Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

1.

5 Penyataan Masalah

Pendekatan pembelajaran dalam kurikulum sekolah di Malaysia memberi penekanan kepada


pembelajaran melalui pengalaman ataupun penglibatkan pelajar secara aktif dalam sesi
pembelajaran. Sebagai contoh, dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
mencadangkan kepada guru agar mengutamakan pelaksanaan sukatan pelajaran melalui
pembelajaran melalui pengalaman (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003). Begitu juga
dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menyatakan bahawa guru haruslah
mengutamakan pendekatan berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan
menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).

Isu berkaitan pendekatan pengajaran yang melibatkan pembelajaran pengalaman ini sering
kali dijadikan fokus dalam kajian bidang kurikulum dan pengajaran di sekolah. Guru-guru
dikatakan jarang melaksanakan pendekatan ini dalam pengajaran mereka. Kajian oleh
Akademik Kepimpinan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2011) di
sekolah-sekolah seluruh Malaysia, tentang pengajaran guru di sekolah mendapati, 50%
daripada guru yang dijadikan sampel kajian, berada pada tahap kurang memuaskan.
Pengajaran tidak menarik minat pelajar sepenuhnya apabila guru lebih bergantung pada
kaedah syarahan yang pasif dalam penyampaian kandungan mata pelajaran (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2012b). Kajian oleh Rozita dan Abdul Rasid (2012) mendapati bahawa,
dapatan kajian menunjukkan teknik mengajar bertumpu sepenuhnya kepada teknik syarahan
atau teknik penerangan digabungkan dengan teknik bersoal jawab dan diikuti dengan bacaan
secara kuat oleh beberapa orang murid.

Guru-guru yang terlatih juga didapati kurang melaksanakan sesi pengajaran yang
melibatkan murid ataupun memberi pengalaman yang bersesuaian dengan tajuk pembelajaran
kepada mereka dalam sesi pengajaran. Perkara ini telahpun disarankan dalam sukatan
pelajaran bagi mata pelajaran masing-masing. Saranan melaksanakan pembelajaran yang
melibatkan aktiviti pelajar bukan sahaja terdapat dalam dokumen kurikulum tetapi terdapat
juga dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).Oleh itu, kajian berkaitan
pembelajaran berasaskan projek dalam kakalangan murid sekolah renadah perlu dilaksanakan
bagi meneroka kesan kemenjadian dan empati terhadapa murid.

You might also like