Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

1.

Terangkan perkembangan yang dicapai oleh masyarakat maritim di Jepun pada


abad ke-16 dan ke-17.

Pendahuluan
Maksud masyarakat maritim – merupakan masyarakat yang bergantung kepada
aktiviti kelautan . Masyarakat ini terdiri daripada masyarakat pedagang. Kelahiran
Kelahiran masyarakat maritim di Jepun didorong oleh perkembangan pesat
perdagangan sehingga terjalin hubungan dagang dengan negara China, Vietnam dan
Korea.

Isi-isi :
1. Kedudukan geografi
Jepun terdiri daripada beberapa pulau seperti Kyusu,Shikoku,Hokkaido dan
Honchu yang di kelilingi laut dan petempatan akan tertumpu di kawasan pesisir
pantai dan memudahkan mereka menjalankan aktiviti kelautan seperti
perdagangan, menangkap ikan dan mengutip hasil laut seperti mutiara di
perkampungan nelayan di Yokohama. Lebihan pengeluaran akan membolehkan
mereka memperdagangkan hasil mereka.
Penduduk yang tinggal di kawasan muara sungai juga membolehkan
perkembangan pelabuhan seperti pelabuhan Kyushu, Hiroshima, Nagasaki dan
Shimoda yang akan berperanan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran
barang dagangan. Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan di pelabuhan
menyebabkan perkembangan masyarakat maritim dakam aktiviti
perdagangan antarabangsa .

2. Teknologi perkapalan
Ramai rakyat Jepun terdedah kepada kemahiran pembinaan kapal dan perahu.
Mereka mempunyai kemahiran membina kapal layar iaitu Shuinsen yang dibina
menggunakan teknologi yang tinggi serta dilengkapi dengan senjata. Mereka juga
mampu belayar ke jarak yang jauh seperti ke pelabuhan Asia Tenggara. Mereka
juga membina kapal seperti Higuki-kaisen dan Tara-kaisen yang digunakan untuk
perdagangan dalam negara yang melibatkan laluan antara Osaka dan Edo. Pelbagai
jenis kapal lain juga dengan pelbagai kegunaan turut ada di Jepun seperti kapal
Higuki sebagai kapal kargo, kapal Taru pula digunakan untuk menghantar tong-
tong arak dari Osaka ke Edo. Teknologi perkapalan yang semakin berkembang
ini membantu kemajuan masyarakat maritime Jepun.

3. Teknologi Pelayaran
Jepun mempunyai ilmu pelayaran seperti ilmu nautika, kartografi dan perkapalan.
Dengan ilmu sebegini mereka mampu belayar jarak jauh seperti ke Korea , China
dan Asia Tenggara. Teknologi pelayaran semakin berkembang apabila Jepun
menerima teknologi perkapalan dari negara-negara Barat seperti Portugal dan juga
Sepanyol. Shogun Ieyasu mendapat bantuan teknologi perkapalan daripada
Sepanyol malah bantuan teknikal turut diperoleh daripada British dan Belanda.
4. Dasar Kerajaan Jepun dan galakan pemerintah.
Pihak Jepun menjalankan dasar buka pintu menyebabkan Jepun didatangi oleh
pedagang dari Barat dan Jepun terdedah kepada pengaruh luar seperti dari Asia
dan Barat. Hubungan dagang ini membolehkan Jepun menyerap ilmu seperi ilmu
pelayaran yang akan meningkatkan teknologi perkapalannya. Keadaan ini
akan merancakkan lagi perkembangan masyarakat maritim. Pemerintah juga
memberi galakan agar rakyat terlibat dalam aktiviti perdagangan. Contohnya,
Hideyosi sangat berminat dengan perdagangan dan menggalakkan
perdagangan seberang laut dan semasa pemerintahan beliau , Jepun menjalin
hubungan dagang dengan China dan Korea.
Beliau turut mengawal kegiatan perdagangan di pelabuhan Nagasaki. Syogun
Tokogawa juga sangat menggalakkan kegiatan perdagangan maritime.
Tokogawa Ieyasu menjalankan dasar perdagangan Shuinsen iaitu kapal yang ada
berdagang dengan kapal asing dikehendaki memiliki mohor merah. Dasar yang
dijalankan ini menyebabkan lebih ramai golongan bangsawan terlibat dalam
aktiviti perdagangan. Maka, hal ini jelas menunjukkan perkembangan
masyarakat maritime telah berlaku .

