Modul Soalan Sejarah

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 28

MODUL SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL 1

Tema 1 : Masyarakat

Soalan 1: Bandingkan ciri-ciri masyarakat feudal di England dan Jepun pada abad ke-16 hingga abad
ke-17.

Pendahuluan:
- Masyarakat feudal merupakan masyarakat berhierarki yang mempunyai susun lapis tersendiri. Dalam
masyarakat feudal, kedudukan, kuasa dan status setiap lapisan ditentukan melalui penguasaan terhadap
tanah.
- Masyarakat feudal di England dan Jepun mempunyai ciri-ciri tersendiri pada abad ke16 dan 17. Ciri-ciri
tersebut boleh dilihat dari sudut kewajipan peribadi, mobiliti sosial, golongan pahlawan, perkongsian
kuasa dan pemilikan tanah.

Isi Penting:
1 Kewajipan Peribadi
- Di England wujud hubungan peribadi antara tuan tanah atau lord dengan penyewa tanah atau vassal.
Hubungan ini berasaskan ikatan perjanjian atau kontrak. Kedua-dua pihak saling bertanggungjawab
antara satu sama lain demi kepentingan bersama. Contohnya lord memberi perlindungan manakala
vassal menawarkan perkhidmatan ketenteraan.
- Manakala di Jepun, wujud hubungan peribadi antara shogun dengan daimyo atau tuan tanah. Shogun
menyerahkan tanah kepada golongan daimyo yang setia kepadanya. Sebagai balasan, daimyo akan
membantu shogun dalam pentadbiran dan ketenteraan. Dalam hal ini kedua-dua pihak saling
bertanggungjawab terhadap kepentingan bersama iaitu satu pihak member perlindungan manakala satu
pihak lagi menawarkan perkhdimatan
2 Mobiliti sosial
- Sistem sosial dalam masyarakat feudal di England berasaskan sistem kelas.
- Masyarakat feudal terdiri daripada beberapa lapisan. Seiap golongan mempunyai kedudukan ekonomi
dan politik yang berlainan. Dalam masyarakat feudal di England, mobiliti sosial tidak berlaku.
- Hal ini sama dengan apa yang berlaku Jepun, sistem sosial masyarakat berasaskan sistem kelas.
Masyarakat terdiri daripada beberapa lapisan. Setiap golongan mempunyai kedudukan ekonomi dan
politik berlainan. Perubahan status dan mobiliti sosial dalam masyarakat feudal di Jepun jarang berlaku.
3 Golongan Pahlawan
- Golongan pahlawan dalam sistem feudal England dikenali sebagai knight. Knight berkhidmat dengan
golongan bangsawan. Pahlawan di England buta huruf dan mereka hanya menawarkan perkhidmatan
dalam bidang ketenteraan dan tidak berminat dalam bidang kesenian dan intelektual. Golongan knight
ini akan diberikan ganjaran tanah atas perkhidmatan yang diberikan.
- Golongan pahlawan di Jepun dikenali sebagai samurai. Samurai berkhidmat dengan golongan
bangsawan. Samurai terikat dengan konsep bushido. Pahlawan di Jepun mempunyai minat dalam bidang
kesenian dan kesarjanaan. Pemilikan ilmu dianggap perkara mulia dalam kalangan pahlawan Jepun.
Namun demikian golongan samurai tidak mempunyai tanah.
4 Peralatan
- Sehubungan itu, dari sudut peralatan peperangan yang digunakan oleh knight dan samurai. Kedua-
duanya menggunakan kuda, pedang dan baju perisai. Baju perisai Eropah diperbuat daripada besi atau
disadur dengan besi.
- Baju perisai Jepun pula diperbuat daripada logam atau sutera atau saduran logam. Knight amat
memerlukan bantuan untuk menaiki kuda kerana baju perisai yang erat, sedangkan samurai tidak
memerlukan bantuan.
5 Pemilikan Tanah
- Dari sudut pemilikan tanah pula, pada zaman pertengahan di England masyarakatnya bergantung kepada
tanah untuk menjalankan kegiatan ekonomi. Golongan pemerintah memberi anugerah tanah kepada
golongan bangsawan. Menjelang abad ke-16 dan 17, perubahan dalam sistem ekonomi menyebabkan
masyarakat tidak bergantung kepada tanah.
- Di Jepun pula, pada zaman Keshogunan Tokugawa, wilayah diserahkan kepada daimyo yang setia
kepada Shogun. Shogun memberikan tanah kepada tuan tanah atau daimyo yang setia kepadanya. Tuan
tanah yang setia akan mengawasi gerak geri daimyo yang diragui kesetiaannya. Shogun melantik
pegawai-pegawai untuk mentadir dan menguruskan tanah miliknya.
Kesimpulan:
- Masyarakat feudal di England dan jepun mempunyai ciri-ciri yang sama dan berbeza.
- Masyarakat bagi kedua-dua negara saling bergantungan antara satu sama lain

Soalan 2: Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 hingga abad ke-17.

Pendahuluan:
- Masyarakat agraria adalah masyarakat yang menjalankan aktiviti pertanian termasuklah bercucuk tanam,
menternak binatang, memungut hasil hutan dan menangkap ikan.
- Kawasan penempatan adalah tertumpu di kawasan sekitar lembah-lembah sungai, kawasan berbukit serta
kawasan yang mempunyai saliran yang baik.
- Ciri-ciri masyarakat agraria dapat dilihat melalui kegiatan ekonomi, petempatan, kaedah memelihara
kesuburan tanah, pengetahuan dalam sistem pengairan, dan peningkatan teknologi pertanian.

Isi Penting
1 Kegiatan ekonomi
- Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian. Aktiviti pertanian yang diusahakan terdiri daripada pelbagai
jenis tanaman, antaranya sayur- sayuran, dan bijirin.
- Pada peringkat awal barli merupakan tanaman utama tetapi merosot pada abad ke-17 dan peranannya
diambil alih oleh tanaman gandum.
- Masyarakat Belanda juga menjalankan kegiatan penternakan secara meluas. Antara ternakan yang
dijalankan ialah lembu dan kambing. Mereka juga mengusahakan perusahaan tenusu iaitu menghasilkan
susu, mentega dan keju. Kawasan tenusu utama ialah di utara Amsterdam dan di wilayah Waterland.
Hasil tenusu Belanda juga banyak dieksport ke kawasan selatan.
- Hasil sayur-sayuran yang diusahakan seperti bawang, biji kol, ketumbar, lobak dan teasel. Hasil bijirin
pula seperti barli, gandum dan oat. Hasil tanaman berlebihan akan dijual.
- Tanaman bukan makanan pula terdiri daripada tanaman dagang seperti hemp, biji kol, dan mader.
- Oleh yang demikian, aktiviti pertanian dapat dijalankan secara ekstensif berikutan berlakunya
peningkatan penduduk terutamanya di kawasan bandar.
2 Petempatan
- Petempatan masyarakat agraria di Belanda terletak di kawasan pinggir pantai atau lembah sungai yang
amat subur untuk aktiviti pertanian. Sebahagian besar dari kawasan pertanian di Belanda berada di bawah
paras laut.
- Masyarakat agraria Belanda menjalankan usaha menebus guna tanah untuk menjalankan aktiviti
pertanian. Menjelang tahun 1680 tanah seluas 127 000 hektar ditebus guna untuk menjalankan aktiviti
pertanian.
- Aktiviti penambakan laut dan tebus guna tanah telah dijalankan untuk meluaskan kawasan pertanian dan
penempatan.
- Antara kawasan tanah lanar yang subur dan menjadi tumpuan penempatan masyarakat agraria di Belanda
ialah di wilayah Friesland, Zeeland, Flanders dan Utrect.
- Sehubungan dengan itu, penempatan masyarakat agraria Belanda semakin hari semakin bertambah
selaras dengan pertambahan kawasan pertanian.
3 Pembinaan Sistem Pengairan
- Masyarakat Belanda berkemahiran dalam pembinaan terusan, kolam takungan air dan tali air dengan
tujuan untuk mengairi kawasan pertanian. Mereka berkemahiran menyalurkan air dari sungai untuk
tujuan pertanian.
- Masyarakat agraria Belanda juga membina kincir angin untuk menyalurkan air daripada tanah yang
ditebusguna bagi tujuan pertanian
- Masyarakat Belanda memulakan usaha untuk menambak tanah bagi menebus guna tanah untuk tujuan
pertanian sejak tahun 1545. Pada tahun 1505 hingga 1506, muara Sungai Middelzee ditambak bagi tujuan
menebus guna tanah tersebut untuk tujuan pertanian. Menjelang pertengahan abad ke-17, sebahagian
besar tanah di wilayah Zeeland ditebus guna untuk tujuan pertanian.
- Dengan adanya sistem pengairan kawasan pertanian dapat diperluaskan dan diusahakan secara intensif.
4 Mempunyai kemahiran berkaitan kesuburan tanah dan teknologi
- Mereka mencipta pelbagai teknik dan kaedah untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian. Baja asli
digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian. Antara baja asli yang digunakan ialah najis
binatang ternakan yang diperoleh daripada kawasan ternakan.
- Antara kaedah pertanian yang dijalankan ialah menjalankan kegiatan pemugaran tanah pertanian bagi
mengekalkan kesuburan tanah. Peralatan tenggala baru telah dicipta.
- Pengenalan sistem pengiliran tanaman telah menyebabkan sistem tanah rang yang diamalkan sebelum
ini dimansuhkan.
- Kaedah penggiliran tanaman mula dipraktikkan pada abad ke-16 dan 17 bagi mengekalkan kesuburan
tanah. Antara tanaman yang digilirkan ialah menanam tanaman sengkuang dan kekacang berselang
dengan tanaman bijirin. Sistem ini dipraktikkan dengan meluas di Wilayah Wales pada tahun 1644.
Sistem ini terus diamalkan di selatan Edegem di wilayah Brabant pada tahun 1800.
- Sehubungan dengan itu, dapat dilihat masyarakat agraria Belanda sangat gigih dalam mengusahakan
kegiatan agraria dan muncul sebagai sebuah masyarakat yang maju dalam bidang pertanian.

Kesimpulan
- Masyarakat di Belanda yang mempelbagaikan jenis tanaman dan aktiviti ekonomi berserta dengan
penggunaan teknologi tinggi dan sokongan pihak pemerintah telah menjadikan masyarakatnya berjaya
meningkatkan taraf hidup.
- Seterusnya, Belanda juga terkenal sebagai sebuah negara agraria dengan hasil pertanian dan penternakan
yang berkualiti.

Soalan 3 : Bincangkan ciri-ciri kemajuan pertanian di Belanda pada abad ke-16 dan 17 Masihi.

Pendahuluan :
- Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber
kehidupan mereka. Masyarakat ini memberi keutamaan kepada aktiviti bercucuk tanam dan penternakan
sebagai sumber ekonomi mereka.
- Menjelang abad ke-16 dan17, Belanda mengalami perkembangan yang pesat dalam bidang pertanian.
Penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pertanian yang lebih maju juga telah menyebabkan Belanda
muncul sebagai pembekal hasil pertanian ke negara-negara Eropah.
- Terdapat beberapa ciri kemajuan pertanian di Belanda dalam tempoh tersebut.

Isi Penting :
1 Kegiatan Ekonomi
Pertanian
- Menjelang abad ke-16 dan17, berlaku pertambahan penduduk di kawasan bandar. Peningkatan
penduduk menyebabkan aktiviti pertanian dapat dijalankan secara ekstensif. Kegiatan pertanian yang
dijalankan termasuk penanaman sayur-sayuran, bijirin, dan tanaman dagangan. Sayur-sayuran yang
ditanam seperti bebawang, biji kol dan lobak. Bijirin yang diusahakan ialah barli, gandum dan
kekacang. Barli ditanam secara meluas di wilayah Zeeland. Gandum menjadi tanaman utama di
Belanda abad ke-17.
- Tanaman dagangan ialah hem, biji kol dan madder. Biji kol diproses untuk menghasilkan minyak dan
diusahakan di wilayah Friesland.
- Tanaman rumput seperti semanggi ditanam secara meluas di wilayah Waes untuk dijadikan makanan
binatang ternakan seperti lembu.
Hortikultur
- Pertambahan penduduk dan peningkatan taraf hidup menyebabkan munculnya pusat hortikultur di sekitar
bandar. Perkembangan bidang hortikultur meliputi penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, dan bunga-
bungaan.
- Sayur-sayuran - bawang, lobak, ketumbar, biji sawi dan parsnip. Lobak dan kubis ditanam secara
bergilir-gilir dengan sayuran lain di daerah Enkuizen. Sayuran yang dihasilkan dihantar ke Amsterdam
melalui pengangkutan air.
- Buah-buahan–pelbagai jenis buah terutama strawberi ditanam diAaslmeer dan Booskop. Dieksport k
eseluruh Eropah.
- Bunga–Penanaman bunga tulip secara meluas di sepanjang Sungai de Maas. Peningkatan harga bunga
tulip secara mendadak akibat permintaan yang tinggi.
- Hop pula ditanam dan dibekalkan ke kilang-kilang minuman keras di Amsterdam dan Rotterdam.
Industri berasaskan Pertanian
- Tekstil– Penanaman madder merangsang pertumbuhan industri tekstil. Akar tanaman ini dijadikan
serbuk pewarna dalam industri tekstil. Belanda mengeksport madder ke England untuk kegunaan industri
tekstil. Penanaman madder menyebabkan kilang-kilang tekstil didirikan di Leiden. Selain madder,
tanaman teasel digunakan dalam industri tekstil untuk menenun pakaian.
- Minuman keras–Menjelang abad ke-16 dan17, tanaman hop ditanam secara meluas. Bunga hop
digunakan dalam industri minuman keras. Antara tahun 1600-1624, terdapat 21 buah kilang minuman
keras di Amsterdam dan Rotterdam.
Penternakan
- Pada abad ke-17, aktiviti penternakan lembu dan kambing giat dijalankan di bahagian timur Belanda.
Perkembangan turut didorong oleh pertambahan penduduk yang berlaku di Belanda. Permintaan tinggi
untuk daging dan produk tenusu menyebabkan petani melibatkan diri dalam penternakan lembu.
Kegiatan ini diusahakan di wilayah Holland dan Friesland. Lembu tenusu yang diternak juga merupakan
baka yang terbaik di Eropah. Belanda merupakan pengeluar hasil tenusu seperti keju dan mentega
terbesar di dunia. Barangan ini turut dieksport ke England, Perancis dan Sepanyol.
- Penternakan kambing pula diusahakan di Pulau Texel, Wieringen, dan Pulau Grind. Kambing diternak
bagi menghasilkan bekalan keju kepada penduduk di bandar. Keju yang dihasilkan di Belanda berkualiti
tinggi dan turut dieskport keseluruh Eropah termasuk Perancis.
- Tegasnya, kemajuan ekonomi Belanda terutamanya dalam kegiatan pertanian dan penternakan telah
menyebabkan Belanda muncul sebagai pengeluar utama hasil pertanian dan penternakan di Eropah
sekitar abad ke-16 hingga17Masihi.
2 Kesuburan Tanah
- Petempatan masyarakat agraria Belanda sebenarnya terletak di Kawasan pinggir pantai yang subur dan
sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian. Antaranya Friesland, Zeeland, Flanders, dan Utre.
Tambahan pula, petani-petani Belanda mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam memelihara
kesuburan tanah. Mereka mengekalkan kesuburan tanah dengan melakukan pemugaran tanah dan
menggunakan baja asli daripada najis ternakan.
- Mereka juga mengamalkan sistem tanaman giliran untuk memelihara kesuburan tanah. Sistem tanaman
giliran ini juga penting bagi memelihara kesuburan tanah pertanian.
- Selain itu, petani Belanda turut menjalankan kegiatan menebus guna tanah bagi meluaskan Kawasan
pertanian. Hal ini demikian kerana sebahagian besar tanah pertanian yang subur berada di bawah paras
laut menyebabkan sebahagian Kawasan ditenggelami air. Usaha penambakan dibuat bagi tujuan
menebus guna tanah untuk akiviti pertanian. Antara kawasan yang telah ditebusguna ialah Pulau Zuid-
Beveland, Middlezee, Oud-Beijerland, dan New Beijerland.
- Kemahiran memelihara dan mengekalkan kesuburan tanah adalah penting bagi meningkatkan dan
menjamin pengeluaran hasil pertanian yang berterusan.
3 Peningkatan teknologi pertanian
- Menjelang abad ke-16 dan 17, berlaku kemajuan pesat dalam teknik dan kaedah pertanian di Belanda.
Antara kemajuan tersebut ialah sistem penggiliran tanaman, sistem penanaman rumput ternakan, sistem
batas, sistem penanaman deretan, dan penciptaan peralatan pertanian.
- Sistem penggiliran tanaman – Belanda merupakan perintis dalam sistem tanaman ini dengan
memansuhkan sistem tanah rang. Tanaman seperti bijirin, kekacang, ubi, jagung dan sayur-sayuran lain
akan ditanam secara bergilir-gilir pada musim tertentu di Belanda. Kaedah ini dapat mengembalikan
kesuburan tanah dan meningkatkan lagi hasil pertanian. Sistem ini dipraktikkan di kawasan lading di
Edegem dan Brabant.
- Sistem penanaman rumput ternakan – Tanaman rumput seperti turnip dan semanggi ditanam dikawasan
tanah rang selepas jagung dituai. Tanaman rumput ditanam untuk makanan haiwan ternakan seperti
lembu dan kambing.
- Sistem batas – Petani Belanda turut memperkenalkan sistem tanaman dengan membuat batas. Melalui
sistem ini, saliran yang baik dapat diwujudkan bagi memastikan tanaman tumbuh dengan subur.
Kedudukan batas juga diubah setiap tahun bagi memelihara kesuburan tanah.
- Sistem penanaman deretan – Sistem tanaman deretan ini merupakan penambahbaikan daripada
penggunaan sistem batas. Sistem ini digunakan bagi tanaman komersial seperti jagung, madder, hop dan
biji kol.
- Alatan pertanian–penciptaan peralatan seperti tenggala beroda dan mesin untuk menampi bijiran dapat
mempercepatkan kerja-kerja petani sekaligus meningkatkan lagi hasil pertanian.
- Tegasnya, peningkatan teknologi pertanian telah membawa kemajuan kepada masyarakat agraria di
Belanda.Teknologi pertanian di Belanda turut disebarkan dan memberi manfaat kepada negara-negara
lain.
4 Sistem Pengairan
- Masyarakat agraria mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam teknologi pengairan.
Masyarakat Belanda berkemahiran dalam pembinaan terusan, kolam takungan air dan tali air dengan
tujuan untuk mengairi kawasan pertanian.
- Mereka berkemahiran menyalurkan air dari sungai untuk tujuan pertanian. Dengan adanya sistem
pengairan, kawasan pertanian dapat diperluaskan dan diusahakan secara intensif. Masyarakat agraria
Belanda juga membina kincir angin untuk menyalurkan air daripada tanah yang ditebus guna bagi tujuan
pertanian.
- Oleh itu, kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang teknologi pertanian banyak memberi
manfaat kepada sektor pertanian di Belanda.

