jawatankuasa Pelajaran 1956,
Perlembagaan Persekutuan Laporan Barnes dan Laporan
Malaysia 1963. Razak 1956.

“ Bahasa Kebangsaan
ialah Bahasa Melayu dan
hendaklah dalam tulisan
yang diperuntukkan
melalui undang-undang
oleh Parlimen.”

“Kewujudan dan
kedudukan Perkara 152 ini
tidak boleh dipadam...” Usaha memartabatkan bahasa Melayu selepas
seperti yang termeterai merdeka diperkukuh melalui Ordinan Pelajaran
dalam perlembagaan. 1957, Penyata Rahman Talib (1960), Akta
Pelajaran (1961), Akta Bahasa Kebangsaan
(1963), Akta Bahasa Kebangsaan 1967,
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), serta
Akta Pelajaran 1972 dan 1996.

88
Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam, 2016-2020

Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan


Perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan adalah rentetan daripada
peristiwa yang berikut.

• Sebelum merdeka, bahasa Melayu digunakan


sebagai bahasa pengantar dalam sistem
pendidikan pada peringkat sekolah rendah.

• Bermula 1949, kedudukan bahasa Melayu


diperjuangkan sebagai bahasa pengantar pada
semua peringkat persekolahan.

• Pada 1950, Lembaga Bahasa Melayu ditubuhkan.


Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu telah
menggerakkan usaha untuk menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

• Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar


diperteguhkan lagi menerusi Laporan Razak
(1956), Penyata Rahman Talib (1960), Akta
Pelajaran (1961), Akta Pelajaran (1972) dan
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Bahasa Melayu sebagai
• Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), BAHASA KEBANGSAAN
menyatakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama di semua institusi pendidikan. sudah termaktub dalam
• Seksyen 41 Akta Institusi Pendidikan Tinggi
Perkara 152, Perlembagaan
Swasta 1996 (Akta 555), menyatakan semua Persekutuan Tanah Melayu
institusi pendidikan tinggi swasta mengendalikan
kursus pengajiannya dalam bahasa kebangsaan. (1957) dan Perlembagaan
• Pada tahun 2011, Dasar Memartabatkan Bahasa
Persekutuan Malaysia (1963).
Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris
(MBMMBI) diperkenalkan untuk memperkasa dan
memartabatkan lagi bahasa Melayu dalam semua
sektor pendidikan sejajar dengan misi nasional
menuju ke arah negara maju menjelang 2020.

9
Ringkasan Dasar Bahasa Kebangsaan

Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai


BAHASA KEBANGSAAN negara.

Bahasa kebangsaan ini hendaklah digunakan


untuk TUJUAN RASMI Kerajaan.

Bahasa Melayu digunakan sebagai BAHASA PENGANTAR di semua


sekolah kebangsaan dan dijadikan mata pelajaran wajib lulus
peperiksaan SPM.

Bahasa Melayu dijadikan BAHASA PENGANTAR utama di institusi


pengajian tinggi (awam, swasta, politeknik dan kolej komuniti).

Bahasa Melayu diajarkan sebagai MATA PELAJARAN WAJIB DI SEKOLAH


JENIS KEBANGSAAN (yakni, sekolah yang tidak menggunakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar utamanya).

10
10
Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam, 2016-2020

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 (Pendidikan Tinggi) E-6


Ringkasan Eksekutif

Aspirasi Pelajar
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 (Pendidikan Tinggi)
PPPM (PT) menjadi asas kepada pembentukan Pelan Pemartabatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di
IPT (2011-2015)Kementerian
untuk memastikan kesinambungan
akan terus menjadikan dasar pendidikan
Falsafah Pendidikan Negara dariAspirasi
dan akhlak. peringkat sekolah
pelajar dalam ke peringkat
PPPM mempunyai IPT.
enam atribut:
sebagai asas kepada pendidikan seimbang untuk membangunkan etika dan kerohanian, kemahiran memimpin, identiti nasional,
aspirasi pelajar. Sistem pendidikan daripada peringkat prasekolah kemahiran bahasa, kemahiran berfikir, dan pengetahuan. Inilah juga
hingga pendidikan tinggi mempunyai visi yang sama dari enam atribut bagi pelajar pada pendidikan tinggi.
segi keberhasilan dan kepentingannya kepada setiap pelajar.
Aspirasi Pelajar Kementerian memberi penekanan untuk mengimbangi antara ilmu

