Professional Documents
Culture Documents
Karamah Insaniah
Karamah Insaniah
Karamah Insaniah
1. Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Tahun 2023
dilancarkan serentak di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah.
TATACARA PELAKSANAAN
1. Pegawai JPN / PPD dan PPS perlu hadir ke setiap sekolah semasa pelancaran.
2. Pegawai JPN / PPD dan PPS membaca teks ucapan yang akan disediakan kepada semua
sekolah termasuk teks doa melalui JPN masing-masing setelah mendapat kelulusan.
3. Wakil JPN / PPD / PGB sebagai perasmi KPM akan membaca teks ucapan YB Menteri Pendidika
yang disediakan oleh KPM.
4. Wakil PDRM sebagai perasmi PDRM akan membaca teks ucapan YDH Ketua Polis Negara
yang disediakan oleh PDRM.
ATUR CARA
KOD PAKAIAN
Pegawai JPN dan PPD : Baju Koporat KPM
1. Adakah anda tahu bahawa buli adalah masalah yang serius dalam masyarakat kita? Buli tidak
hanya merosakkan individu yang terlibat, tetapi juga memberi impak yang negatif kepada
masyarakat secara keseluruhan. Setiap tindakan buli meninggalkan kesan mendalam kepada
mangsa, meningkatkan risiko masalah kesihatan mental dan boleh mengakibatkan peningkatan
kadar ketidakhadiran ke sekolah.
2. Kita semua bertanggungjawab untuk menghentikan buli. Mari kita bersama-sama membentuk
masyarakat yang menggalakkan kebaikan, menghormati perbezaan dan memberi sokongan
sesama insan.
3. Jika anda menyaksikan atau mengetahui tentang sebarang kejadian buli di sekolah atau
asrama, jangan berdiam diri. Laporkan kepada guru untuk tindakan awal atau membantu mangsa
dengan memberi sokongan moral.
4. Oleh itu, marilah kita bersatu hati bertindak sebagai masyarakat yang prihatin supaya kita
bebas daripada buli. Sekecil-kecil tindakan kita boleh menghalang buli daripada terus berleluasa.
Katakan tidak kepada buli!
MESEJ DUTA MURID
1. Dalam masyarakat kita, gangguan seksual adalah satu realiti yang tidak boleh diabaikan. Setiap
individu berhak merasa selamat dan dihormati, tanpa menghadapi ancaman atau perlakuan
seksual yang tidak diingini. Gangguan seksual boleh merosakkan kepercayaan diri, menjejaskan
kesihatan mental dan boleh membawa kepada trauma seumur hidup.
3. Sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali menjadi mangsa gangguan seksual, jangan
berdiam diri. Minta bantuan daripada guru dan keluarga untuk membuat laporan kepada pihak
berkuasa, terutama Polis DiRaja Malaysia. Kita semua boleh berperanan untuk menghentikan
gangguan seksual dan membina masyarakat yang selamat dan adil. Sehubungan dengan itu, mari
bersama-sama melindungi hak asasi setiap individu. Hentikan gangguan seksual!
TERIMA KASIH