Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

P E R I N G K A T

SEKOLAH KEBANGSAAN
HAJI MAHMUD

TARIKH

16 MEI 202X

MASA

08.00 PAGI – 12.30 TENGAH HARI

TEMPAT

DEWAN CIKGU GRAFIK


KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT


1 Kata Alu-aluan YDP PIBG SKHMC 2
2 Kata Alu-aluan Guru Besar SKHMC 3
3 Atur cara Majlis 4
4 Agenda Mesyuarat 5
5 Carta Organisasi PIBG 2023/2024 6
6 Jawatankuasa Kerja Mesyuarat 7-8
Agung Tahunan PIBG
7 Notis Mesyuarat Agung Tahunan 9
PIBG Kali ke-49
8 Minit Mesyuarat Agung Tahunan 10-13
PIBG Kali ke-48/2023
9 Laporan Kewangan PIBG 2023 14-15
10 Usul Mesyuarat Agung Tahunan 16-19
PIBG Kali ke-49
11 Aktiviti dan Sumbangan PIBG 20
2023/2024
12 Sekalung Penghargaan 21
K ATA A L U – A L U A N YA N G D I P E R T U A P I B G
SK HAJI MAHMUD, CHEMOR.

Assalamualaikum wbt.
Salam Sejahtera.

Yang Berusaha,
En. Ibrahim bin Puteh, Guru Besar SK Haji Mahmud,
Pn. Noor Adzlyin binti Abu Bakar, PK Pentadbiran,
En. Mohd Nasir bin Mohd Nafiah, PK Hal Ehwal Murid,
Pn. Zety Akhzam binti Zahari, PK Kokurikulum,
Pn. Noor Maslina binti Ismail, PK Petang,
Yang dihormati barisan guru-guru dan ibu bapa sekalian.

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana kita dapat menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-49
pada sesi 2024/2025 ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua ibu bapa yang
dapat meluangkan masa untuk hadir pada hari ini.

Pertama sekali, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan syabas kepada semua AJK PIBG sesi 2024/2025 kerana berjaya menganjurkan
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG pada tahun ini walaupun dalam kesibukan pelbagai tugas hakiki yang lain.
Sesungguhnya, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa
bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi kecemerlangan
sekolah sama ada dalam bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum.

Tuan puan yang dihormati sekalian,

Sebagai seorang Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK PIBG telah berusaha untuk menjalankan tugas
yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala tindakan yang dilakukan, kami sentiasa
memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan ingin sentiasa memberikan yang terbaik walaupun
kadang kala berdepan dengan kesukaran terutamanya masalah kewangan. Sumbangan PIBG yang telah
diberikan oleh tuan puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu membiayai program-
program sekolah demi meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini.
Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah memberikan
sumbangan secara material, idea mahupun tenaga kepada kemajuan PIBG sekolah ini. Hal ini
memudahkan pelbagai program sekolah dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya demi pembelajaran
anak-anak.

Tuan puan yang dihormati sekalian,

Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan yang diberikan daripada pihak ibu bapa.
Sumbangan tersebut bukan semata-mata berbentuk wang ringgit tetapi kerjasama daripada ibu bapa
untuk memastikan anak-anak sentiasa hadir ke sekolah juga. Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa
itulah yang lebih utama sebagai kunci kejayaan anak-anak. Oleh itu, saya menyeru agar ibu bapa turut
membantu anak-anak dalam proses pembelajaran dan pembinaan akhlak terpuji mereka.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama
yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan SK Haji Mahmud terus melakar kejayaan dan
barisan AJK PIBG dapat memacu langkah serta usaha dengan lebih gigih bagi membantu pihak sekolah
sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga.

Sekian, terima kasih.

2
K ATA A L U – A L U A N G U R U B E S A R
SK HAJI MAHMUD, CHEMOR.

Assalamualaikum wbt.
Salam Sejahtera.

