Minit Mesyuarat Teknikal Dan Penyelarasan B Sepak MSSDHL 2024

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT TEKNIKAL DAN PENYELARASAN

KEJOHANAN BOLA SEPAK MENENGAH


MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT BIL. 1/2024

Tarikh : 11 Jun 2024 (Selasa)


Masa : 2.00 – 4.00 petang
Tempat : Bilik Citra, SMK Bandar Rinching
Kehadiran : Rujuk lampiran (Lampiran 1)
Pengerusi : Mashudi bin Khailani
Pengetua SMK Bandar Rinching
Turut Hadir : Mohd Fitri bin Ismail
Pengerusi Teknik Bola Sepak dan Pembangunan Bola Sepak (M)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Pengetua SMK Bandar Rinching Mashudi bin Khailani selaku Pelaksana
Kejohanan Bola Sepak mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan terima kasih atas
kehadiran wakil dari sekolah-sekolah dan Pegawai Teknik Sukan Bola Sepak. Majlis
dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah.
Tindakan : Makluman

1.2 Pengerusi berpesan kepada semua ahli mesyuarat agar SOP membawa murid
keluar diberi keutamaan. Murid perlu mengisi borang kebenaran ibu bapa dan deklarasi
kesihatan. Kesihatan murid perlu diambil maklum terutamanya sewaktu hampir dengan
hari kejohanan.Selaian itu guru yang bertugas di luar perlu disahkan melalui surat yang
dikeluarkann oleh PPD Hulu Langat.
Tindakan : Makluman

1.3 Dalam ucapan pengerusi berpesan tentang keutaman keselamatan dan tindakan
awal yang perlu di lakukan oleh pengurus pasukan jika berlaku kemalangan. Langkah
yang perlu dilaksanakan seperti berikut :

1.3.1 Melaporkan dengan segera kepada ibu bapa murid

1
1.3.2 Memaklumkan kepada bahagian kecemasan, dan bahagian
kecemasan perlu bertindak menghentikan pendarahan jika ada berlaku
pendarahan.
1.3.3 Murid akan dibawa ke hospital menggunakan ambulan.
Tindakan : Makluman

1.4 Pengurusan kebajikan murid juga perlu diambil kira sepanjang kejohanan, seperti
solat, makan dan waktu rehat mereka. Keperluan untuk 4 orang murid ialah seorang
guru. Murid juga perlu sentiasa dalam pemantauan guru sepanjang kejohanan bola
sepak.

1.5 Dalam ucapan, pengerusi juga mengingatkan tentang kebersihan di tempat


kejohanan. Aspek menjaga persekitaran tempat kejohanan juga perlu diambil berat,
pastikan setiap pasukan membersihkan kawasan yang digunakan seperti tandas dan
surau.
Tindakan : Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Tiada

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada

4.0 PERKARA BAHARU/ LAPORAN AKTIVITI

4.1 Pengerusi Teknik Encik Mohd Fitri bin Ismail membentangkan makluman
kejohanan seperti berikut :

Tarikh : 1,2,3 dan 4 Julai 2024 ( Isnin – Khamis)


Tempat : SM Agama Persekutuan Kajang
SMKA Maahad Hamidiah
SMK Tinggi Kajang
SMK Sultan Abdul Aziz
Padang MPKJ Semenyih
Kategori : Bawah 15 tahun dan Bawah 18 tahun
Yuran Penyertaan : RM400.00 setiap pasukan.

2
4.2 Yuran Penyertaan dan Kaedah Pembayaran

Pengerusi memaklumkan semua bayaran pendaftaran pasukan bagi Kejohanan Bola


Sepak MSSD Hulu Langat 2024 boleh menggunakan cek atau tunai sahaja. Bayaran
pendaftaran secara online adalah tidak dibenarkan. Bagi pembayaran yang
menggunakan cek hendaklah dibuat kepada sekolah pelaksana seperti berikut :

