Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Contoh Proposal Kerja Kursus 940/4

Tema : Undang-undang

Tajuk : Sejarah Perkembangan dan Sumbangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan
Dari Tahun 2009 hingga 2014.

Pengenalan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebuah pasukan polis Malaysia yang terdiri
daripada 111,450 orang pegawai dan anggota, dan beribupejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit
Aman, Kuala Lumpur. Pertubuhan ini adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis
tugas am (General Duties) ke perisikan adalah di bawah bidang kuasanya. Kini Ketua Polis
Negara disandang oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar yang merupakan jawatan tertinggi di
PDRM. Manakala, Timbalan Ketua Polis Negara pula disandang oleh Datuk Seri Noor
Rashid Ibrahim. Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan merupakan salah satu cawangan yang
diwujudkan oleh Polis Diraja Malaysia, Sabah. Cawangan ini berpusat di Ibu Pejabat
Kontinjen, Sabah. Terdapat beberapa lagi cawangan yang di wujudkan di beberapa daerah di
kawasan Sabah ini. Antaranya ialah di daerah Kota Kinabalu, Beaufort, Beluran, Keningau
dan banyak lagi. Fungsi pasukan polis adalah seperti yang termaktub mengikut Seksyen 3(3)
Akta Polis 1967 iaitu berkhdmat di dalam dan di seluruh Malaysia termasuklah perairan
wilayahnya bagi memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan
keselamatan Malaysia, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwah
pesalah-pesalah dan seterusnya mengumpul risikan keselamatan.

Objekif Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sejarah
perkembangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dan mengenal pasti sumbangannya dari
tahun 2009 sehingga 2014.

Selain itu, tujuan lain kajian ini dibuat adalah untuk mengenal pasti kaedah
pengurusan yang digunakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dalam melaksanakan
tugasan mereka.

Seterusnya, kajian ini juga dijalankan adalah untuk mengenal pasti kejayaan-kejayaan
yang pernah dicapai oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dalam melaksanakan tugasan
mereka dalam tempoh 5 tahun, iaitu dari tahun 2009 sehingga 2014.

Permasalahan Kajian

Esei ini akan menjelaskan mengenai sejarah perkembangan Ibu pejabat Polis Daearah
Sandakan dan sumbangannya dalam tempoh 5 tahun, iaitu dari tahun 2009 sehingga 2014.

Selain itu, esei ini juga akan menerangkan tentang kaedah pengurusan yang digunakan oleh
Ibu Perjabat Polis Daerah Sandakan dalam meningkatkan kecekapan anggota-anggotanya
dari tahun 2009 sehingga 2014.

Di samping itu, esei ini juga turut menjelaskan tentang kejayaan-kejayaan yang pernah
dicapai oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dalam tempoh 5 tahun, iaitu dari datum 2009
sehingga 2014.

Skop Kajian

Kajian ini akan memfokuskan kepada sejarah perkembangan Ibu Pejabat Polis Daerah
Sandakan dan sumbangannya dalam tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2009 sehingga 2014.

Selain itu, kajian ini juga memfokuskan kepada kaedah pengurusan yang dilakukan
oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dalam melakukan sesuatu tugasan dalam tempoh 5
tahun iaitu dari tahun 2009 sehingga 2014.

Di samping itu, kajian ini juga turut memfokuskan kepada kejayaan-kejayaan yang
pernah dicapai oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dari tahun 2009 sehingga 2014.

Sorotan Kajian Lepas

Hasil daripada penyelidikan yang saya lakukan sehingga kini, tidak ada penyelidik
yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu mengenai Sejarah Perkembangan dan Sumbangan
Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan Dari Tahun 2009 Hingga 2014.

Kaedah Kajian

Kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan hasil kajian ialah kaedah
penyelidikan perpustakaan, dimana pengkaji akan membuat penyelidikan dalam buku-buku,
majalah, internet atau website, akhbar-akhbar, dan gambar- gambar yang berkaitan dengan
Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan. Kesemua sumber ini dapat diperoleh daripada sumber
sekunder.

Kaedah kajian lapangan juga merupakan salah satu kaedah yang dilakukan oleh
pengkaji untuk memperolehi makumat yang berkaitan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah
Sandakan. Dalam kaedah ini, pengkaji akan mengadakan temuramah, temubual dan soal
selidik dengan pihak polis supaya maklumat yang berkaitan dengan objektif kajian dapat
diperolehi dengan mudah.

Pembahagian Struktur Esei

Pengenalan

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan mengenai Polis Diraja Malaysia dan
Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan secara umum.
Isi-isi Esei

Dalam bahagian ini, pengkaji akan memfokuskan kepada sejarah perkembangan Ibu
Pejabat Polis Daerah Sandakan dan sumbangannya dalam tempoh 5 tahun iaitu dari tahun
2009 sehingga 2014 dengan merujuk kepada pelbagai sumber yang sedia ada.

Selain itu, bahagian ini juga akan memfokuskan mengenai kaedah-kaedah pengurusan
yang digunakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dalam melaksanakan sesuatu
tugasan. Kaedah pengurusan ini dikaji dalam tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2009 sehingga
2014.

Di samping itu, bahagian ini turut memfokuskan tentang kejayaan-kejayaan yang


pernah dicapai oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dalam melaksanakan tugasan mereka.
Kejayaan ini dikaji dalam tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2009 sehingga 2014

Kesimpulan

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menyatakan mengenai iktibar daripada kejadian-
kejadian lampau dan harapan untuk masa hadapan serta perancangan Ibu Pejabat Polis
Daerah Sandakan dalam usaha memartabatkan keselamatan masyarakat di daerah Sandakan
ini. Dalam bahagian ini juga, rumusan bagi keseluruhan kajian akan dilakukan.
Penutup

Pada keseluruhannya, kajian yang dijalankan terhadap Ibu Pejabat Polis Daerah
Sandakan adalah tertumpu kepada perkembangan, sumbangan, kaedah pengurusan dan
kejayaan-kejayaan yang pernah dicapai oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dalam
tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2009 sehingga 2014.

Bibliografi

Syed Ibrahim. Kuasa-kuasa Polis Di Raja Malaysia. Kuala lumpur : Penerbit Golden Books
Centre, 1992.

Mohd Reduan Aslie. Jenayah Di Malaysia. Bangsar, Kuala Lumpur: Penerbit AMK Interaksi
Sdn. Bhd, 1990.

TPP Mohd Reduan Aslie dan Mohd Redzuan Ibrahim. Polis DiRaja Malaysia. Kuala Lumpur
Karya Bestari Sdn. Bhd, 1990.
Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan. Gambar-gambar Bersejarah di Daerah Sandakan:
Cawangan Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, 2015.
Mustaffah Mohd Hassan, “New Sabah Times”, Sabah, 2010.
Tan Sri Lee Lam Thye, “New Sabah Times”, Sabah, 2013.
Rozzalin Hashis, “New Sabah Times”, Sabah, 2012.

Bahan Internet

http://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysia
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131324/re_04/ESSCOM-sebagai-arahan pusat
http://m.www.astroawani.com/berita-malaysia/kronologi-pencerobohan-pantai-timur sabah-
9460
http://m.facebook.com/PDRMSabah/posts/776797879054869
http://www.scribd.com/mobile/doc/15081789?width320
https://beritasandakanfm.wordpress.com/page/24/

You might also like