Yang berusaha,
En. Mohamed Faizal bin Zainol, YDP PIBG SK Haji Mahmud,
Barisan AJK PIBG.
Yang dihormati,
Pn. Noor Adzlyin binti Abu Bakar, PK Pentadbiran,
En. Mohd Nasir bin Mohd Nafiah, PK Hal Ehwal Murid,
Pn. Zety Akhzam binti Zahari, PK Kokurikulum,
Pn. Noor Maslina binti Ismail, PK Petang,
barisan guru-guru dan ibu bapa sekalian.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin – Nya kita dapat berkumpul sempena
Mesyuarat Agung PIBG sesi 2024/2025. Alhamdulillah masa telah berlalu begitu pantas tanpa kita
sedari. Banyak kejayaan dan kecemrlangan yang telah tercipta samada dalam bidang akademik dan
kokurikulum. Kejayaan ini menggambarkan usaha guru – guru yang tidak pernah berputus asa dalam
mendidik anak – anak. Kejayaan yang di kecapi ini juga melambangkan kerjasama erat yang terjalin
kukuh antara guru dan ibu bapa.
Dalam usaha untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG sentiasa menyokong pihak sekolah
bagi mengadakan pelbagai aktiviti. Pihak PIBG juga banyak memberi sumbangan dalam bentuk
kewangan untuk pelbagai aktiviti sekolah serta memberi hadiah kecemerlangan bagi anak – anak yang
mencapai kejayaan. Sumbangan yan di sampaikan oleh pihak PIBG bagi menjayakan semua aktiviti
adalah hasil sumbangan daripada semua ibu bapa kepada tabung PIBG. Justeru saya amat berterima
kasih dan berharap agar ibu bapa agar tidak jemu untuk menyumbang kepada tabung PIBG agar kita
dapat menjana dan merangka pelbagai aktiviti yang dapat menyokong kejayaan anak – anak kita.
Kecemerlangan yang di tempa oleh sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada guru
yang hebat mengajar, pihak pentadbir yang mengurus sekolah malah, perlu seiring dengan komitmen
daripada ibu bapa. Kita tidak boleh menyerahkan bulat – bulat urusan mendidik anak – anak kepada
pihak sekolah, tetapi memerlukan usahasama yang jitu daripada ibu bapa. Bentuklah anak biar dari
rebungnya. Marilah kita bersama – sama menjadi contoh terbaik kepada anak kita, berpesan kepada
mereka, agar menjaga tingkahlaku di sekolah, menghormati guru, memberi perhatian di dalam kelas,
menjaga harta benda sekolah agar terpelihara. Anak – anak adalah tunggak masa hadapan negara.
Oleh itu, sempena mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan
musyawwarah bagi menyelesaikan pelbagai perkara yang timbul. Masalah disiplin dan ponteng sekolah
juga perlu di tangani bersama agar murid dapat menimba ilmu dengan lebih optimum justeru dapat
membentuk generasi yang hebat.
Akhir kata, saya mewakili guru-guru SK Haji Mahmud, merakamkan jutaan tahniah dan terima
kasih kepada semua ibu bapa dan waris yang hadir dalam mesyuarat ini. Ini membuktikan bahawa anda
semua adalah ibu bapa dan waris yang hebat dan terbaik demi kecemerlangan anak-anak, khususnya
kecemerlangan SK Haji Mahmud. Terima kasih dan tahniah kepada barisan ahli jawatankuasa PIBG yang
bertungkus lumus dalam menjayakan mesyuarat kita pada hari ini. Semoga mesyuarat ini memberi
manfaat dan membawa kebaikan kepada sekolah dan komuniti kita.

Sekian, terima kasih.

3
AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG 2023/2024

1. Gotong-royong Madani SKHMC 2023/2024.

2. Program Merentas Desa 2023/2024.

3. Kejohanan Sukan Tahunan 2023.

4. Jualan Amal PIBG 2023.

5. Perkhemahan Unit Beruniform 2023/2024 –


menguruskan aktiviti BBQ.

6. Program Ziarah Hormat ke Pejabat YAB Ahli Parlimen


Tambun dan YB ADUN Manjoi.

7. Program Kongsi Rezeki Fasa 1.0 dan Fasa 2.0 2024.

8. Hari Pertama Sesi Persekolahan 2024/2025

9. Projek Maskot Rasmi SKHMC, Helper Tiger.

10. Projek Logo Rasmi PIBG dan KSIB.

11. Projek Kipas Dinding PIBG untuk Dewan Seri Warisan.

12. Gotong-royong SKHMC&PIBG 2024.

20
PENGHARGAAN
Sekalung penghargaan diucapkan kepada:-

YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Ahli Parlimen Tambun


merangkap Perdana Menteri Malaysia,

Puan Juliana binti Ali, Wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kinta


Utara merangkap Pegawai Sisc+ Sains Sosial,

En. Mohamed Faizal bin Zainol, Yang Dipertua PIBG SKHMC,

En. Ibrahim bin Puteh, Penasihat PIBG SKHMC,

Barisan Penolong Kanan SKHMC,


Barisan AJK PIBG SKHMC sesi 2023/2024,
Barisan Pendidik SKHMC,
Semua Ibu bapa/Penjaga Murid SKHMC
dan
Semua pihak yang bermurah hati memberikan sumbangan secara
langsung atau tidak langsung untuk menjayakan Mesyuarat
Agung Tahunan PIBG kali ke-49 sesi 2024/2025 ini.

21

You might also like