Surat TNB Tambah Tiang Lampu Jalan Tempua 1 Dan 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERSATUAN KOMUNITI TEMPUA TAMAN

SCIENTEX PASIR GUDANG JOHOR


(PPM-021-01-27112020)
NO 1, JALAN TEMPUA 3, TAMAN SCIENTEX
PASIR GUDANG, JOHOR DARUL TAKZIM
Tel : 0137441764/0146063235
Emel : pktts@gmail.com
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj kami : (10) PKTTS/2023
Tarikh : 15 hb Mei 2023

TNB Pasir Gudang,


77-83, Jalan Masai Utama 1,
Taman Masai Utama,
81750 Masai, Johor
Tuan,

PERMOHONAN MENAMBAH TIANG DAN LAMPU ANTARA JALAN TEMPUA1


DAN JALAN TEMPUA 2 TAMAN SCIENTEX

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Komuniti Tempua Taman Scientex (PKTTS) adalah
sebuah pertubuhan berdaftar yang mewakili penduduk-penduduk yang tinggal di kejiranan
Jalan Tempua, Taman Scientex yang mewakili lebih 300 buah rumah di sini bermula dari Jalan
Tempua 1 hinggalah Jalan Tempua 9.

2. Untuk makluman pihak tuan, pihak kami telah menerima banyak aduan dan laporan
daripada penduduk di kawasan ini berkenaan dengan pelbagai isu yang melibatkan
keselamatan, dan keharmonian yang telah timbul berpunca dari kawasan belakang antara Jalan
Tempua 1 dan Jalan Tempua 2 tersebut yang tidak mempunyai lampu jalan dan gelap
terutamanya pada waktu malam.

3. Antara isu yang timbul adalah, berlakukanya kes kecurian dan pecah masuk
berhampiran dengan kawasan itu yang mana tempat tersebut menjadi tempat pencuri atau
mereka yang berniat jahat untuk meletakkan kenderaan sebelum melarikan diri. Kawasan itu
juga kerap berlakunya aktiviti yang tidak bermoral seperti sumbang mahram, berdua-duaan
antara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin, pergaulan bebas, tempat lepak orang luar
kejiranan Tempua dan sebagainya. Ianya sangat mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan
warga komuniti Tempua.

4. Oleh yang demikian, pihak PKTTS memohon agar pihak TNB Pasir Gudang untuk
menambah tiang dan lampu jalan di kawasan ini (1.5097788023586391, 103.9100577224872)
untuk memudahkan pihak komuniti melakukan pengawalan dan pengawasan di kawasan kami.

5. Untuk perbincangan lanjut pihak tuan boleh berhubung dengan saya sendiri ; En. Hairol
(0177289522) ataupun En Ahmad (0177537535). Akhir kata, segala keprihatinan dan respon
balas daripada pihak tuan amatlah kami hargai. Terima kasih.

“PERPADUAN, KEBAJIKAN & KESELAMATAN”

HairolNizam
(En Hairol Nizam bin A. Hamid)
Pengerusi
Persatuan Komuniti Tempua
Taman Scientex

LAMPIRAN 1

You might also like