Kesimpulan
- Jelas kemajuan pertanian berkembang pesat dalam masyarakat agraria di Belanda.
- Kesannya, Belanda berkembang menjadi pembekal utama dalam hasil pertanian di Eropah pada abad ke-
16 dan 17.

Soalan 4: Huraikan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat maritim di Jepun dalam bidang ekonomi
pada abad ke-16 dan 17 Masihi.

Pendahuluan :
- Masyarakat Maritim merupakan masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan kelautan.
Kemunculan masyarakat maritim di Jepun dapat dikesan sejak abad ke 16 dan ke 17.
- Kelahiran masyarakat maritim di Jepun didorong oleh perkembangan pesat dalam aktiviti perdagangan.
- Oleh itu, kemunculan masyarakat maritim menyebabkan Jepun mengalami perkembangan pesat dalam
bidang ekonomi.

Isi Penting :
1 Penggunaan mata wang
- Hal ini kerana masyarakat maritim di Jepun menggunakan mata wang dalam aktiviti perdagangan.
Kerajaan Jepun mengimport mata wang tembaga bagi memastikan bekalan mencukupi.
- Pedagang Jepun juga membekalkan mata wang tembaga kepada Vietnam.
- Sebagai contoh, Nguyen Phuc Tran (Maharaja Vietnam) memohon untuk mendapatkan bekalan mata
wang tembaga daripada Jepun pada akhir abad ke 17.
- Kesannya, penggunaan mata wang telah melahirkan pasar dan bandar-bandar baru di Jepun.
2 Kegiatan Perdagangan luar negeri
- Jelas bahawa masyarakat maritim di Jepun terlibat dalam kegiatan perdagangan dengan dunia luar.
Pedagang Jepun telah menjalankan perdagangan dengan negara Asia Tenggara.
- Buktinya, hubungan perdagangan antara Jepun dengan Vietnam yang berkembang pesat pada abad ke
16. Jepun turut menjalin hubungan perdagangan dengan China dan Korea sejak abad ke 3.
- Kesannya, Jepun mengalami pertumbuhan yang pesat dalam bidang ekonomi.
3 Wujud persatuan dagang di Jepun
- Jelas dilihat masyarakat maritim memainkan peranan penting dalam penubuhan persatuan dagang. Orang
Belanda telah menubuhkan Persatuan Perdagangan di Kyushu pada tahun 1609. Persatuan kewangan
yang dikenali sebagai “Mujinko” turut ditubuhkan.
- Pusat pertukaran wang juga ditubuhkan di bandar-bandar besar di Jepun.
- Impaknya, perkembangan berkenaan merancakkan pertumbuhan ekonomi di Jepun
4 Pengkhususan kerja yang berlaku hasil perkembangan ekonomi.
- Hal ini kerana penduduk Jepun melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi iaitu pertukangan,
perlombongan dan perdagangan. Perkembangan ini menyebabkan muncul golongan pedagang dan
golongan artisan.
- Contohnya, golongan artisan menghasilkan tembikar dan porselin yang menarik dengan menggunakan
teknologi dari Korea.
- Tegasnya, orang Jepun juga melibatkan diri dalam industri tekstil dan menghasilkan kain sutera yang
bermutu tinggi.
5 Munculnya kelas pedagang di Jepun
- Keadaan ini disebabkan perkembangan pesat dalam sektor perdagangan. Pedagang-pedagang menikmati
kehidupan yang mewah. Menjelang abad ke 17, golongan pedagang menubuhkan syarikat bagi
mengendalikan urusan perniagaan.
- Misalnya, pedagang-pedagang Jepun turut menubuhkan “persatuan pedagang’ di kawasan bandar.
- Kesannya, golongan pedagang dapat mempertahankan hak dan kebajikan mereka.
6 Perkembangan perindustrian
- Jelas bahawa menjelang abad ke 16, sektor perindustrian mengalami perkembangan pesat. Industri yang
berkembang pesat di Jepun adalah industri tekstil, tembikar, industri kertas dan barang logam. Manakala
menjelang abad ke 17, industri tembikar, porselin dan tekstil merupakan industri penting di Jepun.
- Sebagai contoh, industri kain kapas berkembang di Kinai dan industri sutera berkembang di Fukushima.
- Kesannya, kedudukan ekonomi Jepun bertambah kukuh menerusi perkembangan perindustrian.
Kesimpulan
- Masyarakat maritim memperlihatkan sumbangan yang besar dalam pertumbuhan ekonomi di Jepun.
- Pedagang-pedagang Jepun telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-negara luar iaitu
Korea, China dan Vietnam dan memantapkan kedudukan ekonomi Jepun.

Soalan 5 : Jelaskan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 hingga 17.

Pendahuluan :
- Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan
dan kegiatan yang berkaitan dengan laut.
- Masyarakat ini mempunyai pelabuhan-pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan
perdagangan atau kegiatan kelautan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air,
tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli.
- Antara ciri masyarakat maritim ialah kegiatan ekonomi, petempatan dan teknologi.

Isi Penting :
1 Kegiatan ekonomi
- Kegiatan utama masyarakat maritim ialah aktiviti pdgn
- Masyarakat maritim membekalkan hasil tempatan kepada pedagang-pedagang asing yang singgah di
pelabuhan
- Mereka juga terlibat dalam membeli dan mengedarkan barang dagangan kepada pedagang-pedagang
asing yang singgah di pelabuhan
2 Petempatan
- Lazimnya masyarakat maritim tinggal di kawasan persisir pantai, lembah sungai dan kepulauan
- Kedudukan berhampiran dengan laut memudahkan mereka menjalankan aktiviti berkaitan dengan laut
3 Kemahiran membina kapal
- Masyarakat maritim juga mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal
- Mampu membina kapal yang besar seperti caravel yang boleh belayar di lautan luas
- Kemajuan dalam pembinaan kapal menyebabkan muncul industri pembinaan kapal di Portugal
4 Kemahiran teknologi pelayaran
- Masyarakat maritim mempunyai kemahiran dalam teknologi pelayaran
- Masyarakat maritim mempunyai kemahiran menentukan arah pelayaran dengan menggunakan kompas
magnetik dan astrolabe
- Mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu nautikal
- Putera Henry mendirikan sebuah sekolah pelayaran untuk melatih ahli pelayaran dan jurumudi di Sagres.
5 Penjelajahan dan penerokaan
- Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang terdedah kepada kegiatan penerokaan dan
penjelajahan
- Mempunyai kemahiran dalam merancang dan melancarkan ekspedisi penerokaan dan penjelajahan
- Menjelang abad ke-15M, orang Portugis melancarkan beberapa ekspedisi mencari jalan laut ke Timur –
contohnya Vasco da Gama melancarkan ekspedisi atas permintaan Raja Manuel I sekitar tahun 1497
6 Sifat ingin tahu
- Masyarakat maritim mempunyai sifat ingin tahu yang mendorong mereka melakukan penerokaan dan
penjelajahan
- Semangat ini mendorong mereka menjalankan kajian mengenai bentuk muka bumi dan iklim sesuatu
tempat
7 Semangat keterbukaan
- Masyarakat maritim memiliki semangat keterbukaan
- Sanggup mengharungi lautan luas dan belayar ke negara-negara lain
- Menjalin hubungan dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan
- Hasilnya berlaku pemindahan idea dan teknologi
- Melahirkan cerdik pandai yang dapat menghasilkan ciptaan-ciptaan baru
8 Memiliki sifat berani
- Masyarakat maritim berani hadapi cabaran
- Mempunyai kemampuan untuk hadapi pelbagai cabaran ketika belayar di lautan luas
- Contohnya Ferdinand Magellan melancarkan ekspedisi ke Timur pada tahun 1519
- Pengalaman yang diperoleh masyarakat maritim ketika di laut menjadikan mereka bangsa yang berani
9 Keupayaan menguasai laluan laut
- Mempunyai keupayaan dan kebolehan dalam menguasai jalan laut
- Mengatur langkah untuk mencari dan menguasai laluan laut ke Timur
- Mendirikan pangkalan perdagangan di Sri Lanka, Sumatera, Jawa dan Kepulauan Rempah
Kesimpulan
- Portugal adalah sebuah negara yang sangat gigih dalam mencari kemajuaan terutamanya dalam bidang
pelayaran dan perdagangan.
- Kejayaan Portugal menjadi inspirasi kepada negara Eropah yang lain bagi menikmati hasil yang sama
dinikmati oleh Portugal.

Soalan 6 : Bincangkan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke 18 dan 19 masihi.

Pendahuluan :
- Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang perindustrian. Masyarakat
ini dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran.
Masyarakat industri merupakan masyarakat yang terlibat dalam pengeluaran barangan serta
perkhidmatan dengan menggunakan mesin.
- Kemunculan masyarakat industri di Jerman bermula selepas tercetus Revolusi Perindustrian di England
pada abad ke-18. Masyarakat industri telah menggantikan masyarakat agraria yang muncul pada zaman
praindustri. Masyarakat ini terdiri daripada dua golongan, iaitu pengusaha industri dan pekerja industri.

Isi Penting :
1 Kegiatan ekonomi
- Aktiviti juga tertumpu dalam bidang perindustrian terutamanya apabila berlaku pertambahan pembukaan
lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia.
- Arang batu dan bijih besi merupakan galian utama. Jerman mengeluarkan 25 juta tan arang batu dan
galian ini meningkat kepada 287 tan pada tahun 1913.
- Pengeluaran bijih besi juga meningkat daripada 1.5 juta pada tahun 1871 kepada 8.5 juta tan pada tahun
1900.
- Kemajuan dalam industri kulit menyebabkan Jerman mengambil alih tempat England dalam industri
kulit pada tahun 1870-1914.
- Pembangunan industri tekstil tertumpu di wilayah Rhineland, Saxony dan Silesia. Berlin pula menjadi
bandar pengeluar mesin-mesin tekstil.
- Ciptaan baharu mulai berkembang di Jerman. Antaranya Syarikat Siemen dan Martin telah
meningkatkan pengeluaran keluli pada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan kepada 13.6 juta tan. Contohnya
telah muncul pengusaha terkemuk aseperi Alfred Krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti dan
peralatan besi.
- Kesannya,kegiatan ekonomi ini membawa kepada kemunculan kejuruteraan elektrik di Jerman. Syarikat
kimia dan elektrik Jerman menjadi perintis kepada pembangunan kimia dan elektrik
2 Kemunculan kelas
- Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja.
- Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang dan pengusaha lombong.
- Kelas pekerja pula terdiri daripada buruh dan pekerja kilang di kilang tekstil, kimia dan kejuruteraan
elektrik.
- Tegasnya golongan pekerja amat bergantung kepada golongan kapitalis.
3 Perkembangan sains dan teknologi
- Teknologi yang digunakan diJerman terdiri daripada pelbagai bahan, sumber dan bentuk. Kemajuan
dalam teknik penyelidikan membolehkan Jerman menghasilkan pelbagai ciptaan baru yang membantu
kelahiran industri berskala besar.
- Syarikat kimia dan elektrik Jerman memonopoli penubuhan makmal-makmal penyelidikan yang lengkap
dengan ahli-ahli kimia dan fizik terlatih daripada universiti. Perkembangan ini menyebabkan Jerman
berjaya mencipta pelbagai peralatan dan inovasi baru.
- Beberapa syarikat dan perbadanan Jerman telah memberi sumbangan besar dalam mencipta teknik baru
dengan menjalinkan teori penyelidikan saintifik dengan amalan kerja biasa dikilang. Contohnya seperti
Siemens dan Martin yang terkenal dalam kejuruteraan eletrik.
- Kesannya,menjelang abad ke-19, industri kimia dan elektrik Jerman telah memimpin dunia.
4 Perluasan perdagangan antara bangsa
- Perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman menyaksikan pertambahan dalam eksport
sehingga menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan sumber bahan mentah.
- Masalah pasaran dan bahan mentah menyebabkan Jerman terpaksa meluaskan tanah jajahan. Contohnya,
Jerman dapat meluaskan perdagangan antarabangsa apabila menguasai kawasan di Pasifik iaitu New
Guinea, Kepulauan Carolina dan juga meluaskan perdagangan dengan China.
- Ini menyebabkan perindustrian di Jerman telah berkembang kepada 243.8 peratus dari tahun 1887
hingga 1912.
5 Kemajuan sistem pengangkutan
- Pembinaan jalan kereta api dibina dengan pesat pada tahun 1870 hasil daripada pembangunan industri
besi dan keluli.
- Kerajaan juga menyediakan kadar perkhidmatan kereta api yang murah untuk menghantar besi Jerman
ke negara Eropah.
- Pada tahun 1713, eksport besi dan keluli Jerman bernilai 100 juta pound sterling. Contohnya , firma
Jerman di Borsiq menjadi pengeluar utama kereta api di Jerman. Oleh itu, Jerman mula mengeksport
besi dan keluli kenegara-negara lain di Eropah.

