Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

6.

0 LOKASI KAJIAN

Lokasi kajian bermaksud sesuatu kajian dilakukan Chua 2016 mengatakan bahawa
pilihan lokasi adalah elemen penting untuk sesebuah kajian. Bagi menjalankan kajian
berdasarkan objektif yang telah ditetapkan. Pengkaji telah memilih kawasan SMK
Simpang Empat sebagai lokasi untuk menjalankan kajian terhadap objektif yang telah
dikemukakan. Lokasi kajian dilakukan adalah di negeri Pulau Pinang.

Peta Negeri

Peta 6.1 Peta Negeri: Pulau Pinang

( Sumber : https://www.google.com/maps/place/Penang/@5.3889741,100.23864,11z/

Kajian ini telah dijalankan di negeri Pulau Pinang .Pulau Pinang juga
dikenali sebagai Penang adalah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di Pantai
barat laut Semananjung Malaysia. Ia terdiri daripada Pulau Pinang di mana bandwar
raya ibu Georgetown terletak dan Seberang perai di Malaysia. Pulau Pinang terkenal
dengan warisan budaya yang kaya , kepelbagaian makanan jalananyang berwarna-
warni dan tapak bersejarah.Ia merupakan destinasi pelancongan yang populardengan
senibina kolonial British.

Peta Daerah

Peta 6.2 : Daerah Seberang Prai Selatan

(Sumber:https://www.google.com/maps/place/South+Seberang+Perai+District,
+Penang/@5.223693,100.3675187,12z/data=!4m6!3m5!
1s0x304ab0c5455700b9:0x457ad6cf71a8eda!8m2!3d5.1958374!4d100.4921295!16s
%2Fm%2F03d9jqd?entry=ttu )

Seberang Prai Selatan adalah sebuah daerah di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Ia
terletak di bahagian selatan tanah besar Pulau Pinang, melintasi Selat Pulau Pinang
dari Pulau Pinang. Ia merangkumi kawasan seperti Batu Kawan, Nibong Tebal, dan
Simpang Ampat.Daerah Seberang Prai berkeluasan242 kilometer persegi. Purata
ketinggian daratan daerah ini ialah 29 meter di atas aras laut.Terdapat pelbagai
kemudahan yang dibina seluruh daerah Seberang Prai Selatan dan sebanyak 56 buah
sekolah di daerah ini.
6.3 Peta Simpang Ampat dalam Negeri Pulau Pinang

(
6.4 Lokasi Kajian

Peta 6.4 Lokasi kajian

(Sumber : https://www.google.com/maps)

Foto : Smk simpang empat

(Sumber : https://www.google.com/ )

Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Empat atau nama ringkasnya SMK


Simpang Empat, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Simpang
Empat Nama pengetua pada masa itu ialah Encik Razikin b. Omar. Pembukaan rasmi SMKSE
telah dilakukan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu iaitu Tuan
Mohamad Khir Johari al-Haj pada 30 Jun 1966 .Antara tahun 1966 hingga 1970, terdapat dua
aliran di sekolah ini, iaitu aliran Melayu dan Inggeris. Sekolah aliran Inggeris ditubuh pada
tahun 1966 dikenali Simpang Empat National Type English Secondary School yang diadakan
oleh pelajar-pelajar aliran Melayu. Sementara pelajar aliran Melayu ditempatkan di 3 blok
bangunan dua tingkat berbata merah yang baru siap dibina serta 1 blok bangunan 3
tingkat.SMKSE telah diasaskan pada tahun 1964. Jumlah guru pada masa itu ialah seramai 10
orang sahaja. Bilangan blok bangunan ketika itu ialah sebanyak 2 blok bangunan setingkat
yang menempatkan tiga kelas tingkatan 3, empat kelas tingkatan 2 dan tiga kelas tingkatan 1.
Kelas tingkatan 1 diadakan pada sebelah petang. Setiap kelas mempunyai pelajar seramai
lebih kurang 20 orang sahaja. Anggaran jumlah pelajar ketika itu ialah 200 orang.

You might also like