5. Sifat ingin tahu, berani dan terbuka


Masyarakat Jepun memiliki sifat-sifat yang positif seperti ingin tahu tentang
budaya , sejarah , adat resam masyarakat lain. Mereka mempunyai sifat
keterbukaan yang membolehkan mereka belayar ke kawasan baharu dan
menjalinkan hubungan dengan masyarakat luar, maka dalam proses itu akan
berlaku pemindahan idea dan teknologi . Sebagai contoh, Syogun Ieyasu yang
mengamalkan dasar terbuka dalam hubungan antarabangsa membolehkan beliau
mendapatkan bantuan teknikal dalam bidang teknologi perkapalan dan
pelayaran.Mereka juga berani menghadapi cabaran ketika belayar sehinggakan
mereka pernah belayar sehingga ke Amerika Syarikat, Australia, Korea, dan
China. Dengan semangat itu juga mereka telah menghantar ekspedisi
perdagangan ke Asia Tenggara. Melalui pengguasaan mereka terhadap laluan
laut membolehkan mereka menguasai pelabuhan-pelabuhan utama dalam
laluan tersebut termasuklah di Asia Tenggara, menguasai perdagangan di Korea
dan China serta mempunyai hubungan dagang ke Amerika Selatan dan Australia.
Tegasnya, dengan sifat-sifat positif ini membolehkan masyarakat maritim
berkembang dengan baik.

Penutup
Perkembangan masyarakat maritim di Jepun ini telah memberi kesan dan
sumbangan yang besar kepada perkembangan aspek perdagangan dan membawa
kemunculan kelas pedagang yang akan menubuhkan persatuan pedagang yang
akan menggiatkan ekonomi Jepun. Kesan positif juga akan terlihat dalam bidang
yang lain.