Kesimpulan
- Jelaslah bahawa masyarakat Jerman merupakan masyarakat yang gigih berusaha dalam memajukan
ekonomi mereka. Perkembangan perindustrian di Jerman telah membawa Jerman muncul sebagai kuasa
imperialis untuk mendapatkkan lebih banyak bahan mentah.
- Seterusnya Jerman telah menjadi sebuah negara perindustrian yang disegani diEropah.

Tema 2 : Pemerintahan Dan Pentadbiran

Soalan 1 : Bincangkan sistem pembesar dalam pemerintahan beraja di China pada zaman Dinasti Ching.

Pendahuluan
- Dinasti Ching telah memerintah China pada 1644 sehingga 1911. Dinasti ini telah mengasaskan empayar
yang luas dan berjaya menyatukan seluruh empayar China di bawah satu pemerintahan pusat.
- Pembesar ialah pegawai-pegawai yang dilantik oleh maharaja untuk membantunya dalam urusan
pentadbiran sama ada di peringkat pusat, wilayah dan daerah. Mereka mesti lulus dalam Peperiksaan
Perkhidmatan Awam.
- Pembesar di China terbahagi kepada 3 peringkat iaitu di peringkat pusat, wilayah dan daerah serta
berperanan dari segi politik, ekonomi dan sosial

Isi Penting :
1 Peranan Pembesar di Peringkat Pusat
- Terdiri daripada beberapa peringkat
i. Sekretariat Agung
- Terdiri daripada 3 hingga 6 orang setiausaha agung yang dipilih oleh maharaja China. Tugas
Sekretariat Agung:
a. Membantu maharaja menyelia dan menyelaras 6 badan kementerian dalam pentadbiran pusat
b. Memaklumkan kepada maharaja segala perjalanan dalam 6 badan kementerian.

ii. Majlis Tertinggi.


- Majlis ini menjadi badan penasihat yang penting kepada raja atau maharaja. Ciri-ciri Majlis Tertinggi
ialah :
a. Dibahagikan kepada enam kementerian.
b. Setiap kementerian akan dikawal oleh seorang pegawai kanan atau Shangschu. Sangschu akan
dibantu oleh beberapa pegawai rendah dalam setiap urusan berdasarkan kementeriannya.
c. Enam kementerian tersebut ialah Kementerian Personal atau Ministry of Personal terdiri aripada
Lembaga Personal, Lembaga Kewangan, Lembaga Adat, Lembaga Perang, Lembaga Hukuman
dan Lembaga Kerja –kerja Awam.Terdapat 4 jabatan utama yang bertanggungjawab terhadap
pelantikan, penganugerahan, rekod perkhidmatan dan penilaian prestasi.
d. Kementerian Kewangan terdiri daripada 13 orang pegawai dan setiap orang
dipertanggungjawabkan untuk mengawal salah satu daripada 13 provinsi dan mewakili 4 bahagian
yang khusus, iaitu penduduk, akaun awam, akaun khusus, dan akaun pertanian atau tanaman.
Kementerian ini menyimpan kewangan negara, memastikan kekayaan maharaja, serta
menguruskan perbelanjaan negara dengan baik.
e. Kementerian Adat dibahagikan kepada 4 jabatan yang bertanggungjawab kepada adat istiadat,
pengorbanan, penerimaan tetamu, dan barangan. Kementerian ini juga menguruskan hal ehwal
agama Buddha dan Taoisme. Anggotanya terdiri daripada golongan cendekiawan.
f. Kementerian ini turut mengendalikan Sistem Peperiksaan Kerajaan dan melaporkan kepada
maharaja sama ada pelajar tersebut layak memegang jawatan atau tidak.
g. Kementerian Perang mempunyai 4 jabatan yang bertanggungjawab terhadap pelantikan pegawai,
pengawasan operasi, peralatan, dan pembekalan kelengkapan tentera. Oleh yang demikian,
kalangan ketua-ketua tentera sering mendapat tempat istimewa dalam kerajaan.
h. Kementerian Keadilan terbahagi kepada 13 jabatan berasaskan prinsip setiap satu di setiap
provinsi.
i. Kementerian Kerja Raya dibahagikan kepada 4 jabatan dan berfungsi mengawal beberapa gudang
dan kilang. Kementerian ini bertanggungjawab dalam kerja pembinaan, mendapatkan guna
tenaga untuk perkhidmatan awam, pembuatan barang untuk kerajaan, komunikasi laut dan darat,
penyelarasan timbangan, dan mengawal pengeluaran barangan tertentu dari kawasan
pergunungan dan tasik di China.
iii. Lembaga Penapis atau Censorate
- Memastikan pembesarnya menjalankan arahan serta menjadi mata dan telinga maharaja. Ciri-ciri
Lembaga Penapis :
a. Terdiri daripada 2 orang Censor, beberapa timbalan, dan 4 pegawai rendah yang
bertanggungjawab dalam menguruskan surat-menyurat Censorate dan urusan pentadbiran.
b. Kuasa utama Censorate terletak pada 110 pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk membendung
amalan korupsi, penyalahgunaan kuasa, dan ketidakcekapan.
c. Pada zaman Dinasti Ching, maharaja menempatkan 24 orang Censorate di Peking atau ibu kota
dan lebih 56 orang Censorate di wilayah. Jabatan ini berhubung terus dengan maharaja sekiranya
terdapat pembesar wilayah yang curang’ terhadap maharaja. Secara langsung ini merupakan satu
langkah maharaja untuk mengekalkan kawalannya ke atas pembesar wilayah tersebut dan
memudahkan maharaja untuk mengambil tindakan sekiranya kedudukannya terancam atas
perlakuan pembesar berkenaan.

2 Peranan Pembesar di Peringkat Wilayah


- Secara umumnya jawatan pembesar wilayah di China dikenali dengan nama Gabenor.
- Dalam pentadbiran semasa Dinasti Ching (Manchu) Gabenor dibantu oleh pegawai-pegawai daerah yang
dilantik oleh maharaja seperti Bendahari dan Hakim. Bendahari bertugas sebagai bendahari amal di
wilayahnya. Hakim bertugas mengawal undang-undang jenayah dan bidang kuasa rayuan dalam
perkara-perkara jenayah, serta menjadi Pengawal Garam dan Pegawai Bijirin. Manakala, Tao-tai ialah
seorang pegawai yang bertugas dalam pentadbiran khas dalam lingkungan dan jajahan pula dikawal oleh
ketua jajahan.
- Dalam melaksanakan tugasnya memegang amanah “mandat dari syurga”, maharaja amat bergantung
kepada kekuatan angkatan tentera. Oleh itu jawatan ketua-ketua tentera sering mendapat tempat istimewa
dalam kerajaan..
- Justeru pembesar wilayah juga dilantik dalam kalangan bijak pandai (gentry) yang telah lulus pendidikan
Confucius. Keistimewaan pembesar wilayah:
a. Dibenarkan mengubah dasar yang dibentuk oleh pemerintah pusat dengan kebenaran adat istiadat
dan keadaan setempat.
b. Diberi kebebasan bertindak dalam hal-hal yang berkaitan dengan adat istiadat tempatan dan
menjalankan perintah mahajara.
c. Dianggap sebagai pemerintah separuh merdeka.
d. Bebas ditukarkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain di seluruh empayar atas arahan
maharaja.
e. Menjaga keamanan dan ketenteraman di wilayah-wilayah masing-masing.
f. Menghantar hasil, cukai atau wang kepada kerajaan pusat.

3 Peranan pembesar peringkat Daerah


- Diketuai oleh majistret daerah dan dibantu oleh penduduk yang mengetahui hal ehwal masyarakat
setempat.
- Perkhidmatan peringkat daerah diwujudkan. Ia terdiri daripada Bahagian pentadbiran dan sivil, Bahagian
percukaian dan banci, Bahagian protocol dan upacara, Bahagian ketenteraan, Bahagian kerja awam dan
Bahagian pencegahan jenayah.
- Selain itu, diwujudkan juga unit pentadbiran lain seperti jabatan (Chou) dan subprefecture (Ting)
Kesimpulan
- Keseimbangan antara kalangan tentera yang menjadi tulang belakang dalam pertahanan negara serta
kehadiran kalangan sarjana dalam sistem pembesar di negara China telah menjadikan pemerintahan
China mampu bertahan daripada sebarang ancaman luar sehingga abad ke-19.

Soalan 2 : Bincangkan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Raja Louis XlV (1643 – 1715) untuk
mengukuhkan sistem pemerintahan monarki di Perancis.

Pendahuluan
- Raja Louis XlV dilantik menjadi pemerintah Perancis pada 1643. Terkenal dengan gelaran “Grand
Monarch”.
- Memerintah selama 72 tahun dan menjalankan pemerintahan secara berkuasa mutlak. Baginda telah
membuat reformasi dalam dasar negara sehingga Perancis muncul sebagai kuasa yang kuat pada masa
itu.
- Terdapat beberapa langkah yang dilakukan oleh Raja Louis XIV untuk mengukuhkan pemerintahan Raja
Mutlak di Perancis antara tahun 1643 -1715. Pembaharuan meliputi aspek dasar ekonomi, ketenteraan,
agama dan luar negara.

Isi Penting :
1 Dasar dalam negara
- Menyusun semula pentadbiran negara. Di peringkat pusat, diperkenalkan empat majlis utama iaitu
Majlis Negara, Majlis Despatches, Majlis Kewangan dan Majlis Privy
- Peranan empat majlis utama adalah seperti di bawah
i. Majlis Negara - menguruskan hal ehwal luar negara
ii. Majlis Despatches – menguruskan semua hal ehwal tempatan kecuali kewangan
iii. Majlis Kewangan- Percukaian, tarif, perbelanjaan dan pendapatan negara
iv. Majlis Privy – menguruskan pentadbiran keadilan
- Melantik menteri-menteri yang berkebolehan untuk menjalankan pentadbiran seperti Colbert (Menteri
Kewangan), Louvois (Menteri Peperangan), dan Vauban (Menteri Ketenteraan)
- Di peringkat Provinci pula, baginda telah mendapatkan khidmat daripada pegawai-pegawai yang
berkebolehan bagi melaksanakan dasar-dasar diraja
- Melalui dasar-dasar Colbert, Perancis menjadi Negara Industri dan kuasa ketenteraan yang kuat di
Eropah.
- Zaman Louis XlV dianggap zaman keemasan bagi kesusasteraan Perancis dengan lahirnya tokoh-tokoh
seni tersohor seperti Racine dan Moliere.
2 Dasar Ketenteraan
- Menghapuskan dominasi golongan bangsawan dalam bidang ketenteraan dan meletakkan angkatan
tentera di bawah kawalan baginda.
- Melantik pegawai-pegawai berasaskan merit.
- Bagi menarik kesetiaan golongan tentera, baginda bertindak merekrut anggota tentera dan menyediakan
kemudahan seperti perumahan dan bkalan makanan
- Kesanya Perancis muncul pasukan tentera terkuat di Eropah pada masa itu.
3 Dasar Luar Negara
- Raja Louis XlV telah melancarkan dasar perluasan kuasa dan berjaya meluaskan kuasa Perancis sehingga
ke sempadan Sg Rhine.
- Baginda menguasai wilayah-wilayah yang diperintah oleh Putera-putera Jerman, Negara
Spanish,Netherlands dan United Province.
4 Dasar Ekonomi
- Raja Louis XlV melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme bagi mengukuhkan negaranya.
- Antara pembaharuan yang dilakukan Colbert ialah memulakan industry baharu, memansuhkan tarif
tempatan, mengurangkan kadar bunga ke atas hutang kerajaan, mengawal upah dan mengawal harga
barangan.
- Colbert telah membina gudang senjata Toulan, mengadakan perhentian dagang di India, Senegar dan
Madagascar bagi menggalakkan perdagangan luar
- Baginda juga mengenakan pelbagai sekatan bagi meningkatkan industri tempatan seperti mengenakan
bayaran tarif yang tinggi kepada kapal asing yang menggunakan pelabuhan Perancis dan memberikan
bantuan kewangan kepada industri perkapalan Perancis yang menjalankan perdagangan
5 Keagamaan
- Raja Louis XlV memaksa golongan bukan katolik (Huguenot) menerima agama Katolik.
- Pada tahun 1685, baginda telah membatalkan Edict of Nante yang member kebebasan beragama kepada
golongan Huguenot. Kesannya ialah seramai 200 000 orang Huguenot meninggalkan Perancis.

Kesimpulan
- Raja Louis XlV berjaya mengukuhkan kedudukan dengan melakukan pelbagai pembaharuan.
- Kesannya, Perancis muncul sebagai sebuah negara yang kuat dan berpengaruh di Eropah

Soalan 3 : Amerika Syarikat menghadapi pelbagai cabaran dalam membentuk sebuah negara persekutuan
yang kuat. Bincangkan.

Pendahuluan :
- Persekutuan ialah gabungan beberapa buah wilayah atau negeri yang dahulunya bebas tetapi menjadi
negara bersekutu di bawah satu perlembagaan pusat.
- Pemerintahan persekutuan merupakan satu bentuk pemerintahan yang membahagikan kuasa antara
kerajaan pusat dengan kerajaan tempatan.
- Kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa masing-masing.
- Pada 4 Julai 1776, kongres dalam persidangan yang diadakan di Philadelphia meluluskan Pengisytiharan
Kemerdekaan.
- Melalui pengisytiharan ini, 13 buah koloni digabungkan menjadi negara Amerika Syarikat yang merdeka
memperuntukkan penubuhan sebuah kerajaan persekutuan.
- Pembentukan persekutuan Amerika Syarikat melalui pelbagai cabaran.