NAMA PENERIMA : SMK BANDAR RINCHING


SEMENYIH SELANGOR

Jumlah bayaran yang perlu dibayar RM400.00 (Ringgit Malaysia Empat Ratus Sahaja)
bagi satu pasukan. Bayaran yuran penyertaan perlu dibuat selewat-lewatnya pada tarikh
26 Jun 2024 (Rabu) kepada sekolah pelaksana. Yuran ini akan digunakan untuk
menampung perbelanjaan pengadil, ambulans, pasukan perubatan, sewaan padang,
makan dan minum pegawai/murid pembantu dan Pengurusan Kejohanan Bola Sepak.
Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi sekolah pelaksana (016-3483933) berkaitan
dengan urusan Kejohanan Bola Sepak MSSDHL.
Tindakan : Makluman

4.3 Taklimat Teknikal dan Pengurusan Pertandingan

4.3.1 Pengerusi Teknik Bola Sepak dan Pembangunan Bola Sepak Menengah Mohd
Fitri bin Ismail memaklumkan SMK Bandar Rinching telah terpilih sebagai tuan rumah
bagi Kejohanan Bola Sepak MSSD Menengah Hulu Langat bagi peringkat umur
bawah 15 tahun dan bawah18 tahun untuk tahun yang ke-2. Beliau juga mengucapkan
terima kasih kepada guru-guru yang hadir ke Mesyuarat Teknikal dan Penyelarasan
Bola Sepak MSSDHL 2024.
Tindakan : Makluman

4.3.2 Pegawai Teknik memaklumkan sekolah-sekolah yang menjadi pengerusi


daerah dan zon, vanue kejohanan dan tarikh – tarikh penting kejohanan seperti
berikut:

3
Bil Daerah / zon Sekolah Vanue Kejohanan Jumlah
Padang
1 Daerah Hulu Langat SMK Bandar Rinching - -
2 Zon Semenyih SMK Bandar Rinching Padang MPKJ 1
Semenyih
3 Zon Kajang SMAP Kajang SMAP Kajang 2
4 Zon Cheras SMK Cheras Perdana SMK Sultan Abdul Aziz 2
Shah
5 Zon Ampang SMK Taman Tasik SMK Tinggi Kajang 1
6 Zon Bangi SMKA Maahad SMA Maahad Hamidiah 2
Hamidiah

Tarikh-tarikh penting kejohanan

Tarikh Perkara

11 Jun 2024 Mesyuarat Teknikal dan Penyelarasan Kejohanan Bola Sepak


Menengah MSSD Hulu Langat 2024
14 Jun 2024 Tarikh akhir pengesahan
20 Jun 2024 Mesyuarat Pengelola JK Pengelola Kejohanan Bola Sepak MSSD
Hulu Langat 2024
20 Jun 2024 Undian dan Pembahagian Kumpulan
26 Jun 2024 Tarikh Akhir Pembayaran Yuran Penyertaan
1 – 4 Julai 2024 Kejohanan Bola Sepak (M) MSSD Hulu Langat 2024

Tindakan : Makluman

4.3.3 Pengurus pasukan perlu bersedia dan melengkapkan borang-borang


pertandingan dan dokumen yang diperlukan, seperti berikut:
4.3.3.1 Kad Pengenalan (original)

4.3.3.2 Salinan Kad Pengenalan (disahkan oleh pentadbir sekolah, 1


pemain 1 kertas A4)

4.3.3.3 Surat kebenaran ibu bapa@waris menyertai aktiviti kokurikulum


(di simpan oleh pengurus pasukan)

4.3.3.4 Borang Perakuan Kesihatan pemain (disimpan oleh pengurus


pasukan)

4.3.3.5 Borang M02 – Borang pendaftaran pasukan (2 salinan)

4.3.3.6 Borang C08 – ‘Starting List’ ( setiap perlawanan)

4
Salinan Kad Pengenalan dan Borang M02 perlu diserahkan kepada bahagian
pendaftaran semasa pendaftaran pasukan dilakukan.
Tindakan : Makluman

4.3.4 Pegawai Teknik Encik Mohd Fitri membentangkan Peraturan Pertandingan


Bola Sepak Menengah MSSD Hulu Langat 2024. (Rujuk Lampiran 2)

4.3.5 Pengerusi Teknik memaklumankan sekolah swasta yang ingin menyertai


Kejohanan Bola Sepak MSSD Hulu Langat perlu memastikan telah menyelesaikan
bayaran yuran gabungan. Manakala pemain yang berstatus bukan warganegara perlu
menyelesaikan bayaran levi dan yuran sukan MSSS 2024.

