Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

(Berdasarkan Kitaran – PERHATI- REFLEKSI-RANCANG- TINDAKAN)

MEMBUAT PEMERHATIAN
[Kitaran 1 (a)]

Perhatikan isu dalam bilik darjah dan perihalkan apa yang berlaku.

Hasil pemerhatian saya semasa mengajar di kelas 1 Cerdik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya
dapati bahawa 2 daripada 31 orang murid saya tidak dapat mengenal huruf besar /V/ /W/ /X/ dan /Y/. Hal
ini dapat ditunjukkan melalui pemerhatian saya daripada hasil semakan lembaran kerja murid dan menerusi
pentaksiran secara lisan iaitu menyebut huruf yang ditunjukkan oleh guru.

REFLEKSI
[Kitaran 1 (b) ]

Hasil daripada semakan lembaran kerja dan menerusi soal jawab di dalam kelas saya mengajar terdapat
dua orang murid saya yang tidak dapat mengenal huruf besar /V/ /W/ /X/ dan /Y/.

Berikut merupakan analisis yang mengandungi kesalahan yang dikesan semasa murid menyebut dan
menulis huruf besar.
Contoh:
i. Saya meminta murid untuk mengeja suku kata ‘van’, namun mereka menyebut ‘kereta’. Hal ini
terjadi apabila mereka tidak mengenal huruf /v/ dan hanya melihat berpandukan kepada gambar
yang ditunjukkan.
ii. Melalui semakan lembaran kerja, saya dapati murid mengalami masalah dalam melengkapkan
perkataan berdasarkan gambar. Murid tidak dapat menulis huruf bagi melengkapkan perkataan
kerana keliru dengan bentuk huruf yang hampir sama.

1
Masalah ini berlaku dalam kalangan dua orang murid ini kerana mereka tidak dapat mengenal huruf
dengan baik. Mereka menghadapi masalah dalam menyebut huruf. Mereka keliru dengan bentuk huruf
yang hampir sama iaitu huruf besar /V/ /W/ /X/ dan /Y/. Selain itu, masalah ini berlaku disebabkan murid
kerap tidak hadir ke sekolah.

Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana cara pengajaran saya yang kurang menarik. Saya
dapati murid kurang berminat untuk membaca huruf dan cepat bosan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.

Daripada refleksi di atas, didapati bahawa murid saya tidak dapat menguasai kemahiran menyebut dan
menulis akibat daripada mereka menghadapi masalah dalam mengenal huruf dengan baik terutamanya
huruf yang mempunyai bentuk yang hampir sama.

Jika masalah ini tidak ditangani dari awal ia akan menjadi lebih teruk, murid akan mengalami masalah
dalam kemahiran membaca perkataan seterusnya ayat serta kemahiran menulis. Kemahiran menulis
merupakan salah satu kemahiran yang amat ditekankan dalam Bahasa Melayu ia akan menjejaskan prestasi
murid semasa pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Tindakan membantu murid dalam masalah ini
perlu dilaksanakan bagi mengelakkan murid menghadapi kesulitan dalam mengenal huruf.

Bagi mengatasi masalah ini, saya telah membuat perancangan dengan mengaplikasikan teknik
pembelajaran menggunakkan Kit TAWAGU bagi kemahiran mengenal huruf. Terdapat lima aktiviti dalam
penggunaan Kit TAWAGU iaitu Slaid Interaktif TAWAGU, Susun Kapas, Rumah Huruf, Huruf
Tersembunyi dan akhir sekali Gores Saya. Aktiviti pertama ialah Slaid Interaktif TAWAGU. Aktiviti ini
berfokuskan kepada kemahiran menyebut huruf berdasarkan gambar dengan platform digital. Murid akan
diberikan serta ditayangkan dengan menggunakan komputer riba. Aktiviti kedua ialah susun kapas melalui
Kit TAWAGU. Murid menyusun kapas di papan huruf melalui Kit TAWAGU. Murid akan dibekalkan
kapas untuk disusun di atas papan huruf. Murid dikehendaki untuk menyebut huruf hasil daripada susunan
kapas. Kemudian, murid perlu mewarnakan huruf dalam perkataan. Aktiviti ketiga ialah rumah huruf iaitu
murid perlu mengkategorikan pelekat huruf yang telah disediakan oleh pengkaji ke rumah huruf masing-
masing. Aktiviti keempat ialah aktiviti huruf tersembunyi. Murid mencari dan mewarnakan huruf melalui
Kit TAWAGU. Dalam aktiviti ini, murid dibekalkan dengan satu helai kertas yang mewakili huruf /V/
/W/ /X/ dan /Y/ dan di dalam gambar tersebut terdapat banyak huruf yang lain. Oleh itu, murid perlu

2
mencari huruf dan mewarnakan huruf sehingga membentuk satu huruf yang bersaiz besar. Aktiviti yang
terakhir dalam Kit TAWAGU ialah gores saya. Murid dikehendaki menulis huruf yang telah dilakukan
sepanjang tindakan 1 hingga 4. Murid juga harus menulis huruf tersebut hingga memenuhi ruang kertas
goresan sambil menyebut huruf /V/ /W/ /X/ dan /Y/.

You might also like