Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

2018 BCL-KKPP

MODUL ULANGKAJI SPM – AKAUN PENGASINGAN UNTUNG RUGI – PERCUBAAN SPM


KEDAH 2018

Encik Aiman, Puan Alia dan Encik Afiq ialah pekongsi dalam perniagaan Perkongsian Sehati
Sejiwa. Maklumat berikut diambil daripada Perkongsian Sehati Sejiwa pada 31 Ogos 2018.

RM
Akaun Belum Terima 9 500
Bank 12 340
Modal pada 1 September 2017:
Aiman 22 000
Alia 44 000
Afiq 44 000
Gaji Afiq 4 000
Akaun Semasa pada 1 September 2017:
Aiman (debit) 780
Alia 1 400
Afiq 1 590
Ambilan
Aiman : 1 September 2017 1 500
Alia : 31 Disember 2017 1 200
Pinjaman daripada Alia 5 000
Untung bersih 31 800
Perabot 12 100
Alatan Pejabat 6 100
Faedah atas pinjaman Alia 250
Kadar bayaran 300
Sewa 1 500

Ikatan Perjanjian Perkongsian Sehati Sejiwa menyatakan:

• Faedah atas modal ialah 4% setahun.


• Faedah atas ambilan ialah 10% setahun.
• Faedah atas pinjaman 8% setahun.
• Encik Afiq sebagai pekongsi aktif dibayar gaji RM6 000 setahun.
• Pembahagian untung rugi adalah mengikut nisbah modal awal mereka.

Rakan kongsi juga bersetuju membuat pelarasan bagi perkara berikut.


i. Komisen belum terima RM220
ii. Peruntukan hutang ragu diwujudkan 2% setahun atas Akaun Belum Terima.
iii. Pada 1 April 2018, Puan Alia telah membayar insurans kedai RM1 200
menggunakan wang simpanannya. Perkara ini belum direkodkan.

Anda dikehendaki menyediakan :


(a) Akaun Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Ogos 2018.
(b) Akaun Semasa setiap pekongsi
(c) Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Ogos 2018 (bahagian ekuiti pemilik).

28
2018 BCL-KKPP

HURAIAN JAWAPAN (a)

(a) Akaun Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Ogos 2018.
Pelajar perlu membuat pelarasan ke atas untung bersih walaupun tidak dinyatakan dalam
soalan secara spesifik. Tips!!! Item yang terlibat dengan pelarasan untung bersih ialah item
yang memberi kesan kepada hasil dan belanja dalam Penyata Pendapatan. Pelarasan
selepas untung bersih adalah sedikit berbeza daripada pelarasan sebelum untung bersih. Ia
dapat disimpulkan seperti berikut:

Mula UNTUNG BERSIH (belum terselaras)

akan jika kesan pelarasan:


+ Butiran pelarasan Hasil ↑ / Belanja ↓

-- Butiran pelarasan Hasil ↓ / Belanja ↑

= UNTUNG BERSIH (terselaras)

Berikut adalah maklumat yang berkaitan dengan pelarasan untung bersih daripada
soalan:

Pelarasan
Maklumat Kesan atas Hasil / Belanja
Untung bersih
Faedah atas pinjaman (setahun)
= 8% x 5000 = RM400
Faedah atas pinjaman Alia yang Untung bersih
Faedah atas pinjaman 8% setahun. sudah dibayar ialah RM250. berkurang,
Maka faedah belum bayar ialah Tolak RM150
RM150 menyebabkan belanja
meningkat.
Untung bersih
Komisen belum terima akan
Komisen belum terima RM220 meningkat,
menyebabkan hasil meningkat.
Tambah RM220
Peruntukan hutang ragu
Peruntukan hutang ragu diwujudkan Untung bersih
= 2% x 9500 = RM190
2% setahun atas Akaun Belum berkurang,
PHR diwujudkan menyebabkan
Terima. Tolak RM190
belanja meningkat.
Pada 1 April 2018, Puan Alia telah
Insurans belum rekod Untung bersih
membayar insurans kedai RM1 200
menyebabkan belanja berkurang,
menggunakan wang simpanannya.
meningkat. Tolak RM1 200
Perkara ini belum direkodkan.

Oleh itu, untung bersih terselaras:

= RM31 800 – RM150 +RM220 – RM190 – RM1 200 = RM30 480

Tips!!! Jawapan Akaun Pengasingan Untung Rugi akan bermula dengan angka untung bersih
terselaras ini, bukannya angka untung bersih yang diberikan dalam soalan.

