Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid Jamek Bandar Putera Indah

No 35, Jalan Putera Indah 10/1, Bandar Putera Indah,


83010 Tongkang Pechah Batu Pahat
Johor
013-7149377 (Pengerusi ) 010-9021516 ( Setiausaha )

____________________________________________________________________________
Rujukan Kami : PMBPI/MM/Pen./01/20(bil2/ ( 2023)
Tarikh : 3 OGOS 2023
Kepada:

Pengerusi,
Surau Annur,
Bandar Putera Indah,
83010 Tongkang Pechah,
Batu Pahat

MOHON MELETAKKAN TABUNG UNTUK PEMBINAAN MASJID JAMEK BANDAR


PUTERA INDAH, TONGKANG PECHAH.

Dengan segala hormatnya perkara yang di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan pihak kami berhasrat untuk mendirikan masjid di kawasan Bandar Putera
Indah untuk kegunaan jemaah di sini. Butiran asas masjid adalah seperti berikut:

Nama Masjid : Masjid Jamek Bandar Putera Indah


Nama Taman : Bandar Putera Indah
Nama Mukim : Linau
Nama Daerah : Batu Pahat
Keluasan tapak : 5 ekar / 100891 sqft
Kos keseluruhan : RM6,000,000.00

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, jawatankuasa penaja telah berjaya mendapatkan status
tanah wakaf daripada pemaju dan telah lulus kebenaran pungutan khairat/kebajikan daripada
Majlis Agama Islam Negeri Johor. Justeru, pihak jawatankuasa penaja memohon agar pihak tuan
membenarkan pihak kami meletakkan tabung derma di surau kelolaan tuan.

3. Adalah besar harapan kami agar permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya
daripada pihak Tuan/Puan. Segala kerjasama dan maklum balas yang diberikan oleh pihak Tuan
kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Penaja Masjid BPI,
Ab Zayyin bin Abdullah ( 013-7149377; telegram / whatsapp) atau setiausaha, Nairul Aqmal
bin A Rahman. (010-9021516 ; telegram / whatsapp) . Sekian. Terima kasih.

+
“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,


( Ab Zayin bin Abdullah )
Pengerusi,
Jawatankuasa Penaja Pembinaan,
Masjid Jamek Bandar Putera Indah,
Tongkang Pechah.

You might also like