DSM3203 - Laporan Kumpulan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

Sekolah Pengurusan Dan Sains Sosial

(SPSS)

DSM3203
PENGURUSAN PAMPASAN DAN FAEDAH

LAPORAN KUMPULAN

NO NAMA MATRIK

1 AISHAH BINTI ABDULLAH MOHD FADZIL DSM2020/060379

2 ARIANNA GRASEPHINE A/P EDWIN DSM2020/060585

3 MUHD NAJMI FITRI BIN MUHD ZAINI DSM2020/060097

4 NUR EMLYN LIYANA BINTI ALIAS DSM2020/060429

5 NUR FITTRI BINTI OSMAN DSM2020/060435

PENSYARAH: MISS FATIN NABILAH BINTI A RAZAK

TARIKH PENGHANTARAN: 06 NOVEMBER 2022

0
ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan …………………………………………………………………...… 2


2.0 Pengenalan kepada pengurusan pampasan dan faedah di Malaysia .…… 3
2.1 Pengurusan pampasan di Malaysia ……………………………………… 3 - 5
2.2 Faedah di Malaysia ………………………………………………………… 5
3.0 Faedah-faedah yang ditawarkan oleh majikan kepada pekerja ……….….. 6 - 9
4.0 Bentuk-bentuk ganjaran yang diberikan kepada pekerja …………………. 10
4.1 Berbentuk kewangan ……………………………………………………… 10 - 11
4.2 Bukan berbentuk kewangan ……………………………………………… 11 - 12
5.0 Sistem pembayaran gaji pekerja di Malaysia ………………………………. 13
5.1 Gaji minimum ………………………………………………………………. 13
5.2 Gaji tetap …………………………………………………………...………. 13 - 14
5.3 Tempoh bayaran gaji di bawah Akta Kerja 1955 ………………… .…… 14
5.4 Bayaran kerja lebih masa ………………………………………………… 15
6.0 Kriteria penawaran pampasan kepada pekerja / Kriteria pekerja terima
gaji tinggi ………………………………………………………………………... 16
6.1 Kriteria penawaran pampasan kepada pekerja ………………………… 16 - 17
6.2 Kriterua pekerja terima gaji tinggi ………………………………………… 17 - 18
7.0 Cadangan dan komen daripada pelajar tentang pengurusan pampasan
dan faedah di Malaysia ………………………………………………………… 19
7.1 Komen ………………………………………………………………………. 19
7.2 Cadangan …………………………………………………………………… 19 – 20
8.0 Rujukan ………………………………………………………………………….. 21

1
1.0 PENGENALAN

Pada umumnya, istilah pampasan boleh diertikan sebagai pembayaran ganti rugi
yang dibuat oleh majikan kepada pekerjanya. Tetapi dalam amalan pengurusan
sumber manusia (HRM), pampasan membawa maksud “ganjaran” atau “gaji dan
faedah”. Istilah pampasan merujuk kepada semua bentuk kewangan serta faedah
dan perkhidmatan yang nyata atau jelasdan dapat diterima oleh pekerja sebagai
sebahagian daripada perhubungan pekerjaannya.Menurut June M.L. Poon,
pampasan merupakan satu ganjaran pengajian yang penting sekali bagi
mempengaruhi sikap, kepuasan serta produktiviti.

Pada masa kini, sesebuah organisasi perlu menawarkan pelbagai bentuk


pampasan bagi tujuan untuk menarik minat para pekerja serta dapat mengekalkan
pekerja dalam organisasitersebut. Pampasan yang menarik dapat mempengaruhi
motivasi pekerja kerana dengan pemberian pampasan yang sewajarnya dan
berpatutan akan menyebabkan mereka merasakan sumbangan mereka kepada
organisasi telah dihargai dan bersedia menunaikantangggungjawab serta
memberi hasil kerja yang baik, menurut Samith (1992).

2
2.0 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PAMPASAN DAN FAEDAH DI
MALAYSIA.

2.1 Pengurusan Pampasan Di Malaysia.


Manakala menurut Milkovich & Newman (2005) mengatakan, pampasan
didefinasikan sebagai semua bentuk pulangan serta faedah dan perkhidmatan
yang nyata serta jelas yangditerima oleh pekerja sebagai sebahagian daripada
ikatan perhubungan pekerjaannya. Rajah di bawah menerangkan jenis
pampasan yang telah diterangkan oleh Milkorich & Newman (2005).

