Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

1.

2 Jadual Kerja
Bil Tarikh Perkara Catatan
 Cikgu mengedarkan kajian kes
22 Ogos
1  Cikgu memberikan panduan dan 3 Anggerik
2023
penerangan tentang kajian kes

 Menetapkan tajuk kajian kes


24 Ogos  Menentukan dan menulis
2 objektif kajian
2023
 Menentukan dan menulis
kaedah kajian
 Mencari maklumat di Internet
dan di perpustakaan
26 Ogos  Mengumpul maklumat daripada
3
2023 pelbagai sumber yang diperolehi
 Menyenaraikan bahan rujukan
yang digunakan
27 Ogos  Menyediakan kerangka kasar
4
2023 laporan akhir kajian

 Menulis laporan kajian:


a) Sistem pentadbiran tempatan
28 Ogos sebelum kedatangan kuasa
5 barat di Negara kita
2023
b) Perubahan pentadbiran yang
diperkenalkan oleh Kuasa
Barat di Negara kita
 Menulis laporan kajian:
c) Mengekalkan sistem
pentadbiran yang sistematik
29 Ogos di Negara kita pada masa
6 kini
2023
d) Cabaran untuk
memantapkan system
pentadbiran Negara masa
kini
 Menulis laporan kajian:
30 Ogos e) Sistem pentadbiran negara
7
2023 pada masa kini
f) Rumusan
31 Ogos  Menulis rujukan
8
2023  Menyusun bahan lampiran
1.3 Objektif Kajian
Kajian kes ini dilaksanakan untuk memenuhi objektif-objektif berikut;
a) Menjelaskan sistem pentadbiran tempatan sebelum kedatangan kuasa barat
di negara kita.
b) Menjelaskan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh Kuasa Barat di
Negara kita.
c) Menghuraikan kepentingan mengekalkan sistem pentadbiran yang sistematik
di negara kita pada masa kini.
d) Menjelaskan cabaran untuk memantapkan sistem pentadbiran negara pada
masa kini.
e) Mencadangkan langkah-langkah untuk memantapkan sistem pentadbiran
negara pada masa kini.
f) Mempelajari ilmu, ibrah, nilai-nilai, unsur patriotisme dan harapan daripada
kajian kes ini.

1.4 Kaedah Kajian


Terdapat tiga kaedah kajian yang saya gunakan untuk memastikan kajian kes ini
dapat disiapkan dengan sempurna, mudah, padat dan bersistematik berdasarkan
fakta yang sahih.
a) Penyelidikan perpustakaan
b) Kaedah laman web

https://app.pandai.org/note/read/kssm-sj-09-07-02/KSSM-F3-SJ-08-01-02

2
https://fastnote.wordpress.com/pentadbiran-masyarakat-melayu-sebelum-campur-tangan-british/
c) Kaedah video

https://youtu.be/Ivll_lWIp14?si=brBfvIJ-HmYWnSWy
https://youtu.be/jyTPaBvXpW4?si=kbQp1gC69Oj4LQC2
2.2 Menyediakan kerangka kasar karangan
Bil Perkara Isi penting Huraian
Sistem a) Sistem Pemerintahan 1) Sultan
pentadbiran dan Struktur Sosial a) Unit politik tertinggi
tempatan b) Lambang kedaulatan negeri
sebelum c) Dibantu oleh pembesar
kedatangan 2) Pembesar
kuasa barat di a) Unit kedua
Negara kita b) Mentadbir daerah
3) Penghulu
a) Unit politik terkecil
b) Dipanggil Penghulu atau
Penggawa
1
b) Perundangan 1) Mempunyai sistem perundangan
yang tersendiri
2) Dibahagikan kepada undang-
undang bertulis dan tidak bertulis

c) Hubungan Luar 1) Terjalin dengan negara luar dalam


bentuk politik, ekonomi dan sosial
2) Memajukan ekonomi

Perubahan a) Menyusun negara kita 1) Diselia oleh pegawai British


pentadbiran kepada bahagian
yang pentadbiran yang
diperkenalkan berbeza
oleh kuasa Barat
di Negara kita
2
b) Memperkenalkan 1) Seperti getah, emas, perak, bijih
dasar ekonomi yang timah
memudahkan eksport 2) Membentuk struktur ekonomi
Malaysia