Isi Penting :
1 Kuasa kerajaan pusat yang terhad
- Di dalam sistem pentadbiran di Amerika Syarikat, kuasa kerajaan dibahagikan kepada kerajaan pusat
dan kerajaan negeri. Setiap kerajaan ini mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara-perkara
tertentu.
- Pada awalnya, Artikel Persekutuan yang digubal selepas Amerika Syarikat bebas daripada British
menjadi panduan dalam pembentukan negara Amerika Syarikat.
- Malangnya, artikal ini tidak mampu mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat. Hal ini berpunca daripada
pembahagian kuasa yang sedikit kepada kerajaan persekutuan.
- Secara tidak langsung kekurangan ini menjadikan Amerika Syarikat sebuah negara yang lemah dan tidak
mampu untuk menjalankan projek-projek pembangunan di samping tidak mempunyai sumber kewangan
yang mencukupi.
- Kerajaan persekutuan terpaksa bergantung kepada sumbangan kerajaan negeri sebagai sumber ekonomi.
- Pada peringkat ini juga, kerajaan persekutuan tidak dibenarkan membentuk sistem perdagangan dengan
negeri-negeri atau negara lain.
2 Konvensyen Philadelphia
- Oleh yang demikian, Konvensyen Philadelphia 1787 telah diadakan bagi membincangkan tentang kuasa
yang akan diberikan kepada kerajaan pusat. Dari sini terbentuknya Perlembagaan Amerika.
- Perlembagaan ini memperuntukkan perkara-perkara penting seperti dasar dasar luar negeri, pertahanan,
cukai, dan mata wang dikuasai oleh kerajaan pusat, memberi kebebasan kepada negeri-negeri menggubal
undang-undang berkaitan adat dan budaya tempatan serta memberi kuasa yang lebih besar kepada
kerajaan persekutuan.
- Manakala, perlembagaan memperuntukkan hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan
negeri masing-masing. Menjelang tahun 1788, sembilan buah negeri telah mengesahkan perlembagaan
tersebut.
- Namun, oleh kerana pengaruh pihak antifederal, negeri New York masih belum dapat mengesahkan
perlembagaan tersebut. Dengan hasil usaha golongan federalis seperti Alexander Hamilton, John Jay,
dan James Madison menerusi penerbitan buku, The Federalis. Akhirnya, New York mengesahkan untuk
menyokong Perlembagaan Amerika.
3 Pembahagian kuasa
- Perlembagaan Amerika juga menggariskan badan-badan memerintah negara bagi melindungi negara dari
sebarang unsur-unsur authoritarian dan radikal.
- Perlembagaan telah menggariskan bahawa struktur kerajaan terdiri daripada tiga bahagian, iaitu
Eksekutif, Perundangan, dan Kehakiman. Kuasa Eksekutif diteraju oleh Presiden.
- Presiden dipilih untuk tempoh empat tahun. Selepas empat tahun, Presiden boleh dilantik semula untuk
penggal kedua selama empat tahun. Badan perundangan, iaitu Kongres terdiri daripada Dewan Senat dan
Dewan Perwakilan.
- Kongres berfungsi utk mengimbangi kuasa Presiden yang memiliki kuasa veto. Presiden Amerika
Syarikat boleh membatalkan undang-undang melalui kuasa veto dan mengawasi Kongres. Namun
melalui dua pertiga undi Kongres, kedua-dua dewan dapat mengatasi kuasa veto Presiden.
- Ahli Dewan Senat dan Dewan Perwakilan dipilih oleh rakyat.
- Selain itu, Mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap Presiden sekiranya Presiden melanggar
perlembagaan.
- Pilihan raya pertama bagi Amerika Syarikat diadakan pada 4 November 1789 dan dalam pilihan raya
tersebut, George Washington telah dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat yang pertama.
4 Perang Saudara
- Tindakan Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln membasmi amalan perhambaan telah
menyebabkan negeri-negeri selatan menarik diri daripada persekutuan Amerika Syarikat.
- Negeri-negeri di selatan juga tidak berpuas hati kerana kebanyakan dasar yang dibuat oleh kerajaan pusat
lebih banyak menguntungkan negeri-negeri di utara. Negeri-negeri di selatan telah menubuhkan kerajaan
baru yang dipanggil Gabungan negeri-negeri Amerika.
- Tindakan tersebut telah membawa kepada perang saudara yang dimenangi oleh negeri-negeri utara.
Negeri-negeri selatan dan utara telah disatukan semula dan membentuk sebuah persekutuan yang kuat.
- Menjelang abad ke-19M, Amerika Syarikat berkembang menjadi sebuah negara persekutuan yang terdiri
daripada lima puluh buah negeri.

Kesimpulan
- Pembentukan Kerajaan Persekutuan di Amerika Syarikat dilihat sebagai salah satu cara yang paling
berkesan untuk menggabungkan negeri-negeri yang pernah menjadi koloni British.
- Kerajaan Persekutuan dilihat memberi kuasa yang lebih banyak kepada rakyat dan pada masa yang sama,
hak dan kebebasan peribadi rakyat tidak diusik. Sekaligus, ini membantu Amerika Syarikat untuk
muncul sebagai kuasa besar dunia.

Tema 3 : Kemajuan dan Pembangunan

Soalan 1 : Bincangkan perkembangan sistem ekonomi feudal di Eropah Barat pada abad ke-16 dengan
merujuk di Jerman atau Peranchis.

Pendahuluan :
- Sistem ekonomi feudal merujuk kepada sistem ekonomi yang dikuasai oleh golongan bangsawan yang
memfokuskan kepada institusi minor. Dalam sistem ekonomi ini, petani bekerja di atas tanah bangsawan
dan sebagai balasannya mereka perlu memberi taat setia kepada golongan bangsawan.
- Sistem ekonomi ini berleluasa di Jerman dan Peranchis pada abad ke 16 bukan sahaja dalam bidang
pertanian malah dalam bidang perdagangan dan perindustrian.

Isi Penting :
Jerman
1 Pertanian.
- Hampir 90% penduduk di Jerman menjadi petani dan menjalankan aktiviti pertanian di atas tanah tuan
tanah. Mereka menanam bijirin seperti gandum, oat, barli dan kekacang.
- Petani mengamalkan kaedah penanaman tiga bidang iaitu tanaman gandum, menternak binatang selepas
musim menuai dan membiarkan tanah kosong sementara menunggu musim menanam seterusnya.
- Petani menggunakan peralatan yang primitif dan mereka dikongkong ketat oleh tuan tanah. Mereka juga
dibebankan dengan pelbagai cukai dan tidak berpeluang untuk meningkatkan taraf hidup selain
berkhidmat kepada tuan tanah. Ini menjadikan petani hidup dalam kedaifan dan mereka menjadi serf
( hamba ) dan dibelenggu dengan pelbagai bentuk penindasan.
- Kesan daripada keadaan ini, petani bangkit memberontak menuntut ruang kebebasan pada tahun 1824
hingga 1825 tetapi gagal.
- Di Jerman, sektor pertanian mendapat perhatian daripada pemerintah khususnya pada zaman
pemerintahan Raja Frederik Wiliiam (1640 - 1688).
- Beliau telah mengadakan pelbagai pembaharuan dalam bidang pertanian seperti membina terusan,
pengecualian cukai, memperkenalkan tanaman campur, bergilir, penggabungan tanah, pembukaan tanah
baru dan sebagainya.
- Kesannya agak positif seperrti berlakunya peningkatan dalam sumber makanan dan berlakunya amalan
pengkhususan tanaman tetapi masih ramai petani ketinggalan dalam usaha pembangunan ekonomi ini
khususnya petani di luar bandar seperti di Silesia, Neckar dan Pomeneria
2 Aktiviti perindustrian
- Khususnya industri tekstil yang berkembang pesat dibeberapa daerah seperti di Bohemia dan Saxony.
- Aktiviti ini melibatkan tenaga buruh di desa yang menghasilkan kain bulu dan linen dan dibeli oleh
masyarakat bandar untuk diwarna dan dipasarkan.
- Tenaga buruh pula terdiri daripada golongan wanita dan tentera serta golongan serf yang mendapat
kebenaran daripada tuannya. Selain daripada industry tekstil,
- Jeman juga terlibat dalam industri membuat senjata api di Berlin, industri kraftangan dan industri
menghsilkan cermin di Neuhaus serta industry ukiran.
- Kesan kepesatan industri ini, Jerman telah berjaya menjadi pengeksport tekstil terbesar di Eropah di
samping kewujudan beberapa bandar pelabuhan yang maju serta mengukuhkan lagi kedudukan golongan
borjuis.
3 Aktiviti perdagangan pada abad ke 16 hingga ke 18
- Aktiviti perdagangan amat maju di bahagian Jerman Barat khususnya di Luberk, Hamburg dan Bremen
yang menjadi laluan masuk barangan dari Eropah ke Jerman seperti logam, bulu binatang, barangan kulit,
rempah ratus, sutera dan barangan dari timur. Kebanyakkan barangan ini datangnya dari pelabuhan
Venice.
- Di bahagian utara Jerman juga wujudnya bandar perdagangan yang menjadi pusat perdagangan bijirin
dari Baltik dan pintu keluar eksport barangan Jerman ke negara barat yang lain.
- Kemajuan perdagangan ini menyebabkan munculnya golongan saudagar yang menubuhkan pelbagai
organisasi perdagangan dan mengikis amalan perdagangan tradisional.
- Ini menjadikan Jerman maju dalam setaraf dengan negara Barat yang lain.
4 Kewujudan institusi kewangan iaitu bank yang memberi pembiayaan kepada saudagar saudagar di
Jerman.
- Ini merancakkan lagi aktiviti ekonomi di Jerman kerana hasil pengeluaran barangan Jerman sama ada
dalam sektor pertanian dan industri menjadi semakin bertambah dan mampu di dieksport ke luar Eropah.
- Golongan borjois telah membuka institusi perbankan dan memberi bantuan modal kepada pedagang
untuk menjalankan aktiviti erdagangan antarabangsa khususnya di Sepanyol dan Portugal.
- Contohnya keluarga Fuggers Augsburg mempunyai kekayaan modal sebanyak 200,000 guilder dan
mampu melabur dalam pelbagai sektor ekonomi di dalam dan di luar Jerman. Pada tahun 1546, mereka
memperolehi keuntungan sebanyak 4 juta guilden. Bandar Augsburg dan Frankfurt merupakan pusat
perbankan dan perdagangan yang amat maju di Jerman.

Perancis
1 Sistem ekonomi bercorak feudal khususnya dalam bidang pertanian.
- Aktiviti pertanian masih lagi mengamalkan sistem manor yang dikongkong oleh tuan tanah. Petani masih
lagi mengamal sistem tanah lapang dan membahagikan tanah kepada 3 bahagian untuk pusingan dalam
proses penanaman.
- Mereka menggunakan kaedah tradisional dan petani dibebankan dengan pelbagai cukai seperti cukai
tanah (taille), cukai keluarga ( pol tax ) dan cukai harta ( vingtieme ).
- Ini tidak termasuk pelbagai cukai lain ( cukai tak langsung ) seperti cukai garam, cukai feudal, cukai
dapur, cukai jalan dan jambatan dan sebagainya.
- Semasa pemerintahan Raja Henry IV dan Raja Louis XIV, pembaharuan dalam pertanian dilakukan
dengan menghapuskan amalan tradisional, memberi bijih benih percuma, penternakan, mengadakan
kemudahan sistem pengangkutan dan terusan dan sebagainya.
- Petani juga di kenali sebagai golongan Meteyers iaitu golonga penyewa tanah dari tuam tanah Namun
begitu, golongan petani pada asasnya tidak mendapat kekayaan dihasilkan dan masih lagi ditindas oleh
tuan tanah.
2 Sektor Perindustrian
- Antara industri yang berkembang maju pada zaman ini ialah industry tekstil seperti kain bulu,linen dan
kain sutera di Utara Peranchis.
- Di Abbeville sahaja terdapat 12 000 pekerja di kilang kain. Biasanya kain ini dikeluarkan oleh petani
petani di kampung dan dibeli oleh saudagar kain dari bandar untuk diwarnakan menggunakan mesin.
- Ini menjadikan Peranchis mampu mengeksport hasil industri keluar Eropah pada abad ke 18.
- Industri pertukangan tangan juga begitu terkenal di Peranchis sehingga wujudnya kesatuan tukang untuk
mengawasi ketelitian, kreativiti dan pemasaran barangan sebelum ia dihapuskan pada 1776.
- Namun begitu, petukang di Peranchis masih lagi mampu menghasilkan barangan pertukangan yang
bermutu tinggi dan berjaya menyaingi hasil hasil pertukangan dari luar dengan harga yang lebih murah
dan berkualiti. Kepesatan dalam bidang perindustrian ini menyebabkan munculnya golongan saudagar
baru sebagai kuasa politik dan mampu menyaingi kedudukan golongan aristokrat.
3 Aktiviti ekonomi perdagangan antarabangsa pada abad ke 16.
- Aktiviti ini berkembang pesat semasa pemerintahan Raja Henry IV (1598-1610) dan Raja Louis XIV
pada tahun 1683. Pada zaman ini, Peranchis telah meluaskan perdagangan sehingga ke Amerika Utara
dan India. Ini semua meningkatkan perdagangan Peranchis di luar negara.
- Pada zaman ini hasil hasil industri di Peranchis dieksport ke luar negara seperti hasil kraf, sutera dan
pakaian bersulam dan kain bulu. Gandum dan arak Peranchis juga mendapat permintaan yang tinggi di
sekitar Laut Mediterenean.
- Bandar bandar perdagangan turut berkembang di Peranchis seperti Champagne, Lyon dan Beaucaire
yang mengawal perdagangan di bahagian Eropah Utara dan Mediterenean. Kawasan Levant menjadi
pusat perdagangan Peranchis ke Eropah
- Pedagang Peranchis juga membuat pelaburan di luar seperti membuka ladang tebu di San Domingo,
Martinique dan Guadeloupe sehingga Peranchis berjaya menjadi pengeluar gula yang terbesar di Eropah.
- Kepesatan ini disebabkan oleh galakan kerajaan yang memberi pelbagai inisiatif dan bantuan
termasuklah penggunaan tentera laut untuk melindungi aktiviti perdagangan.
- Kesan dari kepesatan perdagangan ini Peranchis mampu bersaing dengan kuasa England, Sepanyol dan
Portugal dalam aktiviti perdagangan. Hasil perdagangan Peranchis juga meningkat sehingga 500 juta
livres pada tahun 1789.
4 Wujudnya institusi kewangan.
- Golongan ini yang terdiri daripada golongan borjois telah memberi modal dan pinjaman kepada
pedagang pedagang untuk menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa. Namun di Perancis, sistem
ekonomi ini berkembang agak lewat iaitu pada abad ke 18 dengan wujudnya beberapa bank seperti Paris
Bourse, Caisse d’ Escompte dan Loterie Royale.
- Ekoran daripada ini wujud pula Syarikat Joint-stock yang melibatkan saham. Kewujudan institusi
kewangan menyebabkan aktiviti ekonomi di Peranchis semakin berkembang dan mengukuhkan lagi
kedudukan saudagar dalam arena politik di Peranchis.

Kesimpulan
- Secara kesimpulannya, Jerman / Perancis masih mengamalkan sistem ekonomi feudal khususnya dalam
bidang pertanian walaupun aktiviti ini melibatkan majoriti penduduk Jerman/Peranchis. Golongan tuan
tanah dan bangsawan banyak mendapat manafaat dalam aktiviti ini.
- Namun yang menariknya, di Perancis / Jerman terdapat juga perkembangan sistem ekonomi
perdagangan, industri dan institusi kewangan. Namun begitu, hanya golongan bangsawan dan golongan
yang mempunyai modal dan kemahiran sahaja yang memonopoli aktiviti ini. Manafaatnya masih tidak
dapat dinikmati oleh kebanyakan rakyat di Jerman / Perancis.

Soalan 2 : Bincangkan faktor-faktor perkembangan perdagangan di Portugal pada abad ke-16 hingga 18
Masihi.

Pendahuluan :
- Abad ke-15 dan 16 Portugal menjadi negara penjelajah dan pelayar ulung merintis jalan ke timur.
- Membentuk jaringan perdagangan dan membina empayar yang luas.
- Portugal kemudian menunjukkan perkembangan pesat dalam perdagangan pada abad ke-16 hingga 18.