Etika & Kemahiran Identiti Kemahiran Kemahiran Pengetahuan


Kerohanian Memimpin Nasional Bahasa Berfikir

Beretika dan Komunikator Mempunyai jatidiri Mahir dalam bahasa Menghayati pendapat Menguasai bidang pilihan,
bermoral, mempunyai yang berkesan, kebangsaan dan Melayu dan Inggeris, yang pelbagai, mampu memanfaat,
kerohanian mantap, cerdas emosi dan memahami aspirasi dan teruja untuk berfikir secara menghubung dan
penyayang dan mampu berinteraksi negara mempelajari satu kritikal dan inovatif, mengaplikasikan
PENDIDIKAN prihatin; menghayati merentas budaya ; bahasa global dan berkemahiran pengetahuan yang
TINGGI pembangunan bertanggungjawab, tambahan menyelesai masalah dipelajari, dan mampu
mampan dan gaya berdaya saing, cekal serta berciri menghargai kesenian,
hidup sihat dan yakin keusahawanan kebudayaan, serta sains,
teknologi kejuruteraan dan
matematik (STEM)

PENDIDIKAN Mempunyai asas Mempunyai kemahiran Mempunyai jatidiri Menguasai bahasa Bersikap ingin tahu Menguasai mata
moral yang kukuh dan berkomunikasi, berciri kebangsaan Melayu sebagai dan inovatif, boleh pelajaran teras dan
PRASEKOLAH
keberanian membuat keusahawanan, cekal dan menghargai bahasa Kebangsaan, mengaplikasi dan pengetahuan umum
HINGGA keputusan yang betul dan boleh memimpin kepelbagaian dan bahasa Inggeris menjana pengetahuan tentang dunia.
LEPAS serta bekerja secara sebagai bahasa kedua bagi penyelesaian
MENENGAH berpasukan dan bahasa komunikasi masalah
antarabangsa

AKHLAK ILMU
(Etika dan Moral) IMBANGAN (Pengetahuan dan Kemahiran)

11
LAPORAN AUDIT
BAHASA MELAYU
DI IPTA 2014
Audit Bahasa Melayu di IPTA 2014

Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
(2011-2015) mempunyai empat objektif strategi, iaitu:

i. Mengukuhkan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran.


ii. Mengukuhkan bahasa Melayu dalam penyelidikan dan penerbitan.
iii. Meningkatkan pengiktirafan akademia bahasa Melayu dalam pelbagai disiplin ilmu.
iv. Meningkatkan pengantarabangsaan bahasa Melayu.

Pada tahun 2014, satu audit bahasa telah dijalankan bagi menilai pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu di IPT. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk melaksanakan audit ini di enam buah IPTA.

14
14
Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam, 2016-2020

Sasaran Audit

Pusat Fakulti atau


Fakulti atau
Pengajian Pusat
Pusat
Umum (Kursus Pengajian Pusat
Pengajian
Wajib Gugusan Penyelidikan
Gugusan
Universiti) Sains Sosial
Sains

Terma Audit

Audit berdasarkan
Pelan Tindakan
Memartabatkan
Bahasa Melayu
sebagai Bahasa
Audit berkaitan kursus
Ilmu di Institusi
pengajian dibuat
Pengajian Tinggi
berdasarkan pengajian
(2011-2015)
peringkat diploma dan
peringkat ijazah pertama
sahaja

Audit dilaksanakan bagi Sesi


Pengajian 2013/2014 (September
2013 hingga Ogos 2014)

15
Skop Audit
i. Pengukuhan Bahasa Melayu dalam Pengajaran dan Pembelajaran:
(a) Melaksanakan dasar bahasa kebangsaan dan mewajibkan kursus bahasa Melayu komunikasi kepada pelajar
antarabangsa di IPT.
ii. Pengukuhan Bahasa Melayu dalam Penyelidikan dan Penerbitan:
(a) Menyebarluaskan bahan akademik dalam bahasa Melayu melalui pelbagai media dan terjemahan.
(b) Mewajibkan penerbitan buku atau bahan-bahan akademik dalam bahasa Melayu sebagai kriteria perjawatan.
iii. Peningkatan Pengiktirafan Akademia Bahasa Melayu dalam Pelbagai Disiplin Ilmu:
(a) Memberi pengiktirafan dan penganugerahan kepada usaha pembudayaan bahasa Melayu.
iv. Peningkatan Pengantarabangsaan Bahasa Melayu:
(a) Memartabatkan program pengajian bahasa Melayu.