Mengekalkan a) Membantu jabatan 1) Meningkatkan penyampaian


sistem kerajaan untuk perkhidmatan awam
pentadbiran menambahbaik 2) Meningkatkan taraf kualiti hidup
yang sistematik operasi 3) Kesejahteraan kehidupan rakyat
di Negara kita
3
pada masa kini
b) Menggalakkan 1) Lebih banyak peluang pekerjaan
pertumbuhan ekonomi
c) Mewujudkan 1) Memastikan tindakan kerajaan
kedaulatan undang- mengikut undang-undang
undang 2) Membantu mencegah rasuah
3) Membantu mencegah salah guna
kuasa
Cabaran untuk a) Rasuah 1) Akan menjejaskan kepercayaan
memantapkan rakyat kepada pemerintahan
sistem 2) Isu yang kekal di dalam Malaysia
pentadbiran
Negara masa
4 kini b) Memastikan rakyat 1) Asas kepada sistem pentadbiran
menyedari yang kukuh
tanggungjawab
mereka

Sistem a) Transformasi negara 1) Melaksanakan sistem e-tadbir


pentadbiran ke arah digital 2) Mengurangkan kertas Kerja
Negara pada 3) Melindungi maklumat sensitive
masa kini

b) Pembaharuan sistem 1) Menambahbaik sistem pilihan raya


politik 2) Meningkatkan akauntibiliti dalam
5 segi politik

c) Menggalakkan dan 1) Menggalakkan wartawan untuk


melindungi membuat laporan berasaskan fakta
kebebasan akhbar

Rumusan a) Benda yang telah 1) Kepentingan mengekalkan sistem


saya pelajari pentadbiran yang sistematik
2) Cabaran untuk memantapkan
sistem pentadbiran
6
b) Harapan 1) Saya berharap agar Malaysia akan
menjadi sebuah negara yang
mempunyai sistem pentadbiran
yang mantap
Laporan Akhir
3.1 Sistem pentadbiran tempatan sebelum kedatangan kuasa
barat di Negara kita
Negara kita telah mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik dan stabil.
Sistem pentadbiran tempatan sebelum kedatangan kuasa barat dibahagikan kepada
pentadbiran peringkat negeri, jajahan atau daerah dan mukim. Unit politik tertinggi
ialah negeri, yang diketuai oleh sultan atau raja. Baginda menjadi lambing
kedaulatan negeri. Kaum kerabat diraja serta pembesar berperanan untuk
membantu pentadbiran dan melaksanakan perintah baginda. Unit politik kedua pula
ialah daerah, yang diketuai oleh seorang pembesar. Pembesar dilantik oleh sultan
untuk mentadbir tanah jajahan atau daerah. Pembesar juga melaksanakan tugas
menjaga keamanan, kemakmuran, kestabilan dan membantu untuk mengekalkan
kedaulatan negeri. Unit politik terkecil ialah kampung. Ketua kampung ialah
Penghulu atau Penggawa dan mereka menyampaikan arahan daripada sultan atau
pembesar kepada orang kampung.

Selain itu, negara kita juga telah mempunyai system perundangannya yang
tersendiri. Undang-undang dibahagikan kepada dua jenis, iaitu undang-undang tidak
bertulis dan juga undang-undang bertulis. Undang-undang yang tidak bertulis ini
dikenali sebagai adat. Sebagai contoh, Adat Perpatih. Contoh undang-undang
bertulis pula ialah Hukum Kanun Melaka, Hukum Kanun Pahang dan Undang-
undang 99 Perak. Di Sarawak dan Sabah pula, peraturan hidup dan undang-undang
berdasarkan hukum adat yang diamalkan secara tradisi serta turun-temurun melalui
kepercayaan suku masing-masing.

Di samping itu, pentadbiran negara kita amatlah stabil dan ia dapat dilihat
melalui hubungan dengan negara luar dalam bentuk ekonomi, politik dan sosial.
Kestabilan negara kita ini berpunca dari pemerintah negara kita yang Berjaya
memanfaatkan hubungan dengan pedagang British dan Belanda untuk kepentingan
negeri masing-masing. Kebijaksaan pemerintah tempatan dalam menjalinkan
hubungan diplomatik dan perdagangan juga telah menyebabkan mereka dapat
meluaskan pengaruh, melindungi daripada ancaman musuh, memajukan ekonomi
negara dan menstabilkan system pemerintahan.