Perlu ada kaitan antara faktor, ciri dengan perkembangan masyarakat


maritim.
2. Bincangkan ciri-ciri sistem pemerintahan negara Persekutuan Amerika
Syarikat antara abad ke-18 hingga abad ke-19 Masihi.
SkemaJawapan :
Persekutuan berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud perjanjian.
Dari segi istilah, persekutuan merujuk gabungan beberapa buah wilayah atau negeri
yang dahulunya bebas kin imenjadi sebuah negara bersekutu di bawah satu
perlembagaan pusat. Sistem persekutuan juga membawa maksud terdapatnya satu
system pemerintahan yang mengandungi dua kerajaan iaitu kerajaan pusat dan
kerajaan negeri yang mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara
tertentu. Dalamkonteks Amerika Syarikat, pembentukan kerajaan persekutuan berkait
rapat dengan kemerdekaan yang diperoleh; melalui Perlembagaan Amerika Syarikat
yang digubal pada tahun 1789, penubuhan sebuah persekutuan direalisasikan dengan
ketetapan kerajaan pusat menguasai perkara-perkara penting seperti dasar luar negara,
pertahanan, cukai dan matawang, manakala hal-hal tempatan diletakkan di bawah
kuasa kerajaan negeri masing-masing.
Ciri pemerintahan yang paling ketara bagi Persekutuan Amerika Syarikat ialah
wujud pembahagian kuasa yang jelas antara kerajaan pusat dengan kerajaan wilayah.
Gabungan dua peringkat pentadbiran ini membentuk satu Kerajaan Persekutuan.
Amerika juga memberi autonomi kepada kerajaan tempatan yang bersifat liberal
danpada masa yang sama memberi kuasa dan kekuatan sebenar kepada kerajaan
pusat. Setiap peringkat mempunyai autonomi dalam bidang tertentu. Hal ehwal luar
negara dan halumum di bawah tanggungjawab penuh kerajaan pusat, manakala hal
yang bersifat setempat seperti kerajaantempatan, perhutanan dan sungai merupakan
kuasa autonomi kerajaan negeri. Negara Persekutuan Amerika memperuntukkan
kebebasan kepada setiap peringkat pentadbiran atas kuasa yang diperuntukkan.
Apa yang pasti, ciri pemerintahan Negara persekutuan ini dapat dikenalpasti dengan
wujud tiga cabang pentadbiran utama, iaitu badan eksekutif, badan kehakiman, badan
legislatif. Badan Eksekutif akan diketuai oleh Presiden yang dipilih oleh rakyat dalam
masa empat tahun melalui pilihanraya. Selepas tamat tempoh perkhidmatannya,
Presiden boleh dilantik bagi penggal kedua selama empat tahun lagi seandainya dapat
memenangi hati rakyat. Seseorang Presiden bertanggungjawab menandatangani
undang-undang yang diluluskan oleh Kongres. Malah, sebagai ketua eksekutif,
Presiden juga berhak menolak daripada menandatangani sesuatu undang-undang.
Presiden Amerika Syarikat juga merupakan Ketua Turus Angkatan Tentera Negara
berkenaan. Keistimewaan Presiden ialah boleh membatalkan undang-undang dengan
kuasa veto yang ada serta boleh mengawasi Kongres.
Badan Perundangan Amerika Syarikat dikenali sebagai Kongres; ahli-ahlinya turut
dipilih melalui plihanraya dan peranan utama Kongres ialah menggubal undang-
undang Kongres terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Senat. Setiap negeri di
Amerika Syarikat akan memilih dua ahli bagi Dewan Senat dan memilih ahli Dewan
Rakyat mengikut jumlah penduduknya. Keistimewaan Kongres dapat dilihat melalui
dua pertiga undi di kedua-dua dewan, ia akan dapat mengatasi kuasa veto Presiden.
Apa yang pasti pelaksanaan pemerintahan persekutuan di Amerika Syarikat jelas
menggambarkan berlaku check and balance di mana suatu kuasa mengawasi kuasa
lain.
Dalam bidang kehakiman pula, ia akan berada di bawahtanggungjawab atau seliaan
Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah lain. Badan ini merupakan badan yang
benar-benar bebas atau telus yang tidak ada campurtangan politik samaada Presiden
mahupun ahli-ahliKongres. Bukti kebebasan institusi ini ialah boleh mengambil
tindakan terhadap Presiden dan ahli-ahli Kongres seandainya ahli-ahli politik
berkenaan melanggar perlembagaan dan bertindak melebihi had yang ditetapkan
termasuk menyalah gunakan kuasa.
Apa yang pasti, berdasarkan struktur pemerintahan Persekutuan Amerika Syarikat,
Negara tersebut mengamalkan pemerintahan demokrasi.Pilihanraya diadakan bagi
memilih Presiden dan ahli-ahli Kongres telah diadakan pada tahun 1796 dan 1800 di
mana wakil-wakil dari Parti Federalis dan Parti Republikan telah bertanding untuk
memilih Presiden. Amalan demokrasi ini membolehkan pemindahan kuasa dilakukan
secara aman.
Kesimpulannya, pelaksanaan system persekutuan mencerminkan rakyat mempunyai
hak dalam pemerintahan dan bertanggungjawab menentukan hala tuju sesebuah
negara. Dalam konteks Amerika Syarikat bukan sahaja mempunyai hak memilih
pemimpin, malah mempunyai kebebasan bersuara yang tidak boleh diusik malah
dengan wujudnya kerajaan Persekutuan telah menjadikan Amerika Syarikat sebagai
sebuah negara yang berjaya mengawal kedudukan ekonomi dan politik antarabangsa.

3. Jelaskan perkembangan ekonomi pertanian di England pada abad ke-17 dan


18 M.
Pengenalan
Revolusi pertanian yang berlaku di England merupakan satu fenomena yang berlaku
apabila apabila kegiatan pertanian di sana telah mengalami perubahan secara
mendadak. Ia berlaku secara menyeluruh dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.
Proses ini memakan masa yang agak lama dan berterusan, malah revolusi ini telah
menjadi asas kepada berlakunya Revolusi Perindustrian kelak. Perubahan ini bukan
sahaja menyebabkan skala pengeluaran semakin besar, malah pengurusan kaedah
pertanian turut mengalami perubahan-perubahan yang amat ketara apatah lagi
munculnya tokoh yang kreatif dan inovatif pada masa tersebut.

1. Pengeluaran makanan

Sebelum revolusi pertanian, pengeluaran makanan secara kecil-kecilan. Selepas


revolusi pertanian, berlakunya perubahan apabila pengeluaran makanan secara besar-
besaran telah berlaku. Perubahan ini disebabkan oleh perubahan dalam sistem
pemilikan tanah, penggunaan kaedah saintifik dalam penanaman dan
kaedah pemasaran produk yang berkesan.

