Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Disediakan oleh: Cikgu Rosliza ( Penyelaras Bahasa Melayu T3, 2024)

TEKS PENGACARA BAHAS ALA PARLIMEN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Selamat sejahtera, selamat pagi,


Yang Arif lagi bijaksana barisan Panel Hakim, pihak penjaga masa, peserta perbahasan,
hadirin dan hadirat yang dimuliakan sekalian.

Sidang dewan akan dimulakan sebentar sahaja lagi.

Sebelum itu, sebagai speaker dewan izinkan saya memperkenalkan ahli-ahli dewan yang
akan mengambil bahagian dalam perbahasan usul, pegawai-pegawai dewan dan para
hakim. Seterusnya, saya akan menggariskan beberapa peraturan asas perjalanan
persidangan agar sesi perbahasan usul pada pagi ini dapat dikendalikan sebaik mungkin.

Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai parlimen dan pemerhati sekalian

Persidangan ini dikenali sebagai Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen MRSM
Balik Pulau. Mohon kerjasama ahli-ahli Yang Berhormat dan pemerhati sidang mematuhi
segala peraturan persidangan. Selaku speaker dewan, saya mempunyai kuasa untuk
memberi sebarangan arahan yang dikira perlu bagi memastikan kelancaran persidangan.

Hanya tiga orang ahli Yang Berhormat kerajaan dan Yang Berhormat pembangkang akan
mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
terlebih dahulu akan mengemukakan usul dan satu hujah. Yang Berhormat Ketua
Pembangkang akan membahaskan usul berkenaan juga dengan satu hujah sahaja.
Pembahas kedua kerajaan dan pembangkang akan mengutarakan dua hujah, manakala
pembahas ketiga hanya perlu membidas hujah pasukan lawan.

Pembahas simpanan dibenarkan berada di sebelah belakang pembahas yang mengambil


bahagian untuk mencatat nota dan memberikan bantuan hujah yang diperlukan, tetapi
hendaklah dilakukan secara senyap.

Masa untuk berhujah bagi setiap pembahas ialah 8 minit sahaja. Apabila pembahas telah
bersedia untuk memulakan hujah, loceng akan dibunyikan sebanyak sekali (Q: penjaga
masa menekan loceng sekali).

Setelah seminit, loceng akan dibunyikan sekali lagi (Q: penjaga masa menekan loceng sekali)
menandakan bahawa izin laluan dibenarkan hinggalah ke minit yang ke-7 apabila tempoh
izin laluan tamat.

Loceng dibunyikan sekali (Q: penjaga masa menekan loceng sekali) menandakan pembahas
mempunyai baki masa seminit untuk menamatkan hujahan.

Apabila loceng dibunyikan sebanyak dua kali (Q: penjaga masa menekan loceng 2 kali)
segala perbahasan Yang Berhormat selepas waktu berkenaan tidak akan diambil kira untuk
penghakiman.
Disediakan oleh: Cikgu Rosliza ( Penyelaras Bahasa Melayu T3, 2024)

Usai ketiga-tiga Yang Berhormat kerajaan dan pembangkang berhujah, ucapan


penggulungan akan dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Bagi meneliti dan menyediakan
hujah, dewan membenarkan perbincangan sesama anggota pasukan dilakukan di tempat
masing-masing sebelum wakil pasukan dijemput membuat penggulungan. Hanya empat
minit sahaja diperuntukkan bagi setiap pembahas penggulungan. Loceng dibunyikan pada
minit ketiga sebagai peringatan, manakala loceng dibunyikan dua kali pada minit keempat
menandakan masa penggulungan telah tamat.

Sebelum memulakan sesi persidangan, dewan ingin mengingatkan bahawa sebarang isu
sensitif yang menyentuh agama, kaum dan peribadi adalah dilarang. Penggunaan ayat al-
Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah juga adalah dilarang sama sekali. Peraturan-
peraturan lain seperti yang telah dimaklumkan lebih awal, termasuk kaedah izin laluan,
adalah berkuat kuasa.

Sekarang, tibalah masanya saya memperkenalkan ahli-ahli Yang Berhormat kepada sidang
dewan.

Pasukan kerajaan dari MRSM ___________________( nama sekolah) ________ diwakili


oleh:

1. Yang Amat Berhormat _____________(nama peserta)________ selaku Perdana Menteri

2. Yang Berhormat __________________(nama peserta)_____________ Timbalan


Perdana Menteri

3. Yang Berhormat __________________(nama peserta)_____________ Menteri Kedua

4. Yang Berhormat ___________________( nama peserta )________ Menteri Ketiga

Pasukan pembangkang dari MRSM________________( nama sekolah)_______ dibarisi oleh:

1. Yang Berhormat __________________( nama peserta )________ selaku Ketua


Pembangkang

2. Yang Berhormat __________________( nama peserta )__________ Timbalan Ketua


Pembangkang

3. Yang Berhormat ___________________( nama peserta )_________ Pembangkang


Kedua

4. Yang Berhormat ___________________( nama peserta )_________ Pembangkang


Ketiga
Disediakan oleh: Cikgu Rosliza ( Penyelaras Bahasa Melayu T3, 2024)

Panel hakim yang akan mengadili sesi perbahasan ialah:

1. Yang Arif, Tuan / Puan ________________________________ selaku Ketua Hakim

2. Yang Arif, Tuan / Puan ________________________________, dan

3. Yang Arif, Tuan / Puan ________________________________.

Dengan kuasa yang diberikan kepada saya, maka saya mengisytiharkan sidang dewan
bermula.