Isi Penting
1 Peranan Pemerintah
- Lahirnya pemimpin yang berkaliber berjaya mengekalkan kestabilan politik
- Mewujudkan keamanan dan kemakmuran
- Menggalakkan kegiatan penjelajahan
- Meneroka bidang perdagangan dan perkapalan
- Membantu perkembangan perdagangan Portugal
2 Peranan Putera Henry
- Menubuhkan Akademi Laut dan memberikan galakan kepada pelayar
- Melahirkan tokoh pelayar (Bartholomew Diaz dan Vasco Da Gama)
- Membantu kepada perkembangan pelayaran dan penerokaan
- Meneroka kawasan-kawasan baru dan membina empayar yang besar:Amerika Selatan, Afrika, Asia dan
Australia.
- Menguasai pelabuhan, bahan mentah dan pasaran
- Sumbangan yang besar kepada perkembangan perdagangan Portugal
3 Penemuan Baharu
- Penemuan baru dalam bidang pelayaran
- Rreka bentuk kapal yang kuat dan berupaya mengharungi lautan (Cravel)
- Penemuan peta dan kompas
- Membantu aktiviti pelayaran dan penerokaan
- Menyumbang kepada perkembangan perdagangan Portugal.
4 Kesan Perang Salib
- Persaingan Islam dan Kristian
- Portugal terpaksa mendapatkan bekalan bahan mentahnya sendiri
- Tidak boleh bergantung kepada pedagang-pedagang Islam
- Pertembungan budaya Islam dan Kristian
- Portugal banyak mempelajari bidang pelayaran Islam
- Sumbangan besar dalam bidang pelayaran dan penerokaan.
- Membawa kepada perdagangan Portugal.
5 Kemunculan Tokoh-tokoh Pelayaran
- Diego Cam – menjelajah 1400 batu sepanjang pantai barat Afrika, Bartholomew Diaz mengelilngi
Tanjung Pengharapan
- Vasco Da Gama – Melepasi Tanjung Pengharapan dan Pantai Timur Afrika.
- Alfonso de Albuquerque dan Lopez de Sequire menjelajah hingga ke India dan Asia
Tenggara.
- Menguasai rantaian pelabuhan antarabangsa seperti Goa dan Melaka.
- Menguasai pasaran rempah di kepulauan rempah.
- Meningkatkan kepesatan kegiatan perdagangan Portugal.

Kesimpulan
- Bidang pelayaran dan penerokaan menjadikan Portugal sebagai kuasa penjelajah dan penjajah.
- Memberi kesan yang besar dalam perkembangan perdagangan Portugal

Soalan 3 : Bincangkan faktor-faktor kemunculan Zaman Pencerahan di Eropah pada abad ke 18.

Pendahuluan :
- Menjelang abad ke 18, muncul zaman yang dikenali sebagai Zaman Pencerahan (Enlightenment). Zaman
ini menyaksikan kemunculan gerakan intelektual yang dipelopori oleh pemikir-pemikir dalam bidang
politik, ekonomi dan sosial.
- Tokoh-tokoh ulung pada zaman ini ialah John Locke, Voltaire, Montesquieu, Rousseau dan Adam Smith.
- Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemunculan Zaman Pencerahan ini di Eropah iaitu
pengaruh Renaisans, pengaruh Reformasi, pengaruh ahli falsafah, Revolusi Sains, kegiatan penerokaan
dan penjelajahan dan kemunculan kelas pertengahan.

Isi penting:
1 Pengaruh Renaisans
- Gerakan Renaisans melahirkan semangat ingin tahu dan pemikiran kritikal yang radikal dalam kalangan
masyarakat. Secara tidak langsung, hal ini telah mendorong masyarakat menolak sistem yang sedia ada.
- Renaisans membuka mata masyarakat untuk mengkritik system lama yang dianggap tidak sesuai dengan
peredaran zaman.
- Hasilnya muncul negara bangsa , ciptaan baharu, kemajuan dalam seni lukis, seni bina, dan lain-lain.
- Perkembangan ini telah melahirkan masyarakat yang bersifat terbuka dan sedia untuk menghadapi
perubahan yang lebih besar.
2 Pengaruh Reformasi.
- Reformasi menamatkan konsep dunia kristian dan melahirkan aliran pemikiran baharu seperti Protestan,
Anglican dan Presbyterianism.
- Perkembangan ini meletakkan asas kepada kemunculan negara mutlak dengan pemerintah sebagai ketua
agama dan negara. Para pemerintahan mula mengejar kemewahan dan berusaha menubuhkan negara
yang kuat.
- Badan-badan yang muncul pada zaman ini mempunyai kuasa autonomi dan mula bebas daripada
ancaman gereja. Perkembangan ini membolehkan idea baharu seperti rasionalisme dan reasoning
berkembang luas.
3 Pengaruh ahli falsafah
- Kemunculan ahli-ahli falsafah seperti Voltaire, Rousseau dan Monstesquieu turut mempengaruhi
perkembangan Zaman Pencerahan.
- Golongan ahli falsafah yang dikenali sebagai physiocrats merupakan golongan yang mempelopori
gerakan pencerahan. Mereka terdedah kepada pemikiran kritis dan memiliki semangat ingin tahu.
- Golongan ini berusaha membebaskan pemikiran yang bersifat rasionalistik dan saintifik.
4 Revolusi Sains
- Semangat Zaman Pencerahan diperolehi daripada revolusi saintifik dan intelektual pada abad ke-17.
- Revolusi Sains telah menyebabkan penekanan terhadap ilmu dan akal. Perkembangan ini melahirkan
percambahan idea-idea baharu yang menggalakkan para saintis melakukan penyelidikan saintifik.
- Kemajuan dalam bidang sains menyebabkan perunhan daripada kepercayaan karut dan mitos kepada
kuasa akal dan sains.
- Revolusi ini melahirkan tokoh-tokoh saintis terkenal seperti Francis Bacon, Rene Descartes, Baruch
Spinoza, John Locke dan Isaac Newton.
- Idea tokoh-tokoh ini telah tersebar secara meluas pada zaman tersebut dan menjadi ciri-ciri dominan
dalam tamadun Eropah mulai abad ke-17-20.
5 Kegiatan penerokaan dan penjajahan.
- Golongan kelas pertengahan bukan sahaja berpengetahuan , malah peka terhadap perkembangan
sekeliling.
- Keinginan untuk memperoleh idea dan maklumat menyebabkan golongan ini belayar dan menjelajah ke
luar. Contohnya Columbus, Ferdinand Magellan dan Francis Drake.
- Pengetahuan tentang penduduk dan budaya asing telah membawa perspektif baharu tentang konsep
manusia sejagat kepada mereka. Dengan ini, segala prasangka terhadap budaya asing terhakis dan cara
pemikiran baharu yang berasaskan empiris dan sebab-musabab pun bermula.
6 Kemunculan kelas pertengahan.
- Kemunculan kelas pertengahan turut mempengaruhi perkembangan zaman pencerahan.
- Jumlah golongan terpelajar dan professional meningkat berbanding zaman sebelumnya.
- Bilangan surat khabar dan majalah yang diterbitkan juga bertambah.
- Terdapat permintaan yang tinggi untuk kamus, ensiklopedia dan kajian ke atas semua jenis ilmu
pengetahuan.

Kesimpulan
- Berasaskan faktor – faktor ini telah menjadikan Eropah sebagai tempat munculnya idea-idea baharu.
- Perkembangan ini telah berjaya meletakkan asas bagi kelahiran zaman Pencerahan di Eropah pada abad
ke-18 dan mempengaruhi perkembangan politik, ekonomi dan sosial masyarakat di Eropah.

Soalan 4 : Bincangkan sumbangan tokoh Charles Louis Montesquieu dalam bidang politik.

Pendahuluan :
- Zaman Pencerahan (Enlinghtenment) (1650-1800 M) adalah satu gerakan intelektual yang berlaku di
Eropah selepas Renaisans dan Reformasi .Enlightenment bererti Zaman Kesedaran iaitu semangat
kepercayaan dan pegangan manusia adalah kritikal dan berasaskan sebab-musabab dan keadah-kaedah
saintifik.
- Zaman ini mewakili suatu gerakan menuju masyarakat yang lebih terbuka, mengarah untuk kebahagiaan
individu, perlembagaan, toleransi, fikiran yang tidak dikongkong dan suatu masyarakat yang bedasarkan
undang-undang. Antara ahli-ahli falsafah yang berpengaruh ialah Charles Louis Montesquieu (1689-
1755)
- Chales Louis Montesquieu atau Chales Louis de Secondat dilahirkan pada 18 Januari 1689 dan
meninggal dunia pada 10 Februari 1775. Beliau dilahirkan di Chateau de la Brede barat daya Perancis.
- Ayahnnya Jacques de Scondat merupakan seorang tentera. Ibunya pula bernama Marie Francoise de
Pesnel seorang wanita warak dan kaya. Montesquieu bersekolah di Chatholic
- Collage of Juiny dan melanjutkan pelajaran difakulti undang-undang di university Bordeux dan berjaya
menjadi seorang peguam (1708). Pada tahun berikutnya Montesquieu mewarisi kekayaan dan gelaran
‘Montesquieu’ setelah bapa saudaranya meninggal.

Isi Penting :
Buku The Spirit of Laws
- Mengetengahkan 2 idea utama iaitu pertama bentuk kerajaan yang berbeza-beza mengikut iklim dan
keadaan.
- Contohnya despotisme (pemerintahan mutlak) hanya sesuai untuk empayar yang besar dalam iklim panas
dan demokrasi hanya akan berfungsi dalam negara kota kecil.
- Doktrin yang kedua ialah menentang pemerintahan mutlak di Perancis iaitu pembahagian dan imbangan
kuasa.Menurut beliau pemerintahan mutlak menyekat kebebasan hak asasi rakyat.
- Doktrin yang terkenal ialah doktrin pembahagian kuasa. Menurut beliau kuasa perlu dibahagikan antara
raja, bangsawan, bandar dan gereja. Beliau menegaskan perlu ada pemisahan antara pembentuk undang-
undang /perundangan (eksekutif), Pelaksana keputusan perwakilan rakyat (cabinet) dan penghukum /
pelanggar undang-undang /kehakiman (judiciary)
- Bila ketiga-tiga jentera ini menjalankan tugas secara berasingan, maka rakyat akan memiliki kebebasan.
Buku The Consideration on the Causes of the Grandeur and Decadence of the Romans
- Memaparkan sejarah kebangkitan, kegemilangan dan kejatuan kerajaan Rom.
- Beliau menyatakan dengan memahami kegemilangan dan kejatuhan sesebuah empayar, sesorang perlu
memahami masyarakatnya terlebih dahulu dan boleh dijadikan iktibar untuk sesebuah negara.
Kemerosotan moral dalam anggota masyarakat membawa kepada kejatuhan empayar Rom 2
Karya Letters Persanes
- Mengkritik masyarakat Perancis khususnya kerana kemerosotan moral pada penghujung zaman
pemerintahan Raja Louis XIV dan Louis XV.
Kesan kepada perubahan lanskap politik Eropah/dunia:-
- Menamatkan pemerintahan mutlak di Perancis apabila berlakunya Revolusi Perancis pada 1789.
- Revolusi ini menamatkan pemerintahan feudal dan digantikan pemerintahan yang mendokong
kedaulatan rakyat (Prinsip rakyat harus memerintah sendiri), kebebasan (kebebasan daripada kerajaan
mutlak termasuk penangkapan dan pemenjaraan yang tidak adil) dan persamaan (hak yang sama kepada
setiap individu dalam segala bidang.
- Muncul pemerintah enlightened despot iaitu raja-raja memerintah dengan penuh kesedaran dan
mempraktikan undang-undang yang tegas.
- Selain itu, berlakunya pemusatan kuasa dalam pemerintahan iaitu keistimewaan yang dimiliki oleh
provinsi (wilayah ) dihapuskan.
- Berlaku perubahan dalam jentera pentadbiran iaitu pemerintah membina jentera pentadbiran sebuah
Negara moden yang berfungsi tanpa campur tangan raja. Raja-raja juga bertindak menggantikan
pegawai-pegawai kerajaan di peringkat pusat, provinsi dan tempatan. Perlantikan mereka berasaskan
teori-toeri politik oleh golongan intelektual.
- Perubahan sistem percukaian iaitu raja menghapuskan imuniti yang dinikmati oleh golongan bangsawan
dan cukai ditaksir dan dibayar mengikut kemampuan pembayar.
- Doktrin beliau mengenai pengasingan kuasa amat berpengaruh terhadap bangsa Amerika dan beberapa
negara lain sehinggakan penggubalan Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1787 berdasarkan idea
beliau.
Kesimpulan
- Charles Louis Montesquieu telah banyak memberikan sumbangan kepada Perancis khususnya iaitu
dengan meletakkan asas bagi kemunculan revolusi di Perancis dan mengubah secara drastik lanskap
politik, ekonomi dan sosial di Eropah.
- Idea dan doktrin beliau mempunyai pengaruh dalam penggubalan perlembagaan di dunia hari ini.

Soalan 5 : Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Jerman pada abad ke-18 dan abad ke-19.

Pendahuluan :
- Perkembangan institusi pendidikan di Jerman pada abad ke-18 dan ke-19 adalah selaras dengan
perkembangan politik semasa ketika itu.
- Kekalahan Jerman kepada Perancis menyebabkan pemerintah Jerman cuba membangunkan negaranya
melalui pendidikan. Perkembangan ini membawa kepada perubahan-perubahan dalam sistem pendidikan
di Jerman

Isi Penting :
1 Dasar Pendidikan
- Menjelang abad ke -18, pendidikan terletak di bawah penguasaan gereja. Semasa pemerintahan Raja
Frederick II, kerajaan mengambil alih pentadbiran sekolah.
- 1763, Raja Frederick II mengumumkan persekolahan wajib untuk semua kanak-kanak antara usia 5
hingga 14 tahun.
- Akhir abad ke-18, Lembaga Sekolah ditubuhkan untuk melancarkan kawalan pusat terhadap sekolah-
sekolah menengah tinggi di Prusia.
- Abad ke-19, sistem pendidikan berada dibawah kawalan dan penguasaan kerajaan sepenuhnya. Menteri
Pendidikan bertanggungjawab terhadap hal ehwal pendidikan dan dibantu lembaga pengelola sekolah di
peringkat wilayah dan daerah.
- Kerajaan Pusat mengawal segala dasar berkaitan pengurusan sekolah. 1809, Jabatan Pendidikan Awam
ditubuhkan bagi memudahkan kawalan kerajaan pusat. Kerajaan Pusat berperanan dalam pelantikan
guru-guru dan penyeliaan sekolah.
2 Institusi Pendidikan
Sekolah Rendah
- Sekolah rendah dikenali sebagai Volksschulen yang terbuka kepada semua lapisan penduduk Jerman.
Kanak-kanak berumur 7 tahun diwajibkan mendaftar dan mengikuti pembelajaran di sekolah rendah
sehingga 14 tahun. Pengajian meliputi agama, membaca, menulis, mengira, geografi, sejarah dan
gimnastik. Menyebabkan kadar buta huruf sangat rendah di Jerman.
Sekolah Menengah
- Dua aliran iaitu sekolah gimnasium dan sekolah awam. Sekolah gimnasium keutamaan kepada bahasa
Latin dan Greek dan bertujuan menyediakan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
Sekolah awam pula menekankan bahasa Jerman, Matematik, Sains Tabii dan bahasa moden
bertujuan melahirkan pelajar yang dapat menjalani kehidupan seharian dengan teratur. Tempoh
pengajian menengah selama 9 tahun dengan kadar yuran sebanyak lima hingga 27 dollar.
Sekolah Teknik
- Penekanan bidang teknologi sejajar usaha membangunkan sektor perindustrian dan perdagangan.
- Penekanan kepada mata pelajaran teknikal menyebabkan lebih banyak politeknik dan sekolah
perdagangan ditubuhkan.
Universiti
- Pengajian di universiti dibahagikan kepada 4 fakulti – Teologi, Undang-undang, Perubatan, Falsafah.
Pentadbiran universiti dikendalikan Rector. Universiti Berlin merupakan universiti yang tersohor dan
terbesar di Jerman dengan 200 professor dan 5 000 pelajar.
3 Latihan Perguruan
- Semasa pemerintahan Raja Frederick William I, seorang pesuruhjaya dilantik bagi membekalkan tenaga
pengajar terlatih yang mahir dan mempunyai pengetahuan. Raja Frederick turut merekrut guru-guru
yang berwibawa untuk berkhidmat di sekolah.
- Latihan perguruan dan seminar guru-guru diadakan dalam melatih tenaga pengajar.
- Raja Federick juga memberikan dana dan piagam diraja kepada institusi perguruan.
- Pada tahun 1747, pusat latihan guru ditubuhkan di Berlin. Pusat latihan guru juga ditubuhkan di wilayah-
wilayah Jerman seperti Austria, Saxe-Weimer, dan Saxony.
4 Bantuan Kewangan
- Kerajaan memperuntukkan bantuan kewangan untuk menyediakan kemudahan dan prasarana di sekolah.
- Frederick William I telah memberikan sumbangan kewangan untuk prasarana dan peralatan di sekolah.
- 50 000 thaler telah disumbangkan bagi membina bangunan sekolah serta membaiki bangunan usang.
Baginda turut mengurniakan tanah yang luas untuk pembinaan sekolah.
5 Kurikulum
- Kurikulum sekolah rendah menekankan pembelajaran Sejarah, Geografi dan Bahasa Jerman bagi
melahirkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.Penekanan juga diberikan kepada
perkembangan mental kanak-kanak dan latihan menggunakan deria.
- Matapelajaran Lukisan, Matematik dan Latihan Jasmani juga ditekankan. Pelajar juga mempelajari
matapelajaran Agama terutamanya nilai-nilai moral, hormat-menghormati dan rendah diri.
- Kurikulum sekolah menengah terdiri daripada bahasa Latin, Greek, Jerman, Matematik, Sejarah,
Geografi, Agama dan Sains. Selepas 1867, penekanan diberikan kepada pengajian matapelajaran
humanisme.
- Pendidikan di universiti menekankan pengkhususan dalam bidang ilmu pengetahuan. Kajian dan
penyelidikan dibuat dalam bidang Psikologi, Sejarah, Falsafah, Undang-undang, Anatomi, Kimia dan
Fizik.