2. Sistem Pemilikan Tanah


Sebelum revolusi pertanian, terdapat dua sistem pemilikan tanah, iaitu Sistem
pemilikan tanah persendirian dan Sistem pemilikan tanah awam. Tanah persendirian
dimiliki oleh golongan tuan-tuan tanah yang kaya. Tanah awam merupakan tanah
yang dimiliki oleh orang perseorangan.
Rakyat biasa dibenarkan menggunakan tanah awam untuk bercucuk tanam,
memelihara ternakan, memburu binatang dan memancing

3. Akta Pemagaran Tanah

Akta pemagaran tanah telah diwujudkan berikutan desakan oleh golongan tuan tanah
untuk tujuan pengeluaran hasil pertanian secara besar-besaran. Perubahan mendadak
ini disebabkan oleh pertambahan penduduk di England. Menjelang tahun 1801,
bilangan penduduk di England dan Wales adalah 9 juta orang. Tahun 1831, bilangan
penduduk meningkat secara mendadak mencapai 14 juta orang. Pertambahan
penduduk menyebabkan tuan-tuan tanah memanfaatkan tanah awam untuk
menjalankan aktiviti pertanian secara besar-besaran dan mendapat kelulusan parlimen
untuk memagari tanah awam. Tahun 1761 hingga 1792, hampir 500 000 ekar tanah
dipagari melalui akta tersebut, membentuk ladang-ladang yang diusahakan secara
intensif berikutan peningkatan harga gandum dan permintaan yang tinggi terhadap
hasil pertanian.
Akta pemagaran tanah menyebabkan tuan-tuan tanah membeli tanah awam dan
muncul ladang pertanian.

4. Kaedah Pertanian Baharu

Revolusi pertanian menyebabkan kaedah baharu diperkenalkan dalam bidang


pertanian. Kaedah yang diperkenalkan ialah sistem penanaman bergilir. Kaedah ini
diperkenalkan oleh Lord Townshend. Perubahan ini menyebabkan kaedah pertanian
dapat digunakan secara berterusan sepanjang tahun. Melalui kaedah baharu ini,
kesuburan tanah tidak terjejas kerana tanaman yang berlainan menggunakan bahan
mineral tanah yang berlainan.
Pengenalan sistem penanaman bergilir menyebabkan beberapa tanaman baharu
diperkenalkan. Antara tanaman baharu yang diperkenalkan di England termasuklah
turnip dan ubi kentang. Thomas William Cake telah memperbaik sistem penggiliran
tanaman dan mendapati hasil pertanian semakin meningkat berlipat kali ganda.

5. Kaedah Penternakan Baharu

Usaha dilakukan untuk memperkenalkan kaedah baharu dalam bidang penternakan.


Robert Bakewell telah memperkenalkan kaedah baharu dalam penternakan biri-biri
dan lembu. Hasil penyelidikannya, Robert Bakewell telah berjaya menghasilkan biri-
biri baka baharu yang dikenali sebagai biri-biri Durham Shorthorn yang mempunyai
berat sebanyak dua kali ganda lembu biasa. Perkembangan dalam kaedah ini
menyebabkan binatang ternakan boleh membesar dan matang dengan lebih cepat.
Bekalan daging dan bulu binatang bertambah menerusi kaedah baharu ini dan
binatang-binatang ternakan juga membekalkan baja kepada para petani untuk tanaman
mereka.
6. Pengenalan Pertanian Campuran

Sistem penggiliran tanaman yang diperkenalkan oleh Lord Townshend, petani terlibat
dalam penanaman rumput. Rumput yang ditanam oleh petani digunakan sebagai
sumber makanan kepada binatang ternakan seperti biri-biri dan lembu.
Petani mengamalkan sistem pertanian campuran yang melibatkan tanaman dan
ternakan. Penglibatan petani dalam aktiviti pertanian dan penternakan menambahkan
pendapatan mereka.

7. Ciptaan Baharu

Revolusi pertanian menyebabkan peralatan baharu dicipta untuk meningkatkan


pengeluaran hasil pertanian. Jethro Tull telah mencipta alat yang digunakan untuk
menggali dan menugal tanah pertanian. Penciptaan alat ini membolehkan penugalan
dan penanaman bijih benih dapat dilakukan dengan lebih pantas. Tahun 1730-an,
sejenis bajak berbentuk tiga segi yang dikenali sebagai Rotterham telah direka yang
dikendalikan oleh kuda.
Penciptaan alat tersebut membolehkan kerja membajak tanah dilakukan dengan lebih
berkesan. Antara alat pertanian yang telah direka ialah alat mengetam, alat memukul,
dan alat menumbuk bijirin. Dalam pada itu, penciptaan jentera berkuasa wap
menyebabkan kerja dapat dijalankan dengan cepat dan berkesan.