Pengurusan pampasan adalah perkara utama dalam pengurusan sebuah


organisasi kerana ia menyumbang kepada kejayaan menyeluruh dalam
pelbagai cara. Pengrusan pampasan akan menjadi efektif apabila pihak
pengurusan menghargai nilai pelaburan dalam modal insan, kegembiraan
warga kerja dan nilai gaji yang kompetitif.

Adalah penting bagi suatu organisasi untuk menetapkan gaji yang menarik
perhatian dan menjadi faktor pengekalan modal insan yang berkualiti. Faedah
yang mengimbangi keperluan asas kemanusiaan juga merupakan faktor
penting dalam menentukan sejauh mana pekerja merasa gembira untuk
membina kerjaya jangka panjang dalam organisasi tersebut.

Merancang pakej pampasan yang menarik dan berdaya saing merupakan


tugas utama pengamal sumber manusia. Kajian kos sara hidup dan standard
kehidupan manjadi satu keperluan dalam menentukan apa yang perlu
ditawarkan.

Tawaran pampasan yang menarik boleh menjimatkan banyak masa yang


dihabiskan dalam aktiviti pengambilan pekerja, menanggani masalah
pemberhentian pekerja yang kerap dan masalah prestasi lemah. Pada
dasarnya, polisi dan sistem ganjaran di lihat sebagai petunjuk sikap dan prihatin
majikan kepada mereka yang akan mengaitakan kualiti kerja mereka.

3
a) Pampasan Langsung.
Pampasan langsung adalah faedah berbentuk wang yang diberikan
kepada pekerja sebagai ganjaran perkhidmatan mereka. Ganjaran ini
meliputi gaji, elaun kerja syif, elaun kedatangan, elaun pengangkutan,
elaun kerja berat, elaun sewa rumah, elaun khas, elaun latihan, bonus,
perbelanjaan perubatan dan lain-lain faedah wang tunai.

b) Pampasan Tidak Langsung.


Pampasan tidak langsung adalah faedah bukan wang tunai yang
diberikan untuk mengimbangi saingan organisasi lain. Faedah seperti ini
juga boleh menjadi faktor pendorong kepada pekerja.

Pengamal sumber manusia harus kreatif dalam mencadangkan


pampasan tidak langsung.

Terdapat pelbagai cara atau skim yang telah diguna pakai oleh banyak
organisasi antara lainnya :

• Tambahan cuti tahunan


• Rehat tambahan
• Latihan berterusan
• Pengangkutan percuma
• Penggunaan kenderaan syarikat
• Hadiah
• Program penjagaan kesihatan
• Penginapan yang dibiayai majikan
• Percutian percuma
• Penggunaan rumah rehat majikan
• Skim pembelian produk syarikat
• Skim penggunaan perkhidmatan syarikat
• Skim perlindungan insuran
• Skim bantuan yuran persekolahan
• Skim bantuan yuran IPT

4
• Skim pinjaman perayaan
• Skim pinjaman perkahwinan
• Skim pinjaman IPT
• Skim pinjaman pembelian kenderaan
• Skim pinjaman pembelian komputer

2.2 Faedah Di Malaysia.


Handerson (1979), mendifinisikan faedah sampingan ialah ganjaran berbentuk
yang diberikan kepada pekerja sebagai tambahan kepada bayaran yang
mereka terima dalam bentuk wang tunai. Faedah-faedah diterima oleh semua
pekerja sesbuah organisasi adalah dalam bentuk dan kadar yang berbeza
antara satu dengan yang lain. Tidak sepertimana gaji, upah, atau insentif,
faedah selalunya tidak bergantung kepada pencapaian atau prestasi
seseorang pekerja tersebut dalam sesebuah organisasi.

Majikan memberi faedah sampingan seperti cuti bergaji dan pencen untuk
menggalakkan dari sekatan pemberian gaji yang lebih tinggi (Handerson,
1979). Banyak pencangahan pendapat berhubung dengan bertambahnya
pemberian faedah ‘sampingan’ oleh kerana kejadian tersebut.
Walaubagaimanapun oleh kerana kepentingan faedah sampingan kepada
keseluruhan pampasan yang diberikan kepada pekerja, maka perkataan
sampingan telah digugurkan kerana takut kalau-kalau faedah tersebut tidak
memberikan kesan kepada para pekerja.

