Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

PERLEMBAGAAN BAGI

PERTUBUHAN INDUK

KELAB POLIS DIRAJA MALAYSIA PASIR PUTEH KELANTAN

(PPM-002-03-05041983)

FASAL 1 NAMA

(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama

KELAB POLIS DIRAJA MALAYSIA PASIR PUTEH KELANTAN

Selepas ini disebut "Pertubuhan".

(2) Takrif Nama :

(3) Taraf Pertubuhan : Lain-lain

FASAL 2 TEMPAT URUSAN

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah

KELAB POLIS DIRAJA MALAYSIA IBU PEJABAT POLIS DAERAH,


16800 PASIR PUTEH
KELANTAN

dan alamat untuk surat-menyurat adalah

KELAB POLIS DIRAJA MALAYSIA IBU PEJABAT POLIS DAERAH,


16800 PASIR PUTEH
KELANTAN

atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke
semasa oleh Jawatankuasa;
2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah
tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT

FASAL 3 -TUJUAN / MATLAMAT


3.1 Menggalakkan rasa muhibbah dan tali persaudaraan dikalangan ahli-ahli.
3.2 Menggalakkan semua ahli bergiat dalam bidang kesukanan dan lain-lain.
3.3 Mengadakan kantin dengan kadar bayaran yang berpatutan.
3.4 Memberi saguhati kepada ahli dan keluarga jika berlaku kematian, kemasukan
1
ke hospital (masuk wad) di mana-mana hospital kerajaan atau swasta dan kepada
anak-anak ahli yang cemerlang dalam pelajaran.

FASAL 4 KEAHLIAN

FASAL 4 - KEAHLIAN
Semua peringkat Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam
yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh adalah dengan sendirinya
menjadi ahli kelab dengan syarat:-
4.1 Mereka yang perkhidmatannya tetap dan gajinya diperolehi dari IPD Pasir
Puteh, walaupun baru bertukar dari lain-lain kontinjen/daerah.
4.2 Mereka yang berkhidmat sementara di luar daerah tetapi gajinya masih
diperolehi dari IPD Pasir Puteh.

FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

7.7 Ahli jawatankuasa yang tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa 3 kali


berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah
meletakkan jawatan dalam jawatankuasa.
7.8 Jika seseorang ahli jawatankuasa meninggal dunia atau meletak jawatan, calon
yang kedua mendapat undi terbanyak dalam pemilihan yang lalu hendaklah
dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak
ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah jawatankuasa melantik ahli yang
lain memenuhkan kekosongan itu sehingga mesyuarat agung dwi tahunan
diadakan.
7.9 Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada setiausaha dan pegawai-
pegawai lain untuk menjalankan urusan kelab, dan melantik pengurus dan
kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan
jawatan sebagai pengurus atau kakitangan kerana cuai dalam pekerjaan, curang,
tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan, jawatankuasa atau kerana sebab-
sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan kelab.
7.10 Jawatankuasa boleh menubuhkan jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak
dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli jawatankuasa.

FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

FASAL 9 - KEWANGAN
9.1 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini
wang kelab boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan
tujuan-tujuan kelab, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan
perbelanjaan pegawai-pegawai dan kewangan yang bergaji serta upah memeriksa
kira-kira. Walaubagaimanapun, wang ini tidaklah boleh digunakan untuk membayar
denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman mahkamah.
9.2 Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM500.00
(Lima Ratus Ringgit Malaysia Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih

2
daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh
jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama kelab.
9.3 Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dan kira-kira kelab hendaklah
ditandangani dua antara tiga iaitu Yang Di-Pertua, Bendahari atau Setiausaha.
Semasa ketiadaan Yang Di-Pertua, Bendahari atau Setiausaha maka bolehlah
jawatankuasa melantik sesiapa diantara mereka sebagai pengganti untuk
menandatangi cek atau kenyataan pengeluaran wang kelab