8. Penggunaan Baja dan Sistem Saliran

Menjelang pertengahan abad ke-19, ahli-ahli Sains berjaya menghasilkan baja tiruan.
Di samping itu, baja asli juga digunakan secara meluas untuk meningkatkan
pengeluaran hasil pertanian.
Selain itu, langkah-langkah juga diambil untuk membina dan membaiki sistem
saliran. Pembinaan sistem saliran menyebabkan berjuta-juta hektar tanah dapat
disalirkan untuk tujuan pertanian.

Penutup

Perubahan-perubahan yang berlaku ini, walaupun banyak impak positifnya dari segi
pengeluaran, namun keadaan sebaliknya berlaku kepada petani-petani yang
kehilangan tanah apabila Akta Pemagaran Tanah diperkenalkan. Petani tidak mampu
memagarkan tanah mereka dan ada pula yang tidak dapat membuktikan bahawa
tanah ladang yang diusahakan adalah kepunyaan mereka. Malah, jentera-jentera
pertanian yang baru diperkenalkan pula sangat mahal dan mereka tidak mampu
membelinya. Dengan itu, mereka tidak dapat menyaingi peladang-peladang kaya dan
akhirnya terpaksa menjual ladang mereka. Kadar pengangguran juga berlaku apabila
jentera-jentera yang baharu diperkenalkan tidak memerlukan pekerja yang ramai.
Oleh itu, penghijrahan secara besar-besaran dari desa ke bandar-bandar perindustrian
berlaku secara meluas.

Peringatan: Calon dikehendaki menghuraikan aspek perkembangan ekonomi di


England yang membawa berlakunya pola perubahan @ perubahan ke atas ekonomi di
England.
Soalan 4: Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Jerman pada abad ke-
18 dan abad ke-19.

PENDAHULUAN
Perkembangan institusi pendidikan di Jerman pada abad ke-18 dan ke-19 adalah
selaras dengan perkembangan politik semasa ketika itu. Kekalahan Jerman kepada
Perancis menyebabkan pemerintah Jerman cuba membangunkan negaranya melalui
pendidikan. Perkembangan ini membawa kepada perubahan-perubahan dalam sistem
pendidikan di Jerman

ISI-ISI.
1. Dasar Pendidikan
 Menjelang abad ke -18, pendidikan terletak di bawah penguasaan gereja. Semasa
pemerintahan Raja Frederick II, kerajaan mengambil alih pentadbiran sekolah.
 1763, Raja Frederick II mengumumkan persekolahan wajib untuk semua kanak-kanak
antara usia 5 hingga 14 tahun.
 Akhir abad ke-18, Lembaga Sekolah ditubuhkan untuk melancarkan kawalan pusat
terhadap sekolah-sekolah menengah tinggi di Prusia.
 Abad ke-19, sistem pendidikan berada dibawah kawalan dan penguasaan kerajaan
sepenuhnya. Menteri Pendidikan bertanggungjawab terhadap hal ehwal pendidikan
dan dibantu lembaga pengelola sekolah di peringkat wilayah dan daerah.
 Kerajaan Pusat mengawal segala dasar berkaitan pengurusan sekolah.
 1809, Jabatan Pendidikan Awam ditubuhkan bagi memudahkan kawalan kerajaan
pusat.
 Kerajaan Pusat berperanan dalam pelantikan guru-guru dan penyeliaan sekolah.

2. Institusi Pendidikan
 Sekolah Rendah
Sekolah rendah dikenali sebagai Volksschulen yang terbuka kepada semua lapisan
penduduk Jerman. Kanak-kanak berumur 7 tahun diwajibkan mendaftar dan
mengikuti pembelajaran di sekolah rendah sehingga 14 tahun. Pengajian meliputi
agama, membaca, menulis, mengira, geografi, sejarah dan gimnastik. Menyebabkan
kadar buta huruf sangat rendah di Jerman.
 Sekolah Menengah
Dua aliran iaitu sekolah gimnasium dan sekolah awam. Sekolah gimnasium
keutamaan kepada bahasa Latin dan Greek dan bertujuan menyediakan pelajar untuk
melanjutkan pelajaran ke universiti. Sekolah awam pula menekankan bahasa Jerman,
Matematik, Sains Tabii dan bahasa moden bertujuan melahirkan pelajar yang dapat
menjalani kehidupan seharian dengan teratur. Tempoh pengajian menengah selama 9
tahun dengan kadar yuran sebanyak lima hingga 27 dollar.
 Sekolah Teknik
Penekanan bidang teknologi sejajar usaha membangunkan sektor perindustrian dan
perdagangan. Penekanan kepada mata pelajaran teknikal menyebabkan lebih banyak
politeknik dan sekolah perdagangan ditubuhkan.
 Universiti
Pengajian di universiti dibahagikan kepada 4 fakulti – Teologi, Undang-undang,
Perubatan, Falsafah. Pentadbiran universiti dikendalikan Rector. Universiti Berlin
merupakan universiti yang tersohor dan terbesar di Jerman dengan 200 professor dan
5 000 pelajar.