Faedah-faedah yang dibentuk dan diberikan kepada pekerja-pekerja mestilah


adil kepada pekerja dan organisasi itu sendiri. Bagi pihak pekerja faedah-
faedah bukan dalam bentuk wang perlulah berpatutan dan bernilai tinggi. Bagi
pihak majikan pula faedah-faedah yang diberikan adalah dalam kadar
kemampuan dan berpatutan sesuai dengan taraf pekerja itu sendiri.
Selanjutnya, faedah tersebut dapat berfungsi kearah memberi lebih motivasi
dan moral yang tinggi kepada pekerja itu sendiri.

5
3.0 FAEDAH-FAEDAH YANG DITAWARKAN OLEH MAJIKAN KEPADA PEKERJA

Sebagai pekerja, kadar gaji bukan satu-satunya penyebab untuk kita kekal
berkhidmat dengan majikan atau punca kita mencari majikan yang baru. Kini, para
pekerja mengharapkan majikan untuk menawarkan jenis-jenis faedah yang
pelbagai atau lain daripada yang lain demi kebajikan serta kelangsungan hidup
mereka. Para majikan boleh menyesuaikan pakej faedah pekerja mengikut
keperluan dan kemahuan pekerja mereka tetapi terdapat juga beberapa faedah
asas yang majikan harus dan wajib sertakan untuk pekerja.

Jenis faedah pekerja yang komprehensif yang ditawarkan kepada para pekerja
seperti berikut:

• Insurans Kesihatan
Insurans kesihatan merupakan asas dan keutamaan kepada jenis faedah
pekerja yang komprehensif yang dikehendaki oleh semua pekerja. Tawaran
insurans kesihatan yang berkualiti akan menempatkan majikan sebagai pilihan
utama para pencari kerja. Insurans kesihatan ialah insurans yang merangkumi
keseluruhan atau sebahagian daripada risiko seseorang yang menanggung
perbelanjaan perubatan, menyebarkan risiko ke atas banyak orang. Dengan
menganggarkan risiko keseluruhan penjagaan kesihatan dan perbelanjaan
sistem kesihatan ke atas kolam risiko, seorang penanggung insurans boleh
membangunkan struktur kewangan rutin, seperti premium bulanan atau cukai
gaji, untuk menyediakan wang untuk membayar manfaat penjagaan kesihatan
yang dinyatakan dalam insurans perjanjian.

• Insurans Hayat
Terdapat beberapa jenis insurans hayat yang terdapat di pasaran kini dan
setiap jenis mempunyai komponen yang berbeza seperti jumlah
insurans,simpanan dan komponen dividen,nilai wang tunai,unit dan lain-
lain.Insuran hayat adalah salah satu jenis faedah pekerja yang komprehensif
dan tidak ramai majikan yang menawarkan jenis faedah pekerja sebegini.
Insurans hayat (juga dikenali sebagai insurans nyawa) ialah satu kontrak antara

6
pemegang polisi insurans dan syarikat insurans, di mana syarikat insurans
berjanji untuk membayar sejumlah wang benefisiari yang ditetapkan apabila
berlaku kematian orang yang diinsuranskan (selalunya pemegang polisi).
Bergantung pada kontrak, peristiwa lain seperti penyakit terminal atau penyakit
kritikal juga boleh mencetuskan pembayaran. Pemegang polisi biasanya
membayar premium, sama ada secara tetap atau sekali gus. Faedah mungkin
termasuk perbelanjaan lain, seperti perbelanjaan pengebumian.

• Fleksibiliti Waktu Bekerja


Dengan membenarkan para pekerja untuk mempunyai fleksibiliti waktu bekerja
yakni merancang jadual serta persekitaran kerja dapat membantu mereka dari
pelbagai aspek. Ianya termasuk dapat membantu mengurangkan perasaan
‘burnout’ disebabkan oleh bebanan atau tekanan kerja yang tiada kesudahan.
Fleksibiliti bermakna para pekerja boleh berehat apabila keadaan di pejabat
memerlukan tindakan sedemikian.

• Bekerja Luar dari Pejabat


Walaupun konsep bekerja luar dari pejabat tidak disenangi atau dipersetujui
oleh sesetengah pekerja, faedah tersebut juga mempunyai kelebihannya yang
tersendiri. Antara kelebihan tersebut termasuk dapat meningkatkan kadar
pengekalan pekerja, produktiviti bekerja, penjimatan kos elektrik, bekalan
pejabat dan pelbagai lagi.

• Insurans Optik dan Pergigian


Pelan insuran pergigian direka untuk membantu melindungi kos para pekerja
dalam mendapatkan penjagaan gigi yang diperlukan sama ada kecemasan
atau demi pencegahan. Insuran optik pula merupakan pilihan majikan untuk
dimasukkan ke dalam senarai faedah pekerja. Insuran tersebut membantu
membayar pemeriksaan penglihatan, keperluan cermin mata baru dan
sebagainya buat para pekerja.