Dapatan Audit
Objektif 1: Mengukuhkan Bahasa Melayu dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Melaksanakan Kursus - kursus Wajib IPT dalam Bahasa Melayu (kursus peringkat universiti)

Sasaran 2013 : 90% Dapatan audit : 70% dalam bahasa Melayu


9% dalam dwibahasa
21% bahasa Inggeris

Menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran Kursus dalam Bahasa Melayu untuk Gugusan Sains
(kursus/program sains yang tidak memerlukan pengiktirafan badan akreditasi antarabangsa)
Dapatan audit : 2 IPTA capai sasaran
Sasaran 2013 : 16%
4 IPTA tidak capai sasaran

Menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran Kursus dalam Bahasa Melayu untuk Gugusan
Sains Sosial dan Kemanusiaan
Dapatan audit : 4 IPTA capai sasaran
Sasaran 2013 : 42%
2 IPTA tidak capai sasaran

Menghasilkan Pelajar Antarabangsa yang Cemerlang (A) dalam Kursus Bahasa Melayu Komunikasi di IPT

Dapatan audit : 5 IPTA capai sasaran


Sasaran 2013 : 10%
1 IPTA tidak capai sasaran

16
16
Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam, 2016-2020

Objektif 2: Mengukuhkan Bahasa Melayu dalam Penyelidikan dan Penerbitan

Menyediakan Laporan Penyelidikan dalam Bahasa Melayu (Penulisan laporan yang disediakan dalam bahasa selain
daripada bahasa Melayu hendaklah disediakan juga dalam bahasa Melayu)

Dapatan audit: 261 (11.3%) daripada 2309 laporan penyelidikan


Sasaran 2013: 15,000 laporan penyelidikan (semua IPT) disediakan dalam bahasa Melayu dan
selebihnya dalam bahasa Inggeris

Menambahkan Bilangan Artikel Berindeks dalam Bahasa Melayu

Dapatan audit: 154 daripada 17 706 artikel berindeks


Sasaran 2013: 750 artikel
ditulis dalam bahasa Melayu

Menambahkan bilangan Penerbitan Buku Akademik dalam Bahasa Melayu


(karya asli, adaptasi, terjemahan dan edisi asal)

Sasaran 2013: 72 buah buku Dapatan audit: hanya 1 IPTA capai sasaran
5 IPTA tidak capai sasaran

Menubuhkan Unit Terjemahan di bawah Pusat Penerbitan di setiap IPT

Dapatan audit: 1 IPTA capai sasaran


Sasaran 2013: 1 unit terjemahan di setiap IPT
5 IPTA tidak capai sasaran

Menubuhkan Satu Pusat Kecemerlangan/Higher Institution’s Centre of Excellence


(HICoE) Bahasa Melayu

Sasaran 2013: 1 pusat kecemerlangan bahasa Melayu Dapatan audit : Tidak mencapai sasaran

Menganjurkan Persidangan Antarabangsa yang Menggunakan Bahasa Melayu di Luar Negara


(di negara yang berbeza)

Dapatan audit: 2 IPTA capai sasaran


Sasaran 2013: 1 persidangan antarabangsa
4 IPTA tidak capai sasaran

Menyediakan Modul Pengajian Melayu untuk Pengajian di Luar Negara

Dapatan audit: 1 IPTA capai sasaran


Sasaran 2013: 3 modul pengajaran
5 IPTA tidak capai sasaran

Mewajibkan Penerbitan Buku atau Bahan-bahan Akademik dalam Bahasa Melayu


sebagai Kriteria Pengesahan Jawatan

Sasaran 2013: penyediaan laporan tugasan


Dapatan audit: Tiada IPTA capai sasaran
sebagai kriteria pengesahan jawatan

Mewajibkan Penerbitan Buku atau Bahan-bahan Akademik dalam Bahasa Melayu sebagai Kriteria Kenaikan Pangkat

Sasaran 2013: 3 penerbitan jurnal berwasit untuk


kenaikan pangkat ke Profesor Madya
Dapatan audit: Tiada IPTA capai sasaran
5 penerbitan jurnal berwasit untuk
kenaikan pangkat ke Profesor

17
Objektif 3: Meningkatkan Pengiktirafan Akademia Bahasa Melayu dalam Pelbagai
Disiplin Ilmu

Mewujudkan Anugerah kepada Ahli Akademik Peringkat Universiti :