Kesimpulan
- Pendidikan di Jerman bertujuan memberikan peluang kepada individu mendapat pendidikan.
- Bidang ini berkembang disebabkan bukan sahaja peranan kerajaan
Tema 4 : Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

Soalan 1 : Pertembungan budaya barat dengan budaya tempatan merupakan salah satu faktor tercetusnya
peristiwa Dahagi di India. Bincangkan.

Pendahuluan :
- Pada tahun 1857 satu pemberontakan terbesar menentang pemerintahan British telah berlaku di India.
Pemberontakan ini dikenali sebagai Dahagi India dan merupakan pemberontakan tentera atau sepoi
menentang pemerintahan di India.
- Pemberontakan ini merupakan permulaan tindak balas masyarakat India membebaskan negara daripada
cengkaman pentadbiran British.
- Memang benar bahawa pertembungan budaya merupakan faktor yang menyebabkan tercetusnya
peristiwa Dahagi namun terdapat juga faktor-faktor lain iaitu faktor politik seperti pengilhakan Lord
Dalhousie, pentadbiran yang tidak stabil dan faktor ekonomi turut menyebabkan tercetusnya Dahagi
India.

Isi penting :
A. Sosial
Pembaharuan Sosial (Pertembungan budaya)
Penghapuskan Amalan Thugge dan Sutte yang Dianggap Kejam :
- Masyarakat India yg beragama Hindu marah dengan tindakan Gabenor Jeneral British di India (Lord
William Bentick) telah menghapuskan amalan thugge dan sutte. Tradisi Sutte merujuk kepada amalan
balu akan dibakar bersama-sama mayat suami ketika upacara pengebumian. Amalan Thuggee ialah
amalan merompak dan membunuh pengembara oleh kumpulan agama atas nama Dewi Kali.
Amalan Membunuh Bayi Perempuan :
- Masyarakat India juga tidak berpuas hati dengan penghapusan amalan membunuh bayi perempuan yg
dianggap akan memalu dan menyusahkan keluarga kerana terpaksa menyediakan dowri perkahwinan
anak perempuan mereka.
Penggubalan Akta Kahwin Semula oleh Lord Dalhousie :
- Undang-undang ini dianggap bertentangan dengan tradisi masyarakat Hindu yg menetapkan isteri ‘mesti
mati’ bersama-sama suami.
Diskriminasi Kaum :
- Orang British memandang rendah masyarakat India. Sebagai contoh, masyarakat India hanya boleh
menaiki kereta api kelas ketiga[kelas pertama dan kedua dikhaskan untuk pegawai Inggeris. Masyarakat
India yang berkasta tinggi berasa marah kerana menganggap situasi tersebut mengancam sistem kasta yg
mereka amalkan secara turun-temurun.
Isu Penggunaan Senapang Rifle Enfield
- Pengenalan senapang Rifle Enfield menyemarakkan lagi kemarahan dan kebencian sepoi-sepoi. Hujung
peluru senapang telah disapu dengan rninyak lembu dan babi. Sepoi Hindu dan Muslim menganggap
tindakan ini satu muslihat British menentang kebudayaan mereka dan sebagai satu langkah
mengkristiankan mereka.
Ketidakpuasan hati golongan Sepoi.
- Tentera Benggala yang terlibat dalam Dahagi berasal dan kaum Brahmin dan Rajput yang berkasta tinggi.
Golongan ini tidak suka melakukan kerja berat dan berkhidmat di luar India.
- Perasaan tidak puas hati bertambah apabila Lord Canning meluluskan Akta Pengambilan Tentera Am
Melalui akta ini seseorang sepoi boleh dihantar berkhidmat di mana-mana sahaja perkhidmatan mereka
diperlukan.
- Apabila dihantar berkhidmat di kawasan jauh sepoi-sepoi ini tidak diberi elaun yang lebih. Sepoi-sepoi
ini bimbang bahawa kedudukan dan kasta mereka tercemar jika mereka bekerja di luar India.
- Sepoi-sepoi ini juga tidak puas hati dengan dasar diskriminasi di antara mereka dan tentera British.
Mereka diberi layanan buruk dan gaji lebih rendah
- Kenaikan pangkat dalam tentera adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan dan bukannya keupayaan dan
kebolehan seseorang calon.
- Penglibatan British dalam Perang Crimea memberi keyakinan kepada sepoi-sepoi bahawa mereka dapat
mengusir orang British dari tanah air mereka dengan mudah.
B Politik
Dasar pengilhakanLord Dalhousie
- Proses penaklukan dan Undang:undang Lesap Waris yang dijalankan telah menyinggung perasaan orang
India, khasnya pemerintah wilayah-wilayah. Lord Dalhousie telah mengilhakkan wilayah-wilayah di
India tanpa mempertimbangkan perasaan orang India.
- Juga telah mencabar kedaulatan pemerintah tempatan seperti Nawab dan Camatic dan Raja Tanjore.
- Tindakan Dalhousie menarik balik pembayaran• pencen Nana Sahib, anak angkat Baji Rao selepas
kemangkatan beliau menyebabkan Nana Sahib begitu benci terhadap pihak British sehingga beliau
sendiri memberi sokongan kepada Dahagi India.
Pentadbiran tidak stabil
- Inggeris menggantikan sistem pentadbiran lama dengan pentadbiran baru yang menyebabkan kesukaran
masyarakat India menerima pentadbiran yang berlainan dengan sistem yang telah mereka alami sejak
turun temurun.
- Perubahan dalam pentadbiran tanah tidak disukai oleh penduduk India. Suruhanjaya Inam yang dibentuk
untuk mengkaji pajakan tanah tanpa sewa telah menyebabkan Inggeris merampas 20,000 estet di Deccan.
Perubahan dalam pentadbiran hasil tanah telah menyebabkan kesusahan dan kesengsaraan kepada para
pemilik dan penyewa tanah.
- Di wilayah Oudh, Inggeris telah menghentikan bayaran kepada raja dan elaun serta pencen kepada
pegawai-pegawai. Tentera raja dibubar mengakibatkan mereka kehilangan punca pencarian.
- Sikap angkuh pegawai-pegawai British dan sukar ditemui menyebabkan rakyat membenci British.
- Pengenalan Undang-Undang British yang dianggap asing dan tidak difahami oleh rakyat serta Bahasa
Inggeris dijadikan bahasa kehakiman telah menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk India.
- Inggeris juga tidak memberi jawatan penting (tinggi) dalam perkhidmatan awam dan tentera kepada
orang India. Orang orang India tidak diberi apa-apa hak politik, membawa penentangan.
C Faktor Ekonomi
Penindasan Ekonomi
- Penindasan di dalam bidang perdagangan telah berlaku di Benggal sejak ia mula beroperasi. Perdagangan
telah lama dimajukan tetapi sektor perkilangan India telah dimusnahkan dengan mengenakan cukai tarif
yang tinggi di England bagi barang-barang India.
- Ini menyebabkan eksport kapas dan sutera India ke England terhenti tetapi pasaran India pula telah
dibanjiri dengan barangan Inggeris. Ini menyebabkan industri perkilangan India lumpuh.
- Industri-industri lain juga mengalami nasib yang sama, contohnya industri melebur besi lumpuh kerana
pengimportan besi dan besi waja. Industri desa, iaitu penggabungan pertanian dan industri desa turut
musnah.
- Keadaan ini menyebabkan pekerja-pekerja terlibat terpaksa menukar pekerjaan ke sektor pertanian.
- India beransur-ansur bertukar menjadi jajahan pertanian untuk kapitalisme Inggeris. Ini bermakna India
membekalkan bahan-bahan mentah untuk pengilangan England dan rnembeli barangan siap buatan
British.
Kesimpulan
- Dahagi India merebak ke seluruh India. Pihak Inggeris berasa terancam dan cuba melumpuhkan
kebangkitan masyarakat India.Pada bulan Julai 1858, Dahagi India berjaya ditamatkan. Maharaja Delhi
berserta putera-puteranya ditangkap dan ditembak
- Dahagi India menjadi titik tolak permulaan semangat mengusir penjajah daripada tanah India.
Walaupun usaha tersebut gagal tetapi ia telah menjadi detik terpenting dalam sejarah penentangan
masyarakat India terhadap pihak Inggeris.

Catatan Calon
* Calon seharusnya dapat mengemukakan pertembungan budaya sebagai isi utama dan faktor-faktor lain sebgai
faktor sampingan yang menyebabkan tercetusnya Peristiwa Dahagi di India.

Soalan 2 : Sejauh manakah sentimen anti orang asing membawa kepada tercetusnya Pemberontakan
Boxer di China pada tahun 1900

Pendahuluan :
- Menjelang tahun 1899, tercetus pemberontakan yang dikenali sebagai Pemberontakan Boxer di China.
Pemberontakan ini bertujuan menghalau orang asing dari China dan membunuh orang Cina yang
beragama Kristian. Pemberontakan Boxer merupakan reaksi orang Cina terhadap tekanan yang diberikan
oleh kuasa-kuasa asing terhadap kerajaan China. Malah anggota Gerakan Boxer menganggap orang asing
bertanggungjawab terhadap keruntuhan kerajaan Manchu.
- Di samping itu, mereka menganggap orang asing sebagai punca kepada segala Kepincangan yang berlaku
dalam bidang politik,ekonomi dan sosial di China. Gerakan Boxer berasal daripada sebuah kongsi gelap
Cina yang dikenali sebagai I HO CHUAN (Persatuan Tinju Keadilan dan Keharmonian). Menjelang
tahun 1813, kerajaan mengeluarkan perintah mengharamkan I Ho Chuan Kerana persatuan ini bersifat
anti Manchu.Namun anggota persatuan ini bergiat secara Sulit di wilayah-wilayah Shantung,Hunan dan
Kiangsu.
Isi Penting :
1 Sentimen Anti orang Asing
- Sentimen anti orang asing dalam kalangan rakyat dan pihak istana merupakan faktor yang menyebabkan
tercetusnya Pemberontakan Boxer.Pencerobohan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat sejak Perang
Candu pertama (1839-1842) menimbulkan semangat anti orang asing dalam kalangan rakyat Cina.
- Sentimen anti orang asing meningkat ekoran tindakan kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba untuk
mendapatkan konsesi di China malah tindakan kuasa-kuasa Barat merebut konsesi telah menjatuhkan
maruah orang Cina dan mencemar kedaulatan China.
- Semangat anti orang asing juga menebal dalam kalangan sarjan dan pembesar istana. Tokoh-tokoh istana
seperti Maharani Dowager, Putera Chuang dan Kang-I mengamalkan sikap anti orang asing terhadap
kuasa-kuasa Barat dan Jepun di China. Maharani Dowager Tzu His bertindak menamatkan Hak Wilayah
Asingan yang diberikan Kepada kuasa-kuasa asing di China.
- Semangat anti orang asing telah menyebabkan rakyat China dan pihak istana berganding tenaga untuk
mengusir orang asing dari China.

2 Sentimen Anti kristian


- Sikap dan tindakan golongan Mubaligh Kristian menyebarkan agama Kristian dalam
kalangan Perjanjian Whampoa dan Konvensyen Peking membenarkan golongan Mubaligh Kristian
menjalankan aktiviti keagamaan di pelabuhan-pelabuhan dan kawasan pedalaman.
- Penyebaran agama Kristian mencemaskan golongan konservatif yang menganggap ajaran Kristian amat
bertentangan dengan ajaran Confucianisme, buddhisme dan Taoisme yang diamalkan sejak turun-
temurun.
- Di samping itu, mubaligh-mubaligh Kristian juga campur tangan dalam kes-kes mahkamah yang
melibatkan orang Cina yang bukan beragama Kristian, tindakan mubaligh-mubaligh Kristian campur
tangan dalam hal ehwal tempatan telah menimbulkan kemarahan orang Cina.
- Selain itu, sikap dan kelakuan orang Cina yang memeluk agama Kristian telah permusuhan dengan orang
Cina yang bukan Kristian.Tambahan pula, hubungan antara orang Cina yang bukan Kristian dengan
orang Cina yang memeluk agama Kristian menjadi renggang, kerana sikap orang Cina beragama Kristian
yang tidak menghormati adat resam yang diwarisi sejak turun-temurun,meninggalkan agama dan
kepercayaan asal mereka, enggan menyertai upacara keagamaan dan enggan membiayai perayaan
keagamaan
- Orang Cina yang beragama kristian dibenci kerana bersikap sombong dan menganggap diri mereka lebih
tinggi daripada masyarakat Cina yang lain dan orang Cina yang beragama Kristian dianggap sebagai
pengkhianat bangsa kerana mereka diperalatkan oleh orang asing.

3 Penguasaan Ekonomi Oleh Kuasa Asing


- Penguasaan ekonomi China oleh kuasa-kuasa asing juga merupakan faktor Tercetusnya Pemberontakan
Boxer. Kemasukan barang-barang asing telah menyebabkan perusahaan tempatan seperti perusahaan
tekstil dan pertukangan tangan mula merosot dan pasaran tempatan mula dikuasai oleh orang asing
kerana barang-barang buatan Barat lebih murah serta bermutu tinggi berbanding barang tempatan.
- Tambahan pula, kemasukan pelabur-pelabur asing telah menyebabkan pengusaha-pengusaha tempatan
hilang sumber pendapatan,akibatnya bilangan penduduk tempatan yang menganggur turut meningkat.
Penguasaan ekonomi negara oleh kuasa-kuasa asing telah menimbulkan perasaan benci rakyat tempatan
terhadap orang-orang asing.

4 Masalah Kewangan
- Kerajaan China juga menghadapi masalah kewangan dan ekonomi yang serius, masalah ini timbul
kerana kerajaan China terpaksa membelanjakan wang yang banyak bagi membayar ganti rugi perang
kepada kuasa-kuasa Barat.
- Bagi mengatasi masalah ini,kerajaan China terpaksa memperkenalkan cukai-cukai baharu dan kerajaan
juga bertindak menambah cukai yang telah membebankan rakyat pada masa itu. Oleh itu, masyarakat
Cina pada masa itu yang terdiri daripada golongan petani dan penganggur menyertai pemberontakan
bagi menghalau orang asing dari negara China.