FASAL 7 MESYUARAT AGUNG

FASAL 6 - MESYUARAT AGUNG


6.1 Pengelolaan kelab ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-
kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua
kali ganda jumlah ahli jawatankuasa, mengikut mana- mana yang kurang,
hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan
mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
6.2 Jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah
ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat hendaklah ditangguhkan kepada
suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh jawatankuasa dan
jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah
ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang
hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang
kelab dan membuat keputusan- keputusan yang melibatkan ahli.
6.3 Mesyuarat Agung Dwi tahunan bagi kelab hendaklah diadakan dengan secepat
yang mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 30
April pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh jawatankuasa. Kerja-kerja
mesyuarat agung tahunan ialah;
a) Menerima laporan jawatankuasa berkenaan perjalanan kelab dalam tahun lalu;
b) Menerima laporan bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi
tahun lalu;
c) Memilih ahli-ahli jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tempoh 2 tahun
akan datang: dan
d) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan dalam mesyuarat itu.
6.4 Setiausaha hendaklah menghantar notis kepada tiap-tiap ahli sekurang-
kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Dwi Tahunan diadakan. Satu agenda
mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-
kira kelab bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah
dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan kelab.
6.5 Mesyuarat Agung Khas bagi kelab ini boleh diadakan:
a) Bila difikirkan mustahak oleh jawatankuasa, atau
b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu
perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan
tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada
Setiausaha Kelab.
6.6 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada
satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan
mesyuarat itu.

3
6.7 Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah
diedarkan oleh setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum
tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
6.8 Fasal 6.1 dan 6.2 dalam undang-undang ini berkenaan korum dan
penangguhan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat
Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam
daripada waktu yang telah ditetapkan bagi mesyuarat tersebut hendaklah
dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas
permintaan ahli-ahli dengan tujuan sama tidaklah boleh diadakan.
6.9 Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf
peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Dwi Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas
dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

FASAL 8 JAWATANKUASA

FASAL 7 - JAWATANKUASA
7.1 Satu jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan pegawai kelab hendaklah
dipilih dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan.
a) Seorang Yang Dipertua (Ketua Polis Daerah)
b) Seorang Naib Yang Dipertua (Timbalan Ketua Polis Daerah)
c) Seorang Pengerusi
d) Seorang Naib Pengerusi
e) Seorang Setiausaha
f) Seorang Penolong Setiausaha
g) Seorang Bendahari
h) Seorang Penolong Bendahari
i) 14 orang ahli jawatankuasa biasa secara automatik yang terdiri daripada semua
Ketua Bahagian, dan semua Ketua Polis Balai, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir
Puteh.

Selain daripada ahli jawatankuasa pegawai kelab yang dilantik seperti di atas,
beberapa ahli jawatankuasa kecil dilantik bagi tujuan melancarkan aktiviti kelab.
Senarai ahli jawatankuasa dilantik dinyatakan dibawah:
a) Ketua Biro Sukan - Pemilihan secara pengundian
b) Pen. Biro Sukan - Pemilihan secara pengundian
c) Ketua Biro Sosial - Pemilihan secara pengundian
d) Pen. Biro Sosial - Pemilihan secara pengundian
e) Ketua Biro Kebajikan - Pemilihan secara pengundian
f) Pen. Biro Kebajikan - Pemilihan secara pengundian
g) Biro Pengamanah Kelab i - Pemilihan secara pengundian
h) Biro Pengamanah Kelab ii - Pemilihan secara pengundian
i) Biro Pengamanah Kelab iii - Pemilihan secara pengundian
j) Wakil Pegawai kanan Polis - Pemilihan secara pengundian
k) Wakil Pegawai Rendah Polis - Pemilihan secara pengundian
l) Wakil Pegawai Awam - Pemilihan secara pengundian
m) Pemeriksa Kira-Kira 1 - Pemilihan secara pengundian
n) Pemeriksan Kira-kira 2 - Pemilihan secara pengundian
o) Biro Aset/ Harta - Pemilihan secara pengundian

4
FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

7.2 Pemegang-pemegang jawatan kelab ini dan tiap-tiap pegawai yang


menjalankan tugas eksekutif dalam kelab ini hendaklah terdiri daripada
warganegara Malaysia.
7.3 Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta
disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli dalam
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula setiap dua
tahun.
7.4 Fungsi jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian kelab
dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan kelab
mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa
seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan
keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya
dan jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung.
Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam
tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Dwi Tahunan.
7.5 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3
bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli
7 hari terlebih dahulu. Yang Di-Pertua, Naib Yang Di-Pertua atau Pengerusi dengan
bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang jawatankuasa bersama-sama
boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat jawatankuasa pada bila-bila masa.
Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli jawatankuasa
hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum
mesyuarat.

