Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Bab 3.

2 Kepentingan Piagam Madinah


Disediakan oleh: KY NG
3.2 Kepentingan Piagam Madinah
Kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai pemerintah tertinggi dan unggul

1. Piagam Madinah meletakkan Baginda sebagai ketua kerajaan serta hakim yang tertinggi dan
terunggul.
2. Sebagai ketua hakim, Baginda menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat
Madinah.
3. Misalnya, perselisihan kaum berdasarkan hokum Allah SWT dan keputusannya sendiri.
4. Masalah ini juga diselesaikan dengan adil dan bermusyawarah di mana semua kaum di berikan
hak menyuarakan masalah kaum masing-masing.
5. Baginda mewujudkan institusi kehakiman dan keadilan untuk menyelesaikan masalah yang
timbul.

Mewujudkan tanggungjawab mempertahankan Madinah


1. Semangat Piagam Madinah telah mendorong masyarakat Madinah yang terdiri daripada umat
Islam dan bukan Islam untuk bersama-sama mempertahankan kerajaan Islam Madinah
daripada serangan musuh.
2. Masyarakat Madinah dilarang untuk menjalinkan hubungan dengan musuh-musuh Islam yang
menentang kerajaan Islam Madinah.
3. Semangat cinta akan negara dipupuk untuk mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan
sebarang permusuhan antara masyarakat Madinah.
4. Oleh itu, semangat ini dapat mengelakkan musuh Islam mengambil kesempatan menawan
Madinah.
5. Kaum Yahudi dianggap sebagai warganegaa Madinah seperi masyarakat Islam selagi mereka
melaksanakan tanggungjawab mereka menurut Piagam Madinah.

1|Page
Bab 3.2 Kepentingan Piagam Madinah
Disediakan oleh: KY NG
Mewujudkan perpaduan umat Islam
1. Masyarakat Islam Madinah terdiri daripada dua kumpulan, iaitu golongan Ansar dan Muhajirin.
2. Penekanan berkaitan dengan kerjasama dan bersatu padu antara masyarakat terdapat dalam
Piagam Madinah.
3. Selain masyarakat Islam, piagam ini juga merangkumi kedudukan kaum lain yang terdapat di
Madinah seperti Yahudi, Parsi dan Habsyi.
4. Tuntutan terhadap hidup bersatu padu dan persaudaraan Islam dalam masyarakat Madinah
dilaksanakan dengan mendidik masyarakat menjadi anggota masyarakat atau ummah yang
kuat tanpa mengira kaum, keturunan dan tempat tinggal.
5. Hal ini dapat mengelakkan perpecahan antara masyarakat Madinah kerana sekiranya berlaku
perpercahan, musuh Islam boleh mengambil kesempatan untuk menawan Madinah.
6. Persaudaraan Islam dapat mewujudkan masyarakat Islam yang tulen berlandaskan akidah dan
keimanan kepada Allah SWT.
7. Persaudaraan inilah yang akan mewujudkan kerjasama antara masyarakat serta cinta akan
kedamaian dalam kehidupan.

Mewujudkan keadilan dan persamaan terhadap masyarakat Madinah

1. Piagam Madinah telah menetapkan persamaan antara semua penduduk tanpa menira keturunan,
bangsa dan kedudukan seperti antara pemerintah dengan yang diperintah untuk mengelakkan
jurang perbezaan dan penindasan berlaku dalam masyarakat Madinah.
2. Kekayaan negara dibahagikan sama data antara masyarakat untuk mengelakkan penindasan
golongan kaya terhadap golongan miskin.
3. Setiap masyarakat juga bertanggungjawab melaksanakan keadilan berlandasakan ajaran Islam
agar mereka sentiasa hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.
4. Keadilan yang dilaksanakan adalah dengan berdasarkan syariat Islam ini memberi hak dan
kebaikan kepada mereka.
5. Hal ini juga dapat menghalang sebarang keburukan berlaku kepada masyarakat tersebut.
6. Piagam Madinah telah menetapkan masyarakat Madinah tidak boleh bersikap zalim seperti
menindas golongan yang lemah.
7. Mereka perlu memiliki sikap tolong-menolong antara satu sama lain.

2|Page
Bab 3.2 Kepentingan Piagam Madinah
Disediakan oleh: KY NG

Kedudukan kaum Yahudi dan kebebasan beragama


1. Masyarakat Yahudi diberikan kebebasan untuk mengamalkan agama, adat, dan budaya mereka.
2. Namun demikian, mereka tidak boleh memaksa penduduk Madinah untuk menganut agama
mereka.
3. Masyarakat Yahudi juga dilarang menindas kaum atau golongan yang lemah.
4. Keselamatan kaum Yahudi dijamin melalui Piagam Madinah selagi mereka mematuhi piagam
tersebut.
5. Piagam Madinah memberi kebebasan beragama terhadap kaum Yahudi dan penganut agama
lain.
6. Kebebasan ini diberikan bagi menghormati kebebasan beragama, iaitu tiada paksaan dalam
kepercayaan setiap individu, menghindarkan permusuhan antara masyarakat dan mengelakkan
kaum Yahudi daripada menyebarkan agama di Madinah.

3|Page

You might also like