5 Bencana Alam
- Kejadian bencana alam seperti banjir dan kemarau yang melanda China menyebabkan Rakyat China
terpaksa menanggung pelbagai jenis penderitaan,antara bencana alam yang yang dihadapi masyarakat
Cina pada masa itu ialah banjir yang berlaku pada tahun 1898 di wilayah-wilayah sekitar Sungai Yangtze
dan Sungai Hwang Ho dan pada tahun 1900 berlaku kemarau dibahagian utara Negara China termasuk
Peking. Bencana alam ini telah menyebabkan kebuluran dan kemusnahan harta benda.
- Oleh itu, masyarakat Cina menyalahkan orang asing sebagai punca kepada bencana alam yang melanda
negara mereka dan mereka berpendapat projek-projek pembangunan seperti pembinaan landasan kereta
api,pemasangan kabel telegraf dan pembinaan kilang telah menganggu keharmonian alam serta
menyinggung perasaan dewa-dewi mereka.
- Selain itu, penyebaran agama Kristian yang telah dilakukan oleh mubaligh-mubaligh Kristian telah
menganggu roh nenek moyang dan golongan pendeta.Justeru masyarakat China berpendapat bencana
alam yang melanda negara mereka merupakan balasan daripada dewa-dewi mereka dan berpendapat
orang asing yang menjadi punca kepada segala penderitaan harus diusir keluar dari China.

Kesimpulan
- Pemberontakan Boxer berlaku disebabkan oleh penguasaan orang Barat terhadap ekonomi dan
mempengaruhi masyarakat Cina untuk memeluk agama Kristian. Tindakan orang Barat ini menyebabkan
masyarakat biasa dan golongan istana bangkit untuk mempertahankan hak mereka dan menyelamatkan
negara mereka daripada terus dikuasai oleh pengaruh orang asing.
- Pemberontakan Boxer merupakan asas kepada kejatuhan kerajaan Manchu dan kemunculan kerajaan
republik di China

Soalan 3 : Perang Dunia Pertama Telah Memberikan Kesan Kepada Politik Dunia. Bincangkan.

Pendahuluan :
- Perang Dunia Pertama telah memberi kesan kepada politik dunia, namun perang ini juga telah memberi
kesan kepada bidang ekonomi dan sosial dunia.Perang Dunia Pertama tercetus antara tahun 1914 hingga
1918 yang hanya melibatkan negara-negara Eropah.
- Pihak yang terlibat dalam perang ini inlah Triple Alliance (Perikatan Kuasa Tengah) yang dianggotai
oleh Jerman, Austria-Hungary dan Itali, dan Triple Entente (Pakatan Bertiga) yang dianggotai oleh Rusia,
Perancis, dan Britain.

Isi Penting :
Kesan Politik kepada:
Rusia
- Kesan Perang Dunia Pertama dalam bidang politik ialah menamatkan pemerintahan beraja yang
memerintah Rusia selama 400 tahun.
- Kerajaan Rusia kehilangan sokongan daripada golongan petani dan pekerja kerana tidak membela nasib
mereka ketika ekonomi merosot.
- Vladimir Lenin telah menggulingkan pemerintahan beraja dan membentuk sebuah kerajaan komunis
yang pertama di dunia.
- Lenin juga telah menandatangani Perjanjian Brest-Litovsk pada 3 Mac 1918 bagi menamatkan perang
dengan Jerman dan Austria.
- Melalui perjanjian ini, Rusia kehilangan 1/4 wilayahnya di Eropah yang diserahkan kepada Jerman serta
¾ sumber arang batu dan besi.
- Selain itu, Parti Komunis telah ditubuhkan dan seterusnya terbahagi kepada dua, iaitu Mensheviks yang
dipimpin oleh Julius Martov dan Bolsheviks pimpinan Vladimir Lenin.
Austria Hungry
- Kerajaan Austria-Hungary mengalami kemusnahan apabila Dinasti Habsburg ditamatkan.
- Keadaan ini menyebabkan berlakunya pemberontakan yang dicetuskan oleh bangsa-bangsa yang pernah
dikuasainya seperti I'ole, Slovak, Finn, Lithuania, dan Czech.
- Kejayaan pemberontakan terscbut menyebabkan lahirnya negara-negara baharu seperti Czechoslovakia,
Finland, Hungary, Latvia, Lithuania, Estonia. Dan Rumania
Jerman
- Kaiser Wilhem 11 bersetuju untuk turun takhta
- Parti Sosialis Demokrat pimpinan Friedrich Ebert membentuk sebuah kerajaan republik yang dikenali
sebagai Republik Weimer.
Perjanjian Versailles telah dimeterai
- Bertujuan menamatkan Perang Dunia Pertama.
- Perjanjian ini dilihat tidak adil apabila pihak yang kalah dipaksa menerima syarat-syarat yang berat
sebelah
- Antaranya, Jerman terpaksa menyerahkan 12% daripada jumlah penduduknya selain menyerahkan 13%
daerahnya termasuk 3/4 hasil besi dan 1/5 hasil arang batu.
- Bayaran ganti rugi dan pampasan perang yang tinggi juga dikenakan kepada Jerman selain jumlah
tentera dikurangkan daripada 400 000 kepada 200 000 menjelang 30 September 1919 dan 100 000
menielang 31 Mac 1920.
Liga Bangsa dibentuk
- Pembentukan Liga Bangsa bagi menjaga keamanan serta mengelakkan daripada berlakunya peperangan.
- Hampir kesemua negara Eropah menyertai pertubuhan ini kecuali Rusia dan Amerika Syarikat dan taraf
kuasa besar diberikan kepada Britain, Perancis, Itali, dan Jepun.
- Ketiadaan Amerika Syarikat dan Rusia sebagai anggota telah melemahkan pertubuhan ini
- Akhirnya dibubarkan pada April 1945 apabila pertubuhan ini gagal menghalang penaklukan Itali
terhadap Habsyah dan penaklukan Jepun terhadap Manchuria.

Kesan Ekonomi
Jerman mengalami masalah inflasi
- Kesan kekurangan bekalan makanan dan catuan bahan makanan, jerman mengalami inflasi
- Ini menyebabkan rakyatnya merusuh dan berlaku gerakan antikerajaan pada tahun 1917.
- Pada tahun 1922, nilai mata wang Jerman, Mark telah menjunam dan pengeluaran industri Jerman turut
terjejas.
- Di Rusia, sektor pertanian mengalami masalah apabila kekurangan tenaga buruh kerana empat juta
daripada mereka dikerah untuk menyertai tentera.
- Pemerintahan Tsar mengalami masalah dalam belanjawan kerana terpaksa mengalihkan peruntukan
dalam bidang pendidikan dan perumahan kepada keperluan ketenteraan.
- Di Perancis, berlaku pertempuran yang menyebabkan keupayaan pengeluaran merosot kepada 70% bagi
arang batu, 81% bagi keluli, dan 63% besi.
- Pasaran dunia telah diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun.

Kesan sosial
- Perang Dunia Pertama telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa dan kemusnahan harta
benda yang bernilai ASS 36 760 juta.
- Britain kehilangan 750 000 rakyatnya, iaitu 9% daripada jumlah penduduk lelakinya yang berumur 45
tahun ke bawah manakala bilangan yang cedera dianggarkan berjumlah dua juta orang.
- Lebih kurang 1.4 juta rakyat Perancis terkorban dan 3.5 juta yang lain tercedera dan jumlah ini
melibatkan hampir 10% jumlah rakyat lelaki Perancis yang cergas.
- Pencemaran udara dan bumi juga berlaku kesan penggunaan senjata kimia yang meluas dalam
pertempuran sengit seperti di Marne dan Somme.

Kesimpulan
- Perang Dunia Pertama telah mendatangkan kesan yang mendalam terhadap seluruh rakyat di negara-
negara yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Memberi kesan kepada bidang politik,
ekonomi dan sosial.
- Perang Dunia Pertama diberi gelaran sebagai The Great War kerana peperangan ini telah mengubah
landskap politik Eropah, kemusnahan harta benda yang besar, dan jutaan nyawa yang terkorban.

Soalan 4 : Bincangkan kesan-kesan Perang Dunia kedua dari aspek politik, ekonomi dan sosial ke atas
negara Jepun.

Pendahuluan :
- Negeri Jepun telah tewas dalam Perang Dunia Kedua. Pendudukan Amerika selama 6 ½ tahun telah
bermula secara rasmi pada 2 September 1945 dan berakhir pada 28 April 1952.
- Pada teorinya, pendudukan tersebut adalah bersifat antarabangsa. Satu perjanjian yang dicapai di
Moscow pada bulan Disember 1945 telah menetapkan bahawa pendudukan di negeri Jepun harus
ditentukan oleh dua badan, iaitu Suruhanjaya Timur Jauh (Far Eastern Commission) dan Majlis Berikat
(Allied Council).
- Suruhanjaya Timur Jauh diwakili oleh 13 buah negara dan beribu pejabat di Washington manakala Majlis
Berikat diwakili oleh 4 buah negeri dan beribu pejabat di Tokyo.
- Pada akhirnya, pendudukan tersebut telah dilaksanakan oleh Amerika Syarikat melalui Jeneral Douglas
MacArthur yang telah dilantik Pemerintah Agung Kuasa-kuasa Berikat (Supreme Commander for the
Allied Powers – SCAP).
Isi Penting :
Politik
1 Pembubaran angkatan tentera
- Salah satu tugas utama SCAP ialah untuk membubarkan angkatan tentera Jepun. Ini adalah untuk
memastikan bahawa negeri Jepun tidak akan lagi mengancam keamanan dan keselamatan dunia. Jentera
perang Jepun telah dimusnahkan. Angkatan tentera Jepun dan kira-kira 1300 buah persatuan nasionalis
lampau telah dibubarkan.
- Kilang-kilang membuat senjata telah ditutup. Peperangan diharamkan. Semua tentera dan orang awam
Jepun di seberang laut yang berjumlah kira-kira 3 juta telah dibawa balik ke negeri Jepun.
- Pembicaraan orang Jepun yang dianggap penjenayah perang telah diadakan. 7 pemimpin Jepun termasuk
Tojo telah digantung dalam bulan Disember 1948.
- SCAP telah juga menyingkirkan kira-kira 200000 orang pegawai tentera, kerajaan dan pemimpin
perniagaan yang dipercayai terlibat dengan dasar perluasan negeri Jepun.
2 Pengenalan unsur-unsur demokrasi
- Pengenalan unsur-unsur demokrasi merupakan kesan terpenting pendudukan Amerika.
- Satu perlembagaan demokratik baru telah diperkenalkan pada tahun 1947.
- Negara Jepun telah mengamalkan semula sistem kerajaan berparlimen dengan keunggulan Diet. Diet
yang terdiri dari Dewan Rakyat dan Dewan Councillor dijadikan organ kuasa negara yang tertinggi dan
organ perundangan yang tunggal. Diet juga diberi kuasa penuh ke atas hal-hal kewangan.
- Kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Councillor merupakan badan terpilih. 467 orang ahli Dewan
Rakyat adalah dipilih bagi tempoh 4 tahun manakala 250 orang ahli Dewan Councillor adalah dipilih
bagi tempoh 6 tahun. Semua rakyat Jepunyang berumur 20 tahun dan ke atas mempunyai hak mengundi.
Perlembagaan baru tersebut juga mensyaratkan bahawa Perdana Menteri Jepun harus dipilih daripada
kalangan ahli Diet.
- Majoriti menteri-menteri kabinet juga merupakan ahli Diet. Kuasa kerajaan pusat telah diagihkan dan
pilihanraya tempatan digalakkan. Pihak-pihak berkuasa tempatan diberi kuasa yang lebih dalam hal-hal
cukai dan perundangan.
- Kementerian Dalam Negeri yang menguasai polis dan pentadbiran tempatan telah dibubarkan.
- Perlembagaan baru ini telah menjamin hak-hak asasi seperti persamaan dari segi undang-undang,
kebebasan pemikiran, kebebasan akhbar dan hak-hak suami dan isteri yang sama. Orang tahanan politik
dibebaskan.
- Perlembagaan baru Jepun telah juga mengubah kedudukan Maharaja Jepun yang telah dianggap sebagai
suci dan “inviolable”. Maharaja Jepun dijadikan hanya lambang negara dan perpaduan rakyat Jepun.
Baginda tidak lagi mempunyai sebarang kuasa berkaitan dengan pentadbiran negara. Kerajaan Jepun
telah menjadi sekular.
- Pada keseluruhannya terdapat kestabilan politik di negeri Jepun yang tetap mengamalkan sistem kerajaan
berparlimen.
- Parti Liberal Demokratik telah muncul sebagai parti yang paling penting dan berpengaruh. Menjelang
pertengahan tahun-tahun 1950-an, negeri Jepun telah mencapai semula paras ekonomi sebelum perang.

Ekonomi
1 Akta Pembaharuan Tanah 1946
- Pemulihan ekonomi merupakan kesan jangka panjang pendudukan Amerika yang penting. Beberapa
pembaharuan ekonomi yang bertujuan menggalakkan pembahagian pendapatan yang lebih luas di
kalangan rakyat Jepun telah diperkenalkan.
- Pihak berkuasa pendudukan telah melaksanakan satu program pembaharuan tanah yang bertujuan
menambahkan pemilikan tanah oleh petani-petani.
- Melalui Akta Pembaharuan Tanah 1946, pihak berkuasa pendudukan telah membeli tanah-tanah
kepunyaan tuan-tuan tanah tidur (absentee landlords). Tanah-tanah ini kemudiannya dijual dengan harga
rendah kepada petani-petani.
- Program tersebut tamat dilaksanakan pada tahun 1950 dan telah membolehkan 3 juta orang petani
memperolehi tanah seluas 5 juta ekar. Ia juga berjaya menstabilkan ekonomi luar bandar.
2 Hapus Monopoli Ekonomi golongan Zaibatsu
- Pihak berkuasa pendudukan telah juga mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan
- monopoli ekonomi negeri Jepun oleh golongan zaibatsu.
- 83 buah syarikat induk zaibatsu telah dibubarkan. Harta-harta zaibatsu telah dibekukan. Ahli-ahli
keluarga dan eksekutif zaibatsu telah disingkirkan. Pihak berkuasa pendudukan telah menggalakkan
penubuhan kesatuan-kesatuan sekerja.
3 Akta Kesatuan Sekerja 1945
- Akta Kesatuan Sekerja 1945 telah memberi pekerja-pekerja hak mogok dan berunding secara kolektif.
Bilangan ahli kesatuan sekerja telah meningkat dengan pesat.
- Menjelang tahun 1949, kira-kira 6.5 juta orang pekerja telah menyertai kesatuan sekerja. Dasar ekonomi
pihak berkuasa pendudukan telah berubah selepas tahun 1948.
- Akibat Perang Dingin antara dunia Barat dan Timur, langkah-langkah telah diambil untuk mengukuhkan
negeri Jepun sebagai sekutu dunia Barat untuk menentang Komunisme.
- Pembayaran ganti rugi perang oleh Jepun telah dihapuskan. Amerika Syarikat telah memberi bantuan
ekonomi dan mempergiatkan langkah-langkah untuk memulihkan ekonomi Jepun. Perdagangan eksport
Jepun telah digalakkan.
- Dalam tahun-tahun 1960-an pula, ia telah muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi yang utama di dunia.
Pendapatan per kapita Jepun telah meningkat dari $146 pada tahun 1951 ke $395 pada tahun 1960 dan
melebihi $2000 pada tahun 1972.
4 Dasar hubungan luar berasaskan ekonomi dengan Amerika Syarikat
- Dasar luar Jepun adalah berasaskan pada hubungan yang erat dengan Amerika Syarikat dan prinsip
susunan dunia perdagangan yang aman dan terbuka.
- Menjelang tahun 1980, Jepun telah muncul sebagai kuasa ekonomi yang ketiga terbesar (selepas Amerika
Syarikat dan Rusia) di dunia.

