Book Review Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK LA SALLE, PJ Kod Sekolah: BEB 8654

1. Nama Guru ZAHARAH BINTI HAMZAH


PANDUAN PENGURUSAN
2. Judul 3. Bidang: KOKURIKULUM
KOKURIKULUM DI SEKOLAH
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis
Buku ini mengandungi 7 bab dan mengandungi segala info yang diperlukan berkaitan pengurusan
apa jua jenis aktiviti kokurikulum di sekolah. Bab 1 memaparkan konsep dan prinsip kokurikulum,
iaitu definisi kewajipan pelaksanaan kokurikulum di sekolah, fungsinya dalam pendidikan serta
skema dan prinsip pelaksanaan kokurikulum di sekolah. Bab 2 menjelaskan secara terperinci
tentang penubuhan kelab dan persatuan di sekolah, iaitu jenis kelab dan persatuan dan peraturan
serta kaedah penubuhannya. Bab 3 dan bab 4 masing-masing dijelaskan penubuhan pasukan
pakaian seragam dan penubuhan kelab/persatuan sukan/permainan di sekolah. Bab 5
mengandungi penerangan berkaitan pentadbiran dan pengurusan persatuan/kelab/pasukan
beruniform dari aspek kesetiausahaan termasuk urusan surat menyurat, fail dan rekod, serta
pengurusetiaan mesyuarat dan penyediaan laporan. Bab 6 menghuraikan pelaksanaan kegiatan
dan aktiviti kokurikulum dari segi dasar, strategi dan pengurusan pelaksanaan aktiviti kokurikulum
di sekolah. Terakhir, bab 7 memaparkan aspek penilaian kokurikulum, iaitu fokus penilaian dan
skema penilaian. Dalam bab ini dijelaskan dasar pelaksanaan penilaian, objektif dan garis
panduan pelaksanaan penilaian kokurikulum di sekolah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Selepas membaca buku ini, saya bertambah yakin untuk menguruskan aktiviti kokurikulum di
sekolah. Buku ini lengkap dan dapat menjadi bahan rujukan yang baik kepada saya dan pembaca
yang terlibat dalam pengurusan aktiviti kokurikulum termasuk guru penasihat kelab/persatuan dan
badan beruniform.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini dapat memberi panduan yang jelas kepada pembaca tentang pengurusan aktiviti
kokurikulum yang betul, jelas dan secara menyeluruh kerana terdapat banyak lampiran turut
disertakan oleh penulis.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(ZAHARAH BINTI HAMZAH ) ( )

You might also like