7
• Perbelanjaan Makan Tengahari
Majikan bermurah hati untuk menyediakan perbelanjaan makan tengahari buat
para pekerja untuk sesuatu hari. Contoh kos makan tengahari pun tidak perlu
terlalu tinggi, cukup sekadar RM10 hingga RM20 maksimum untuk seorang
pekerja. Sudah semestinya jenis faedah tersebut dapat membantu
mengurangkan beban kewangan yang mungkin dihadapi para pekerja.

• Percutian Tahunan
Setelah berpenat lelah bekerja dan bertungkus lumus mencapai sasaran yang
dikehendaki syarikat, percutian tahunan merupakan salah satu jenis faedah
pekerja yang komprehensif. Ianya juga tergolong sebagai ganjaran atau tanda
penghargaan dari majikan terhadap segala usaha yang dilakukan dan dicapai
oleh para pekerja. Cuti tahunan (dibayar oleh majikan mengikuat kadar gaji
harian untuk setiap cuti tahunan) terletak di dalam perundangan Malaysia
bermula dengan 8 hari hingga ke 16 hari kalendar bergantung pada bilangan
tahun perkhidmatan. Seseorang pekerja hendaklah mencukupkan 12 bulan
perkhidmatan dengan majikan untuk mendapatkan cuti tahunan atau jika tidak
kadar tersebut akan dikira puratanya.

• Subsidi Perjalanan dan Pengangkutan Awam


Subsidi perjalanan seperti minyak, tol dan lain-lain merupakan inisiatif faedah
pekerja yang boleh majikan pertimbang untuk tawarkan kepada para pekerja
yang memandu ke pejabat. Buat mereka yang menggunakan pengangkutan
awam pula, subsidi seperti elaun bulanan juga merupakan jenis faedah pekerja
yang komprehensif untuk diberi.

• Kursus Latihan
Trend perniagaan akan sentiasa berubah dari masa ke semasa dan demi
mempersiapkan para pekerja untuk perubahan tersebut, adalah baik sekiranya
majikan dapat menyediakan kursus latihan sebagai salah satu jenis faedah
pekerja yang komprehensif. Inisiatif tersebut akan membantu mengasah lagi
bakat yang ada serta dapat meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.

8
• Bonus Tahunan
Bonus tahunan merupakan suatu bentuk ganjaran untuk para pekerja tetapi
ianya juga tergolong sebagai jenis faedah pekerja yang komprehensif yang
boleh ditawarkan. Dengan harapan melalui inisiatif tersebut para pekerja akan
berasa lebih dihargai dan akan berasa lebih semangat untuk menyumbang
kepada organisasi majikan. Bonus adalah kompensasi tambahan yang
diberikan kepada karyawan atas pekerjaannya yang baik dan menguntungkan
perusahaan. Bonus bisa digunakan sebagai penghargaan terhadap
pencapaian tujuan-tujuan spesifik yang ditetapkan oleh perusahaan, atau untuk
dedikasinya kepada perusahaan.Bonus merupakan hal yang sangat wajar
dalam sebuah pekerjaan.

• Bayaran Pendidikan
Bayaran pendidikan merupakan pilihan dan ianya bergantung kepada
keperluan para pekerja serta organisasi sama ada untuk menawarkan faedah
tersebut atau tidak. Walau bagaimanapun, inisiatif membayar pendidikan yang
berkaitan dengan pekerjaan adalah cara terbaik untuk menambah
pengetahuan dan kemahiran pekerja, yang kemudiannya boleh digunakan
untuk membantu menjayakan lagi perniagaan majikan.

9
4.0 BENTUK-BENTUK GANJARAN YANG DIBERIKAN KEPADA PEKERJA.

Ganjaran terbahagi kepada dua iaitu ganjaran kewangan yang diberi secara
langsung kepada pekerja sendiri seperti gaji atau upah, bonus, elaun dan
pampasan. Manakala ganjaran bukan berbentuk kewangan ialah perubatan
percuma, cuti, kenaikan pangkat dan pengangkutan. Faktor ganjaran menjadi aset
yang terpenting dalam memotivasikan pekerja tidak dinyatakan berpendapat
bahawa gaji yang diberikan adalah motivasi yang strategik kepada pekerja dan
bukan hanya merangkumi gaji malah ganjaran-ganjaran lain diantaranya bonus,
cuti, elaun dan pengangkutan. Walaupun pelbagai faktor lain yang menyumbang
kejayaan organisasi. Namun pemberian ganjaran akan menjadi faktor yang
penting boleh membawa kepada kepuasan kerja dan meningkatkan motivasi di
samping produktiviti pekerja itu sendiri. Oleh itu, organisasi mewujudkan
organisasi harus mewujudkan sistem ganjaran yang efektif dan fleksibel bagi
memotivasikan tingkahlaku pekerja dan mempercayai bahawa pekerja mempunyai
keperluan, nilai matlamat dan jangkaan yang berbeza terhadap ganjaran yang
ditawarkan.