4.3.6 Encik Mohd Fitri juga memaklumkan ‘linesman’ yang akan bertugas adalah di
kalangan pelajar-pelajar yang terlatih, Mereka adalah terdiri daripada murid
dikalangan sekolah pengelola. Kursus untuk ‘linesman’ akan diadakan sebelum
Kejohanan Bola Sepak MSSD Hulu Langat berlangsung.

4.3.7 Ahli mesyuarat telah bersetuju bahawa penonton tidak dibenarkan masuk ke
sekolah untuk menonton Kejohanan Bola Sepak bagi memudahkan pengurusan pihak
pengelola dan sekolah yang berkenaan.
Tindakan : Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi meminta agar semua sekolah mematuhi peraturan kejohanan bola
sepak yang telah ditetapkan, segala isu yang timbul perlu dibincangkan dengan
menggunakan saluran yang betul. Hormati keputusan pengadil, pengadil yang
dijemput adalah pengadil yang terlatih dan diiktiraf. Jurulatih luar dingatkan akur
dengan peraturan semasa perlawanan, mereka perlu berada di kawasan yang
ditetapkan semasa perlawanan berlangsung.
Tindakan : Makluman

5.2 Pengerusi Teknik memaklumkan setiap pemain hanya akan mendapat satu sijil
sahaja. Sama ada sijil penyertaan atau sijil pencapaian. Jikalau pemain berjaya
mendapat sijil pencapaian maka pemain tersebut tidak akan memperolehi sijil
penyertaan.

5
5.3 Makluman juga kepada sekolah yang merancang membuat ‘bunting’ dan
‘banner’, logo JPNS, PPD, MSSS dan MSSD perlu diletakan pada ‘bunting’ dan
‘banner’ tersebut. Dilarang meletakkan logo yang tidak dibenarkan contohnya
penajaan dari syarikat rokok.
Tindakan : Makluman

6.0 PENANGUHAN MESYUARAT


Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat kali ini dan
berharap semua ahli mesyuarat dapat membuat yang terbaik agar Kejohanan Bola Sepak (M)
MSSD Hulu Langat 2024 dapat berjalan lancar. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.45
petang.

Disediakan oleh
Urus Setia Mesyuarat
Kejohanan Bola Sepak Menengah MSSD Hulu Langat 2024
Tarikh : 11 Jun 2024

