Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


SRI TANJUNG, PONTIAN JOHOR.

MINIT MESYUARAT
PENYELARASAN BOLA SEPAK BAWAH 15 DAN BAWAH 18 TAHUN
MSSD PONTIAN 2024

Tarikh : 19 Jun 2024


Masa : 2..00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Sri Tanjung
Pengerusi : En.Muzakkir Mohd Sidek
(Pengetua SMK Sri Tanjung)
Kehadiran : Rujuk lampiran

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan al-fatihah.


1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran pengurus pasukan bagi setiap sekolah daerah
Pontian dan kehadiran En. Mohd Muslim bin Abd Jalil (Pengerusi Teknik Bola Sepak
Daerah).
1.3 Pengerusi memaklumkan SMK Sri Tanjung (B15) dan SMK Benut (B18) telah dilantik
sebagai pengelola Pertandingan Bola Sepak MSSD Pontian bagi tahun 2024
1.4 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memilik SMK Sri
Tanjung sebagai tuan rumah untuk kejohanan bola sepal bawah 15 tahun 2024.
1.5 Pengerusi memohon kerjasama semua pihak dalam menjayakan pertandingan tahun
ini demi kemajuan bola sepak daerah agar lebih cemerlang.
1.6 Pengerusi meminta PT Daerah En. Mohd Muslim bin Abd Jalil memberikan kata-kata
aluan

Tindakan : Makluman

2. PENGESAHAN PENYERTAAN- PENGURUS-PENGURUS PASUKAN

Bil Sekolah Bawah 15 Tahun Bawah 18 Tahun


1. Kolej Vokasional Tanjung Piai √
2. Sekolah Menengah Agama Bugisiah √ √
3. SMK Dato’ Ali Haji Ahmad √ √
4. SMK Sri Tanjung √ √
5. SMK Telok Kerang √ √
6. MRSM Tun Dr Ismail √ √
7. SMK Ayer Baloi √ √
8. SMK Pekan Nanas √ √

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

9. SMK Sri Kukup √ √


10. Sekolah Maahad Pontian √ √
11. SMK Benut √ √
12. SMK Kayu Ara Pasong √ √
13. SMK Sri Perhentian √ √
14. SMK Dato’ Yunos Sulaiman √ √
15. SMK Dato’ Pengawa Barat √ √
16. SMK Parit Betak √ √
17. SM Pei Chun √
18. SMK Tan Sri Osman Mohd Saat √ √

Tindakan : Makluman

3. TAKLIMAT PERTANDINGAN OLEH ENCIK MOHD MUSLIM BIN ABD JALIL –


PENGERUSI TEKNIK BOLA SEPAK MSSD PONTIAN

TARIKH, TEMPAT DAN MASA


3.1 TARIKH KEJOHANAN : 8 - 11 JULAI 2024 (BAWAH 15 TAHUN)
: 14 – 18 JULAI 2024 (BAWAH 18 TAHUN)

3.2 TEMPAT :
(i) PADANG SMK SRI TANJUNG
(ii) PADANG SK SRI BENUT
(iii) PADANG MRSM
(iv) PADANG SMK KAYU ARA PASONG

3.3 MASA :
8.00 Pagi hingga 6.30 petang

3.4 Kejadian yang tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti
berikut :
3.4.1 Keputusan berasaskan Kepada Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Johor.
3.4.2 Sebarang persoalan teknikal diputuskan berasaskan Undang-Undang
bolasepak Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), FAM, MSSM, MSSJ
dan MSSD.
3.5 Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan
adalah muktamad.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4. UNDANG-UNDANG
4.1 Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan dijalankan mengikut
Undang-Undang permainan bolasepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh
MSSM
- Malaysia,Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bolasepak
Antarabangsa
(FIFA)
4.2 Kejadian yang tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti
berikut :
4.2.1 Keputusan berasaskan lepada Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Johor.
4.2.2 Sebarang persoalan teknikal diputuskan berasaskan Undang-Undang
bolasepak Persatuan Bolasepak Antarabangsa ( FIFA ), FAM, MSSM,
MSSJ dan MSSD.
4.3 Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan
adalah muktamad.