3. Latihan Perguruan
 Semasa pemerintahan Raja Frederick William I, seorang pesuruhjaya dilantik bagi
membekalkan tenaga pengajar terlatih yang mahir dan mempunyai pengetahuan. Raja
Frederick turut merekrut guru-guru yang berwibawa untuk berkhidmat di sekolah.
 Latihan perguruan dan seminar guru-guru diadakan dalam melatih tenaga pengajar.
 Raja Federick juga memberikan dana dan piagam diraja kepada institusi perguruan.
 Pada tahun 1747, pusat latihan guru ditubuhkan di Berlin. Pusat latihan guru juga
ditubuhkan di wilayah-wilayah Jerman seperti Austria, Saxe-Weimer, dan Saxony.

4. Bantuan Kewangan
 Kerajaan memperuntukkan bantuan kewangan untuk menyediakan kemudahan dan
prasarana di sekolah.
 Frederick William I telah memberikan sumbangan kewangan untuk prasarana dan
peralatan di sekolah.
 50 000 thaler telah disumbangkan bagi membina bangunan sekolah serta membaiki
bangunan usang. Baginda turut mengurniakan tanah yang luas untuk pembinaan
sekolah.

5. Kurikulum
 Kurikulum sekolah rendah menekankan pembelajaran Sejarah, Geografi dan Bahasa
Jerman bagi melahirkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.Penekanan juga
diberikan kepada perkembangan mental kanak-kanak dan latihan menggunakan deria.
Matapelajaran Lukisan, Matematik dan Latihan Jasmani juga ditekankan. Pelajar juga
mempelajari matapelajaran Agama terutamanya nilai-nilai moral, hormat-
menghormati dan rendah diri.
 Kurikulum sekolah menengah terdiri daripada bahasa Latin, Greek, Jerman,
Matematik, Sejarah, Geografi, Agama dan Sains. Selepas 1867, penekanan diberikan
kepada pengajian matapelajaran humanisme.
 Pendidikan di universiti menekankan pengkhususan dalam bidang ilmu pengetahuan.
 Kajian dan penyelidikan dibuat dalam bidang Psikologi, Sejarah, Falsafah, Undang-
undang, Anatomi, Kimia dan Fizik.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pendidikan di Jerman bertujuan memberikan peluang kepada individu
mendapat pendidikan. Bidang ini berkembang disebabkan bukan sahaja peranan kerajaan
secara langsung bahkan mendapat kerjasama pihak swasta di samping penetapan standard
kualiti yang tinggi. Sistem pendidikan yang memberi penekanan kepada teologi turut
berubah kepada sistem pendidikan yang memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada
rakyat.
5. Bincangkan implikasi Perang Dunia Kedua terhadap politik antarabangsa.
Pendahuluan.

- Perang Dunia Kedua berlaku antara tahun 1939 hingga 1945.


- Kuasa Berikat dianggotai oleh Amerika Syarikat, Britain, Russia dan Perancis.
- Pakatan Paksi disertai Jerman, Jepun dan Itali.
- Peperangan ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam politik antarabangsa.
Isi.
Penubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
- Selepas Perang Dunia Kedua, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan.
- PBB ditubuhkan selepas kegagalan Liga Bangsa-Bangsa mengelakkan berlakunya
Perang Dunia Kedua.
- Matlamat PBB untuk memelihara keamanan dunia, menghalang
peperangan,menggalakkan kerjasama antarabangsa.

Dekolonisasi ke atas tanah jajahan di Asia dan Afrika.


- PD2 membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan pendudukdi Asia dan
Afrika, muncul gerakan membebaskan tanah air daripada penjajah untuk membentuk
Negara dan bangsa mereka sendiri.
- Kos peperangan yang tinggi menyebabkan Negara-negara Eropah menghadapi
masalah kewangan untuk menguruskan tanah-tanah jajahan. Negara-negara Eropah
memulakan proses dekolonisasi dengan memberikan kemerdekaan kepada tanah-
tanah jajahan.
- Antara tahun 1945 – 1970, banyak tanah jajahan di Asia dan Afrika mencapai
kemerdekaan.

