Teks Pengerusi Majlis

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

TEKS PENGERUSI MAJLIS

P1
Majlis mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En Radzuan bin Yusof YDP PIBG
Sekolah Kebangsaan LKTP Kledang diiringi oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan
LKTP Kledang Puan Bonnah Bt. Hj.Yunos.
Melati kuntum tumbuh melata
Sayang merbah di pohon cemara
Assalamualaikum mulanya kata
Kami sembah pembuka bicara

Selamat datang ke majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Kebangsaan


LKTP Kledang bagi tahun 2010.

P2
Yang berbahagia En Radzuan bin Yusof YDP PIBG SK LKTP Kledang,
Yang dihormati Puan Bonnah bt Hj Yunos Guru besar SK LKTP Kledang,
Guru Penolong Kanan 1 Puan Saonah bt Hj Hamdan,
Guru Penolong Kanan HEM Puan Arsimah bt Abu Bakar,
Pemangku Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Abdul Aziz bin Eshak
Guru-guru, ibu bapa dan seterusnya kepada pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi

P1
Apa diterbang di tengah lembah
Tentunya kayu saya lentangkan
Semoga berkat majlis disembah
Bacaan doa kita dahulukan.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput Ust. Shaharudin b. Nordin
untuk membacakan doa. Majlis mempersilakan…
______________________________
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis
Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2010 ini berjalan dengan lancar dan
diberkati oleh-NYA. InsyaAllah.
P2
Ilmu dikendong dituntut sentiasa
Anak dididik penuh bermakna
Hari kecemerlangan disambut bersama
Bagi meraikan murid berjaya.
P1
Kembang ditaman indah berseri
Indah dahlia warna prada
Kehadiran tuan ke majlis kami
Menambah ceria semua yang ada.

P2
Majlis mengalu-alukan kedatangan Yang berbahagia En Radzuan b. Yusof (YDP
PIBG) ke majlis anugerah kecemerlangan pendidikan SK LKTP Kledang bagi tahun
2010.

Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah kita sekali
lagi mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan bagi tahun 2010 ini. Hari
Anugerah Pendidikan merupakan acara kemuncak bagi memberi penghargaan dan
galakan kepada murid- murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.Dengan adanya
anugerah seperti ini, diharapkan dapat meningkatkan potensi murid – murid seterusnya
dapat memberi galakan kepada murid- murid lain.

P1
Indah mentari terbit di kuala
Tampak cahaya cerah berserakan
Sebelum majlis kita bermula
Ucapan guru besar kita dahulukan

Sebagai ucapan pembuka tirai kita pada hari ini, majlis menjemput Puan Bonnah bt Hj
Yunos (Guru besar SK LKTP Kledang) untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis
mempersilakan.
___________________
Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar atas ucapan yang disampaikan
sebentar tadi.

PERASMIAN
P2
Bukan rumput sebarang rumput
Rumput perhiasan tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata perasmian.

Bagi menyempurnakan majlis kita pada hari ini, majlis menjemput En Radzuan b. Yusof
(YDP PIBG SK LKTP Kledang) untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan hari
anugerah kecemerlangan pendidikan SK LKTP Kledang bagi tahun 2010. Majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
BACAAN AL-QURAN DAN TERJEMAHAN
P1
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Seterusnya, marilah kita sama- sama menghayati bacaan Surah Al-Fatihah yang akan
disampaikan oleh Adik Nurul Hadirah bt Zainuri dan terjemahannya oleh Adik Hanani
Husna bt Radzuan. Bacaan Surah At-Tin pula akan disampaikan oleh Adik Bidari An
Najwa bt Mohd Khir dan terjemahannya oleh Adik Nurafiqah De Afifie bt Mohd Masni.
Dipersilakan.
______________________________
Terima kasih diucapkan atas bacaan ayat suci Al-Quran yang telah disampaikan
sebentar tadi.

PENYAMPAIAN HADIAH
P2
Indah sungguh di pagi ini
Berwarna-warni berseri-seri
Tiba kini acara dinanti
Penyampaian hadiah bermula kini

Kini tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu upacara penyampaian hadiah dan
anugerah kepada murid-murid yang berjaya.

Bagi menyempurnakan majlis ini dijemput En. Mahmud bin Mahmad, Pengerusi Majlis
Permuafakatan Prasekolah diiringi En. Abdul Aziz bin Eshak naik ke pentas bagi
menyampaikan anugerah. Majlis mempersilakan.

PENYAMPAIAN HADIAH PRA SEKOLAH


P1
Majlis dimulakan dengan upacara penyampaian sijil prasekolah bagi tahun 2010.

Dipersilakan
1) Adik……………

P2
Seterusnya, penyampaian anugerah kecemerlangan pendidikan Prasekolah Nuriman
Sek Keb LKTP Kledang.

