Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

SKRIP PENGACARA MAJLIS PROGRAM IBU BAPA HEBAT ANAK CEMERLANG 2023

BIL ATUR CARA SKRIP CATATAN


1. 7.00-7.30 pagi Diminta ibu bapa dan para pelajar untuk LIYANA
mengambil tempat duduk kerana majlis akan
- Pelajar bergerak bermula sebentar sahaja lagi.
ke dewan
bersama ibu bapa Bagi melancarkan perjalanan majlis, tuan-tuan dan
puan-puan diingatkan supaya mematikan telefon
-Pendaftaran ibu bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap.
bapa Terima kasih.

- Ibu bapa guru


dan barisan
pengurusan
sekolah
mengambil
tempat

2. 7.30-8.55 pagi *cue : Apabila hadirin bertenang NORSINA

Slot ceramah Ibu Assalamualaikum w.b.t.... Selamat sejahtera dan


bapa Hebat Anak salam Malaysia Madani.
Cemerlang
Sayang selasih berisi minyak,
Bunga cengkih di atas jerami,
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Majlis kita mulakan dengan slot ceramah Ibu bapa


Hebat, Anak Cemerlang yang akan disampaikan
oleh Yang Berusaha Dr Nasir bin Len, Pengetua
SMK Simunjan No.1.

Izinkan saya membaca serba sedikit latar


belakang Tuan Pengetua kita.

**biodata Pengetua**

Oleh itu, tanpa membuang masa, hadirin dan


hadirat, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha Tuan Pengetua,
Dr Nasir bin Len.

*cue : Pengetua memberi penutup sesi ceramah

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kata-


kata semangat dan inspirasi daripada Tuan
Pengetua sebentar tadi. Moga ceramah ini dapat
melahirkan generasi baharu Ibu Bapa Hebat dan
Anak yg Cemerlang.
SKRIP PENGACARA MAJLIS PROGRAM IBU BAPA HEBAT ANAK CEMERLANG 2023

*cue*
Pengetua bergerak menuju ke hadapan dewan
untuk menyambut ketibaan tetamu-tetamu
kehormat.

3. 0900-1000 pagi *cue : Tetamu kehormat bergerak masuk ke NORSINA


dalam dewan diiringi para penari
-Ketibaan Tetamu
Kehormat YB Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat Yang
Rodiyah binti Berhormat Cik Rodiyah binti Sapiee (Ahli
Sapiee (Ahli Parlimen P200 Batang Sadong), diiringi oleh ;
Parlimen P.200
Batang Sadong) 1. YB Awla bin Dris, Ahli Dewan Undangan
Negeri (N25 Simunjan),
2. Dr. Nasir bin Len, Pengetua
SMK Simunjan No.1,
3. mewakili Pegawai Pendidikan Daerah
Simunjan, Encik Ismail bin Ahmad,
Timbalan Pendidikan Daerah Simunjan
Sektor Perancangan,
4. Yg Di Pertua PIBG, Encik Jubin anak Sili,
5. Pegawai Daerah Simunjan (DO), Encik
Seroji bin Ludin,
6. DSP Wong Tie Kui, Ketua Polis Daerah
Simunjan,
7. Barisan Pegawai Polis, Bomba dan Majlis
Daerah Simunjan
8. Barisan pentadbir SMK Simunjan No.1,
9. Ketua-ketua Jabatan,
10. Barisan Pegawai Agensi PBB N25
Simunjan,
11. Pemanca Daerah Simunjan, serta
12. Barisan Penghulu, Kaunselor, Kapitan dan
Tuai Rumah.

Majlis mempersembahkan tarian selamat datang


oleh ___________________________________
yang telah dibimbing oleh Cikgu Grace.

***persembahan tarian selamat datang***

*cue : Tarian tamat

Kata alu-aluan Bismillah Hirrah manirrahim.... LIYANA


pengacara majlis Selamat sejahtera dan salam Malaysia Madani...

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami,
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.
SKRIP PENGACARA MAJLIS PROGRAM IBU BAPA HEBAT ANAK CEMERLANG 2023

Kuntum mawar tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Selamat datang diucapkan kepada

1. Yang Berhormat Cik Rodiyah binti Sapiee


(Ahli Parlimen P200 Batang Sadong)
2. YB Awla bin Dris, Ahli Dewan Undangan
Negeri (N25 Simunjan),
3. Dr. Nasir bin Len, Pengetua
SMK Simunjan No.1,
4. mewakili Pegawai Pendidikan Daerah
Simunjan, Encik Ismail bin Ahmad,
Timbalan Pendidikan Daerah Simunjan
Sektor Perancangan,
5. Yg Di Pertua PIBG, Encik Jubin anak Sili,
6. Pegawai Daerah Simunjan (DO), Encik
Seroji bin Ludin,
7. DSP Wong Tie Kui, Ketua Polis Daerah
Simunjan,
8. Barisan Pegawai Polis, Bomba dan Majlis
Daerah Simunjan
9. Barisan pentadbir SMK Simunjan No.1,
10. Ketua-ketua Jabatan,
11. Barisan Pegawai Agensi PBB N25
Simunjan,
12. Pemanca Daerah Simunjan, serta
13. Barisan Penghulu, Kaunselor, Kapitan dan
Tuai Rumah
14. Dif-dif jemputan, Ibu bapa-ibu bapa, guru-
guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama


memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurniaNya, kita diberikan luangan
waktu untuk sama-sama berhimpun, di Dewan Seri
Gemilang ini bagi Program Ibu Bapa Hebat, Anak
Cemerlang bagi SPM 2023.