5. PENYERTAAN
5.1 Setiap Sekolah hanya dibenarkan mendaftar satu (1) pasukan sahaja bagi setiap
kategori. Tarikh Akhir pendaftaran sebelum atau pada 8 JULAI 2024 (B15) dan 14
JULAI 2024 (B18)
5.2 Setiap penyertaan dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM 200.00 bagi
setiap kategori.
5.3 Bayaran hendaklah dibuat menggunakan CEK atau TUNAI sebelum atau pada hari
pendaftaran 8 JULAI 2024 (B15) dan 14 JULAI 2024 (B18) kepada SMK SRI
TANJUNG (B15) dan SMK BENUT (B18) atau TUNAI pada hari pendaftaran 8
JULAI 2024 (B15) dan 14 JULAI 2024 (B18).

6. KELAYAKAN PEMAIN
6.1 Pemain mestilah terdiri dari murid sekolah di dalam MSSD PONTIAN dan berdaftar
dengan sekolah masing-masing.
6.2 Setiap pemain perlu menunjukkan bukti dokumen kepada Jawatankuasa
Pertandingan seperti berikut :
6.2.1 Pemain perlu mengemukakan Salinan Kad Pengenalan, Borang M01dan
Borang M02 Pemain yang disahkan oleh Pengetua / Pentadbir (GPK)
Sekolah dan diserahkan kepada pengelola kejohanan pada hari
pendaftaran.
6.2.3 Semua pemain perlu ada borang Kebenaran Ibubapa/Penjaga yang telah
dipenuhi dari sekolah masing-masing yang ditandatangani oleh penjaga
mereka.
6.3 Kelayakan umur pemain mengikut kiraan tahun semasa seperti ketetapan berikut:
6.3.1 Pemain yang lahir pada 2009, 2010 dan 2011 (Bawah 15 tahun)
6.3.2 Pemain yang lahir pada 2006, 2007 dan 2008 (Bawah 18 tahun)

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

7. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI


7.1 Pendaftaran Pemain
7.1.1 Setiap pemain perlu memenuhi surat pelepasan penjaga dari sekolah
masingmasing yang disahkan oleh pentadbir sekolah berkenaan untuk
simpanan pengurus pasukan.
7.2 Pendaftaran Pegawai
7.2.1 Setiap pegawai pasukan hendaklah terdiri daripada pegawai perkhidmatan
pendidikan yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia.
7.2.2 Jika pasukan menggunakan khidmat pegawai bukan pegawai perkhidmatan
pendidikan khasnya jurulatih, mereka boleh mengikuti pasukan itu tetapi
tidak boleh didaftarkan dalam borang pendaftaran pasukan. Pegawai itu
setaraf dengan penonton. Segala tunjuk ajar hendaklah dibuat diluar
permainan.
7.3 Pendaftaran Pasukan
7.3.1 Setiap pasukan boleh mendaftar seramai 18 orang pemain dan 5 orang
pegawai dengan menggunakan Borang M01 / M02 berserta salinan surat
kebenaran ibubapa/penjaga.
7.3.2 Borang perlawanan (Start List) 18 orang pemain hendaklah dihantar kepada
urusetia sebelum perlawanan dimulakan.
7.3.3 Kesemua pemain boleh disenaraikan semasa perlawanan di mana 11 pemain
utama dan 7 pemain simpanan.

8. FORMAT PERTANDINGAN
8.1 Format pertandingan dijalankan mengikut Peraturan Am MSS JOHOR Peraturan 11
melainkan akan perkara yang dipersetujui dalam mesyuarat.
8.2 Perlawanan pusingan pertama secara liga dan pusingan kedua ialah Perlawanan
Peringkat Kalah Keluar iaitu Suku Akhir, Separuh Akhir, Tempat Ke – 3/4 dan
Perlawanan Akhir.
8.3 Pemberian mata dalam pertandingan liga pusingan awal adalah seperti ketetapan
berikut :
8.3.1 Pemberian mata – Menang : 3 mata, Seri : 1 mata dan Kalah : 0 mata
8.3.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain setelah diberikan tempoh
menunggu 15 minit dari masa bermain sebenar maka pasukan yang hadir
dengan cukup bilangan pemain iaitu 8 orang pemain akan diberikan
kemenangan percuma dengan memperolehi 3 mata dan jaringan 3 - 0.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

8.3.3 Jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mempunyai


mata yang sama, maka akan diambil kira ketetapan seperti
berikut :
1. Perbezaan gol
2. Jumlah jaringan gol
3. Pasukan yang pernah mengalahkan lawan
4. Mata permainan bersih (fairplay)
5. Lambungan syiling (3 kali)
8.4 Perlawanan pertama yang melibatkan 3 pasukan dalam kumpulan yang berkesudahan
dengan keputusan seri akan ditentukan melalui lambungan syiling sebanyak 3 kali
untuk menentukan pasukan yang akan bermain dahulu pada perlawanan
berikutnya. Pasukan yang tewas penentuan tersebut akan bermain pada
perlawanan berikutnya.