Lebih-lebih lagi, negara kita terkenal di persada antarabangsa kerana ia kaya


dengan hasil bumi dan sumber dalam daripada hasil galian, kesuburan tanah,
sumber makanan, kelautan, flora dan fauna. Pelabuhan perdagangan kita yang
strategik membolehkan sumber hasil bumi dan sumber alam kita diperdagangkan ke
seluruh pelusuk dunia. Perkembangan keintelektualan dan persuratan adalah hasil
daripada kemuncak memakmuran negara kita. Negara kita juga kaya dengan hasil
galian seperti bijih timah, emas dan perak. Selain itu, masyarakat tempatan negara
kita mempunyai sifat yang kreatif dan berkemahiran tinggi. Contohnya, masyarakat
Melayu mahir dalam bertukang kayu, membuat perahu, membuat perabot daripada
rotan dan menempa alat senjata tradisional.

Semua ini telah mendorong masyarakat tempatan di negara kita untuk


mempunyai sistem ekonomi yang teratur. Mereka bijak dalam mengeksploitasi
sumber alam semula jadi untuk memajukan ekonomi dan meningkatkan taraf kualiti
kehidupan mereka. Untuk mencapai matlamat tersebut, mereka telah melibatkan diri
dalam kegiatan perdagangan. Setiap negeri mempunyai kemudahan Pelabuhan,
mata wang, sistem percukaian dan sistem timbangan dan ukuran yang praktikal.

Selain itu, negeri-negeri Melayu telah menjalankan kegiatan perdagangan


kerana mereka mempunyai pelabuhan yang strategik yang terletak di muara sungai.
Pelabuhan Johor, Kedah, Klang, dan Melaka telah menjadi pusat pengumpulan
barangan dari timur dan barat. Syahbandar turut dilantik untuk mengurus pelabuhan.

Di samping itu, masyarakat Melayu mempunyai sukatan mereka yang


tersendiri. Pada mulanya, mereka menggunakan sukatan seperti kepul, leng, kal,
cupak dan gantang. Gantang merupakan sukatan yang terbesar. Satu gantang
bersamaan dengan empat cupak. Satu cupak pula bersamaan dengan empat kal.
Empat kal bersamaan dengan dua leng dan satu leng bersamaan dengan dua kepul.
Kepul ialah sukatan yang terkecil.

Pada mulanya, pedagang-pedagang di negeri-negeri Melayu menggunakan


sistem barter yang bermaksud penukaran barang dalam urusan perdagangan.
Selepas itu, mata wang digunakan, iaitu wang logam yang diperbuat daripada timah
dan emas. Idea menggunakan mata wang daripada logam timah atau emas dalam
urus niaga negeri-negeri Melayu lain untuk mengeluarkan mata wang masing-
masing. Contohnya, duit kijang dari Kelantan dan duit pitih dari Terengganu.

Aktiviti-aktiviti perdagangan yang berkembang pesat telah memperkembangkan


bidang percukaian. Cukai ialah bayaran yang dikenakan ke atas hasil yang didapati
daripada perlombongan, pertanian, hasil hutan, perikanan dan macam-macam lagi.
Cukai merupakan salah satu sumber pendapatan pemerintah dan akan disalurkan
untuk memakmurkan negeri.

Tamsilnya, negara kita telah mempunyai sistem pentadbiran yang stabil dan
sistematik sebelum kedatangan kuasa barat. Hal ini kerana sistem pentadbiran,
sistem perundangan dan struktur sosial tersusun dengan sistematik. Selain itu,
3.2 Perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh kuasa
barat di Negara kita
Kuasa barat telah memperkenalkan pelbagai perubahan pentadbiran di
negara kita. Kuasa barat juga telah memberikan kesan kepada kuasa pemerintahan
dan kehidupan masyarakat. Kuasa barat, khususnya British, telah memainkan
peranan yang penting dalam mengubah sistem pentadbiran di Malaysia semasa
penjajahan mereka.

Antara perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh kuasa barat di


negara kita adalah menyusun negara kita kepada bahagian pentadbiran yang
berbeza. Seperti negeri dan wilayah. Struktur pentadbiran ini telah diselia oleh
pegawai British yang dilantik untuk mengawas hal ehwal tempatan.

