Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

__________________________________________________

PENGELOLAAN KEJOHANAN KRIKET


BAWAH 12 DAN 18 TAHUN
PERINGKAT DAERAH KULIM BANDAR BAHARU 2023
__________________________________________________

TARIKH :
26 & 27 JUN 2023

TEMPAT :
PADANG SK LABU BESAR

ANJURAN :
SK LABU BESAR

DENGAN KERJASAMA :
SK JALAN PAYA BESAR
1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokurikulum yang telah dirancang dalam takwim Unit
Sukan DKBB. Pertandingan ini disertai oleh pelajar-pelajar sekolah rendah daerah Kulim
mengikut kategori umur lelaki 12 dan 18 tahun ke bawah. Setiap pasukan menyenaraikan
lima belas orang pemain termasuk empat orang pemain simpanan.
Pertandingan ini akan diadakan di padang SK Labu Besar. Aktiviti ini diadakan
selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan di samping untuk memenuhi kehendak Falsafah
Pendidikan Negara yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokurikulum.

2.0 MATLAMAT

Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental
setiap peserta. Kejohanan yang diadakan ini juga menerapkan sifat kerjasama dalam setiap
peserta supaya ia dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Kejohanan ini
juga dapat memberikan peluang kepada setiap pasukan untuk merancang strategi bagi
memperoleh sesuatu kejayaan.
Selain itu, pelajar-pelajar yang berbakat dalam bidang sukan khasnya sukan Kriket
akan dapat menonjolkan bakat mereka dalam kejohanan ini. Kejohanan ini juga akan dapat
memberikan peluang kepada setiap sekolah bagi menyediakan pasukan kriket untuk
pertandingan peringkat negeri.

3.0 OBJEKTIF

 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah


pertandingan.
 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri
dalam sesebuah pasukan.
 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam
sesebuah pasukan.
 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang
memerlukan daya ketahanan fizikal yang tinggi.
 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang
bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam sesebuah pasukan.
 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
 Mengumpulkan pemain pemain terbaik bagi mewakili daerah Kulim untuk menyertai
Pertandingan Kriket Peringkat Negeri Kedah 2023

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah pada 26 dan 27 Jun 2023


4.2 Dilaksanakan selama 2 hari
4.3 Masa pelaksanaan 8.00 pagi hingga pukul 12.00 tengahari.
4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1
5.0 TEMPAT

Padang Sekolah Kebangsaan Labu Besar

6.0 PERASMIAN/PENUTUP

Program Kejohanan Kriket Bawah 12 dan 18 tahun ini akan dirasmikan/penutup oleh
Guru Besar SKLB.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

Jumlah pasukan : 2 pasukan sekolah menengah dan 2 sekolah rendah

8.0 YURAN PENYERTAAN

Setiap pasukan yang mengambil bahagian akan dikenakan yuran penyertaan


sebanyak RM 150.00

9.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN


Penaung : PPD Kulim Bandar Baharu
Pengerusi Pengelola : SK Labu Besar
Naib Pengelola : SK Jalan Paya Besar
Pengerusi Teknik : En. Shamsul Azrul bin Saari

JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi Program : Pn. Nur Azima binti Ya’acob
Naib Pengerusi : Pn. Wan Nurhaslinda binti Wan Marzuki
Setiausaha : Pn. Noor Azlinda binti Abdullah
Bendahari : Pn. Norul Fazlin binti Zainal Karib
Pengerusi Majlis : En. Mohd Asri bin Isma'ail

AHLI JAWATANKUASA
AJK Pendaftaran & Pencatat : En. Azizul Rahim bin Ismail
AJK Minuman : En. Faizal bin Hashim
AJK Piala & Medal : Pn. Masita binti Ismail
AJK Pertandingan : En. Mohd Noor Safwan bin Md Noor
AJK Keselamatan & Disiplin : Semua Guru Penasihat Kelab Kriket SKLB
AJK Kebajikan : Semua Guru Penasihat Kelab Kriket SKLB
AJK Pengurusan/Persiapan Padang : En. Shamsul Azrul bin Saari
9.0 ANGGARAN BELANJAWAN
9.1 Lampiran A
9.2 Lebihan duit yuran penyertaan akan digunakan untuk latihan pusat pada 16, 17, 18
dan 20 Julai 2023 (MSSK)

10.0 FORMAT PERTANDINGAN


Lampiran B

11.0 PENUTUP

Diharap program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif program ini tercapai.
Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai. Sekian, terima
kasih.

Disediakan oleh,

____________________________
(EN SHAMSUL AZRUL BIN SAARI)
Penyelaras Pertandingan

Disemak oleh,

___________________________________
(PN WAN NURHASLINDA BINTI WAN MAZUKI)
PK Kokurikulum
SK Labu Besar

Disahkan oleh,

____________________________________
(PN NUR AZIMA BINTI YA’ACOB)
Guru Besar
SK Labu Besar
LAMPIRAN A

ANGGARAN BELANJAWAN:
i) Yuran Penyertaan : RM 600.00

ANGGARAN PERBELANJAAN:

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH


Hadiah
 Medal 60 RM 5.00 RM 300.00

Banner 1 RM 45.00 RM 45.00


Minuman 2 tong Sumbangan Percuma
2 kotak Sumbangan

B Bola 4 biji RM 24.50 RM 98.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 443.00

ii) Baki RM 157 akan digunakan untuk latihan pusat


LAMPIRAN B

ANGGARAN BELANJAWAN LATIHAN PUSAT SELAMA 3 HARI :


TARIKH : 16, 17 DAN 18 JULAI 2023
TEMPAT : PADANG SK. LABU BESAR

i) Baki Yuran Penyertaan RM 157.00

ANGGARAN PERBELANJAAN:

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH


1. Air Minuman 3 tong RM 20.00 RM 60.00

2. Ais 3 beg RM 3.50 RM 10.50


3. Pisang 8 kilo RM 3.50 RM 28.00
4. Roti 90 RM 0.65 RM 58.50
JUMLAH BESAR RM 157.00

You might also like