Anugerah Akademik Universiti, Anugerah Profesor Universiti, Anugerah Penterjemahan Karya Ilmu
dalam Bahasa Melayu, Anugerah Akademia Bahasa Melayu

Sasaran 2013: 10 Anugerah Dapatan audit: Tiada IPTA mencapai sasaran

Memberikan Anugerah kepada Ahli Akademik Asing yang Memartabatkan Bahasa Melayu dalam
Gugusan Sains dan Gugusan Sains Sosial

Sasaran 2013: 1 Anugerah Dapatan audit: Tiada IPTA mencapai sasaran

Memberikan Anugerah kepada Ahli Akademik yang Membudayakan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Akademik

Sasaran 2013: 2 Anugerah Dapatan audit: Tiada IPTA mencapai sasaran

Melaksanakan Program Pembudayaan Bahasa Melayu di IPT

Sasaran 2013: menjalankan program pembudayaan secara


berterusan menerusi
1. Kursus kesedaran
2. Kursus penataran
3. Pengurusan dan pentadbiran di IPT (kolej kediaman dan fakulti) Dapatan audit: Semua IPTA mencapai sasaran
4. Persekitaran di IPT (papan tanda dan simbol)
5. Aktiviti dan program pelajar dan pensyarah
6. Persatuan akademia antarabangsa

Menyediakan Program Sabatikal (Placement) untuk Pensyarah Pengajian Melayu dari Luar Negara

Dapatan audit: 1 IPTA mencapai sasaran


Sasaran 2013: 1 program
5 IPTA tidak capai sasaran

18
18
Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam, 2016-2020

Rumusan
Dapatan audit menunjukkan pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di UA belum mencapai sasaran yang
ditetapkan. Terdapat beberapa inisiatif dalam Pelan Tindakan 2011-2015 yang tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya, iaitu:

1
Memperbanyak bahan-bahan digital berbahasa Melayu di
perpustakaan di setiap IPT

Melatih tenaga penterjemah mahir melalui kerjasama antara IPT


2 dengan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan
Persatuan Penterjemah Malaysia.

3
Menyediakan kit bahasa Melayu di semua pejabat kedutaan dan
pintu masuk negara.

Menambah kategori Anugerah Akademik Negara, Anugerah


4 Penterjemah Karya Ilmu dalam bahasa Melayu dan
Anugerah Akademia bahasa Melayu.

Menambah bilangan Kursi Pengajian Melayu di universiti


5 luar negara.

6
Menambah peratus enrolmen pelajar antarabangsa yang
mengikuti pengajian Melayu.

7
Menambah bilangan program/kursus mobiliti pengajian
Melayu dengan pemindahan kredit untuk pelajar antarabangsa.

Dapatan ini menjadi asas rasional kepada pelaksanaan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Ilmu di Universiti Awam (UA), 2016-2020.

19
PELAN TINDAKAN
MEMARTABATKAN BAHASA
MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU
DI UNIVERSITI AWAM (UA),
2016-2020
PELAN TINDAKAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
SEBAGAI BAHASA ILMU DI UNIVERSITI AWAM (UA),
2016 – 2020
Penjenamaan semula pelan tindakan ini menyediakan langkah-langkah konkrit yang lebih realistik dalam usaha
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di UA. Pelan ini memerlukan pengauditan berkala yang tersusun
dan pemantauan berterusan secara kerap dengan melibatkan semua pihak berkepentingan, seperti Kementerian
Pendidikan Tinggi, pengurusan tertinggi universiti, pentadbir, pensyarah dan pelajar di setiap UA. Tindakan ini turut
membuka peluang kepada semua UA untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

Objektif Pelan Tindakan


(a) Pengajaran dan Pembelajaran (e) Persidangan
(b) Penyelidikan (f) Pengiktirafan
1. Memartabatkan Bahasa (c) Penerbitan
Melayu sebagai Bahasa Ilmu (d) Perjawatan dan Kenaikan Pangkat

(a) Ujian Keterampilan Bahasa Melayu di UA


2. Menghasilkan Graduan (b) Penulisan Ilmiah dalam Bahasa Melayu
yang Berketerampilan
dalam Bahasa Melayu

(a) Menyediakan Prasarana Kebolehpasaran Graduan


3. Merealisasikan Bahasa (b) Penguatkuasaan dan Pemantauan Bahasa Melayu
Melayu sebagai Wadah (c) Program Pembudayaan Bahasa Melayu di UA
Pembangunan Negara