Selain itu, British juga telah menubuhkan perkhidmatan awam yang


kemudiannya berkembang menjadi perkhidmatan awam di Malaysia. Perkhidmatan
awam telah memainkan peranan yang penting dalam mentadbir fungsi kerajaan dan
mengekalkan kestabilan pentadbiran.

Di samping itu, British telah memperkenalkan dasar ekonomi yang


memudahkan eksport sumber asli seperti getah, emas, perak dan bijih timah. Dasar-
dasar ini telah membentuk struktur ekonomi Malaysia dan ekonomi yang
berorientasikan eksport.

Jelaslah bahawa walaupun kuasa barat telah memperkenalkan banyak


perubahan di dalam pentadbiran kita, ia juga telah datang dengan kesan-kesan
negatif ia sendiri. Contohnya, ketidaksamaan sosial, ekonomi dan eksploitasi
sumber semula jadi.
3.3 Mengekalkan sistem pentadbiran yang sistematik di Negara
kita pada masa kini
Mengekalkan sistem pentadbiran yang sistematik adalah penting bagi
negara kita pada masa kini ialah kerana ia memainkan peranan asas dalam
memastikan urusan pentadbiran yang cekap, menggalakkan pertumbuhan ekonomi
dan memupuk perpaduan sosial.

Antara sebab mengekalkan sistem pentadbiran yang sistematik adalah


penting bagi negara kita pada masa kini ialah ia dapat membantu jabatan Kerajaan
untuk menambahbaik operasi mereka, mengurangkan ketidakcekapan. Ini juga
dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam, seperti penjagaan
kesihatan, pendidikan, pembangunan infrastruktur, dan sebagainya. Perkhidmatan
awam yang cekap boleh meningkatkan taraf kualiti hidup rakyat Malaysia lalu
menyumbang kepada kesejahteraan kehidupan mereka.

Selain itu, sistem pentadbiran yang stabil dan diurus dengan baik dapat
menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Dengan ini, lebih banyak peluang pekerjaan
akan diwujudkan dan ini akan memberi penduduk peluang untuk menaik taraf kualiti
hidup mereka.

Di samping itu, sistem pentadbiran yang sistematik dapat mewujudkan dan


menguatkuasakan kedaulatan undang-undang. Ia boleh memastikan tindakan
kerajaan adalah menurut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Dengan ini,
keadilan dan akauntabiliti dapat digalakkan. Dengan ini, pegawai awam akan
bertanggungjawab atas tindakan mereka, ini akan dapat membantu mencegah
rasuah dan salah guna kuasa yang boleh menghilangkan kepercayaan rakyat dan
menghalang pembangunan.

Tamsilnya, mengekalkan sistem pentadbiran yang sistematik di negara kita


pada masa kini adalah penting untuk menggalakkan pengurusan pentadbiran yang
cekap dan pembangunan ekonomi. Ia dapat membantu negara kita menangani
cabaran dan memberi peluang kepada negara kita untuk meletakkan dirinya dengan
baik di pentas global. Dengan mengutamakan pembangunan dan penambahbaikan
ke atas sistem pentadbiran negara kita, Malaysia boleh berusaha ke arah masa
depan yang lebih makmur untuk rakyatnya.
3.4 Cabaran untuk memantapkan sistem pentadbiran Negara
masa kini
Terdapat banyak cabaran yang datang untuk memantapkan sistem
pentadbiran negara pada masa kini. Ini kerana Malaysia, seperti negara-negara
yang lain, akan selalu menghadapi pelbagai isu dan halangan dalam sistem
pentadbirannya yang harus ditangani.

Antara cabaran yang datang untuk memantapkan sistem pentadbiran


negara pada masa kini ialah rasuah. Rasuah adalah sebuah isu yang kekal di dalam
Malaysia dan jika tidak ditangani akan menjejaskan kepercayaan rakyat kepada
sebuah pemerintahan. Tanpa kepercayaan rakyat, sebuah pemerintahan pasti akan
terjejas.

Selain itu, mengikuti kemajuan teknologi juga merupakan salah satu


cabaran. Ianya amatlah penting untuk penyampaian perkhidmatan dan pengurusan
pentadbiran yang cekap. Ini disebabkan kerana tanpa teknologi yang terkini,
penyampaian perkhidmatan dan pengurusan pentadbiran akan menjadi tidak efisien
dan produktif.