Lampiran 1

6
KEHADIRAN MESYUARAT

1 MASHUDI BIN KHAILANI SMK BANDAR RINCHING


2 MASIJAH BINTI MASKOP SMK BANDAR RINCHING
3 EN MOHD FITRI BIN ISMAIL SMK BANDAR RINCHING
4 ROSLAN BIN ABD RAZAK SMK BANDAR RINCHING
5 ZAILAH KASDI SMK BANDAR RINCHING
6 MUHAMAD ZULFAZRY IMRAN BIN MOHD ZULKEFLY SMK BANDAR RINCHING
7 ROSLAN BIN ABD RAZAK SMK BANDAR RINCHING
8 MUHAMMAD ZULFADLI BIN RAHAMAT SAM HULU LANGAT
9 MOHD RAZIB BIN ALI SMJK YU HUA
10 MUHAMMAD MURSYIDUL AFIF BIN ABDULLAH SMK ABDUL JALIL
11 MUHAMMAD ROMYSHAZLISHAH BIN MUHISHAM SMK BANDAR BARU AMPANG
12 MUHAMMAD JUZAEFFI BIN JASMI SMK BANDAR BARU BANGI
13 MOHAMAD DURRANI BIN MOEN SMK BANDAR BARU SUNGAI LONG
14 MUHAMMAD ZULNA'IM BIN MOHAMAD ZULKIFLI SMK BANDAR SERI PUTRA
15 MOHD NORFAIZAN BIN MOHD REJAL SMK BANDAR SERI PUTRA
16 MD MAHADIR BIN MASRI SMK BANDAR TASIK KESUMA
17 ZATIL AYUNNI BINTI ABU HASSAN SMK BANDAR TUN HUSSEIN ONN 2
18 KHAIRUL AQRAM BIN MOHD GHAZALI SMK CHERAS JAYA
19 MOHD AZHAR BIN MOHD FAUDZI SMK CHERAS PERDANA
20 MD KHAIRUL AMRI BIN MD ZAIN SMK DATO' AHMAD RAZALI
21 MUHAMMAD FAHMI BIN MUHAMAD MAHFOL SMK DESA SERDANG
22 ROAZUWAN BIN MUHAMAD SMK DUSUN NANDING
23 MOHD NAZIB BIN MANAP SMK ENGKU HUSAIN
24 IRSYAD BIN MASROR SMK JALAN BUKIT
25 MOHD ROSLAN BIN HASSAN SHAARY SMK JALAN EMPAT
26 AHMAD FAIZ BIN HASANUDIN SMK JALAN REKO
27 AHMAD SAIDI BIN MUSA SMK JALAN TIGA
28 MUHAMMAD AMIR BIN MUA'AINUE DEEN SMK JALAN TIGA
29 WAN MOHD HADAFI BIN AB RAHMAN SMK KAJANG UTAMA
30 MOHD SAUDI BIN ABDULLAH SMK MAAHAD HAMIDIAH
31 MOHD SUHAIZIEY BIN FAUZI SMK PANDAN INDAH
32 MOHD ZULKIFLI BIN JAINORI SMK PANDAN JAYA
MUHAMMAD FARIS 'IZZUDDIN BIN MUHAMAD
33 ZAILANI SMK PANDAN MEWAH
34 ZAMIR ISKANDAR BIN ZAREJA SMK PERIMBUN
35 PAUZI BIN AWANG SMK SAUJANA IMPIAN
36 MOHD SUFFIAN BIN SAAD SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH
37 MOHD YUSUF BIN ZAKARIA SMK SUNGAI RAMAL
38 MOHD NORHZA ABDUL RAHMAN SMK TAMAN JASMIN 2
39 WAN MUHAMAD ALIF BIN WAN MOHAR SMK TAMAN KOSAS
40 MOHD HAFIZ BIN ABDULLAH SMK TAMAN SERAYA
41 NURUL HASNI BINTI NIK SEKIASORY SMK TAMAN TASIK

7
42 RAJA HAZMI B R AB LLAH SMK TAMAN TASIK
43 MUHAMMAD AMIR ASYRAF BIN AZMIN SMK TAMAN TASIK
44 HALIZAN BIN HASHIM SMK TAMAN TASIK
45 KHAIRUDDIN BIN MOHAMED SADILI SMK TASEK PERMAI
46 MOHD HISHAM BIN YAHYA @ ZAKARIA SMK TINGGI KAJANG
47 MUHD WAZIF BIN YUZAIDEE COLUMBIA INTERNATIONAL SCHOOL
48 MOHD SAIFUN AZNIN B. MOHD SHARIF KOLEJ PERMATA PINTAR UKM
49 AHMAD IQMAL HAKIM BIN ZALUSI KOLEJ PERMATA PINTAR UKM
50 MUHAMMAD ‘ AINUL FAKHRULLAH BIN MOKHZAN SM AGAMA TINGGI AL-RAHMAN
51 WAN MOHD HILMI HUSSEIN B WAN OMAR SM INTEGRASI TAHFIZ ILMUWAN
52 AMIRUL HAKIM BIN ABDUL HADI SM INTEGRASI TAHFIZ ILMUWAN
53 CHE HAKIMIE SM ISLAM ASSYAKIRIN
54 MUHAMMAD ZULHUSNI BIN ABD HALIM SM SRI AL-AMIN BANGI
55 ABDULLAH HANIFF BIN SHAH MINAWAR SM SRI AL-AMIN, BANGI
56 MUHAMMAD FARIS ANAS SMI ARAB ILMI AMPANG

You might also like