Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Latar Belakang

Program Wira Anti Rasuah (WAR) bermula pada tahun 2014


Objektif WAR adalah untuk membudayakan nilai-nilai amanah, jujur dan tidak mengambil hak orang
lain dalam kehidupan seharian murid-murid. Pengamalan nilai-nilai positif ini akan melahirkan generasi
yang tinggi tahap integritinya. Secara tidak langsung, murid-murid akan menyedari tentang bahaya dan
keburukan jenayah rasuah.

Pelaksanaan Program WAR


Program WAR di sekolah dijalankan dengan kelulusan dan kebenaran daripada Bahagian Sukan,
Kesenian dan Kokurikulum (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). KPM memberikan
sokongan dan kerjasama yang sangat baik kepada SPRM dalam menjayakan Program WAR.
Pelaksanaan program WAR turut dimuatkan dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 yang mula
digunakan pada tahun 2020.
Aktiviti utama semasa program WAR termasuklah taklimat, tayangan video, permainan antirasuah dan
edaran bahan kempen. Kehadiran maskot SPRM iaitu Kapten MACC turut meninggalkan impak positif
kepada murid-murid.

Gejala rasuah di negara ini kian membarah. Indeks Persepsi Rasuah yang dikeluarkan oleh Transparency
International secara tahunan menunjukkan Malaysia kini berada di tangga ke-61 pada tahun 2022,
dengan skor 47.

Kesan Rasuah
1. Rasuah melindungi dan mengalakkan jenayah – dadah, pemerdagangan orang, keselamatan negara
terjejas- mafia/gengsterisme di Mexico.
2. Jenayah melemahkan kepimpinan negara.
3. Menjejaskan pertumbuhan ekonomi – kaitkan dengan kos pembangunan/ projek tidak berkualiti-
rasuah merata-rata
4. Menjejaskan kesejahteraan rakyat . – Yang kaya makin kaya, yang miskin terus ditindas

Cara-Cara Mengatasi Amalan Rasuah Di Malaysia


1. Memberikan pendidikan tentang amalan rasuah
2. Mnguatkuasakan undang-undang
3. Memastikan sektor awam beroperasi dengan jujur, telus dan bertanggungjawab
4. Memberikan gaji yang bertepatan dan bermaruah
5. Menjalankan kempen yang berkesan dan efektif
6. Menjatuhkan hukuman yang berat kepada pemberi dan penerima rasuah

Punca rasuah berlaku.


1. kUrang didikan agama/ moral
2. Masalah kewangan / gaji rendah sedangkan kos sara hidup semakin tinggi
3. Kurang berintegriti/ peribadi/ tergoda dengan gaya hidup mewah/ tamak

Seorang yang mengamalkan rasuah


disebabkan beliau tiada integriti. (Integriti- kejujuran, ketelusan, keutuhan)
• Kesempitan hidup, masalah kewangan,
pengaruh kawan-kawan dan tekanan
persekitaran - tidak boleh dijadikan alasan
untuk seseorang itu mengamalkan rasuah

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt,

Salam sayang buat negaraku dan salam Malaysia Madani saya titipkan buat semua.

Jutaan aspresiasi kepada pimpinan majlis,


saf hakim yang sentiasa cakna dengan keadilan dan berintegriti,
saudara penjaga masa yang semestinya menjunjung prinsip Al-Asr
barisan warga pendidik budiman
dan seterusnya generasi pendukung wacana wawasan negara.

Bertemu kita dalam arena pidato spontan menguji minda


Tajuk pidato saya hari ini ialah ________________________________

Sesungguhnya, tajuk ini membawa maksud ___________________________________

Persoalannya, _____________(tajuk)?
Bagi mengupas persoalan ini, dua pragmatik perdana akan saya ?

Hadirin sekalian, pragmatik pertama saya ialah _______________

Hadirin sekalian , pragmatik kedua ialah

Secaraa tuntasnya,

You might also like