4.1 Berbentuk Kewangan


Biasanya ia diberi dalam bentuk kenaikan gaji,bonus,program keuntungan
bersama dan komisen.

Terdapat beberapa contoh ganjaran berbentuk kewangan:

o Kenaikan gaji
Di dalam syarikat-syarikat kecil di mana tidak ada sistem gaji yang
tetap.Majikan mudah untuk memberi ganjaran kepada mereka yang
cemerlang dalam tugas pada bila-bila masa.

o Bonus dan program keuntungan bersama


Bonus boleh diberi berdasarkan tahap pencapaian individu atau
kumpulan.Ia adalah sejumlah wang yang diberi secara langsung
appabila pretasi pekerja luar biasa ditunjukkan.

10
o Ganjaran dalam bidang pendidikan
Di dalam sistem pendidikan para pendidik diberi pilihan untuk
mengambil sama ada pencen atau KWSP.Bagi mereka yang memilih
pencen,mana-mana pekerja yang menunggalkan profesion mereka
sebelum tempoh pencen yang ditetapkan tidak akan mendapat
pencen mereka sama sekali.

4.2 Bukan Berbentuk Kewangan


o Anugerah pencapaian
Anugerah pekerja cemerlang atau anugerah pekerja harapan
misalnya boleh diberikan. Anugerah tersebut boleh diberikan dalam
bentuk sagu hati atau hadiah kenang-kenangan. Publisiti bolehlah
diberikan kepada penerima anugerah melalui majalah edaran
dalaman, gambar-gambar, dipaparkan di papan kenyataan atau
mengadakan majlis khas penganugerahan di mana pihak
pengurusan atasan turut hadir.

o Surat penghargaan
Pujian samada berbentuk tulisan atau lisan samada secara
persendirian atau di hadapan umum merupakan satu cara untuk
menggambarkan rasa besar hati terhadap pekerja. Surat
penghargaan yang diberikan sebolehnya ditandatangani oleh
sekurang-kurangnya ketua jabatan. Surat penghargaan tersebut
hendaklah dikaitkan dengan kualiti pekerjaan serta pencapaian
cemerlang yang telah dicapai bagi mengiringi pujian yang diberi.

o Tajaan pekerja untuk menyertai konvensyen, seminar dan


lawatan ke luar negeri
Ia boleh menjadi suatu perkara yang menguntungkan kedua-dua
pekerja dan majikan jika pekerja yang benar-benar cemerlang
dihantar untuk menghadiri seminar serta konvensyen dan lawatan ke
luar negeri untuk melihat ibu pejabat, pengedar serta pembeli.
Pekerja kelak dapat membawa balik idea-idea baru kepada syarikat

11
tersebut atau mungkin telah mendapat pelanggan-pelanggan baru
yang boleh membawa keuntungan kelak.

o Perubatan percuma
Mendapat rawatan percuma di klinik swasta.

o Pencen hilang keupayaan bekerja (PERKESO)


Majikan boleh memberi pampasan apabila berlakunya sesuatu
kemalangan,kematian,hilang keupayaan bekerja dan cedera apabila
menjalankan tugas.Para pekerja yang berpendapatan kurang
daripada RM2000 sahaja layak menerima pampasan ini.Sumbangan
pekerja adalah 0.5% daripada gaji bulanan dan 1.25% adalah
sumbangan majikan.

12
5.0 SISTEM PEMBAYARAN GAJI PEKERJA DI MALAYSIA

5.1 Gaji Minimum


Perundangan utama ialah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta
732), Perintah Gaji Minimum 2020.