9. JANGKA MASA PERLAWANAN


9.1 Masa Permainan Sebenar mengikut kategori adalah seperti ketetapan berikut :
9.1.1 Masa permainan peringkat liga : Masa permainan ialah 20 minit bagi setiap
separuh masa, 5 minit masa rehat ( 20-5-20 ).
9.1.2 Masa Permainan Peringkat Kalah Keluar : Masa permainan ialah 20 minit
bagi setiap separuh masa, 5 minit masa rehat (20-5-20).
9.1.3 Sekiranya dalam perlawanan secara kalah keluar, terdapat keputusan seri
setelah tempoh masa bermain sebenar tamat, keputusan perlawanan akan
ditentukan menerusi tendangan penalti 5 pemain dari tanda penalti.
Sepakan akan diteruskan oleh pemain berlainan secara berselang seli
sehingga ada keputusan.

10. PENGGANTIAN PEMAIN


Penggantian pemain tidak lebih daripada 3 KALI untuk 7 pemain setiap perlawanan dan
pemain yang digantikan tidak boleh bermain semula. Setiap penggantian pemain perlu
dimaklumkan kepada pengadil dan urusetia.

11. MINIMA PEMAIN


Setiap pasukan mestilah mempunyai minima pemain 8 orang sebelum memulakan
sesuatu perlawanan. Jika didapati kurang daripada 8 orang pemain berada dalam
perlawanan peraturan 8.3.2 akan diguna pakai.

12. PAKAIAN PEMAIN


12.1 Setiap pemain hendaklah memakai alas kaki, stokin dan alas betis (Shin Guard)
mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

12.2 Setiap pemain hendaklah memakai jersi dengan nombor yang sama seperti dalam
pendaftaran Borang M02. Sebarang pengiklanan jenama rokok, minuman keras
tidak boleh dipamerkan.
12.3 Setiap pasukan hendaklah menyediakan 2 set jersi dan mewartakan warna jersi
sebagai tuan rumah dalam borang pendaftaran. Jika terdapat persamaan warna
jersi, maka pasukan pelawat perlu menukar jersi. (Pasukan yang disebut
kemudian dalam jadual perlawanan).
12.4 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan di lengan dan sekiranya pemain tersebut
keluar, maka hendaklah diberikan kepada pemain yang mengambil alih tugas
tersebut.
12.5 Pemakaian tight bagi menutup aurat:
1. Pastikan ianya berwarna sama seluarnya pada kaki atau jersi pada lengan.
2. atau berwarna hitam sahaja

13. JADUAL PERLAWANAN

13.1 Jawatankuasa Pengelola Bola Sepak MSSD Pontian akan menyediakan jadual
pertandingan dengan masa memulakan perlawanan mengikut kesesuaian dan
persetujuan pengelola.
13.2 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai disebabkan oleh cuaca
atau hal-hal yang tidak dijangka atau perlawanan dihentikan akibat hal-hal luar
kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan tersebut akan diputuskan oleh
Pengurus Pertandingan Jawatankuasa Pengelola.
13.3 Sekiranya hal-hal yang tidak dijangka berlaku selepas minit ke-25, maka keputusan
perlawanan semasa di ambil kira. Dan sekiranya hal-hal luar jangka berlaku
sebelum minit ke-25, maka minit perlawanan yang berbaki disambung atau
dihabiskan.

14. PEGAWAI PERLAWANAN


Jawatankuasa Pengelola akan melantik pegawai-pegawai pertandingan bagi menguruskan
perkara-perkara teknikal setiap perlawanan. Ketua pegawai perlawanan hendaklah
menyiapkan laporan untuk dikemukakan kepada urusetia setelah tamat kejohanan.

