Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN

SK SPAOH 24/25

Disediakan oleh :
Ustaz Zulkarnain bin Abd Rahman
GPK Pentadbiran SK Spaoh
selamat kembali ke sk spaoh
Daripada :
Encik Mohamad Mahzunie bin Tawni ( Guru Besar )
&
seluruh warga SK Spaoh.
PENDAHULUAN
Program ini dirancang dan dilaksanakan selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) untuk melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dan sekali gus
mewujudkan suasana “Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera’.
Ia merupakan salah satu program yang melibatkan pelbagai aktiviti pembelajaran yang
menyeronokkan, dilaksanakan secara santai tetapi terancang. Program ini melibatkan
semua warga SK Spaoh termasuklah murid, guru, AKP, PIBG serta komuniti Kampung
Spaoh yang akan dilaksanakan sepanjang minggu pertama persekolahan sesi akademik
2024/2025 iaitu bermula dari 11 Mac hingga 15 Mac 2024.
LATAR BELAKANG
Minggu pertama persekolahan disarankan agar dimanfaatkan dengan pelaksanaan program / aktiviti
menyeronokkan yang dapat menyokong murid dan guru bersedia sepenuhnya dari aspek sosioemosi
dan mental untuk melaksanakan proses pendidikan formal. Program / Aktiviti di sekolah pada minggu
pertama sesi persekolahan yang terancang akan mempengaruhi adab, akhlak dan motivasi murid
dalam pembentukan sahsiah berdasarkan aspek karamah insaniah. Pihak pentadbir sekolah dengan
kerjasama semua pihak termasuklah JK PIBG SK Spaoh bertanggungjawab memupuk semua nilai baik
yang menjadi teras kemenjadian murid khususnya minat murid untuk hadir ke sekolah. Kerjasama
yang padu dan erat daripada semua pihak termasuk dari segi sumber dan idea pelaksanaan harus
digembleng dalam usaha mewujudkan hubungan mesra antara murid dengan murid, murid dengan
guru, guru dengan guru, guru dengan ibu bapa dan sekolah dengan komuniti. Maka dengan tujuan
inilah, program Minggu Pertama Persekolahan SK Spaoh ini akan dilaksanakan.
RASIONAL
Pelaksanaan program / aktiviti Minggu Pertama Persekolahan ini adalah merupakan salah satu usaha pihak
pentadbir untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria, sihat, kondusif dan selamat dengan
mengekalkan SOP yang sedia ada, melibatkan kerjasama dan sokongan daripada semua pihak melalui
pendekatan yang mesra, seronok dan berkesan.

MATLAMAT
Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan matlamat KPM yang berkonsepkan;
i. penglibatan murid, guru, ibu bapa dan komuniti;
ii. sebahagian pendekatan PdP;
iii. melibatkan aktiviti yang seronok, santai tetapi terancang;
iv. menghasilkan komunikasi yang berkesan;
v. memupuk kerjasama dan persefahaman yang erat; dan
vi. mempunyai nilai pendidikan dan informatif.
pelaksanaan
Tarikh Aktiviti : 11 Mac hingga 15 Mac 2024.

penglibatan
Semua murid Semua ibu bapa
Semua guru Semua AKP
Team KAFA AJK PIBG
aktiviti hari pertama
HARI / TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN

Perhimpunan Pertama
0730-0830
@Dewan Wawasan

Suai Kenal Hari Pertama Persekolahan Pakaian :


0830-1000 @Bilik darjah masing-masing Semua murid
ISNIN
Tindakan : Semua Guru Kelas & Penolong Guru Kelas berpakaian
11 Mac 2024
seragam
Taklimat Jadual Waktu Kelas / Peraturan Sekolah dan Bilik sekolah.
Darjah
1030-1230
@Bilik darjah masing-masing
Tindakan:Semua guru ikut jadual masing-masing.
aktiviti hari kedua
HARI / TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN

Ceramah “Menyambut Ramadan Yang Dirindui.”


@ Dewan Terbuka
Pakaian :
0800-1000
Murid : Baju
Penyelaras :Panitia Pendidikan Islam
PJ Oren
Penglibatan :Semua guru, AKP, murid & ibu bapa.
SELASA
12 Mac 2024 Guru / AKP /
Kelas Ceria, Murid Gembira
Ibu Bapa :
Gotong-royong santai melibatkan ibu bapa & guru kelas
Pakaian sukan
1030-1230 bersama murid menghias bilik darjah masing-masing.
yang sesuai.
Penyelaras : PK HEM
aktiviti hari keTIGA
HARI / TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN

“Diari Ramadanku”
Murid membuat catatan harian kreatif Ramadan sama ada
berbentuk grafik atau bertulis.
0800-1000 @ Bilik darjah masing-masing.
Penyelaras :Panitia Bahasa, Panitia Pendidikan Seni & Panitia Pakaian
Pendidikan Islam :Semua murid
RABU
Guru ikut jadual waktu masing-masing. berpakaian
13 Mac 2024
seragam
Serlahkan Potensimu. sekolah.
Persembahan Nasyid dan Lagu Keagamaan
1030-1230 @ Dewan Wawasan
Penyelaras : Panitia Pendidikan Muzik & Panitia Pendidikan Islam
Guru ikut jadual waktu masing-masing.
aktiviti hari keEMPAT
HARI / TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN

Indoor Games
@ Bilik darjah masing-masing.
0800-1000
Penyelaras : Puan Hamidah (Semua guru & Guru KAFA)
Guru ikut jadual waktu masing-masing.
KHAMIS Pakaian :Pakaian
13 Mac 2024 An Arts Day with Parents / Poster Ramadan sukan
@ Bilik darjah masing-masing.
1030-1230
Penyelaras :Panitia Pendidikan Seni
Guru ikut jadual waktu masing-masing.
aktiviti hari keLIMA
HARI / TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN

Hari Penangguhan Minggu Pertama Persekolahan


Pakaian :Semua murid
@ Dewan Wawasan
JUMAAT berpakaian seragam
0800-1130
14 Mac 2024 sekolah kecuali murid
Penyelaras :PK Pentadbiran
terlibat persembahan.
Penglibatan : Semua guru, AKP & Guru KAFA.
TERIMA KASIH.

Disediakan oleh:
Ustaz Zulkarnain bin Abd Rahman
GPK Pentadbiran SK Spaoh.

You might also like