Gaji minimum di Malaysia diselia oleh Majlis Perundingan Gaji Negara di bawah
perundangan Akta 732 di mana tujuan Jawatankuasa ini ditubuhkan adalah
untuk mencadangkan gaji minimum kepada Kerajaan yang kemudiannya
hendaklah diluluskan, di mana pihak Kementerian Sumber Manusia akan
membuat Arahan Gaji Minimum. Di dalam penentuan kadar gaji minimum,
faktor-faktor penentu jumlah tersebut adalah pendapatan garis kemiskinan,
keupayaan majikan untuk membayar (gaji penengah), indeks harga pengguna
(cpi), kadar pengangguran sebenar dan pertumbuhan produktiviti.

Walaupun jumlah gaji minimum adalah berubah-ubah, denda yang ditetapkan


adalah sama untuk mereka yang tidak mematuhi kadar gaji minimum.

5.2 Gaji Tetap


Terdapat beberapa perundangan berkenaan maksud perkataan gaji di mana
gaji secara dasarnya bermaksud apa-apa gaji dan bayaran lain yang dibuat
kepada pekerja untuk segala kerja dilakukan seperti yang tertera di dalam
kontrak perkhidmatannya. Di dalam Akta Kerja 1955, beberapa definisi gaji
adalah pembayaran wang kepada pekerja daripada majikan.

Manakala, berkenaan tempoh pembayaran gaji pula, terdapat beberapa


peruntukan berbeza yang meletakkan tempoh berlainan untuk pembayaran gaji
apabila tamatnya kontrak perkhidmatan.

o 1 bulan (Tambahan 7 hari)


Tempoh gaji biasa di mana jika kontrak tidak meletakkan tempoh
secara jelas, maka tempoh tersebut hendaklah tidak melebihi 1
bulan. Tempoh paling lambat untuk majikan membayar gaji adalah
tambahan 7 hari daripada tempoh gaji biasa.
13
o 1 bulan berikutnya
Gaji berkenaan lebih masa, gaji hari rehat dan cuti hendaklah
dibayar paling lambat bulan berikutnya.

o Pada hari kontrak ditamatkan


Apabila kontrak perkhidmatan secara kontrak luput atau apabila
kontrak ditamatkan oleh mana-mana pihak.

o Tambahan 3 hari selepas penamatan


Apabila pekerja menamatkan kontrak :-
Dengan membayar gaji untuk ganti tempoh notis. Apabila pekerja
menamatkan kontrak tanpa notis disebabkan pelanggaran kontrak
oleh majikan. Apabila terdedah kepada bahaya atau jangkitan yang
tidak dipersetujui pada awal kontrak perkhidmatan.

o Pada hari terakhir pekerjaan


Hal ini adalah terpakai apabila majikan menamatkan kontrak
perkhidmatan:-
Membayar gaji untuk ganti tempoh notis. Pelanggaran kontrak oleh
pekerja. Pemecatan disebabkan salah laku.

Secara umumnya, majikan tidak boleh melakukan penolakan gaji daripada gaji
pekerja. Pengecualian yang terpakai adalah potongan sah di bawah yang perlu
disertakan bersama kelulusan Ketua Pengarah Buruh.

5.3 Tempoh Bayaran Gaji Di Di Bawah Akta Kerja 1955.


Temoh bayaran gaji tidak boleh melebihi satu bulan (Seksyen 18 Akta Kerja
1955). Tidak lewat daripada hari ketujuh selepas hari terakhir bagi mana-mana
tempoh upah. Bagi penamatan pekerja, gaji hendaklah dibayar pada hari ianya
ditamatkan. Jika pekerja meletak jawatan , gaji hendajlah dibayar tidak lewat
daripada hari ketiga perletakan jawatan itu berlaku.

14
5.4 Bayaran Kerja Lebih Masa

PERKARA BAYARAN

Bekerja di Hari Biasa (1.5 ganda untuk setiap Satu jam


Bekerja tambahan)

Bekerja di Hari Cuti (2.0 kali ganda untuk setiap satu


Biasa jam tambahan)

Bekerja di Hari (3 kali ganda untuk setiap satu


Kelepasan Am jam tambahan

15
6.0 KRITERIA PENAWARAN PAMPASAN KEPADA PEKERJA/ KRITERIA
PEKERJA TERIMA GAJI TINGGI.

