Kertas Konsep Kuiz STEM-Biodiversiti (Sekolah Menengah)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

KUIZ STEM-BIODIVERSITI

1.0 Pengenalan
Pertandingan Kuiz STEM-Biodiversiti merupakan kuiz dalam talian yang menguji tahap
kecekapan IQ murid dan pengetahuan para murid tentang konsep sains dan teknologibagi
kepelbagaian hidupan di Bumi merangkumi flora dan fauna, bermula dari gen ke
ekosistem, dalam semua bentuk dan semua interaksinya. Pertandingan ini juga
diselaraskan dengan Matlamat Pembangunan Mampan UNESCO iaitu berfokuskan
kepada:
i. GOAL 4: Quality Education
ii. GOAL 6: Clean Water and Sanitation
iii. GOAL 13: Climate Action
iv. GOAL 14: Life Below Water
v. GOAL 15: Life on Land

2.0 Objektif
2.1 Menerapkan dan memperkasakan ilmu STEM-Biodiversiti dalam dirisetiap
peserta.
2.2 Menguji ketajaman, kebolehan dan keupayaan minda murid dalam bidang
STEM-Biodiversiti selaras dengan kurikulum sekolah sedia ada.
2.3 Memberi kesedaran dalam kalangan murid mengenai kepentingan dan
pengetahuan tentang Biodiversiti dalam kehidupan seharian.
2.4 Mengembangkan bakat dan potensi murid selaras dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia.

3.0 Syarat-syarat Penyertaan


3.1 Penyertaan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah (Tingkatan
1 hingga 5) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan sekolah swasta.
3.2 Semua murid perlu mengakses pautan Google Form yang disediakan oleh
pihak penganjur pada hari pertandingan untuk menyertai kuiz.
3.3 Murid-murid perlu memastikan semua maklumat yang diberi semasa
pengisian Google Form adalah tepat. Pengelola berhak untuk menolak
mana-mana penyertaan yang tidak lengkap.

KUIZ STEM – BIODIVERSITI


SEKOLAH MENENGAH l1
3.4 Soalan kuiz adalah berdasarkan maklumat yang terdapat di:
i. Dua (2) siri webinar yang akan dijalankan di capaian saluran YouTube.
Setiap siri webinar akan melibatkan dua (2) topik oleh dua (2) orang
penceramah selama empat puluh lima (45) minit setiap seorang.

3.5 Murid-murid perlu menjawab mengikut hari dan masa yang telah ditetapkan
oleh pihak penganjur.
3.6 Waktu dan masa pertandingan adalah berdasarkan Malaysian StandardTime
yang diasaskan oleh National Metrology Institute of Malaysia, yang boleh
dirujuk di pautan: https://mst.sirim.my/
3.7 Murid-murid perlu menjawab soalan secara dalam talian dengan keupayaan
sendiri.
3.8 Sistem akan ditutup tepat pada masa yang dimaklumkan. Murid-murid perlu
menghantar jawapan sebelum masa tamat dan digalakkan untuk
menghantar sejurus selesai menjawab.

4.0 Maklumat Pertandingan


4.1 Bilangan soalan adalah sebanyak lima puluh (50) soalan sahaja.
4.2 Tempoh masa menjawab kuiz adalah selama enam puluh (60) minit sahaja.
4.3 Murid-murid perlu menjawab dalam masa yang ditetapkan.
4.4 Masa pertandingan akan dimaklumkan kemudian oleh pihak penganjur.
4.5 Murid digalakkan untuk menghantar penyertaan semasa pertandingan
seawal mungkin untuk mengelakkan kesesakan dalam talian pada saat-saat
akhir.
4.6 Markah minimum untuk kelayakan penerimaan sijil penyertaan adalah empat
puluh peratus (40%).
4.7 Sijil pencapaian akan diberikan kepada lima (5) murid yang memperoleh
markah yang tertinggi dan terpantas semasa menjawab kuiz.
4.8 Nama yang tertera pada sijil adalah berdasarkan ejaan semasa pengisian
maklumat diri dalam Google Form pada hari pertandingan.
4.9 Keputusan pengelola adalah MUKTAMAD.

5.0 Am
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada pihak penganjur.

KUIZ STEM BIODIVERSITI |2


SEKOLAH MENENGAH

You might also like