Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KERTAS CADANGAN

BILIK SENSORI PPKI ADHWA


SK SEROM 8

1. PENYATAAN MASALAH

Terapi Latihan fizikal merupakan satu terapi yang penting untuk murid-murid
Pendidikan Khas. Melalui terapi latihan fizikal ini dapat membantu kanak-kanak
mengembangkan kemampuan motor kasar meliputi otot-otot besar dan motor halus
untuk pelbagai fungsi seperti berjalan,berlari,melompat,menendang, mengangkat,
melempar bola dan sebagainya. Terapi latihan fizikal ini juga boleh didefinasikan
sebagai satu rawatan atas ketidakupayaan kepada seseorang individu dengan agen-
agen fizikal dan kaedah seperti manipulasi alatan,latihan teraputik dan ransangan
menggunakan cahaya. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan otot-otot ini memerlukan
masa yang lama dan perlu dilakukan berulang kali sehingga kemampuan otot menjadi
matang dan murid boleh melakukan sendiri tanpa bantuan orang lain. Antara
contohnya murid dapat berjalan,berlari dan melompat dengan kaedah yang betul.
Terapi latihan fizikal ini dijalankan di kawasan yang luas seperti sebuah bilik sensori
di mana membolehkan murid-murid Pendidikan Khas melakukan aktiviti-aktiviti yang
menggunakan peralatan-peralatan kursus buat mereka mengikut kepada masalah yang
dihadapi secara individu. Bilik sensori fizikal tersebut juga ditatarias dengan menarik
agar murid-murid pendidikan khas berasa seronok dan meningkatkan minat mereka
untuk melakukan aktiviti ketika sesi latihan dijalankan.
Memandangkan ibu bapa kepada murid-murid tersebut merupakan dari golongan B40,
mereka tidak mampu membayar yuran yang tinggi untuk menghantar anak-anak
mereka mengikuti kelas sensori secara swasta. Bukan itu sahaja, memandangkan kini
sistem kesihatan negara mendepani isu pandemik Covid 19, pihak hospital terpaksa
menghentikan perkhidmatan terapi kepada murid-murid berkeperluan khas. Malah,
ibu bapa juga mempunyai masalah kekangan masa untuk menghantar anak-anak
mereka mengikuti kelas sensori di sektor kerajaan atau swasta dek kerana mereka
bekerja.

2. PENYELESAIAN MASALAH
Berdasarkan masalah-masalah yang dinyatakan, saya mengambil jalan penyelesaian
dengan membina Bilik Sensori khas kepada murid-murid berkeperluan khas. Bilik
Sensori ini diberi nama Bilik Sensori PPKI Adhwa. Ia merupakan inisiatif daripada
saya untuk mengurangkan beban ibu bapa B40 kerana kelas dijalankan secara
percuma. Pendekatan belajar sambil bermain merupakan satu inisiatif bagi menarik
minat murid PPKI untuk hadir ke sekolah. Matlamat pembukaan Mini Gim adalah
untuk membimbing dan memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan Khas
untuk mengikuti sesi latihan fizikal secara percuma di samping meningkatkan fungsi
perlakuan di dalam kawalan pergerakan motor dan koordinasi, kedudukan serta
keseimbangan, fungsi mobiliti, aktiviti dalam kehidupan seharian dan kebolehcapaian
melalui aktiviti latihan fizikal dan teraputik.

3. MODEL PROJEK DAN STRATEGI


Bilik Sensori PPKI Adhwa ini menjalankan pendekatan belajar sambil bermain
kepada murid-murid berkeperluan khas yang melibatkan terapi Latihan fizikal.
4. JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En Zaki bin Sahlan (Guru Besar SK Serom 8)

Timbalan Pengerusi : En Adnan Bin Semani ( G.P.K Pentadbiran)

Penyelaras Pend.Khas : Pn Ainul Huda bt Mohamad Pesal

Ketua Program : Pn Maslianna binti Mohd Zainol

Ahli Jawatankuasa : Pn Suhaila binti Hj Zakaria (PPM)

5. MILESTONE PROJEK DAN ANGGARAN PERBELANJAAN

BAJET KEWANGAN PEMBELIAN PERALATAN BILIK SENSORI

BIL PERALATAN ANGGARAN


1. LED TELEVISYEN RM1350.00
2. BOLSTER SWING RM800.00
3. SOFT PLAY SET RM1500.00
4. CERMIN GYM BESAR RM800.00
5. FLOOR MAT RM480.00
6. CRAWL TUNNEL RM150.00
7. WALL CLIMBING RM250.00
JUMLAH RM5330.00
6. OUTPUT / IMPAK PROJEK KEPADA MASYARAKAT

Soal selidik berkenaan kepentingan latihan sensori kepada murid-murid berkeperluan


khas dijalankan kepada guru-guru Pendidikan Khas Daerah Tangkak bagi mengenalpasti
kesedaran guru-guru berkenaan kepentingan menjalankan latihan sensori kepada murid-
murid berkeperluan khas. Hasil daripada soal selidik menunjukkan masih ramai guru-
guru yang tidak mengetahui kepentingan menjalankan terapi kepada murid-murid
berkeperluan khas kerana guru-guru tidak tahu mengendalikan latihan kemahiran. Dengan
itu, saya menjalankan kajian keatas tujuh orang murid PPKI SK Serom 8 dengan
menjalankan Modul Latihan Fizikal Adhwa kepada mereka bagi meningkatkan
kemahiran menulis menerusi 6 latihan fizikal. Hasil daripada latihan tersebut
menunjukkan murid-murid menunjukkan peningkatan dari segi keupayaan menulis, daya
tumpuan dan peningkatan minat mereka kepada pembelajaran.
Ibu bapa dan komuniti setempat memberi maklum balas yang amat baik setelah Bilik
Sensori ini dibina kerana bilik sensori ini dijalankan secara percuma bagi meringankan
beban ibu bapa golongan B40. Malah, peluang ke bilik sensori ini juga akan dibuka
kepada murid-murid di aliran perdana yang mempunyai masalah sensori terutama murid-
murid tahap 1 bagi membantu memperbaiki masalah asas mereka sebelum mereka dapat
menguasai 3M.

7. SUSTAINABILITY
8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan bahawa projek ini dapat memulihkan anggota badan murid-murid
yang lemah supaya dapat berfungsi dengan baik. Program ini dapat membantu murid-
murid menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus dengan lebih baik supaya
mereka dapat hidup secara berdikari dalam kehidupan harian. Semoga program ini
juga dapat memberi satu sinar baharu kepada murid-murid bahawa masalah mereka
boleh disembuhkan melalui sentuhan terapi.

You might also like