Sosial
1 Penyusunan semula sistem pendidikan
- Pihak berkuasa pendudukan telah menyusun semula sistem pendidikan Jepun dengan berasaskan model
Amerika Syarikat.
- Prinsip-prinsip yang mempengaruhi penyusunan semula pendidikan Jepun ialah demokrasi, kebebasan,
pengagihan kuasa pusat, pendidikan massa, kepelbagaian dan internasionalisme.
- Pendidikan wajib dari 6 tahun ke 9 tahun. Kursus-kursus lama mengenai etik yang telah menggalakkan
perkembangan faham ketenteraan telah digantikan dengan kursus-kursus sains sosial.
- Pentadbiran pendidikan diletakkan di bawah kerajaan tempatan. Beberapa universiti telah ditubuhkan di
peringkat prefecture. Buku-buku teks telah ditulis semula dan kaedah-kaedah pengajaran baru
diperkenalkan. Penekanan dalam buku-buku teks diberi ke atas aspek demokrasi dan hak-hak individu.
2 Pengaruh budaya barat
- Bilangan penduduk Jepun di kawasan-kawasan bandar telah bertambah dengan pesat. Satu kelas
pertengahan yang baru telah muncul.
- Masyarakat Jepun semakin dipengaruhi oleh kebudayaan Barat. Kadar pertumbuhan pendudukan Jepun
telah merosot.
- Pergaulan antara lelaki dan wanita telah menjadi lebih bebas. Perasaan “kekitaan” masih kuat di kalangan
orang Jepun.

Kesimpulan
- Pada bulan April 1951, Jeneral Douglas MacArthur telah diganti oleh Jeneral Matthew B. Ridway.
Dasar pendudukan Amerika adalah berasaskan kepada 2 prinsip utama iaitu keperluan membubarkan
angkatan tentera Jepun (demilitarization) dan menjadikan Jepun sebuah negara yang demokratik
(democratization of Japan).
- Amerika Syarikat telah membantu negeri Jepun memulihkan ekonominya dan mengamalkan sistem
kerajaan berparlimen. Pada 8 September 1951, Amerika Syarikat dan 47 buah negara lain telah
menandatangani satu perjanjian perdamaian dengan negeri Jepun di San Francisco. Melalui perjanjian
ini, Jepun mencapai semula kemerdekaannya pada 28 April 1952 tetapi terpaksa menggugurkan segala
tuntutan ke atas bekas koloni-koloninya.

****Catatan Guru
- Calon seharusnya dapat mengemukakan kesan-kesan dari segi politik, ekonomi dan sosial ke atas negara
Jepun

Soalan 5 : Sejauh manakah dasar pemerintahan British merupakan faktor kebangkitan nasionalisme di
India pada abad ke-20.

Pendahuluan :
- Kebangkitan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India bermula sejak tahun 1857 lagi iaitu
dengan kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosioagama. Pertubuhan-pertubuhan ini membangkitkan
kesedaran kebangsaan melalui pembaharuan sosial.
- Selain itu, dasar pentadbiran serta amalan diskriminasi British dalam pentadbiran, pendidikan, ekonomi
dan perkhidmatan awam turut membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk
tempatan di India.

Isi Penting :
1 Dasar Diskriminasi dalam Perkhidmatan Awam
- British mengamalkan dikriminasi dalam pengambilan rakyat India bagi memegang jawatan tinggi dalam
perkhidmatan awam.Terdapat 6 orang sahaja penduduk tempatan menjawat jawatan dalam pentadbiran
awam.
- Amalan diskriminasi ini melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan golongan terpelajar di India.
Pada 1930- an hanya terdapat 6 orang sahaja penduduk tempatan diberi peluang menjawat jawatan
penting dalam pentadbiran.
- Hal ini mencetuskan rasa tidak puas hati dan mendorong rakyat menentang dasar Inggeris di India.
2 Dasar Pentadbiran - Lord Lytton
- Lord Lytton memperkenalkan Akta Senjata Royal Enfield dan Akta Akhbar Akta Sistem Vernakular
yang melahirkan sentimen anti-British
- Langkah-langkah yang diambil seperti menggalakkan import kain kapas dari England dan menghadkan
umur penyertaan dalam perkhidmatan awam kepada 18 tahun dalam pentadbiran.
- Jelas bahawa perubahan dasar ini hanya menjaga kepentingan orang Eropah sehingga telah
menimbulkan kemarahan rakyat India terhadap pemerintahan British.
3 Dasar Kehakiman - Akta Ilbert 1883
- Akta Ilbert 1883 merancakkan lagi sentimen anti-British.
- Akta ini memberi kuasa kepada hakim-hakim berketurunan India mengadili dan menjatuhkan hukuman
ke atas orang Inggeris.
- Akta ini mendapat tentangan daripada golongan Anglo-India hingga menyebabkan British menarik balik
akta tersebut.
- Tindakan British menyedarkan rakyat India tentang perasaan anti-India yang terpendam dalam hati orang
Inggeris.
- Contohnya, Surendranah Banerjee mengambil langkah untuk menganjurkan Persidangan Kebangsaan
bagi menentang British. Penentangan ini jelas menunjukkan rasa tidak puas hati orang India terhadap
dasar British.
4 Dasar Pendidikan Barat.
- Pendidikan barat yang diperkenalkan di India melahirkan ramai golongan cerdik pandai. Mereka yang
berpendidikan ini terdedah kepada konsep-konsep seperti kebebasan, demokrasi, persamaan dan hak
asasi manusia.
- Perkembangan ini melahirkan tokoh-tokoh nasionalis yang memainkan peranan dalam gerakan
kebangsaan di India. Tokoh-tokoh tersebut ialah Raja Ram Mohan Roy, W.C.Banerjee, Surendranath
Banerjee, G.K. Gokhale.
- Namun diskriminasi dalam dasar pemerintahan Inggeris menimbulkan semangat nasionalis kerana rakyat
yang berpendidikan masih tidak diberi peluang dalam pentadbiran.
5 Dasar Pengenalan Bahasa Inggeris
- Bahasa Inggeris memainkan peranan membangkitkan kesedaran kebangsaan. Di India lebih kurang 600
bahasa daerah yang dituturkan menjadi batu penghalang untuk memupuk persefahaman.
- Bahasa Inggeris juga memainkan peranan sebagai alat perpaduan yang menyatukan rakyat India yang
terpisah dari segi agama, bangsa dan wilayah.
- Jelas isu bahasa Inggeris telah memupuk semangat nasionalisme untuk memudahkan media perhubungan
antara penduduk di India.
6 Dasar Ekonomi British
- British mengamalkan dasar ekonomi bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian di England
- Dasar ini menyebabkan British tidak menggalakkan perkembangan industri tempatan dan mengawal
perusahaan-perusahaan tempatan
- Langkah-langkah ini membangkitkan perasaan benci rakyat tempatan terhadap British di India

Faktor- Faktor lain


7 Perkembangan sistem Perhubungan dan Pengangkutan
- Pembinaan sistem perhubungan dan pengangkutan moden juga pencetus kepada semangat kebangsaan
- Pembinaan jalan keretapi dan jalan raya menyatukan rakyat India yang terdiri daripada pelbagai bangsa
dan keturunan
8 Peranan akhbar
- Akhbar-akhbar tempatan memainkan peranan penting dalam membengkitkan kesedaran kebangsaan
- Akhbar seperti - Kesari, The Maratha, Amrit Bazar Patrika dan Patriot merupakan akhbar yang
mengkritik dasar British.
- Akhbar ini turut menyebarkan idea pemerintahan sendiri dan amalan demokrasi dalam kalangan
penduduk tempatan.
9 Kajian terhadap keagungan silam
- Kajian ini melahirkan keyakinan rakyat India teradap kebudayaan dan peradaban mereka.
- Sarjana yang mengakaji peradaban India ialah Sir William Jones, Max Muller dan Monier Williams.
Kajian seperti ini membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan masyarakat India.
10 Peranan kesusasteraan
- Karya-karya kesusasteraan juga memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran
kebangsaan.
- Karya-karya telah dimuatkan dalam akhbar-tempatan menyebabkan idea nasionalisme tersebar keseluruh
India.
- Tokoh-tokoh yang banyak menulis ialah Bankim Chandra Chatterjee dan Rabindranath Tagore.
- Langkah-langkah ini membangkitkan perasaan benci rakyat tempatan terhadap British di India
11 Penindasan Terhadap Buruh-buruh India di Seberang Laut
- Buruh-buruh India yang bekerja di seberang lautmenerima layanan buruk daripada British.
- British tidak mengambil berat tentang kebajikan dan hak asasi mereka.Layanan sedemikian
menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan golongan nasionalis terhadap British.
12 Gerakan Refomasi Sosioagama
- Kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosioagama melahirkan semangat nasionalisme dalam kalangan
masyarakat India.
- Antara pertubuhan yang memainkan peranan ialah Brahmo Samaj, Brahma Samaj, Arya Samaj dan
Pertubuhan Ramakrishna.
- Pertubuhan-pertubuhan agama ini meletakkan asas bagi kebangkitan semangat kebangsaan dan
kemunculan Parti Kongres India pada tahun 1885.

Kesimpulan
- Perubahan pelbagai dasar baru yang dilaksanakan oleh British dan faktor lain telah membawa kepada
kemunculan sentimen anti-British.
- Kebangkitan semangat kebangsaan melahirkan pemimpin-pemimpin nasionalisme yang mengatur
gerakan untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.

Soalan 6 : Jelaskan penglibatan United Kingdom dari aspek politik dan ekonomi dalam Komanwel pada
abad ke 20.

Pendahuluan :
- Pertubuhan Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 dan merupakan salah satu organisasi yang penting.
Keanggotaannya terdiri daripada bekas tanah jajahan British yang telah mencapai kemerdekaan. Pada
akhir tahun 1950-an, kebanyakan bekas tanah jajahan di Afrika, Asia, Carribbean, dan Pasifik yang
mencapai kemerdekaan memilih untuk menyertai Komanwel.
- Negara-negara ini yang mempunyai latar belakang sejarah yang sama melalui pengalaman dijajah oleh
British dibenarkan memilih jenis kerajaan sama ada berbentuk republik, monarki, atau menerima
monarki British.
- United Kingdom telah banyak memberi sumbangan dalam Komanwel.

Isi Penting :
Penglibatan United Kingdom dalam Komanwel dari aspek Politik

1 Sebagai pengasas dan ketua Komanwel


- Penglibatan United Kingdom dalam Komanwel yang utama ialah menubuhkan Pertubuhan Komanwel.
United Kingdom boleh dianggap sebagai "pengasas" dan "ketua" Komanwel. Penubuhan ini berjaya
menjaga dan mengawal negara-negara bekas tanah jajahannya daripada tanah jajahannya lenyap begitu
sahaja.
- Hanya empayar British sahaja yang berjaya mewujudkan sebuah pertubuhan yang disertai oleh negara-
negara bekas tanah jajahannya yang dahulu pernah ditakluki tetapi kini mempunyai status yang sama
dengan Britain.
2 Memerintah tanah jajahannya berkerajaan sendiri
- United Kingdom dalam Komanwel telah memerintah tanah jajahannya ke arah berkerajaan sendiri
seterusnya memberi kemerdekaan. Buktinya, bekas tanah jajahan British tidak dipaksa untuk menyertai
Komanwel dan keahliannya dalam Komanwel adalah bebas, iaitu boleh menarik diri daripada Komanwel
pada bila-bila masa. Misalnya, Myanmar telah meninggalkan Komanwel dan Republik Ireland
meninggalkan pertubuhan ini pada tahun 1949.
- Negara-negara anggota juga disyaratkan supaya bersedia untuk bekerjasama dengan ahli-ahli demi
kepentingan bersama. Semasa Persidangan Perhubungan Komanwel di Lahore, Pakistan pada tahun
1954, dua syarat lagi dicadangkan, iaitu mempunyai sistem parlimen dan berkemampuan untuk
mentadbir negara.
3 Pengekalan legasi monarkinya
- Penyertaan keanggotaan dalam Komanwel juga secara tidak langsung mengekalkan legasi monarki
United Kingdom. Pengekalan legasi ini memberi pengiktirafan kepada Queen (Raja Inggeris) sebagai
ketua negara dan mengekalkan keunikan Komanwel.
- Oleh itu, keanggotaan dalam Komanwel bukan secara automatik dan bekas-bekas tanah jajahan British
tidak semestinya diterima terus menjadi anggota setelah mencapai kemerdekaan. Sesebuah negara bekas
tanah jajahan British perlu memohon untuk menjadi ahli Komanwel. Malahan, syarat seterusnya ialah
negara-negara anggota yang berhasrat untuk menukarkan status monarki menjadi republik, maka negara
tersebut mestilah memaklumkan kepada negara-negara anggota yang lain. Kesannya, lebih kurang 16
buah negara anggota Komanwel memilih untuk mengakui Queen (Raja Inggeris) sebagai ketua negara.
4 Pengekalan model Barat
- Sumbangan United Kingdom dalam penubuhan Komanwel adalah dengan memperkenalkan sistem
sosial, ekonomi, dan politik berdasarkan model Barat. Penerapan sistem undang-undang, birokrasi,
ekonomi, dan lain-lain menjadikan struktur pentadbiran negara-negara Komanwel lebih kemas dan
berkesan.
- Keselarasan struktur politik, sosial, birokrasi serta sistem ekonomi yang sudah sebati dan menjadi tradisi
kepada negara Komanwel menyebabkan mereka lebih cenderung mengekalkan hubungan baik dengan
United Kingdom.

Penglibatan United Kingdom dalam Komanwel dari aspek Ekonomi


5 Memberi bantuan ekonomi
- United Kingdom ini juga menjalankan tanggungjawabnya untuk membangunkan tanah jajahannya,
termasuk wilayah-wilayah yang diamanahkan kepadanya yang ketinggalan dari segi ekonomi. Oleh itu,
Komanwel telah mengambil langkah yang wajar dengan bekerjasama secara multilateral dalam bidang
ekonomi dalam kalangan bekas tanah jajahannya akan mengukuhkan ekonomi negara-negara berkenaan.
- Buktinya, negara Komanwel mengeksport lebih 50 peratus daripada teh, bijih timah, jut, getah, minyak
sawit, dan koko dunia. Malahan, negara Komanwel juga menyumbang separuh daripada keluaran
aluminium dunia.

6 Mewujudkan Rancangan Colombo


- United Kingdom telah memujuk Amerika Syarikat, Kanada, dan Jepun untuk mewujudkan Rancangan
Colombo pada tahun 1950. Rancangan ini yang bertujuan memberi bantuan kewangan, teknikal, dan
biasiswa kepada negara-negara kurang maju. Dalam bidang ekonomi, bantuan pembangunan tanah dan
pertanian serta pengekalan kaedah pertaian moden telah disumbangkan.
- Buktinya, beberapa negara anggota Komanwel seperti India, Fiji, Sri Lanka, dan Tanah Melayu
menikmati faedah daripada program ini sama ada dalam bidang pendidikan, dan pembinaan infrastruktur,
iaitu jalan raya, kereta api, serta sistem pengairan.

Kesimpulan
- Sumbangan United Kingdom dalam Komanwel berjaya mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi,
pelajaran, teknikal, dan lain-lain.
- Kerjasama yang wujud ini telah menyebabkan negara-negara anggota tidak meninggalkan Komanwel.

You might also like