Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Bab 6.

2 Sistem pemerintahan Kerajaan Andalusia


Disediakan oleh: KY NG
Bab 6.2 Sistem pemerintahan Kerajaan Andalusia
Pendahuluan
1. Selepas pemerintahan Nabi Muhammad SAW, umat Islam diperintah oleh para khalifah
yang dikenali sebagai Khulafa’ al-Rasyidin.
2. Dasar-dasar pemerintahan dan pentadbiran Baginda masih diguna pakai di samping berlaku
penambahan disebabkan negara dan wilayah Islam yang semakin luas dan kompleks
terutamanya ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab.
3. Kesan daripada perluasan wilayah, pemerintah kerajaan Islam telah menggubal dasar-dasar
pemerintahan dan pentadbiran peringkat wilayah yang selari dengan pemerintahan dan
pentadbiran peringkat pusat bermula zaman Khulafa’ al-Rasyidin hingga zaman Kerajaan
Andalus.
4. Kerajaan Andalusia dibentuk pada abad ke-13.
5. Andalusia telah berpecah kepada 30 buah negara kecil yang berpusat di pelbagai kota
selepas berakhirnya Kerjaaan Bani Umaiyah.
6. Dikuasai oleh kerajaan al-Muwahhibun yang diterajui oleh 13 orang amir.
7. Kemunculan kerajaan Nasriyyah sebagai kerajaan Islam terakhir yang memerintah
Andalusia.
8. Kerajaan Nasriyyah diperintah oleh 22 orang amir dan raja.

Pusat pentadbiran
1. Kerajaan Muwahidun telah menjadikan Seville sebagai pusat pemerintahan mereka selepas
kejayaan menyeberang Andalusia.
2. Susulan daripada kejayaan ini, beberapa wilayah telah dikuasai seperti Toledo, Santerem,
dan Granada.
3. Di bawah pimpinan Ibn Hud pula, beliau telah menjadikan Murcia sebagai pusat
pemerintahannya dan memulakan usaha menguasai wilayah seperti Almeria, Ceuta, Jaen,
Merida dan Badajoz.
4. Kerajaan Nasriyyah pula diasaskan oleh Muhammad bin Yusuf bin Nasr yang juga dikenali
sebagai Ibn al-Ahmar.
5. Beliau telah menjadikan Granada sebagai pusat pentadbirannya pada tahun 1235
memandangkan kedudukannya yang strategik anatara Almeria dan Gibraltar serta
dikelilingi oleh kubu pertahanan yang kuat.

1|Page
Bab 6.2 Sistem pemerintahan Kerajaan Andalusia
Disediakan oleh: KY NG
Gelaran pemerintah
1. Pemimpin kedua-dua buah kerajaan ini menggunakan gelaran sama ada khalifah, amir
mahupun sultan.
2. Bagi kerajaan Muwahidun, penggunaan gelaran amir merupakan simbol kekuasaan yang
tertinggi dan bertujuan memastikan jawatan ini berkekalan dan diwarisi oleh putera
mahkota.
3. Sesetengah pemerintah telah menggunakan gelaran al-Mahdi, al-Nasir dan al-Mansor yang
bertujuan menggambarkan akan keagungannya sebagai pemerintah.
4. Walau bagaimanapun, penggunaan gelaran-gelaran ini menimbulkan perasaan kurang
senang bangsa Arab yang mengharapkan kewujudan sistem demokrasi Islam.
5. Sementara dalam kerajaan Nasriyyah, terdapat pemerintah yang menggunakan gelaran
sultan selain penggunaan gelaran yang digunapakai ini bertujuan menunjukkan pemusatan
kuasa di tangan pemerintah.

Sistem birokrasi
1. Walaupun penguasaan wilayah adalah terhad, sistem birokrasi dibentuk di peringkat pusat
mahupun wilayah.
2. Organisasi dan pemerintahan telah dibahagikan kepada 5 bahagian, iaitu pengikut
Muwahhidun, imam, Al-Mahdi, dewan 50 orang dan dewan 70 orang.
3. Dewan 50 orang berfungsi sebagai penasihat manakala dewan 70 orang bertindak sebagai
Majlis Rakyat.
4. Antara jawatan yang dibentuk ialah Gabenor Jeneral yang merupajan wakil bagi khalifah
bertanggungjawab melantik pegawai-pegawai untuk membantunya dalam urusan.
5. Jabatan dan jawatan lain yang dibentuk pada zaman kerajaan Muawahidun ialah Rais al-
Dawlah, al-Wuzara, al-Kuttab, al-Hijab, al-Qudat, al-Wulah al-Jund, dan Nizam al-Jibayah.
6. Tugasan jabatan dan jawatan ini merangkumi aspek politik, kewangan, ketenteraan,
kebudayaan dan sebagainya.

2|Page
Bab 6.2 Sistem pemerintahan Kerajaan Andalusia
Disediakan oleh: KY NG
Perjanjian dengan pihak Kristian
1. Polisi ini terpaksa dilaksanakan memandangkan kerajaan Islam pada masa ini telah
terhimpit dengan tekanan dan asakan kerajaan-kerajaan Kristian di sekelilingnya.
2. Kerajaan al-Muwahidun telah mengadakan perjanjian damai dengan pihak Kristian (Raja
Leon dan Castile) dan perjanjian ini mampu bertahan selama 10 tahun sebelum berlakunya
semula pertelagahan.
3. Ibn al-Ahmar telah menandatangani perjanjian dengan pihak Kristian di mana beliau
sanggup membayar ufti dan bersetuju menyerahkan Jean, Arjona, Porcuna, Priego, Higuera,
dan La Frontera kepada Castille di bawah pemerintahan Ferdinand III pada tahun 1246
Masihi.
4. Tindakan beliau adalah untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai pemerintah tunggal
di Granada dan menjamin pengekalan kerajaan Nasriyyah di Andalusia.
5. Sentimen anti-Islam yang menebal dalam kalangan pemimpin Kristian telah menyebabkan
kerajaan Granada diserang bertali arus sekaligus melenyapkan kerajaan ini pada tahun 1492
Masihi.

Pelaksanaan dasar liberal


1. Kedua-dua buah kerajaan ini melaksanakan dasar liberal.
2. Misalnya, pemerintah kerajaan al-Muwahidun tidak memihak kepada mana-mana mazhab
sebagaimanapun kerajaan ini memihak kepada Mazhab Maliki pada sebelumnya.
3. Sikap liberal ini menyebabkan kerajaan ini mendapat sokongan daripada orang-orang Islam.
4. Dasar liberal kerajaan Nasriyyah pula dapat dilihat apabila pemimpin-pemimpin kerajaan
ini memnerikan layanan yang baik kepada golongan bukan Islam sekaligus telah mendapat
kesetiaan daripada penduduk Granada.
5. Dasar liberal ini menjamin kekuatan dan keutuhan kerajaan al-Muwahidun dan Nasriyyah.

3|Page
Bab 6.2 Sistem pemerintahan Kerajaan Andalusia
Disediakan oleh: KY NG
Kesimpulan
1.
2.
3. Pemerintahan Islam di Andalus dibahagikan kepada dua kerajaan yang terkemuka iaitu
kerajaan dan kerajaan .
4. Akhirnya pada 2 Januari 1942, Amir Muhammad XII menyerahkan Granada kepada Ratu
Isabella dan suaminua Ferdinand II.
5. Penyerahan kalah ini mengakhiri kewujudan kerajaan Islam di Andalus.

4|Page

You might also like