15. TINDAKAN TATATERTIB


15.1 Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan akan membincangkan perkara-perkara yang
berlaku setelah menerima aduan bertulis daripada pengadil bertugas dan pasukan
yang terlibat. Pengadil dan pasukan berkenaan tidak akan mengambil bahagian
dalam perbincangan atau undian sedang dibincangkan.
15.2 Hukuman secara automatik, maka Jawatankuasa Tatatertib tidak akan bersidang
untuk kesalahan seperti ketetapan berikut :
15.2.1 Seorang pemain yang diperintah keluar padang selepas menerima dua kali
amaran bertulis (2 Kad Kuning) di dalam perlawanan yang sama akan
digantung daripada bermain ( 1 ) satu perlawanan berikutnya.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

15.2.2 Mana-mana pemain yang menerima amaran bertulis (3 kad kuning) dalam
peringkat liga, akan digantung daripada bermain ( 1 ) satu perlawanan
berikutnya.
15.2.3 Seorang pemain yang diperintah keluar padang selepas menerima terus
kad merah di dalam perlawanan yang sama akan digantung daripada
bermain ( 2 ) dua perlawanan berikutnya.
15.2.4 Seorang pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan
katakata kesat atau menunjukkan isyarat lucah walaupun pemain
tersebut telah menerima amaran bertulis sebelumnya, maka akan digantung
daripada bermain ( 2 ) dua perlawanan berikutnya.
15.2.5 Seorang pemain yang diperintah keluar padang kerana berkelakuan biadap
atau bermain terlampau merbahaya walaupun pemain tersebut telah
menerima amaran bertulis sebelumnya, maka akan digantung daripada
bermain ( 3 ) tiga perlawanan berikutnya.
15.2.6 Pemain yang mengutip kad pada peringkat liga akan dikira ‘bersih’ pada
peringkat kalah keluar KECUALI kesalahan-kesalahan seperti perkara
15.2.1, 15.2.2, 15.2.3, 15.2.4 dan 15.2.5.
15.3 Jawatankuasa Tatatertib hanya boleh menggantung seseorang pemain dari terus
mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Jika tindakan yang lebih keras dianggap
perlu, maka perkara ini perlulah dipanjangkan kepada Jawatankuasa MSSD
PONTIAN untuk tindakan seterusnya.
15.4 Semua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad dan tidak tertakluk
kepada sebarang rayuan.

16. BANTAHAN
16.1 Bantahan terhadap keputusan atau kelayakan pemain mestilah dibuat secara bertulis
kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya hendaklah diterima dalam tempoh
masa satu jam selepas berakhirnya perlawanan tersebut beserta bayaran RM
200.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja). Wang tersebut tidak akan
dikembalikan.
16.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan, perkara-perkara dan fakta yang
dibuat oleh pengadil semasa mengadili sesuatu perlawanan.

17. ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN


17.1 Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan
setiap pegawai dan pemain termasuk penyokong mematuhi kepada etika dan
tingkahlaku yang dihormati berdasarkan kepada semangat sukan yang tulen.
17.2 Pegawai pasukan yang dibenarkan sahaja mengikut borang pegawai yang disahkan
boleh duduk dibangku pemain simpanan. Pastikan tatacara berpakaian dipatuhi.
Pegawai pastikan berkasut, tidak mengenakan seluar jeans dan pemakaian track
bottom 3 – quarter. Kawasan padang adalah kawasan dilarang merokok.
17.3 Tertakluk kepada pengesahan MSSD PONTIAN, Jawatankuasa Pengelola boleh
mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pegawai,

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

pemain dan penyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan atau objektif
pertandingan keseluruhannya dan tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti
penggantungan mana-mana pasukan, pegawai atau pemain dari penglibatan bagi
sebarang jangkamasa yang sesuai.
17.4 Sebarang penipuan dalam perkara kelayakan pemain atau sama ada sengaja atau
tidak sengaja adalah bertentangan dengan etika permainan. Penipuan dari segi
mengisi borang pendaftaran mahupun M01 dan M02 boleh menyebabkan
penyingkiran awal sesebuah pasukan daripada menyertai pertandingan ini.
Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan keluar padang permainan
adalah perbuatan biadab yang harus dielakkan dan tidak sepatutnya diamalkan.