Perang Dingin
- Selepas PD2, Amerika Syarikat dan Russia muncul sebagai kuasa besar dunia.
- Amerika Syarikat memperjungkan penubuhan kerajan bercorak demokrasi di Eropah
Barat.
- Russia mengasaskan pemerintahan Komunis di Negara-negara Eropah Timur.
- Pertentangan ini menyebabkan hubungan antara kedua-dua kuasa besar ini menjadi
tegang sehingga mencetuskan Perang Dingin.
- Semasa perang ini berlangsung, kedua-dua kuasa besar ini menggunakan pelbagai
pendekatan untuk mengukuhkan ideologi dan pengaruh masing-masing.

Perpecahan Jerman
- PD2 menyebabkan perpecahan Jerman. Jerman dibahagikan kepada empat zon yang
dikuasai oleh Britain, Perancis, Amerika Syarikat dan Russia.
- Pada Disember 1946, Britain, Perancis, dan Amerika Syarikat menggabungkan zon-
zon mereka. Russia membangunkan Jerman Timur sebagai zon komunis.
- Mei 1949, Persekutuan Republik Jerman ditubuhkan, ibukotanya di Bonn.
Demokratik Jerman ditubuhkan pada bulan Oktober dengan ibukotanya di Berlin.

Perubahan sempadan negara-negara Eropah.


- PD2 menyebabkan berlaku perubahan dalam sempadan Negara-negara Eropah.
- Russia meluaskan sempadan hingga meliputi wilayah Jerman, Finland, Poland,
Czehoslovakia, Romania, dan Jepun.
- Rusia juga menguasai tiga Negara yang tidak memihak kepada mana-mana pihak
dalam Perang Dunia Kedua iaitu Estonia, Latvia, dan Lithuania.
- Rusia menubuhkan kerajaan yang berasingan di wilayah-wilayah yang dikuasainya
semasa perang berlangsung.
- Perancis bertindak menguasai wilayah Saar daripada Jerman manakala Poland
menguasai wilayah perindustrian di Silesia daripada Jerman.

Pembentukan pentadbiran Supreme Council Absolute Powers (SCAP) di Jepun.


- Jepun ditadbir oleh Jeneral Douglas Mac Arthur, Pemerintah Agung Kuasa-kuasa
Berikat (SCAP) mulai September 1945 hingga April 1952.
- SCAP membubarkan angkatan tentera Jepun, memusnahkan kilang-kilang senjata.
- SCAP menggalakkan penubuhan koperasi pertanian di setiap kampong.
- Kurikulum pendidikan disusun semula, sukatan berunsurkan ketenteraan dan
ultranasional dihapus dan diganti dengan sukatan yang menyemai sifat demokrasi,
bertanggungjawab, dan individualisme.

Kesimpulan.

- PD2 meninggalkan kesan amat mendalam dlam bidang politik antarabangsa.


- PD2 menyebabkan Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia.
- Hubungan tegang antara kedua-dua besar ini menyebabkan tercetus Perang Dingin
yang berlarutan hingga 1989.

6. TERANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBANGKITAN


KESEDARAN NASIONALISME DI INDIA PADA ABAD KE-19
PENGENALAN Nasionalisme ialah semangat cintaakan negara dan ingin bebas daripada
-konsep penjajahan Unsur nasionalisme India sudah bermula sejak dari peristiwa
-India Dahagi 1857 lagi.