(a) Pusat Rujukan


4. Mengantarabangsakan (b) Jaringan Kerjasama
Malaysia sebagai Pusat (c) E-Pembelajaran
(d) Pidato dan Aktiviti Kebudayaan
Rujukan tentang Ilmu Alam
Melayu

22
22
Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam, 2016-2020

Objektif 1: Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu

(a) Pengajaran dan Pembelajaran


STRATEGI INISIATIF 2016 2017 2018 2019 2020 Tanggungjawab
Pengajaran kursus wajib
universiti dilaksanakan 70% 80% 90% 100% 100% Setiap UA
dalam bahasa Melayu.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Membanyakkan bahan
rujukan ilmiah dalam 20% 25% 30% 35% 40% Setiap UA
bahasa Melayu.
Pengajaran kursus wajib
di fakulti dalam bahasa
Melayu:
a. Gugusan Sains 15% 25% 35% 45% 55% Setiap UA

b. Gugusan Sains Sosial


50% 55% 60% 65% 70%
dan Kemanusiaan

Penawaran kursus
Kearifan Tempatan 1 2 2
berdasarkan bidang Setiap UA
dalam bahasa Melayu kursus kursus kursus
di UA.

(b) Penyelidikan
STRATEGI INISIATIF 2016 2017 2018 2019 2020 Tanggungjawab
Menghasilkan laporan Setiap UA /
penyelidikan dalam 20% 25% 30% 35% 40%
bahasa Melayu. Sasaran tahunan

Menyasarkan
PENYELIDIKAN

Penubuhan 4 buah
Pusat Kecemerlangan sasar 1 1 2 JPT
Alam Melayu di
Malaysia.

*Membina jaringan
penyelidikan Alam
Melayu pada peringkat:
Setiap UA /
a. Kebangsaan 2 3 3 3 3 Sasaran tahunan
b. Antarabangsa 1 2 2 2 2

*Jaringan penyelidikan Alam Melayu merujuk pada kepakaran, projek penyelidikan, perundingan, penerbitan dan persidangan.

23
(c) Penerbitan
STRATEGI INISIATIF 2016 2017 2018 2019 2020 Tanggungjawab
Meningkatkan penerbitan
buku ilmiah dalam
bahasa Melayu (karya
asli, suntingan, karya
terjemahan):
a. Universiti Penyelidikan 50% 55% 60% 65% 65%
Setiap UA /
Penerbitan

b. Universiti Komprehensif 30% 35% 40% 45% 45% Sasaran tahunan

c. Universiti Teknikal 20% 25% 30% 35% 35%


Menaik taraf jurnal
tempatan berbahasa
Melayu/dwibahasa ke
taraf jurnal berindeks dan
berimpak tinggi:
a. Universiti Penyelidikan 5 6 7 8 10 Setiap UA
b. Universiti Komprehensif 3 4 5 6 7
c. Universiti Teknikal 2 3 4 5 6

(d) Persidangan
STRATEGI INISIATIF 2016 2017 2018 2019 2020 Tanggungjawab
Mengadakan persidangan
dalam bahasa Melayu
bertaraf kebangsaan:
Setiap UA /
a. Universiti Penyelidikan 5 6 7 8 10
Sasaran tahunan
Persidangan

b. Universiti Komprehensif 3 4 5 6 8

c. Universiti Teknikal 2 3 4 5 7

Mengadakan persidangan
dalam bahasa Melayu
bertaraf Antarabangsa:
Setiap UA /
a. Universiti Penyelidikan 1 2 2 2 3
Sasaran tahunan
b. Universiti Komprehensif 1 1 1 2 2
c. Universiti Teknikal 1 1 1 1 1

24
24
Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam, 2016-2020

(e) Perjawatan dan Kenaikan Pangkat


STRATEGI INISIATIF 2016 2017 2018 2019 2020 Tanggungjawab

Penerbitan artikel bahasa


Melayu dalam jurnal Setiap UA /
2
berwasit sebagai syarat Sasaran tahunan
Perjawatan dan Kenaikan Pengkat

Pengesahan Jawatan.