6.1 Kriteria Penawaran Pampasan Kepada Pekerja


o Polisi pampasan
Pentadbiran sesuatu program pampasan berpandukan kepada polisi-
polisi pampasan yang ditetapkan mengikut falsafah pengurusan
organisasi. Dalam polisi ini dinyatakan objektif organisasi ini sama ada
mahu menjadi memimpin atau pengikut. Maksud memimpin dalam
pembayaran gaji dan upah ialah organisasi membayar upah dan gaji
yang lebih tinggi berbanding pesaing.
o Politik organisasi
Politik organisasi atau lebih dikenali sebagai permainan politik pejabat
merupakan salah satu bentuk pengaruh dalam organisasi. Mengampu
atau bodek merupakan salah satu bentuk permainan politik pejabat. Ia
digunakan untuk memperoleh sesuatu persetujuan melalui cara
pengaruh yang sukar dikenal pasti dan halus.
o Keupayaan membayar
Kejayaan organisasi dalam perniagaan seperti mencapai keuntungan
yang tinggi mempengaruhi keupayaan membayar gaji dan upah kepada
pekerjanya. Organisasi yang berjaya dari segi kewanganya cenderung
membayar pampasan yang lebih tinggi berbanding dengan organisasi
yang pencapaian kewanganya sederhana.
o Kualiti dan ciri-ciri istimewa
Kualiti dan ciri-ciri seseorang pekerja turut mempengaruhi pakej
pampasan yang diterimanya. Kualiti dan ciri-ciri istimewa ini dinilai dari
segi prestasi, kekananan, pengalaman. Potensi, pengaruh politik dan
juga tuah.
o Bayaran berdasarkan prestasi
Prestasi adalah unsur pertama yang dinilai oleh organisasi dalam
menentukan pampasan yang patut diterima oleh seseorang pekerja.
Penilaian prestasi yang dijalankan menjadi landasan dalam menentukan
pencapaian seseorang kakitangan.

16
o Matlamat akan tercapai melalui perkara- pekara berikut.
Menerangkan perhubungan yang jelas antara prestasi dan bayaran
Menyediakan pampasan kewangan yang lebih bermakna apabila
menghubungkan ganjaran dan pencapaian. Mempertingkatkan daya
saing pampasan.
o Kekananan
Tempoh seseorang itu berkhidmat dengan organisasi juga menjadi
faktor penentu gaji dan upah serta lain-lain bentuk pampasan yang
diterimanya. Kebanyakan syarikat Jepun menggunakan pendekatan ini
dalam memberi pampasan kepada pekerjanya. Semakin lama
seseorang itu berkhidmat, semakin tinggi bayaran yang diperoleh.
o Pengalaman
Pengalaman adalah faktor penting dalam melaksanakan sesuatu tugas.
Pihak pengurusan memberi penekanan kepada faktor pengalaman
seseorang dalam menentukan bayaran yang diterimanya.
o Potensi
Untuk menarik minat pekerja yang berkualiti kedalam organisasi,kadang
kala organisasi membayar gai dan upah berdasarkan potensi seseorang
itu. Ini boleh digunakan oleh oraganisasi dalam menentukan tangga gaji
bagi pekerja yang baru menamatkan pengajianya dan menunjukkan
potensi untuk berkembang.

6.2 Kriteria Pekerja Terima Gaji Tinggi


Pekerja yang berkualiti adalah aset utama sesebuah organisasi. Kualiti kerja
adalah bagaimana sesuatu kerja itu dilaksanakan dan output daripadanya
adakah berjaya memenuhi ekspektasi yang diperlukan.

o Intergriti dan kejujuran


Integriti merujuk kepada sifat jujur dan telus dalam menjaga nama baik
daripada melakukan sebarang bentuk penyelewengan. Seseorang yang
tiada kesedaran integriti dalam dirinya, pasti akan menganggap segala
perlakukan dan tingkah lakunya tidak salah dari sudut etika kerja. Walhal
sebenarnya, ia akan menjejaskan reputasi diri sendiri dan organisasi.

17
Intergriti merupakan ciri yang paling penting bukan sahaja untuk
kejayaan dalam kehidupan tetapi termasuk di tempat kerja.

Tahap intergriti pekerja boleh dinilai melalui sejauh mana mereka jujur
dengan diri sendiri. Kebanyakan masa, mereka akan bersikap jujur
dengan majikan dan rakan-rakan kerja jika mereka mampu bersikap
jujur dengan diri sendiri. Dengan bersikap jujur dan amanah, anda dapat
melihat perbezaan kualiti diri yang ketara berbanding pekerja-pekerja
yang lain.

o Kecerdasan
Kecerdasan dalam konteks ini bermaksud keupayaan untuk merancang,
menganjur, menetapkan keutamaan, menyelesaikan masalah dan
menyelesaikan tugasan yang diberi. Kecerdasan merujuk kepada tahap
akal dan keupayaan praktikal pekerja dalam menangani cabaran dunia
pekerjaan. Salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh majikan
menilai tahap kecerdasan pekerja adalah melalui cara soalan yang
ditanya. Seseorang pekerja boleh menunjukkan tahap kecerdasan
dengan bertanyakan soalan dan mendengar jawapan yang baik.