Tempat pertama dipersilakan


1) Adik……
Anugerah seterusnya ialah Anugerah Tokoh Murid Prasekolah. Dilahirkan pada tanggal
24 Ogos 2004 di Hospital Daerah Kota Tinggi. Merupakan anak ketiga dari empat orang
adik beradik. Puteri tunggal kepada pasangan En Abdul Jalil bin Md Ali dan Puan
Sharifah Fazlin bt Shazim ini adalah seorang yang aktif, mendengar kata dan boleh
menjadi pemimpin yang baik. Pernah mewakili sekolah dalam kejohanan temasya
balapan dan padang prasekolah, menyertai Pertandingan Mewarna Anjuran Karnival
Iktiraf Belia dan merupakan Naib Johan Pertandingan Nyanyian Karnival Prasekolah
Zon Pengerang. Kerana kecemerlangan yang ditunjukkannya majlis berbesar hati
menganugerahkan Tokoh Murid Prasekolah 2010 kepada adik Rabiatul Adawiyah bt
Abdul Jalil. Dipersilakan.
____________________________
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyampaian anugerah dan sijil sebentar
tadi.
PERSEMBAHAN POP YEH YEH
P1
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Kita ceriakan lagi majlis pada hari ini dengan persembahan Pop Yeh Yeh daripada
Kumpulan Lensa Tari.
Dipersilakan.
___________________________
Terima kasih atas persembahan tadi.Untuk makluman semua, kumpulan yang terdiri
daripada murid tahun 3 dan tahun 4 ini pernah mengiringi artis tempatan dan membuat
persembahan dalam majlis-majlis keraian.

PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 1


P2
Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah bagi tahun 1 dan tahun 2.
Dengan ini majlis menjemput Puan Saonah bt Hj Hamdan, GPK 1 diiringi oleh Puan
Arsimah bt Abu Bakar untuk naik ke pentas. Majlis mempersilakan….

Penyampaian hadiah dimulakan dengan anugerah Matapelajaran Terbaik Tahun 1

Bagi Matapelajaran ……………..Terbaik


Dipersilakan Adik ……………..

Seterusnya Penyampaian Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 1 Mualim,


tempat pertama disandang oleh Adik……..

Seterusnya Penyampaian Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 1 Mursyid,


tempat pertama disandang oleh Adik……..
Seterusnya Penyampaian Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 1 Muhsin,
tempat pertama disandang oleh Adik……..

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Galakan Peningkatan Prestasi.


Dijemput adik..
1…………….
Disusuli oleh..
Adik….

PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 2


P1

Hadirin dan hadirat sekalian


Penyampaian hadiah diteruskan dengan anugerah Matapelajaran Terbaik bagi Tahun 2

Bagi Matapelajaran ……………..Terbaik


Dipersilakan Adik ……………..

Seterusnya Penyampaian Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 2 Mualim,


tempat pertama disandang oleh Adik……..
Tempat kedua, Adik………………

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Galakan Peningkatan Prestasi


bagi tahun 2 Mursyid.
Dijemput adik..
1…………….
Disusuli oleh..
Adik….

__________________________
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

PERSEMBAHAN KALAM JAMA’IE


P2
Hadirin dan hadirat sekalian
Majlis penyampaian hadiah berehat sekali lagi. Marilah kita sama-sama saksikan
persembahan Kalam Jama’ie yang bertajuk Rihlah Tarbawiyah ila Kuala Lumpur yang
bermaksud Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur. Majlis mempersilakan…

________________________________________
Terima kasih diucapkan atas persembahan sebentar tadi. Untuk makluman semua,
pasukan Kalam Jama’ie tadi merupakan wakil daerah Kota Tinggi ke pertandingan
Kalam Jama’ie peringkat negeri Johor bagi tahun 2010.
PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 3
P1
Hadirin dan hadirat sekalian majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah
kecemerlangan pendidikan bagi tahun 3 dan 4.

Bagi menyempurnakan majlis penyampaian anugerah ini dijemput Puan Bonnah bt Hj


Yunos, Guru besar Sek Keb LKTP Kledang diiringi oleh Puan Saonah bt Hj Hamdan
untuk naik ke pentas bagi menyampaikan hadiah. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Penyampaian hadiah dimulakan dengan anugerah Matapelajaran Terbaik Tahun 3

Bagi Matapelajaran ……………..Terbaik


Dipersilakan Adik ……………..

Seterusnya Penyampaian Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 3 Mualim,


tempat pertama disandang oleh Adik……..

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Galakan Peningkatan Prestasi


bagi tahun 3 Mursyid
Dijemput adik..
1…………….
Disusuli oleh..
Adik….

Seterusnya, Penyampaian Anugerah Galakan Peningkatan Prestasi bagi tahun 3


Muhsin
Dijemput adik..
1…………….
Disusuli oleh..
Adik….

PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 4


P2

Penyampaian hadiah diteruskan dengan anugerah Matapelajaran Terbaik bagi Tahun 4

Bagi Matapelajaran ……………..Terbaik


Dipersilakan Adik ……………..

Seterusnya Penyampaian Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 4 Mualim,


tempat pertama disandang oleh Adik……..
Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Galakan Peningkatan Prestasi
bagi tahun 4 Mursyid
Dijemput adik..
1…………….
Disusuli oleh..
Adik….
__________________________________
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

PERSEMBAHAN PRA SEKOLAH


P1
Hadirin dan hadirat sekalian
Majlis penyampaian hadiah berehat sekali lagi. Untuk itu majlis diserikan lagi dengan
persembahan tarian Bollywood oleh murid Pra Sekolah.Persembahan ini adalah
dibawah bimbingan Puan Zalinah bt Yunos. Dipersilakan.
_________________________
Demikianlah tadi tarian yang telah dipersembahkan oleh murid-murid prasekolah
Sekolah Kebangsaan LKTP Kledang. Terima kasih dan semoga semua terhibur dengan
persembahan tadi.
PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 5
P2
Hadirin dan hadirat sekalian majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah
kecemerlangan pendidikan tahun 5 dan 6.

Bagi menyempurnakan majlis penyampaian anugerah ini dijemput En. Radzuan bin
Yusof, YDP PIBG Sek Keb LKTP Kledang diiringi Puan Bonnah bt Hj. Yunos naik ke
pentas bagi menyampaikan anugerah. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Penyampaian hadiah dimulakan dengan anugerah Matapelajaran Terbaik Tahun 5

Bagi Matapelajaran ……………..Terbaik


Dipersilakan Adik ……………..

Seterusnya Penyampaian Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 5 Mualim,


tempat pertama disandang oleh Adik……..
Tempat kedua Adik………….

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Galakan Peningkatan Prestasi 5


Mursyid
Dijemput adik..
1…………….
Disusuli oleh..
Adik
PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 6
P1
Penyampaian hadiah diteruskan lagi dengan anugerah Matapelajaran Terbaik bagi
Tahun 6

Bagi Matapelajaran ……………..Terbaik


Dipersilakan Adik ……………..

Seterusnya Penyampaian Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 6 Mualim,


tempat pertama disandang oleh Adik……..
Tempat kedua Adik………….

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Galakan Peningkatan Prestasi


bagi 6 Mursyid
Dijemput adik..
1…………….
Disusuli oleh..
Adik….

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Galakan Peningkatan Prestasi


bagi 6 Muhsin
Dijemput adik..
1…………….
Disusuli oleh..
Adik….

PENYAMPAIAN ANUGERAH TOKOH


P2

Anugerah Tokoh Nilam 2010

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Tokoh Nilam 2010.


Dijemput adik…
1………..
Disusuli oleh
Adik…….

ANUGERAH TOKOH PELAJAR


P1

Kita teruskan lagi majlis dengan Anugerah Tokoh Akademik.


Penerima anugerah ini dilahirkan pada 28 februari 1998. Merupakan puteri sulung
daripada tiga orang adik beradik. Anak kepada pasangan Encik Abdul Aziz bin Eshak
dan Puan Tengku Fauziah bt Tengku Adnan ini bercita- cita mahu berkhidmat sebagai
seorang saintis. Berpegang kepada prinsip menghadapi hidup dengan tabah dan sabar,
sering mendapat tempat terbaik dalam ujian dan peperiksaan serta terlibat aktif dalam
bidang kokurikulum . Kerana kecemerlangan yang ditunjukkannya, maka hari ini majlis
berbesar hati menganugerahkan Anugerah Tokoh Akademik 2010 kepada Adik Wan
Nur Athiyyah Hakimah bt Abdul Aziz.Dipersilakan.

P2
Hadirin dan hadirat sekalian,
Anugerah seterusnya ialah Anugerah Tokoh Kokurikulum. Dilahirkan pada 25 Januari
1998. Merupakan anak ke dua daripada empat orang adik beradik. Anak kepada
pasangan En. A. Jamal bin___________ dan Pn. Wahida bt Mydin ini berpegang
kepada prinsip usaha tangga kejayaan. Seorang yang periang, peramah dan sentiasa
bersikap positif dalam apa jua perkara. Kerana kecemerlangan yang ditunjukkannya,
maka hari ini majlis berbesar hati menganugerahkan Anugerah Tokoh Kokurikulum
2010 kepada Adik Nurul Hazirah bt A. Jamal.Dipersilakan.

