Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

MAJLIS PERMUAFAKATAN PRASEKOLAH DAERAH TENOM

___________________________________________________________________________

Ruj Kami :
Tarikh : 28 Januari 2024
IBU BAPA
MURID PRASEKOLAH
DAERAH TENOM.

Tuan ,

TAWARAN SEWAAN TAPAK GERAI JUALAN SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT
PRASEKOLAH DAERAH TENOM.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Merujuk kepada perkara di atas, Majlis Permuafakatan Prasekolah Daerah Tenom telah
bersepakat untuk membuat tawaran tapak gerai jualan kepada peniaga tempatan semasa Majlis
Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah Peringkat Daerah Tenom.

Berikut merupakan butiran tawaran:

Tarikh : 1 Febuari 2024 (KHAMIS)


Lokasi : Kawasan Tempat Meletak Kenderaan Dewan Antanom
Sewa Tapak : RM50.00 bagi satu tapak gerai (Bayar kepada AJK Tapak Gerai Jualan)
Bilangan Peniaga /gerai : Terhad kepada 15 buah gerai sahaja.
Peralatan : Kanopi dan meja tidak disediakan

3. Sehubungan itu, pihak penganjur mengalu-alukan penglibatan pihak tuan dalam acara ini. Kami
juga berharap agar peniaga yang terlibat dapat menjaga kebersihan kawasan gerai semasa dan selepas
aktiviti diadakan. Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.

“ MALAYSIA MADANI ”

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menjalankan amanah,

SYLVIA LIRANG NJOK


Pengerusi
Majlis Permuafakatan Prasekolah Daerah Tenom.

You might also like