Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.

2 SESI 2023/2024
SEKOLAH KEBANGSAAN EGANG-EGANG, SEMPORNA

Tarikh : 9 Februari 2023


Masa : 10.30 Pagi
Tempat : Makmal Komputer (Bilik Gerakan)
Pengerusi : Tn.Haji Mohd Shah bin Haji Lanji
Guru Besar, SK Egang-Egang
Urusetia : Setiausaha
Unit Kurikulum

AGENDA MESYUARAT :
1. Ucapan Guru Besar
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.1 Sesi 2023/ 2024
3. Maklumbalas Minit Mesyuarat Bil.1 Sesi 2023/ 2024
4. Pembentangan perbincangan:
4.1 Pembentangan I: Pembentangan Unit Pra Sekolah
4.2 Pembentangan II: Unit Kurikulum Dan Pengurusan Pentadbiran Sekolah
4.3 Pembentangan III: Rumusan Dan Tindakan Mesyuarat
5. Hal-Hal Lain
6. Penutup / Penangguhan Mesyuarat

Senarai kehadiran

1. Tn. Hj. Mohd Shah bin Hj. Lanji


Guru Besar

2. En. Abdul Hassan bin Haji Ali Maran


Penolong Kanan Pentadbiran 1

3. En. Kadir Osman bin Haji Abdul Ham


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

4. En. Robinsah bin Haji Siman


Penolong Kanan Ko-Kurikulum

5. En. Mohd Hanafi bin Ibrahim


Guru Pra Sekolah

6. Pn. Nur Suhailah binti Samson


Guru Data

7. Pn. Sitti Rubiah binti Balgudat


Guru Pendidikan Islam

8. Pn. Zarinah binti Bakia


Guru Akademik

9. Cik Nur Hazimah binti Sudiro


Guru Akademik
10. Ust. Mohd. Radhi bin Muhammed Lotfi
Guru Pendidikan Islam

11. Hj. Jamanat bin Im Sahak


Guru Akademik

12. Cik Nur Fadzlina binti Mohd Azmi


Guru Pendidikan Islam

13. Pn. Rumizah binti Mohd Harris


Guru Pendidikan Islam

14. En. Asman bin Palimbang


Pembantu Am

15. Pn. Junainah binti Saleh


Pembantu Pengurusan Murid

Tidak hadir dengan kebenaran

1. Pn. Nurul Zawani binti Mad Saad


Guru Akademik

2. Cik Stella Evana Ngui Guru Akademik


Guru Akademik

1.0 Agenda 1 : Ucapan Guru Besar


1.1 Pengerusi mengucapkan selamat dan berterima kasih atas komitmen ahli siding menghadiri
mesyuarat yang diadakan ini.
1.2 Pengerusi mengingatkan ahli sidang bahawa sebagai pendidik, kesihatan mental dan fizikal
hendaklah diberikan keutamaan dalam menjalankan tugas.
1.3 Penetapan sasaran oleh setiap pegawai hendaklah diambil serius dan pencapaian sasaran
amat penting dalam mengukur prestasi perkhidmatan pegawai.
Tindakan : Makluman
1.4 Pengerusi mengarahkan surat tunjuk dikeluarkan kepada pegawai yang tidak hadir tanpa
kebenaran.
Tindakan : Urusetia
1.5 Pengerusi menutup perutusan beliau dengan mengingatkan ahli sidang bahawa zaman
sudah berubah dan semua ahli sidang kena akur dan menerima perubahan-perubahan dari
masa ke semasa dan mengharapkan supaya semua ahli sidang dapat memberikan
kerjasama dalam pelsaksanaan perancangan dan agenda sekolah.
Tindakan : Makluman
2.0 Agenda 2 : Pengesahan minit mesyuarat Bil.2 Sesi 2022/ 2023
2.1 KKK mencadangkan agar pengesahan untuk menutup minit mesyuarat dan mencadangkan
agar mesyuarat diteruskan dan disokong oleh Guru Media.
2.2 Pengerusi kemudian mengarahkan agar surat tunjuk sebab dikeluarkan berikutan kegagalan
minit mesyuarat disediakan.
Tindakan : Urusetia

3.0 Maklumbalas Minit Mesyuarat Bil.2 2022/2023


3.1 Pengerusi mengarahkan agar minit mesyuarat setiap unit kemudian disemak dan disahkan.
Tindakan: Urusetia
3.2 Sidang bersetuju minit mesyuarat disiapkan dalam tempoh 3 hari dari tarikh mesyuarat
dilaksanakan dan salinan hendaklah diserahkan kepada Guru Besar sebagai pengesahan
berkuatkuasa serta merta.
Tindakan: Semua Urusetia Mesyuarat

4.0 Pembentangan perbincangan


4.1 Pembentangan I: Pembentangan Unit Pra Sekolah
** Perincian dan penerangan terhadap pembentangan laporan unit adalah seperti mana
Lampiran Laporan Unit Pra Sekolah yang menerangkan maksud setiap kandungan rumusan
seperti berikut:

4.1.1. Semua aktiviti dan program dibawah seliaan unit Pra Sekolah berjaya dilaksanakan
mengikut jadual pelaksanaan.
 Program 2M pra sekolah – Selesai (Mac 2022)
 Program Mewarna – Selesai (Mac 2022)
 Sukaneka Pra Sekolah – Selesai (Jun 2022)
Tindakan : Makluman