Hadirin dan hadirat,


Nyanyian Lagu
Negaraku & Ibu Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, majlis
Pertiwiku menjemput hadirin sekalian untuk sama-sama
berdiri menyanyikan lagu “Negaraku” dan “Ibu
Pertiwiku”.

*cue : selesai nyanyian*

Hadirin dan hadirat dijemput duduk.


SKRIP PENGACARA MAJLIS PROGRAM IBU BAPA HEBAT ANAK CEMERLANG 2023

Bacaan Doa Tetak buluh panjang suluh, NORSINA


Mari jolok sarang penyengat,
Angkat doa jari sepuluh,
Doa minta biar selamat.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis


dengan segala hormatnya menjemput Cikgu
Saiful Nurhisyam untuk mengetuai bacaan doa.

Majlis mempersilakan.

*cue : Bacaan doa

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Saiful


Nurhisyam atas bacaan itu tadi.

4. 1000-1030 pagi Bagi meneruskan program kita pada pagi ini, majlis LIYANA
dengan hormatnya menjemput Yang Berusaha
-Kata alu-aluan Tuan Pengetua SMK Simunjan No.1, Dr Nasir bin
Tuan Pengetua Len untuk menyampaikan kata alu-aluan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***ucapan Tuan Pengetua***

*cue : Tuan Pengetua beredar*

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di


atas ucapan Tuan Pengetua sebentar tadi.

-Ucapan Majlis seterusnya mempersilakan Tetamu NORSINA


perasmian oleh Kehormat, Yang Berhormat Cik Rodiyah bt Sapiee
YB Cik Rodiyah (Ahli Parlimen P200 Batang Sadong) untuk
bt Sapiee menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Program Ibu Bapa Hebat, Anak
Cemerlang SPM 2023 SMK Simunjan No.1.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*cue : YB Rodiah turun pentas

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di


atas ucapan perasmian Yang Berhormat sebentar
tadi.

-Penyampaian Hadirin yang dihormati, LIYANA


cenderamata
kepada Tetamu Sebagai tanda ucapan terima kasih pihak sekolah
Kehormat YB kepada Tetamu-tetamu Kehormat kita, majlis
Rodiyah Binti menjemput Tuan Pengetua, Dr Nasir bin Len
Sapiee ( Ahli diiringi Cikgu Bohri bin Saili, Guru Penolong Kanan
Parlimen P200 Pentadbiran naik ke pentas bagi menyampaikan
Batang Sadong ) sedikit cenderahati.
& YB Awla Bin
SKRIP PENGACARA MAJLIS PROGRAM IBU BAPA HEBAT ANAK CEMERLANG 2023

Dris (ADUN N25 Sekali lagi dijemput Tetamu Kehormat YB Rodiyah


Simunjan) Binti Sapiee (Ahli Parlimen P200 Batang Sadong)
dan mempersilakan YB Awla bin Dris, Ahli Dewan
Undangan Negeri (N25 Simunjan) untuk sama-
sama naik ke pentas bagi menerima cenderahati
daripada pihak sekolah.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan

*cue : YB Rodiah & YB Awla turun pentas

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Tuan Pengetua dan Cikgu Bohri atas kesudian
menyampaikan cenderahati kepada Tetamu-
tetamu Kehormat kita pada pagi ini.

5. 1030-1100 pagi Hadirin yang dihormati, NORSINA


PENUTUP
Banyak keluk ke penarik,
-Rehat (Pelajar Keluk tumbuh pohon kuini;
bergerak ke kelas Nan elok bawalah balik,
masing – masing) Nan tak elok tinggallah di sini.

11.00 – 12.30 Bunga dedap di atas para,


tengahari Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
-Laporan Jemari disusun maaf dipinta.
Akademik
Tingkatan 5 ( Selesai sudah Majlis Perasmian Program Ibu Bapa
Guru Kelas ) Hebat, Anak Cemerlang SMK Simunjan No.1 pada
-Lafaz Ikrar Aku tahun ini.
Janji Pelajar
-Sesi Penetapan Kami mewakili Ahli Jawatankuasa Program Ibu
Sasaran & Bapa Hebat Anak Cemerlang SMK Simunjan No.1
Permuafakatan tahun 2023, ingin merakamkan sekalung
penghargaan kepada semua pihak yang sudi hadir
dan memberikan kerjasama dalam menjayakan
12.30 tengahari majlis pada hari ini.

-Majlis bersurai Bagi menutupi majlis kita, majlis menjemput


hadirin dan hadirat untuk sama-sama berdiri tegak
bagi menyanyikan lagu sekolah.

*Cue : Nyanyian lagu sekolah

Untuk itu, kami selaku peneraju acara mohon maaf


atas apa jua salah dan silap, sesungguhnya, yang
baik itu, datangnya daripada Allah dan yang tidak
elok itu datangnya dari kelemahan kami sendiri,
kami sudahi dengan...

Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.
SKRIP PENGACARA MAJLIS PROGRAM IBU BAPA HEBAT ANAK CEMERLANG 2023

Jemput tetamu Yang Berhormat dan para tetamu dijemput LIYANA


menjamu selera menjamu selera dengan diiringi Tuan Pengetua
dan Penolong-penolong Kanan. Dipersilakan.

Ingatan kepada Ibu bapa dan para pelajar juga dijemput untuk
para pelajar utk berehat sebentar dan para pelajar sila pastikan
sesi Dialog anda dan ibu bapa masuk ke kelas masing-masing
Prestasi sebelum tamat waktu rehat.

Sekian terima kasih.

You might also like