Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

RESEPI KUIH BINGKA PULUT

Bahan untuk air gula:

 1 cawan air panas


 1 cawan gula putih
 1 cawan gula merah
 1 helai daun pandan jika suka

Bahan-bahan lain:

 1 ½ cawan tepung pulut


 1/2 cawan tepung beras
 1/2 cawan tepung ubi
 1 biji telur ayam
 1 cawan santan pekat
 1 sudu kecil garam
 4 sudu susu pekat manis

Cara-cara:

1. Satukan air panas, gula putih, gula merah dan daun pandan. Masak
atas dapur dan kacau sehingga gula larut dan sebati. Ketepikan
seketika.
2. Dalam mangkuk, satukan tepung pulut, tepung beras, tepung ubi dan
garam.
3. Tuangkan air gula tadi ke dalam mangkuk berisi tepung dan pukul
menggunakan whisk sehingga sebati.
4. Selepas itu, masukkan pula susu pekat manis, telur ayam dan santan
pekat. Pukul lagi sehingga sebati.
5. Sapukan loyang dengan marjerin supaya kuih tidak melekat.
6. Panaskan loyang di dalam oven sebelum tuangkan adunan.
7. Tuang adunan ke dalam loyang sambil ditapis.
8. Boleh taburkan bijan jika suka.
9. Bakar selama 1 jam pada suhu 190-200°C menggunakan api atas dan
bawah.
10. Sejukkan sebelum keluarkan kuih dari loyang.
11. Potong dan sedia untuk menjamu selera. Selama mencuba!

You might also like