Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

BUKU SKRAP :

NAMA : MUHAMMAD TAUFIK HIDAYAT BIN NORAZWAN


KELAS : 6 PINTAR
GURU PEMBIMBING : CIKGU HARIS ZAIDI BIN OMAR ALI
TAHUN : 2023

PETROLIUM
DAN GAS
Sejarah Minyak dan Gas di Malaysia

Hari ini, produk minyak dan gas menjadi satu keperluan penting dalam

mengerakkan kehidupan seharian kita. Contoh paling mudah adalah minyak petrol

yang dihasilkan untuk kenderaan kita. Ini belum termasuk lagi gas memasak,

barangan plastik,

Kita rakyat Malaysia sangat beruntung kerana lahir di sebuah negara yang kaya

dengan hasil bumi terutamanya hasil petroleum. Berdasarkan perangkaan, Malaysia

merupakan antara pengeluar minyak dan gas terbesar di rantau ini dan hasil ini

banyak membantu pertumbuhan ekonomi negara.Tetapi berapa ramai yang tahu

tentang sejarah minyak dan gas di Malaysia? Kali ini, kami akan kongsikan serba

sedikit tentang asal usul minyak dan gas di bumi bertuah ini.
Minyak dan gas banyak menyumbang kepada pertumbuhan sosio ekonomi

masyarakat setempat dan negara secara amnya sejak pertama kali dihasilkan pada

tahun 1910 di Miri, Sarawak.

Telaga minyak pertama yang dijumpai oleh Shell ketika itu mengeluarkan 83

tong minyak sehari dan mencapai pengeluaran maksimum sebanyak 15,000 tong.

Sekarang, telaga minyak tersebut yang dikenali sebagai The Grand Old Lady

menjadi tugu monumen sejarah yang boleh dilawati di Canada Hill, Miri, Sarawak.

Aktiviti minyak dan gas berkembang pesat pada 1960 dengan banyak penemuan

dan pembangunan lapangan luar pesisir pantai (offshore). Lewat 1960 menyaksikan

permulaan penerokaan minyak di pantai timur Semenanjung Malaysia.

Pada waktu tersebut, syarikat luar negara, antaranya Shell dan Esso, merupakan

syarikat yang mendominasi aktiviti minyak dan gas negara. Terdapat juga beberapa

syarikat luar negara lain seperti Conoco, Mobil, Aquitaine, Oceanic and Teiseki.

Syarikat minyak negara, Petronas kemudiannya ditubuhkan pada 1974.

Syarikat-syarikat ini diberikan konsesi petroleum untuk menjalankan

penerokaan dan pengeluaran hasil petroleum oleh kerajaan negeri dengan syarat

mereka perlu membayar cukai dan royalti. Namun, pada 1974, dengan pelulusan
Akta Kemajuan Petroleum yang memberi hak milik dan kuasa untuk mengawal

sumber petroleum kepada Petronas, konsesi yang diberikan kepada syarikat-

syarikat ini kemudiannya terbatal. Sejarah minyak dan gas di Malaysia sudah tentu

tidak boleh lari daripada Petronas.

Aktiviti penerokaan dan pengeluaran (exploration and production) kemudiannya

dijalankan secara Production Sharing Contract (PSC) dimana syarikat-syarikat ini

diberi hak penerokaan minyak oleh Petronas. Segala kos exploration dan production

ditanggung oleh syarikat berkenaan dan sebagai ganti, mereka mendapat

sebahagian dari pecahan pengeluaran minyak dan gas yang dihasilkan.

Harini, semua hasil minyak dan gas Malaysia dikeluarkan dari lapangan offshore.

Terdapat tiga lapangan offshore utama iaitu:

1. Semenanjung Malaysia (Luar pesisir Terengganu, Kelantan)

2. Sarawak

3. Sabah

Pada 2019, terdapat lebih 353 offshore platform di seluruh Malaysia. Kebanyakan

platform di Malaysia berada pada shallow water (kedalaman cetek) manakala sejak

2002, aktiviti minyak dan gas negara bertambah menarik dengan penemuan

lapangan laut dalam (deepwater) yang pertama kali di Malaysia, iaitu Kikeh,

offshore Sabah.

INDUSTRI PETROLEUM
1. Petroleum (secara harfiah minyak batu, daripada bahasa inggeris petroleum.

2. Merupakan sejenis cecair gelap dan pekat yang juga dipanggil emas hitam.

Istilah “petroleum” pertama kali digunakan dalam karya bertajuk De Natura

Fossilium.

SUMBANGAN INDUSTRI PETROLEUM DI MALAYSIA

1. Sumber pendapatan negara

2. Eksport petroleum mentah pada tahun 2000 menyumbang kira-kira RM14.2

bilion, gas asli (RM11.3 bilion)

3. Membiayai projek-projek pembangunan negara seperti pembinaan Menara

Berkembar KLCC, lapangan terbang Kerteh dan lain-lain.

4. Menyediakan peluang pekerjaan

5. mengurangkan kadar pengangguran penduduk

6. meningkatkan pendapatan / taraf hidup penduduk. Contoh: tahun 2000 –

peluang pekerjaan sebanyak 39 900 diwujudkan dalam sektor perlombongan

petroleum.
7. Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran melalui pelbagai projek

8. Usaha penyelidikan dan pembangunan (R & D) sentiasa dijalankan oleh

PETRONAS dalam konteks teknik baru mengesan dan mengeluarkan sumber

serta teknik baru menghasilkan pelbagai produk berkualiti.

9. Misalnya teknologi seismik dan satelit digunakan dalam mengesan lokasi

medan petroleum.

10. Memajukan kilang industri yang berkaitan

11. Industri berasaskan sumber petroleum dan gas asli

12. Kilang menapis petroleum di Lutong di Miri

13. Kerteh di Terengganu

14. Kilang mencairkan gas asli di Bintulu.

15. Mewujudkan rangkaian sistem pengangkutan

16. Kewujudan kemudahan pengangkutan ini bertujuan untuk mempercepatkan

penghantaran petroleum dan gas asli ke kilang memproses dan kawasan pasaran

serta mengangkut tenaga pekerja dan membawa masuk pelabur asing.


SENARAI SYARIKAT MINYAK DAN GAS DI MALAYSIA

You might also like