Kenaikan Pangkat ke
jawatan:
a. Profesor
• Buku ilmiah dalam
bahasa Melayu (karya 1 Setiap UA
ilmiah, suntingan, dan
karya terjemahan).
• Artikel jurnal dalam
5
bahasa Melayu.

b. Profesor Madya
• Buku ilmiah dalam
bahasa Melayu (karya
ilmiah, suntingan, dan 1 Setiap UA
karya terjemahan).
• Artikel jurnal dalam
bahasa Melayu.
3

(f) Pengiktirafan

STRATEGI INISIATIF 2016 2017 2018 2019 2020 Tanggungjawab


Menganugerahi
ahli akademik yang
menghasilkan penerbitan
Setiap UA /
berbahasa Melayu:
Sasaran tahunan
a. Sains 1 1 2 3 3
pengiktirafan

b. Sains Sosial dan 1 1 2 3 3


Kemanusiaan
Mewujudkan anugerah
mengiktiraf usaha
memartabat bahasa
KPT
Melayu di semua UA:
a. Peringkat Universiti 1 1 1 1 1 Setiap UA /
b. Peringkat Kebangsaan 1 1 1 1 1 Sasaran tahunan

25
Objektif 2: Menghasilkan Graduan yang Berketerampilan dalam Bahasa Melayu

(a) Ujian Keterampilan Bahasa Melayu di UA


STRATEGI INISIATIF 2016 2017 2018 2019 2020 Tanggungjawab
a. Mewajibkan lulus ujian
keterampilan bahasa
Melayu di UA sebagai
Bahasa Melayu

syarat bergraduat bagi


Keterampilan

* 80% 85% 90% 100%


pelajar tempatan.
Setiap UA /
Ujian

Di UA

b. Mewajibkan lulus Sasaran tahunan


gred A kursus bahasa
Melayu komunikasi
25% 30% 35% 40% 50%
(lisan dan penulisan)
di UA bagi pelajar
antarabangsa.

*2016 - Pembinaan Instrumen Ujian Keterampilan Bahasa Melayu

(b) Penulisan Ilmiah dalam Bahasa Melayu


STRATEGI INISIATIF 2016 2017 2018 2019 2020 Tanggungjawab

Menulis tesis dalam bahasa


50% 55% 60% 65% 70% Setiap UA
Melayu.
Penulisan Ilmiah dalam

*Menulis laporan latihan


Bahasa Melayu

jangka pendek dalam 50% 55% 60% 65% 70% Setiap UA


bahasa Melayu.

**Menyasarkan penerima
insentif kewangan
akademik pascasiswazah
menulis tesis dalam bahasa
Setiap UA
Melayu:
a. Pelajar tempatan 60% 65% 70% 75% 80%
b. Pelajar asing 10% 15% 20% 25% 30%

*Latihan jangka pendek – latihan industri, praktikal, internship, latihan kerjaya dan yang setara dengannya.
**Insentif kewangan akademik seperti Skim Zamalah, Bright Sparks, Feloship Penyelidikan Siswazah dan seumpamanya.

26
26
Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam, 2016-2020

Objektif 3 : Merealisasi Bahasa Melayu Sebagai Wadah Pembangunan Negara

(a) Menyediakan Prasarana Kebolehpasaran Graduan

STRATEGI INISIATIF 2016 2017 2018 2019 2020 Tanggungjawab

Melaksanakan program
Kebolehpasaran

kolaborasi/jaringan dengan
Menyediakan

sektor awam, swasta dan


Prasarana

Graduan

komuniti dalam bahasa


Setiap UA /
Melayu menerusi Program
40% 45% 50% 55% 60% Sasaran tahunan
Pemindahan Ilmu (KTP)
dan Program Jaringan
Komuniti (UCTC) dan
seumpamanya.

(b) Penguatkuasaan dan Pemantauan Bahasa Melayu


STRATEGI INISIATIF 2016 2017 2018 2019 2020 Tanggungjawab
PENGUATKUASAAN
DAN PEMANTAUAN

Mewujudkan Jawatankuasa
Bahasa Melayu

Penguatkuasaan dan
1 Jawatankuasa Setiap UA
Pemantauan Bahasa
Melayu di UA.

Menganjurkan aktiviti
Setiap UA /
sambutan Bulan Bahasa 3 3 5 5 5
Sasaran tahunan
Kebangsaan.

(c) Program Pembudayaan Bahasa Melayu di UA


STRATEGI INISIATIF 2016 2017 2018 2019 2020 Tanggungjawab

Mengutamakan bahasa
Pembudayaan Bahasa

Melayu dalam membuat


100% Setiap UA
hebahan dan penulisan
Melayu di UA

pada papan tanda.


Program

Mengadakan kursus
/ latihan Pemantapan
Ada Ada Ada Ada Ada Setiap UA
bahasa Melayu tinggi untuk
kakitangan universiti.