o Kepimpinan
Kepimpinan dalam konteks ini adalah pekerja yang ingin dan sanggup
menerima tanggungjawab untuk membuat keputusan. Selalunya,
pekerja seperti ini menunjukkan bahawa mereka bersedia untuk menjadi
pemimpin dengan menawarkan diri untuk berusaha mencari strategi
untuk mencapai matlamat syarikat dan mengekalkan reputasi syarikat.

o Mudah berkerjasama
Tidak bersifat seperti kera sumbang yang tidak suka bergaul dengan
orang lain. Kerjasama adalah kunci kejayaan. Dalam sebuah syarikat
atau pasukan, kerjasama yang erat dan saling menyokong antara satu
dengan lain amat penting.

18
7.0 CADANGAN DAN KOMEN DARIPADA PELAJAR TENTANG PENGURUSAN
PAMPASAN DAN FAEDAH DI MALAYSIA.

7.1 Komen
Tujuan sistem pengurusan pampasan dan faedah adalah untuk menarik minat
dan mengekalkan individu yang berkebolehan dalam organisasi. Tanpa
pentadbiran yang cekap akan memberikan banyak masalah dan seterusnya
menjejaskan imej organisasi. Ini adalah kerana pampasan dan faedah
mempunyai pengaruh yang kuat terhadap motivasi, sikap, kepuasan kerja dan
produktiviti pekerja. Sebagai contoh, organisasi yang menawarkan lebih
banyak kemudahan seperti perubatan, elaun lebih masa dan perumahan selain
daripada gaji yang tinggi dapat menarik lebih ramai pekerja untuk memohon
jawatan yang ditawarkan selain dapat mengekalkan pekerja sedia ada. Perkara
ini termasuklah meningkatkan prestasi, kualiti menyeluruh, fokus kepada
pelanggan dan kawalan kos. Manakala keadilan dapat aku fahami sebagai
asas dalam pembentukan sistem pampasan yang memastikan keadilan dalam
amalannya untuk semua individu yang berkaitan dengan pekerjaan.Dan
pematuhan pula adalah mudah difahami sebagai pematuhan program
pampasan mengikut undang-undang dan peraturan pampasan yang telah
ditetapkan. Kami juga berpendapat bahawa semua bentuk pembayaran atau
ganjaran yang diterima oleh setiap pekerja daripada majikan sebagai balasan
kepada perkhidmatan yang telah diberikan.

7.2 Cadangan
Pihak pengurusan manusia perlu sentiasa mempunyai cara atau kaedah yang
baru berkaitan pampasan. Lebih-lebih lagi pada zaman digitialisasi, pihak
pengurusan manusia boleh menyediakan cara untuk tuntutan pampasan
dengan lebih mudah meskipun tidak perlu berjumpa secara terus dengan pihak
pengurusan. Selain daripada memudahkan pihak pengurusan syarikat ianya
juga akan lebih mudah kepada pekerja untuk memastikan segala tuntutan
mereka dibayar dengan setimpal. Oleh itu, jenis-jenis pampasan juga harus
sentiasa diperhatikan dan diperbincangkan bergantungkepada keadaan
syarikat dan juga ekonomi. Mengadakan pampasan yang lebih fleksible,
penambahbaikan pampasan adalah dengan syarikat supaya lebih menjadi
19
lebih fleksible dan peka dengan keadaan sekeliling pekerja. Seharusnya,
pampasan yang diberikan perlu mengikut situasi semasa keadaan kewangan
syarikat dan juga tahap pencapaian sesetengah pekerja.

20
8.0 RUJUKAN

Ahmad Johari Mohd Ali. (2020, November 6). Belanjawan 2021: Majikan swasta
diberi insentif untuk graduan baharu sertai program perantisan. Berita
Harian Online.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/750871/belanjawan-2021-
majikan-swasta-diberi-insentif-untuk-graduan-baharu

Richworks International Sdn Bhd. (2007) Pekerja Cemerlang Idaman Majikan, 5


Ciri Pekerja Berkualiti.
https://richworks.com/pekerja-cemerlang-pekerja-berkualiti/

NORARINAH SAKINAH BINTI SARIF. (Selasa, 30 Januari 2018) Pemberian


Ganjaran: Motivasi Dalam Pekerjaan
http://aafieka.blogspot.com/

21

You might also like