4.1.2. Rumusan aktiviti lain yang telah dilaksanakan melalui unit Pra Sekolah
 Urusan permohonan Meter Elektrik Bangunan Pra Sekolah – Selesai
 Permohonan penambahbaikan bangunan Pra Sekolah telah dipanjangkan ke
peringkat Daerah dan belum ada maklum balas diterima.
Tindakan : Makluman

4.1.3. Rumusan aktiviti peringkat daerah


 Carnival Bakat – Julai 2022 – Telah Tamat - Tiada Penyertaan dari SK Egang-Egang
 Carnival Sukan – Nov 2022 – Selesai – Wakil telah dihantar dan mencapai sasaran.
Tindakan : Makluman
4.1.4. Rumusan program-program yang sedang berjalan.
 Majlis Tamat Pra Sekolah – Februari 2022.
 Majlis Akhir Tahun – Dalam Proses dan belum ada tarikh ditetapkan.
 Perjumpaan dengan ibu bapa - akan dilaksanakan pada 1 Mac 2023.
 Pendaftaran murid Pra Sekolah - Sedang dalam perancangan dan perjumpaan
bersama ibu bapa akan ditetapkan kemudian berikutan rutin proses pendaftaran
yang biasanya agak lewat dibuat oleh ibu bapa murid.
 Pendaftaran murid tahun 1 – Edaran Surat Tawaran Murid Tahun 1 sebelum tarikh
tutup.
Tindakan: Unit Pra Sekolah, Unit Pendaftaran

4.2 Pembentangan II: Unit Kurikulum Dan Pengurusan Pentadbiran Sekolah


** Perincian dan penerangan terhadap pembentangan laporan unit adalah seperti mana
Lampiran Laporan Unit Pra Sekolah yang menerangkan maksud setiap kandungan rumusan
seperti berikut:

4.2.1. Laporan Kurikulum


 Semua tindakan yang berkaitan telah pun diambil tindakan seperti mana yang telah
ditetapkan selain program-program yang sedang dilaksanakan mengikut
perancangan dan jadual seperti mana yang diterangkan dalam Lampiran Laporan
Kurikulum yang menerangkan setiap maksud kandungannya.
Tindakan: Setiausaha Kurikulum

4.2.2. Pengurusan dan Pentadbiran


 Pengurusan Agihan Tugas Sesi Persekolahan tahun 2023/2024
i. Agihan bidang tugas telah disusun dan disenaraikan seperti mana yang
terkandung dalam Lampiran Laporan dan berkuatkuasa bermula 13 Februari
2023 dan tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa
Tindakan: Semua Ahli Ng

ii. Perincian dan agihan bidang tugas sedia ada akan disemak dan akan
dimuktamadkan. Maklumat dan skop bidang tugas semua pegawai akan
diputuskan dan akan disenarai dalam watikah lantikan
Tindakan: Setiausaha Pentadbiran
 Penghantaran Rancangan Pengajaran Harian Sesi 2023/2024

i. Semua guru mata pelajaran diwajibkan menhantar Laporan RPH pada


setiap hari jumaat berkuatkuasa bermula sesi persekolahan 2023/2024
Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran

 Jadual Waktu Persekolahan Sesi 2023/2024


i. Pengerusi mengarahkan agar masa bagi mata pelajaran seliaan beliau
diletakkan pada waktu pertama atau slot awal jadual.
ii. Ahli iding dimaklumkan bahawa perincian jadual waktu persekolahan
akan dimaklumkan setelah penetapan agihan guru mata pelajaran
diterima.
Tindakan: Penyelaras

 Takwim Induk Sesi Persekolahan Tahun 2023/2024


i. Takwim Induk Sekolah telah dihantar untuk semakan dan penyelarasan
program-program unit yang diterima akan dikemaskini sebelum
dibentangkan
Tindakan: Penyelaras

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Cuti Peristiwa Persekolahan Sesi 2023/2024
 Ahli sidang bersetuju cuti peristiwa bagi sesi persekolahan sesi 2023/2024 akan
dibuat pada
i. 6 April 2023
ii. 5 Mei 2023
iii. 29 September 2023
iv. 1 hari baki akan ditetapkan kemudian
Tindakan: Makluman

6.0 PENUTUP/ PENANGGUHAN MESYUARAT


Pengerusi mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli sidang
ataskerjasama yang diberikan dan berharap semua perkara yang dibincangkan akan dapat
dilaksanakan dengan cemerlang. Beliau kemudian menutup dan menangguhkan mesyuarat ke
tarikh yang akan dimaklumkan kemudian pada kira-kira 2.14 petang
Disediakan oleh,

…………………………………….

NUR FADZLINA BINTI MOHD AZMI


Setiausaha Kurikulum
Sekolah Kebangsaan Egang-Egang, Semporna

Disemak oleh,

……………………………………………………..

ABD HASSAN BIN ALI MARAN


Penolong Kanan Pentadbiran 1
Sekolah Kebangsaan Egang-Egang, Semporna

Disahkan Oleh,

……………………………………………………….

TN. HJ. MOHD SHAH BIN HJ. LANJI

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Egang-Egang, Semporna

You might also like