P1
Hadirin sekalian.
Anugerah seterusnya ialah Anugerah Tokoh Sahsiah. Dilahirkan pada 4 Jun 1998.
Merupakan anak pertama daripada tiga orang adik- beradik. Anak tunggal lelaki
pasangan En. Ahmad Syukri bin Che Yen dan Pn Sri Haryati bt Taris ini berpegang
kepada prinsip gagal sekali bukan bererti gagal selama- lamanya. Seorang yang mesra,
peramah dan sentiasa menunjukkan sikap yang positif terhadap guru dan kawan-
kawan.Sentiasa sedia membantu dan merupakan seorang yang cemerlang
akademiknya. Kerana keterampilannya, majlis berbesar hati menganugerahkan
Anugerah Tokoh Sahsiah 2010 kepada Adik Ahmad Amiruddin b. Ahmad Syukri.
Dipersilakan..

P2
Hadirin dan hadirat sekalian,
Anugerah seterusnya ialah Anugerah Tokoh Kepimpinan. Dilahirkan pada 2 oktober
1998 di Hospital Kota Tinggi. Merupakan anak bongsu daripada sembilan orang adik
beradik. Permata hati kepada pasangan En.Ashari bin Sapar dan Pn. Rudziah bt Masro
ini berpegang kepada prinsip tidak takut pada kekalahan. Seorang yang aktif, periang
dan tidak mudah melatah dalam membuat keputusan. Bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah serta banyak membantu guru dalam
setiap program sekolah. Kerana kecemerlangan yang ditunjukkannya, maka hari ini
majlis berbesar hati menganugerahkan Anugerah Tokoh Kepimpinan 2010 kepada
Adik Nadzirah bt Ashari. Majlis mempersilakan..
P1
Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kecemerlangan sukan. Kerana
kejayaannya mengharumkan nama sekolah dalam acara olahraga, hoki, dan bola
sepak, majlis dengan ini menganugerahkan Olahragawan terbaik 2010 kepada Adik
Muhamad Ridwan b. Aspaliza @ Aspalizan. Dipersilakan.

P2
Hadirin dan Hadirat sekalian,
Seterusnya adalah Anugerah Kecemerlangan Sukan bagi Olahragawati terbaik. Kerana
kejayaannya mengharumkan nama sekolah dalam sukan bola jarring dan olahraga,
majlis dengan ini menganugerahkan Olahragawati Terbaik 2010 kepada adik Siti Nur
Khairunnisa bt Kasturi. Dipersilakan

P1
Seterusnya adalah anugerah kecemerlangan sukan bagi pasukan terbaik sekolah.
Kerana kecemerlangannya merangkul pingat dalam beberapa kejohanan, majlis
dengan ini menganugerahkan Pasukan Terbaik 2010 kepada pasukan Olahraga
sekolah. Dijemput wakil pasukan untuk naik ke pentas. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.

KEPUTUSAN UPSR
P2
Hadirin dan hadirat sekalian,

Keputusan UPSR telah pun kita ketahui semalam. Dengan itu majlis dengan berbesar
hati ingin mengumumkan murid yang mendapat 5A dalam UPSR bagi tahun 2010.

Murid tersebut ialah Adik Wan Nur Athiyyah Hakimah bt Abd Aziz.

PEMBERIAN CENDERAHATI
P1
Orang berbudi kita berbahasa

Sebagai tanda kenang-kenangan dan terima kasih daripada pihak Sek Keb LKTP
Kledang, majlis dengan ini menjemput Puan Bonnah bt Hj Yunos, Guru besar Sek Keb
LKTP Kledang untuk menyampaikan cenderahati kepada En Radzuan bin Yusof YDP
PIBG SK LKTP Kledang di atas kesudian beliau hadir ke majlis kita pada hari ini.
______________________
Majlis merakamkan ucapan terima kasih diatas penyampaian hadiah dan cenderahati
sebentar tadi…

Tahniah diucapkan kepada semua murid-murid yang berjaya pada tahun ini. Semoga ia
akan menjadi pembakar semangat kepada murid-murid yang lain untuk lebih berjaya
pada tahun hadapan.

PENUTUP
P2
Pergi ke sawah menuai padi
Bekal yang ada dilupa jangan
Tamatlah sudah majlis kali ini
Moga pencapaian dapat dipertingkatkan.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati sebentar tadi, maka berakhirlah majlis


penyampaian anugerah kecemerlangan pendidikan kita pada hari ini…….

P1
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang dirumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh

P2
Jika pedang melukai tubuh
Masih ada harapan untuk sembuh
Jika lidah melukai hati
Di mana ubat harus dicari

P1
Saya mewakili Jawatankuasa Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2010
memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kekurangan sepanjang majlis ini
berlangsung. Sekian wabilahitaufigh wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.

Dijemput En Radzuan bin Yusof diiringi Puan Bonnah bt Hj Yunos, dif-dif kehormat ke
bilik gerakan untuk menikmati jamuan ringan. Hadirin dan hadirat juga dipersilakan
untuk menikmati jamuan ringan.

You might also like