27
Objektif 4 : Mengantarabangsakan Malaysia sebagai Pusat Rujukan tentang Ilmu Alam Melayu

(a) Pusat Rujukan


STRATEGI INISIATIF 2016 2017 2018 2019 2020 Tanggungjawab

Memperkasa pusat rujukan


ilmu Alam Melayu dalam KPT
Pusat Rujukan

4 5 6 7 8
bahasa Melayu mengikut Setiap UA
bidang tujahan UA.

Menawarkan program
latihan bahasa dan
1 1 1 1 1 Setiap UA
ilmu Alam Melayu pada
peringkat antarabangsa.

(b) Jaringan Kerjasama


STRATEGI INISIATIF 2016 2017 2018 2019 2020 Tanggungjawab

Mewujudkan program
berbahasa Melayu
dengan universiti luar
2 3 4 5 7 Setiap UA
negara, seperti pertukaran
pelajar, pensyarah dan
Jaringan Kerjasama

kakitangan.

Mengadakan kerjasama
penyelidikan dan
penerbitan dalam bahasa 5 5 7 9 10 Setiap UA
Melayu dengan universiti
luar negara.

Mengadakan kerjasama
penganjuran persidangan
dalam bahasa Melayu 1 1 1 2 2 Setiap UA
dengan universiti luar
negara.

28
28
Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam, 2016-2020

(c) E-Pembelajaran
STRATEGI INISIATIF 2016 2017 2018 2019 2020 Tanggungjawab

Membina modul pengajaran


dan pembelajaran bahasa 1 1 2 2 3 Setiap UA
Melayu dalam talian.
E-Pembelajaran

Menawarkan kursus
pengajaran dan
1 1 2 2 3 Setiap UA
pembelajaran bahasa
Melayu dalam talian.

Menyediakan sumber
rujukan berbahasa Melayu
10% 20% 30% 40% 50% Setiap UA
tentang Alam Melayu
dalam bentuk digital.

(d) Pidato dan Aktiviti Kebudayaan

STRATEGI INISIATIF 2016 2017 2018 2019 2020 Tanggungjawab


Kebudayaan
Pidato dan

Mengadakan pertandingan
Aktiviti

pidato dan aktiviti


Setiap UA/
kebudayaan untuk pelajar 1 1 1 2 2
Sasaran tahunan
asing di peringkat universiti
dan antara universiti.

29
Rumusan
• Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu melalui pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan,
penerbitan dan persidangan yang merentas bidang ilmu.

• Menetapkan penerbitan berbahasa Melayu sebagai syarat pengiktirafan dan kenaikan pangkat ahli akademik.

• Menghasilkan graduan yang berketerampilan dalam bahasa Melayu melalui pelaksanaan ujian keterampilan
bahasa Melayu dan penulisan ilmiah dalam bahasa Melayu di UA.

• Merealisasikan bahasa Melayu sebagai wadah pembangunan negara melalui penyediaan prasarana
kebolehpasaran graduan, penguatkuasaan dan pemantauan bahasa Melayu serta program pembudayaan
bahasa Melayu di UA.

• Mengantarabangsakan Malaysia sebagai pusat rujukan tentang ilmu Alam Melayu melalui penubuhan
pusat rujukan, jaringan kerjasama, e-pembelajaran serta penganjuran pelbagai aktiviti, seperti pidato dan
kebudayaan.

Saranan
Kumpulan Penyelidik penjenamaan semula pelan tindakan ini mengemukakan saranan yang
berikut untuk diambil tindakan serius oleh semua pihak berkepentingan:

1. Menubuhkan sebuah jawatankuasa pemantauan pelaksanaan pada peringkat Kementerian Pendidikan


Tinggi yang ahlinya terdiri daripada pakar bahasa dari semua UA, IPTS dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Memastikan pelan tindakan ini dilaksanakan di semua UA.
3. Memantau pelan tindakan ini menerusi Audit Bahasa Melayu yang akan dilaksanakan setiap tahun bermula
Januari 2016.
4. Mewujudkan ujian standard keterampilan bahasa Melayu di semua UA, seperti ujian komunikasi bahasa.

30
PENUTUP
Penutup
Bahasa Melayu sudah terjamin kedudukannya
seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan dan Dasar Bahasa Kebangsaan
dalam sistem pendidikan negara.

Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu


sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi
(2011-2015) telah digubal dan dilaksanakan
bagi memartabatkan dan membudayakan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di UA.
Namun, hasil audit memperlihatkan perlunya
ada penambahbaikan terhadap pelaksanaan
dan pemantauan pelan tersebut. Oleh itu, Pelan
Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam (UA),
2016-2020 ini disediakan bagi memastikan
usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu di UA dilaksanakan dan dipantau
secara berterusan.

Pelan tindakan ini seharusnya disampaikan


kepada semua peringkat warga UA demi
memartabatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar
ilmu di UA.

32
LAMPIRAN
SENARAI NAMA JURU AUDIT

Sebanyak 15 orang panel juruaudit telah dilantik oleh DBP untuk melaksanakan audit ini. Mereka termasuklah :

No. Juruaudit DBP No. Juruaudit DBP

Puan Kamariah binti Abu Samah Encik Saruci bin Syawal


1. 8.
Ketua Pusat Dokumentasi Melayu Munsyi Dewan
Bhg. Pengurusan Sekolah Harian, KPM

Encik Azhar bin Mohamad Dora Encik Kamal Shukri bin Abdullah Sani
2.
Ketua Urus Setia Lembaga 9.
Munsyi Dewan,
Kolej Matrikulasi Selangor
Encik Abang Patdeli bin Abang Muhi
3. Puan Norliza binti Abu Bakar
Pengarah DBP Wilayah Tengah 10.
Munsyi Dewan
Pejabat Pendidikan Daerah Muar
Dr Harery bin Abu Saad
4. Dr Mardian Shah bin Omar
Munsyi Dewan,
11. Persatuan Linguistik Malaysia,
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Universiti Tenaga Nasional
Dr Haji Ali bin Mahmood
5. Puan Aminah binti Awang Basar
Munsyi Dewan 12. Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa,
DBP
Puan Zawiah binti Abdul Shukor
6. Munsyi Dewan Puan Fauzilahyatun binti Mustafa
13.
IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Ketua Bahagian Buku Bahasa, DBP
Lumpur
Tuan Haji Sallehuddin bin Aman
Encik Ab. Rahim Md. Yassin 14.
7. Munsyi Dewan
Munsyi Dewan,
IPG Kampus Teknik
Puan Hasnah binti Salleh
15. Munsyi Dewan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu
Khas

34
34
Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam, 2016-2020

SENARAI AHLI KUMPULAN PENYELIDIK PELAN TINDAKAN MEMARTABATKAN


BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU DI UNIVERSITI AWAM, 2016-2020

Prof. Dr Nor Hashimah binti Jalaluddin


(Ketua Penyelidik) Dr Salinah binti Ja’afar

Pengarah, Jabatan Linguistik Melayu, Akademi Pengajian


Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Melayu, Universiti Malaya.
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dr Mardian Shah bin Omar


Prof. Dr Zaharani bin Ahmad
(Timbalan Ketua Penyelidik) Jabatan Bahasa dan Sains Sosial,
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Universiti Tenaga Nasional.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Encik Abdul Ghani bin Abu
Prof. Dr Ungku Maimunah binti Mohd. Tahir
Bahagian Penguatkuasaan,
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Dewan Bahasa dan Pustaka.
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Cik Suhaini binti Md. Noor


Prof. Madya Dr Noor Rohana binti Mansor
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),
Jabatan Bahasa dan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Universiti Malaysia Terengganu.

Puan Siti Jamaliah binti Maslon


Prof. Madya Dr Zaitul Azma binti Zainon
Hamzah
Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik,
Jabatan Bahasa Melayu, Jabatan Pendidikan Tinggi
Universiti Putra Malaysia. Kementerian Pendidikan Tinggi

Dr Zubaidah binti Aman Urus Setia :


Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan
Bahagian Pembangunan Dasar, Penyelarasan Dasar
Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi

35
Rujukan

Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2009 (Akta A 1352)


Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555)
Akta Universiti dan Kolej Universiti Pindaan 2009 (Akta A 1342)
http://www.agc.gov.my/Akta. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967
http://www.kptg.gov.my/ Perlembagaan Persekutuan Malaysia
Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di IPT. 2011. Kuala Lumpur :
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Memartabatkan bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI). 2014. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). 2015. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Laporan Audit Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di IPT. 2014.
Dewan Bahasa dan Pustaka (tt).

36
36
Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam, 2016-2020

37
38
38
Urus Setia :
Bahagian Perancangan,
Penyelidikan dan Perancangan Dasar,
Kementerian Pendidikan Tinggi.
http://www.mohe.gov.my/portal/

View publication stats

You might also like