29
2018 BCL-KKPP

Sebelum ditunjukkan jawapan Akaun Pengasingan Untung Rugi, berikut adalah maklumat yang
berkaitan dengan penyediaan akaun tersebut yang perlu diberi perhatian:

Maklumat Huraian / Pengiraan


i. • Faedah atas modal ialah 4% Kedua-dua maklumat ini perlu di baca
setahun. bersama kerana pengiraan faedah atas
• Pada 1 April 2018, Puan Alia telah modal untuk pekongsi Alia perlu mengambil
membayar insurans kedai kira modal tambahan Alia (bayaran insurans
RM1 200 menggunakan wang
kedai menggunakan wang simpanannya).
simpanannya. Perkara ini belum
direkodkan. Pengiraan faedah atas modal:
Aiman = 22 000 x 4% = RM880
Modal pada 1 September 2017: Alia = [44 000 x 4%] + [1 200 x 4% x 5/12*]
Aiman RM22 000 = RM1 780
Alia RM44 000 * Modal tambahan RM1 200 perlu dikira
Afiq RM44 000 faedah secara berasingan daripada modal
awal kerana tempoh masa hanya 5 bulan
dalam tahun semasa.
Afiq = 44 000 x 4% = RM1 760
ii. Faedah atas ambilan ialah 10% Aiman membuat ambilan pada 1 September
setahun. 2016 bermaksud tempohnya cukup setahun.
Bagi Alia, tempoh ambilannya ialah lapan
Ambilan bulan, dikira daripada 1 Januari 2018 – 31
Aiman : 1 September 2017 RM1 500 Ogos 2018.
Alia : 31 Disember 2017 RM1 200 Pengiraan faedah atas ambilan:
Aiman = 1 500 x 10% = RM150
Alia = 1 200 x 10% x 8/12 = RM80
iii. Encik Afiq sebagai pekongsi aktif Gaji Afiq dalam Akaun Pengasingan Untung
dibayar gaji RM6 000 setahun. Rugi ialah RM6 000 (amaun penuh)

Jawapan akhir akaun pengasingan untung rugi

Perkongsian Sehati Sejiwa


Akaun Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Ogos 2018
Untung bersih (31 800 – 150 + 220 – 190 – 1 200) 30 480
(+) Faedah atas ambilan
Aiman (1 500 x 10%) 150
(+)
Alia (1 200 x 10% x 8/12) 80 230
30710
(-) Faedah atas modal
Aiman (22 000 x 4%) 880
Alia (44000 x 4%) + (1200 x 4% x 5/12) 1 780 ( ̶ )
Afiq (44 000x4%) 1 760 4 420

(-) Gaji – Afiq (penuh) 6 000


20 290 Kongsi
Untung
Akaun Semasa Aiman (20290 x 1/5 ) 4 058
Akaun Semasa Alia (20290 x 2/5 ) Nisbah modal awal 8 116
Akaun Semasa Afiq (20290 x 2/5 ) Aiman : Alia : Afig 8 116
1: 2 :2 0

30
2018 BCL-KKPP

(b) Akaun Semasa setiap pekongsi Petikan Soalan

Akaun Semasa
Aiman Alia Afiq Aiman Alia Afiq
Baki b/b 780 Baki b/b 1 400 1 590
Ambilan 1 500 1 200 Faedah atas modal 880 1 780 1 760
Faedah atas 150 80
Gaji 2 000
ambilan
Pengasingan 4 058 8 116 8 116
Untung Rugi
Faedah atas 150
pinjaman
Baki h/b 2 508 10 166 13 466
4 938 11 446 13 466 4 938 11 446 13 466
Baki b/b 2 508 10 166 13 466

Nota kepada jawapan:

• Angka faedah atas ambilan, faedah atas modal dan pengasingan untung rugi (kongsi
untung) diambil terus dari Akaun Pengasingan Untung Rugi.
• Gaji Afiq adalah gaji belum bayar RM2 000 (RM6 000 – RM4 000).
• Faedah atas pinjaman Alia ialah faedah atas pinjaman belum bayar (rujuk semula bahagian
pelarasan untung bersih).
• Baki b/b (akhir) ketiga-tiga pekongsi berada di sebelah kredit dan dimasukkan ke dalam
Penyata Kedudukan Kewangan sebagai nombor positif.

(c) Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Ogos 2018 (bahagian ekuiti pemilik).
Perkongsian Sehati Sejiwa
Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Ogos 2018
Ekuiti Pemilik RM RM
Modal Aiman 22 000
Modal Alia (44 000 + 1200) 45 200
Modal Afiq 44 000 111 200

Akaun Semasa Aiman 2 508


Akaun Semasa Alia 10 166
Akaun Semasa Afiq 13 466 26 140
137 340

Modal awal + modal Baki b/b (akhir) Akaun


tambahan Semasa (jawapan b)

31

You might also like