3.3.1 Kajian Perpustakaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

3) METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang membawa kepada penggunaan

bahasa slanga dalam kalangan pelajar sekolah. Bab ini mengemukakan metodologi kajian

yang meliputi reka bentuk kajian, kaedah kajian, tempat kajian, populasi dan persampelan,

instrument kajian, dan penganalisisan data.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian berbentuk tinjauan dan soal selidik telah dilaksanakan dalam kajian ini dimana

pengkaji menggunakan satu set soal selidik yang dijawab oleh responden sebagai alat utama

bagi mengumpul maklumat berkaitan penggunaan bahasa slanga, faktor-faktor penggunaan

bahasa slanga dalam kalangan pelajar dan strategi mengawal penggunaan bahasa slanga

dalam kalangan pelajar. Semua responden terdiri daripada pelajar tingkatan 6 yang telah

mendapat keputusan Bahasa Melayu peringkat SPM dan 20 pelajar tingkatan 5 yang akan

menduduki SPM 2012 telah menyertai kajian ini. Kesemua responden kajian telah

dikenalpasti mempunyai pencapaian akademik dalam subjek Bahasa Melayu.

3.3 KAEDAH KAJIAN

Terdapat beberapa punca penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar sekolah.

Antaranya ialah kajian perpustakaan, maklumat dari internet, maklumat dari internet, dan

kajian teks.

3.3.1 Kajian Perpustakaan

Pengkaji membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan bahasa slanga termasuklah

buku rujukan Bahasa Melayu STPM, buku rujukan wacana yang terdapat di
Perpustakaan Tunku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris, tesis tentang bahasa

slanga yang diterbitkan dalam beberapa buku hasil kajian sarjana luar negara.

3.3.2 Maklumat dari Internet

Pengkaji juga telah melayari laman sesawang untuk mendapatkan dan mengumpul

maklumat berkaitan bahasa slanga, khususnya penulisan dan kajian ilmiah yang

berfokuskan bahasa slanga di Malaysia.

3.3.3 Kajian Teks

Komiks Ujang, novel-novel cinta dan majalah digunakan dalam kajian ini untuk

mengkaji bahasa slanga bagi melengkapkan kajian ini.

3.4 TEMPAT KAJIAN

You might also like