Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)


Sekolah Kebangsaan Pahi,
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai,
18000 Kuala Krai, Kelantan.
Talian Am : 011-6573 4199
E-mel : DBA7391@moe.gov.my
_______________________________________________________________________
Ruj. Kami : SKP.100-13/1/4 ( )
Tarikh : 04 Jun 2024
26 Zulkaedah 1445H

Semua Ibu Bapa Dan Penjaga Murid


Sekolah Kebangsaan Pahi

Tuan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK PAHI KALI KE-46 TAHUN 2024

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Pahi akan
mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-46 Tahun 2024 seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 12 Jun 2024 (Rabu)


Masa : 1.45 Tengah Hari
Tempat : Dewan SK Pahi

3. Jawatankuasa PIBG juga telah memutuskan untuk mendapatkan sumbangan ikhlas daripada pihak tuan/puan
bagi mengisi tabung derma kilat PIBG ketika hari mesyuarat agung. Selain itu, pihak sekolah juga telah sertakan
borang usul untuk diisi oleh pihak ibu bapa jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan. Usul ini perlu dihantar pada
hari Ahad 09 Jun 2024 kepada guru kelas masing-masing.

4. Segala kerjasama dan kehadiran pihak tuan/puan amatlah kami hargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

_______________________________
(Nur Haryani Binti Mohamad Noor)
Yang Dipertua PIBG,
Sekolah Kebangsaan Pahi

-------------------------------------------- potong di sini -------------------------------------------------------------


Kepada : Bendahari PIBG SK Pahi

SUMBANGAN TABUNG DERMA KILAT PIBG SK PAHI 2024

Bersama-sama ini saya ......................................................................................... ibu/bapa/penjaga kepada


....................................................................... Darjah ................................ menyumbang sebanyak RM ......... untuk
tabung di atas.
Sekian, terima kasih.

.....................................................
( )

You might also like