1.PENGARUH Pendidikan Barat yang diperkenalkan British merupakan faktor utama yang
PENDIDIKAN melahirkan kesedaran kebangsaan dikalangan rakyat India. Pendidikan Barat
BARAT menyebabkan rakyat India terdedah kepada konsep2 seperti kebebasan,
-terdedah pemikiran demokrasi, persamaan dan hak asasi manusia. Pendidikan juga menyedarkan
-sedar penindasan rakyat tentang pentingnya kebebasan individu dari kekejaman dan penindasan
-lahir tokoh penjajahan Barat. Perkembangan pendidikan melahirkan tokoh-tokoh
nasionalis seperti Raja Mohan Ray dan Gokhale yang memainkan peranan
penting dalam gerakan kebangsaan di India
2.BAHASA Penggunaan bahasa Inggeris turut memainkan peranan dalam membangkitkan
INGGERIS kesedaran di India. Kewujudan 600 bahasa daerah di India menjadi
-600 bahasa penghalang komunikasi dan persefahaman di kalangan penduduk India.
-alat perantara Bahasa Inggeris telah digunakan sebagai alat perantara antara rakyat India.
-alat perpaduan Bahasa Inggeris juga menjadi alat perpaduan untuk menyatukan orang India
yang terpisah dari segi agama,bangsa dan wilayah.Ini memudahkan
komunikasi dan kesedaran nasionalisme di India
3.DASAR LORD Tindakan oleh pemerintah Inggeris di India iaitu Lor Lytton juga telah
LYTTON mempengaruhi kebangkitan nasionalisme India.Pelbagai akta yang
-Akta diperkenalkanoleh Lord Lytton seperti Akta Senjata dan Akta Akhbar
-langkah Vernakular melahirkan sentiment anti British di kalangan penduduk
India.Lord Lytton juga menjalankan dasar menggalakkan import kain kapas
dari England dan menghadkan penyertaan penyertaan perkhidmatan
awam.Langkah-langkah ini menimbukan kemarahan rakyat India terhadap
British.
3.DASAR Dasar ekonomi British juga telah menyemarakkan semangat nasionalis di
EKONOMI India. British yang mengutamakan kepentingan ekonomi di England telah
BRITISH menyebabkan ekonomi masyarakat India terjejas. Langkah British yang
-utama industry bertindak mengawal industri tempatan bagi mengelakkan persaingan dengan
England perusahaan milik British telah menyusahkan rakyat India. Disamping itu,
-kawal industry tindakan British memonopoli perdagangan garam telah menjejaskan sumber
tempatan pendapatan penduduk tempatan yang terlibat dalam industri tersebut.
-monopoli
perdagangan garam
4.DASAR Dasar diskriminasi Inggeris juga telah membangkit akan semangat
DISKRIMINASI nasionalisme penduduk India. Inggeris telah menghalang penyertaan orang
BRITISH India dalam perkhidmatan awam dengan mengadakan peperiksaan
- perkhidmatan awam perkhidmatan awam berdasarkan sukatan pelajaran Britain. Selain itu Inggeris
-peperiksaan juga mengabaikan @tidak mengambil berat kebajikan dan hak asasi buruh-
-buruh buruh India yang bekerja di seberang laut. Buruh-buruh India juga dikenakan
pelbagai undang-undang dan cukai yang membebankan oleh pemerintah
British. Ini mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat India

5.SISTEM Pembinaan sistem perhubungan dan pengangkutan moden turut memainkan


PERHUBUNGAN peranan dalam mencetuskan semangat kebangsaan di India. Pembinanan
@PENGANGKUTAN landasan keretaapi dan jalanraya telah memudahkan perhubungan dan
-mudahkan interaksi di kalangan penduduk India.Kemudahan ini juga memudahkan
perhubungan penyebaran semangat nasionalisme dan menyatukan rakyat India yang terdiri
-interaksi /komunikasi dari pelbagai bangsa dan keturunan.
-perpaduan

6.PERANAN Akhbar-akhbar tempatan memainkan peranan dalam membangkitkan


AKHBAR kesedaran nasinalisme di india. Akbar digunakan sebagai medium penyebaran
-medium maklumat dan mengkritik pemerintahan British. Antara akhbar yang
-kritik mengkritik dasar British adalah akhbar Kesari dan Patriot. Akhbar juga turut
-lahir kesedaran menyebarkan idea pemerintahan sendiri dan demokrasi dalam kalangan rakyat
tempatan. Ini menyemarakkan lagi nasionalisme di India.
7.PERANAN Karya-karya kesussateraan juga turut memainkan peranan dalam
KESUSASTERAAN membangkitkan kesedaran nasionalisme di India.Hasil sastera yang
-kritikan sinis-bangkit mengkritik secara sinis dasar pemerintah British berjaya membangkitkan
kesedaran kesedaran nasionalisme penduduk India. Karya –karya tersebut dimuatkan
dalam akhbar-akhbar tempatan menyebabkan idea nasionalisme tersebar
keseluruh India
8.KEAGUNGAN Kajian terhadap keagungan silam India juga melahirkan keyakinan rakyat
SILAM India terhadap kebudayaan dan peradaban mereka. Kajian dilakukan oleh
-kajian sarjana seperti William Jones dan Max Muller mengenai kegemilangan zaman
keagungan Asoka melahirkan keyakinan dan kebanggaan orang India terhadap negara
tamadun mereka. Kajian seperti ini membangkitkan kesedaran nasionalisme penduduk
-keyakinan/ India untuk kembalikan zaman kegemilangan negara India.
kebanggan
-kesedaran
KESIMPULAN

You might also like