Di samping itu, cabaran yang ketiga adalah memastikan rakyat menyedari


hak dan tanggungjawab mereka. Ini adalah asas kepada sistem pentadbiran yang
stabil dan kukuh. Jika rakyat tidak sedar akan hak dan tanggungjawab mereka,
mereka akan menjadi kurang patriotik dan kurang bertoleransi akan satu sama lain
lalu menyebabkan kekecohan di dalam sebuah negara.

Natijahnya, memperkukuhkan sistem pentadbiran Malaysia adalah proses


berterusan yang memerlukan usaha dan komitmen daripada kedua-dua pegawai
kerajaan dan rakyat. Dengan menangani cabaran yang berikut, Malaysia akan dapat
berusaha ke arah sistem pentadbiran yang lebih telus, cekap dan bertanggungjawab
yang memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyatnya.
3.5 Sistem pentadbiran negara pada masa kini
Untuk mengukuhkan sistem pentadbiran negara, negara tersebut
memerlukan pendekatan dalam pelbagai aspek yang melibatkan penambahbaikan
pengurusan pentadbiran, peningkatkan ketelusan, peningkatkan kecekapan dan
juga pemastian akauntibiliti.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk memantapkan sistem


pentadbiran negara pada masa kini ialah transformasi negara ke arah digital.
Dengan ini, rakyat dapat menghayati teknologi digital untuk penyampaian
perkhidmatan dan pengurusan data yang cekap. Kerajaan juga mampu
membangunkan dan melaksanakan sistem e-tadbir urus untuk mengurangkan kertas
kerja dan meningkatkan kebolehcapaian. Ini juga dapat memastikan langkah
keselamatan siber yang teguh untuk melindungi maklumat sensitif.

Selain itu, pembaharuan sistem politik. Malaysia boleh mempertimbangkan


pembaharuan sistem politik. Contohnya, menambahbaik sistem pilihan raya dan
pembaharuan kewangan kempen untuk meningkatkan akauntibiliti dalam segi politik.

Di samping itu, melindungi dan menggalakkan kebebasan akhbar. Ini dapat


menggalakkan wartawan untuk membuat laporan yang berasaskan fakta.

Kesimpulannya, pengukuhan sistem pentadbiran Malaysia memerlukan


usaha yang holistik dan berterusan. Langkah-langkah ini boleh membantu
menggalakkan tadbir urus yang baik, meningkatkan ketelusan, dan meningkatkan
kesejahteraan keseluruhan rakyat Malaysia. Adalah penting untuk institusi kerajaan,
masyarakat sivil dan orang ramai bekerjasama untuk memastikan pembaharuan ini
dilaksanakan dengan berkesan. Sistem pentadbiran yang mantap adalah penting
dalam membentuk masa depan Malaysia sebagai sebuah negara yang progresif dan
makmur.
3.6 Rumusan
Kesimpulannya, negara kita mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik
sebelum kedatangan kuasa barat. Selain itu, saya telah mempelajari kepentingan
mengekalkan sistem pentadbiran yang sistematik di Malaysia pada masa kini. Ini
telah memupuk sifat patriotism di dalam diri saya. Saya juga telah mengetahui
bahawa terdapat cabaran untuk memantapkan sistem pentadbiran Malaysia masa
kini. Contohnya, rasuah, mengikuti kemajuan teknologi dan sebagainya. Saya
berharap agar Malaysia di masa depan akan menjadi sebuah negara yang
mempunyai sistem pentadbiran yang mantap supaya Malaysia dapat menjadi
sebuah negara yang mempunyai kestabilan politik.
3.7 Rujukan
(a) Buku
i) Dr. Azharudin bin Mohamed Dali, Ridzuan bin Hasan, Muslimin bin Fadzil,
2018. Sejarah Tingkatan 3. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

(b) Internet
i) https://app.pandai.org/note/read/kssm-sj-09-07-02/KSSM-F3-SJ-08-01-02
ii) https://fastnote.wordpress.com/pentadbiran-masyarakat-melayu-sebelum-
campur-tangan-british/

(c) Video
i) https://youtu.be/Ivll_lWIp14?si=brBfvIJ-HmYWnSWy
ii) https://youtu.be/jyTPaBvXpW4?si=kbQp1gC69Oj4LQC2

You might also like