7.6 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan jawatankuasa


dan mesyuarat jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka setiausaha bolehlah
mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat
pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan
sebelum keputusan jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah terima:
a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang dalam surat
pekeliling yang dierdarkan kepada tiap-tiap ahli jawatankuasa;
b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli jawatankuasa mestilah
menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu;
c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak; dan
d) Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan
oleh setiausaha kepada mesyuarat jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan
dicatatkan dalam peringatan mesyuarat.
7.7 Ahli jawatankuasa yang tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa 3 kali
berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah
meletakkan jawatan dalam jawatankuasa.
7.8 Jika seseorang ahli jawatankuasa meninggal dunia atau meletak jawatan, calon
yang kedua mendapat undi terbanyak dalam pemilihan yang lalu hendaklah
dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak
ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah jawatankuasa melantik ahli yang
5
lain memenuhkan kekosongan itu sehingga mesyuarat agung dwi tahunan
diadakan.
7.9 Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada setiausaha dan pegawai-
pegawai lain untuk menjalankan urusan kelab, dan melantik pengurus dan
kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan
jawatan sebagai pengurus atau kakitangan kerana cuai dalam pekerjaan, curang,
tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan, jawatankuasa atau kerana sebab-
sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan kelab.
7.10 Jawatankuasa boleh menubuhkan jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak
dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli jawatankuasa.

FASAL 10 KEWANGAN

FASAL 9 - KEWANGAN
9.1 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini
wang kelab boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan
tujuan-tujuan kelab, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan
perbelanjaan pegawai-pegawai dan kewangan yang bergaji serta upah memeriksa
kira-kira. Walaubagaimanapun, wang ini tidaklah boleh digunakan untuk membayar
denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman mahkamah.
9.2 Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM500.00
(Lima Ratus Ringgit Malaysia Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih
daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh
jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama kelab.
9.3 Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dan kira-kira kelab hendaklah
ditandangani dua antara tiga iaitu Yang Di-Pertua, Bendahari atau Setiausaha.
Semasa ketiadaan Yang Di-Pertua, Bendahari atau Setiausaha maka bolehlah
jawatankuasa melantik sesiapa diantara mereka sebagai pengganti untuk
menandatangi cek atau kenyataan pengeluaran wang kelab.
9.4 Perbelanjaan yang lebih daripada RM3,000.00 (Tiga Ribu Ringgit Malaysia
Sahaja) bagi sesuatu tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu
oleh jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM12,000.00 (Dua Belas
Ribu Ringgit Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat
kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada
RM3,000.00 (Tiga Ribu Ringgit Malaysia Sahaja) bagi sesuatu masa boleh
diluluskan oleh Yang Di-Pertua, Bendahari Dan Setiausaha.
9.5 Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi
setahun hendaklah disediakan oleh bendahari dan diperiksa oleh pemeriksa kira-
kira yang dilantik dibawah fasal 10 undang-undang ini dengan seberapa segera
setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu
hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Dwi Tahunan yang
berikut dan sesalinannya hendaklah dibekalkan untuk maklumat ahli di tempat
urusan kelab.
9.6 Tahun kewangan kelab ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb
Disember tiap-tiap tahun.

FASAL 11 JURUAUDIT

6
FASAL 10 - PEMERIKSA KIRA-KIRA
10.1 Seseorang yang bukannya pegawai kelab boleh dilantik dalam mesyuarat
agung dwi tahunan sebagai pemeriksa kira-kira. Mereka akan memegang jawatan
selama dua tahun dan boleh dilantik semula.
10.2 Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira kelab bagi
setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Dwi
Tahunan. Mereka juga boleh dikehendaki pada bila-bila masa oleh Yang Di- Pertua
mengaudit kira-kira kelab bagi bila-bila masa dalam tempoh perkhidmatan mereka
dan membuat laporan kepada jawatankuasa.

FASAL 12 PENTADBIR HARTA / PEMEGANG AMANAH

FASAL 8 - KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI


8.1 Yang Di-Pertua, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi
pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat jawatankuasa dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia
mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat
bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek kelab bersama-
sama dengan bendahari.
8.2 Naib Yang Di-Pertua hendaklah memangku jawatan Yang Di-Pertua semasa
ketiadaannya.
8.3 Pengerusi semasa Yang Di-Pertua dan Naib Yang Di-Pertua tidak dapat atas
sebab-sebab tertentu mempengerusikan mesyuarat, hendaklah menjadi pengerusi
semua mesyuarat jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
perjalanan semua mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani peringatan mesyuarat
bila telah diluluskan.
8.4 Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran kelab mengikut undang-
undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan
jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat- menyurat dan
menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan.
Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir
seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama
dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam
semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Setiausaha hendaklah dalam
masa 60 hari daripada tarikh mesyuarat agung dwi tahunan diadakan mengirimkan
penyata tahunan kelab kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang
dikehendaki di bawah seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966.
8.5 Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja
dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
8.6 Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab. Ia
hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawab di atas ketetapannya. Ia hendaklah menandatangani semua
cek kelab bersama-sama dengan Yang Di-Pertua atau Setiausaha.
8.7 Penolong bendahari hendaklah menolong bendahari menjalankan kerja-kerja
dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan bendahari.
8.8 Ahli jawatankuasa biasa hendaklah membantu jawatankuasa dalam
menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN


7
FASAL 14 - TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
14.1 Diantara berlangsungnya mesyuarat agung, jawatankuasa boleh memberikan
tafsirannya kepada undang-undang ini dan jawatankuasa, jika mustahak, boleh
memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung dalam undang-undang ini.
14.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar
yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan jawatankuasa terhadap ahli-
ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.

FASAL 14 PENASIHAT / PENAUNG

FASAL 8 - KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI


8.1 Yang Di-Pertua, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi
pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat jawatankuasa dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia
mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat
bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek kelab bersama-
sama dengan bendahari.
8.2 Naib Yang Di-Pertua hendaklah memangku jawatan Yang Di-Pertua semasa
ketiadaannya.
8.3 Pengerusi semasa Yang Di-Pertua dan Naib Yang Di-Pertua tidak dapat atas
sebab-sebab tertentu mempengerusikan mesyuarat, hendaklah menjadi pengerusi
semua mesyuarat jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
perjalanan semua mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani peringatan mesyuarat
bila telah diluluskan.

FASAL 15 LARANGAN

FASAL 15 - LARANGAN
15.1 Permainan yang disebutkan di bawah tidak boleh dimainkan dalam rumah
kelab Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkas, Pai Kau, Tau Ngau, Tien
Keo, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh Dan
Setengah. Semua permainan Dadu, Bankers’s Game dan semua permainan yang
bergantung semata-mata kepada nasib.
15.2 Kelab atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara
juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan
dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definisi dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959.
15.3 Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-
ahli atau tidak, atas nama kelab atau pegawai-pegawai atau jawatankuasa atau
ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.
15.4 ‘Faedah’ seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966,
tidaklah boleh diberikan oleh kelab kepada mana-mana ahlinya.
15.5 Mana-mana orang tidak boleh memegang, menjadi penasihat atau pekerja
kelab ini jika ia telah hilang kelayakan berbuat demikian menurut Seksyen 9A Akta
Pertubuhan 1966.
15.6 Kelab ini tidak boleh menjalankan sebarang kutipan derma daripada orang
awam kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada pendaftar pertubuhan

8
dan pihak-pihak berkuasa yang lain terlebih dahulu.

FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN

FASAL 11 - KHAIRAT KEMATIAN


Pemberian wang khairat kematian adalah seperti berikut :-
Ahli - RM500.00
Isteri/suami ahli - RM400.00
Anak ahli - RM300.00
Ibu/bapa ahli - RM200.00
Ibu/bapa mertua ahli - RM200.00

FASAL 12 - SAGUHATI HOSPITAL


Pemberian saguhati yang bernilai RM50.00 hendaklah diberikan kepada ahli,
isteri/suami dan anak sekali dimasukkan ke hospital kerajaan ataupun swasta
dalam tempoh setahun sekali.

FASAL 13 - PEMBERIAN SAGUHATI PELAJAR CEMERLANG


Pemberian Saguhati Kecemerlangan boleh diberikan kepada pelajar cemerlang
dalam peperiksaan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sama ada
peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, peringkat IPTA dan juga kepada ahli
kelab yang menyambung dan tamat pengajian secara separuh masa atau
pengajian Jarak Jauh (PJJ). Walaubagaimanapun, penetapan pemberian dan
jumlah saguhati ini adalah tertakluk kepada kesesuaian dan kewangan semasa
kelab.

FASAL 17 PEMBUBARAN

FASAL 17 - PEMBUBARAN
17.1 Kelab ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang
tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat
agung yang dipanggil khas kerananya.
17.2 Sekiranya kelab hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka
segala hutang dan tanggungan kelab yang sah mengikut undang-undang
hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut
cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.
17.3 Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada
pendaftar pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.

FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

1. Bendera
-
9
Keterangan
-
2. Lambang
-
Keterangan
-
3. Lencana
-
Keterangan
-

10

You might also like