18. JAWATAN KUASA PEMILIHAN PEMAIN 18.1 Jawatan


kuasa ini terdiri daripada :
18.1.1 Jawatankuasa Teknikal Bola Sepak MSSD PONTIAN En. Mohd Muslim bin
Abd Jalil (Penyelaras) En. Mohd Fauzi bin Marwan (Penolong Penyelaras) 18.1.2
Panel Pemilih yang dilantik.

19. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN


21.1 Peraturan AM MSS Johor adalah dirujuk.

20. UNDIAN KUMPULAN


21.1 Undian kumpulan akan diputuskan dalam mesyuarat pengurus.
21.2 Hanya JOHAN dan NAIB JOHAN kumpulan sahaja layak ke peringkat suku akhir.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

BAWAH 15 TAHUN

KUMPULAN A KUMPULAN B

A1. SMK DMYS B1. SMK SRI KUKUP

A2. SMK KAYU ARA PASONG B2. SMK TSOMS

A3. SMK AYER BALOI B3. SSP

A4. SMK TELOK KERANG B4. SDAHA

KUMPULAN D

D1. SMK SRI TANJUNG

D2. SMK PARIT BETAK

D3. SMK BENUT

D4. SMA BUGISIAH

KUMPULAN C

C1. SMK PEKAN NANAS

C2. SMK DPB

C3. MRSM

C4. MAAHAD PONTIAN

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

BAWAH 18 TAHUN

KUMPULAN A KUMPULAN B

A1. SDAHA B1. SMA BUGISIAH

A2. SMK AYER BALOI B2. SMK DPB

A3. MRSM B3. SSP

A4. SMK PEKAN NANAS B4. SM PEI CHUN

KUMPULAN C KUMPULAN D

C1. SMK TSOMS D1. SMK DMYS

C2. SMK KAYU ARA PASONG D2. SMK BENUT

C3. SMK SRI KUKUP D3. MAAHAD PONTIAN

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

C4. KOLEJ VOKASIONAL D4. SMK PARIT BETAK

C5. SMK SRI TANJUNG D5. SMK TELOK KERANG

21.3 Undian peringkat Suku Akhir:

Bil Pasukan Lwn Pasukan


1 JOHAN A NAIB JOHAN D
2 JOHAN B NAIB JOHAN C
vs
3 JOHAN C NAIB JOHAN B
4 JOHAN D NAIB JOHAN A

21.4 Undian peringkat Separuh Akhir:

Bi Pasukan Lwn Pasukan


l
5 Menang ( 1 ) vs Menang ( 3 )

6 Menang ( 2 ) Menang ( 4 )

21.5 Undian peringkat Akhir & 3/4:

Bi Pasukan Lwn Pasukan


l
7 Kalah ( 5 ) vs Kalah ( 6 )

8 Menang ( 5 ) Menang ( 6 )

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

HAL-HAL LAIN

1. En. Mohd Muslim bin Abd Jalil memaklumkan bagi hadiah pertandingan,sijil dan banner
akan disediakan oleh pihak PPD. Untuk makluman medal akan disediakan sehingga tempat
ke-5.
2. Bagi sekolah yang mempunyai kelas tingkatan 6, pendaftaran murid tingkatan 6 perlu
disertakan dengan pengesahan pendaftaran murid.
3. Setiap sekolah perlu menghantar sekurang-kurangnya seorang pengadil tengah.
4. Bola pertandingan adalah ihsan daripada pasukan sekolah yang bertanding dan pengurus
pasukan perlu serahkan bola yang cukup sifat dan sesuai dijadikan bola semasa
perlawanan.
Pengadil akan memilih bola yang sesuai untuk perlawanan.
5. En. Mohd Muslim bin Abd Jalil memaklumkan jurulatih luar tidak dibenarkan didaftarkan
atau berada dibangku menunggu .Guru sahaja yang dibenarkan berada ditempat yang
disediakan.
6. Setiap pasukan perlu menyediakan sekurang-kurangnya 2 set lilitan lengan.Ketua pasukan
hendaklah memakai lilitan lengan
7.

PENUTUP

a. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

...................................... ………………………….
……………………….
(NORAZIYANA BINTI AHMAD) ( MOHD HAMZAH BIN HASSAN) (MUZAKIR MOHD SIDEK)
Setiausaha GPK Ko-Kurikulum Pengetua
Pertandingan Bola Sepak SMK Sri Tanjung SMK Sri Tanjung
MSSD Pontian 2024
Tarikh : 26 JUN 2024

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

You might also like