(Q: pastikan keadaan tenteram untuk memulakan perbahasan)

Pihak dewan dengan sukacitanya mempersilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi
menegemukakan usul dan hujah beliau. Dipersilakan.

***************************************************************************

(Q: usai hujahan pembahas pertama kerajaan)

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Seterusnya dewan menjemput Yang Berhormat Ketua Pembangkang untuk membahaskan


usul berkenaan. Dipersilakan.

***************************************************************************
(Q: loceng terakhir ditekan oleh penjaga masa)
(Q: setelah pembahas pertama pembangkang duduk semula)

Terima kasih Yang Berhormat. Demikian tadi hujah ketua pembangkang bagi menolak usul
kerajaan.
Dewan mengucapkan terima kasih.

Persidangan diteruskan dengan hujah kerajaan. Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri
dipersilakan.

***************************************************************************
(Q: loceng terakhir ditekan oleh penjaga masa)
(Q: setelah pembahas kedua kerajaan duduk semula)
Disediakan oleh: Cikgu Rosliza ( Penyelaras Bahasa Melayu T3, 2024)

Terima kasih atas hujahan Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Terima kasih juga
kepada semua ahli dewan dan pemerhati. Kini, dewan menjemput pula Yang Berhormat
Timbalan Ketua Pembangkang untuk menyanggah usul kerajaan. Dipersilakan.

***************************************************************************
(Q: loceng terakhir ditekan oleh penjaga masa)
(Q: setelah pembahas kedua pembangkang duduk semula)

Demikian hujah bernas Yang Berhormat Pembangkang Kedua. Sidang dewan dihangatkan
lagi dengan menjemput Yang Berhormat Menteri Kedua. Silakan Yang Berhormat.

***************************************************************************
(Q: loceng terakhir ditekan oleh penjaga masa)
(Q: setelah pembahas kedua kerajaan duduk semula)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kedua. Bahagian pertama sesi perbahasan usul
disudahi dengan hujah Yang Berhormat Pembangkang Kedua. Dipersilakan.

***************************************************************************
(Q: loceng terakhir ditekan oleh penjaga masa)
(Q: setelah pembahas pembangkang kedua duduk semula)

Dengan berakhirnya hujah Yang Berhormat Pembangkang Kedua, bahagian pertama


perbahasan usul ditamatkan. Terima kasih Yang Berhormat Pembangkang Kedua.

Sekarang, majlis berhenti rehat selama tiga minit bagi memberi peluang kepada kedua-dua
pasukan kerajaan dan pembangkang bagi menyediakan hujah-hujah penggulungan. Masa
tiga minit dikira bermula dari sekarang.

(Q: penjaga masa menekan loceng sekali)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Q: Tempoh 3 minit berakhir. Penjaga masa menekan loceng 2 kali)

Terima kasih atas kesabaran sidang dewan. Dewan memohon perhatian sekalian ahli dewan
dan pemerhati untuk kembali menumpukan perhatian kepada hujah-hujah penggulungan
bagi kedua-dua pihak.

Jangka masa penggulungan ialah selama 4 minit sahaja. Pihak pembangkang akan berhujah
terlebih dahulu sebelum pihak kerajaan.

Dewan dengan sukacitanya menjemput pihak pembangkang mengemukakan hujah-hujah


penggulungan. Dipersilakan.
Disediakan oleh: Cikgu Rosliza ( Penyelaras Bahasa Melayu T3, 2024)

***************************************************************************
(Q: loceng terakhir ditekan oleh penjaga masa)
(Q: setelah pembahas penggulungan pembangkang duduk semula)

kasih Yang Berhormat (Ketua) / Pembangkang Kedua (pilihan) atas hujah penggulungan
sebentar tadi.
Kini tibalah giliran pihak kerajaan menyampaikan hujah-hujah penggulung bagi
mengukuhkan usul yang dibentangkan. Yang (Amat) Berhormat (Perdana) / Menteri (Kedua)
(pilihan) dipersilakan.

***************************************************************************
(Q: loceng terakhir ditekan oleh penjaga masa)
(Q: setelah pembahas penggulungan kerajaan duduk semula)

Terima kasih Yang Berhormat (Ketua) /Pembangkang (Kedua).


Dengan itu berakhirlah kedua-dua bahagian perbahasan usul pada persidangan kali ini.
Dewan sekali lagi berhenti rehat bagi memberi masa kepada Yang Arif Ketua Hakim bersama
dua orang hakim yang lain memuktamadkan keputusan sama ada Dewan menerima atau
menolak usul yang dikemukakan.

Hadirin dipohon tidak berganjak ke mana-mana. Dewan berhenti rehat...

(Q: setelah ketua hakim menyerahkan keputusan muktamad)

Terima kasih Yang Arif Ketua Hakim. Terima kasih juga kepada hakim-hakim yang lain,
pegawai dewan, ahli-ahli Yang Berhormat, dan seterusnya pemerhati persidangan.

Kini, keputusan sudah berada di tangan saya.

(Q: berhenti sejenak untuk mewujudkan suasana saspens)

Dengan kuasa yang diperuntukkan kepada saya sebagai speaker dewan, maka dengan ini
diisytiharkan bahawa usul yang dibentangkan telah diterima / ditolak.

Tahniah kepada pasukan pembahas (kerajaan / pembangkang) dari MRSM


_______________________

Pembahas terbaik ialah Yang Berhormat kerajaan / pembangkang pertama / kedua / ketiga,
Saudara / Saudari _______________________________ dari MRSM
_________________________________.

Tahniah kepada pemenang. Pasukan lawan teruslah berusaha untuk pertandingan pada
tahun hadapan.

Saya akhiri majlis dengan lafaz (Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh)

You might also like